GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, April 11, 2011

SAYANGI KELUARGA KITA

Oleh Jokiden:

Bulan April ini menyaksikan ramai rakan-rakan kita menyambut hari jadi. Antaranya Tahir, Mona Kiah, Ali Ahmad, Zamrus dan juga Norisah. Saya mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama rakan-rakan smbk sempena hari jadi ini. Sebelum itu Selamat Hari Jadi Semua.

Asalnya saya tidak berhasrat untuk menulis tentang hari lahir ini, kerana saya mempunyai sesuatu yang lain untuk ditulis. Namun senja tadi saya sempat kena teh tarik dengan Jalil di Stadium Nasional dan dia telah menegur baju yang saya pakai. Mungkin warna baju saya tidak menarik kepadanya. Mungkin jenis kain baju saya dari jenis yang tiada kualiti.. Tak kisahlah. "Ini hadiah hari jadi dari datin den.." kata saya pada Jalil dan dia mengangguk faham dan bagi saya inilah baju yang paling berharga dalam dunia ini. Lalu saya teruja untuk menulis dalam blog kita malam ini.

Ada orang menganggap sambutan hari jadi tidak membawa apa-apa makna dalam hidup mereka. Ada orang tidak ingatpun tarikh lahir dia. Ada orang tidak merayakan apa-apa atau tidak mengadakan apa-apa peringatan sempena sambutan hari jadi mereka. Bagi mereka apa dihairankan kerana pada waktu hari jadi mereka terdapat berjuta insan lain yang juga lahir pada tarikh yang sama. Ada pula yang tidak tidur sepanjang malam kerana merayakan sambutan hari jadi.

Ada yang mengadakan majlis besar-besran dengan menjemput rakan taulan dan menjamu mereka dengan mewah sekali. Ada juga yang mengadakan majlis doa selamat sempena hari ulang tahun kelahiran mereka. Pelbagai cara memperingati hari penting tersebut. Terpulanglah kepada diri masing-masing dan keluarga masing-masing. 

Seorang rakan saya pernah berkata kepada saya bahawa dia tidak mempunyai sesiapa di dunia ini selain daripada saya semata-mata hanya saya sorang yang ingat tarikh hari lahirnya. "Tidak boleh membuat ukuran begitu, jom kito kono teh tarik" Kata saya memujuk apabila saya dapati dia terlalu stress dengan peristiwa kecil tersebut.

Lalu saya bawa dia ke KLIA, melihat kapal terbang turun naik, melihat ribuan orang pelbagai bangsa yang mundar mandir di situ dan akhirnya kami ke food court di tingkat dua. "You pesan apa saja... den bolanjo aghi ni sompono aghi jadi kau" 

Saya berlagak sikit dengan harapan jiwanya kembali segar dan murungnya cepat berlalu. Pengajaran yang saya terima ialah, apabila seseorang itu dikelilingi oleh suasana mewah, segala kepahitan dan kerunsingan bisa lenyap begitu saja tanpa kita sedari. Kawan saya akhirnya ceria walaupun kami hanya menikmati segelas teh tarik dan sekeping roti canai di situ. Selamat duit saya.

"Lain kali jika hati runsing jangan sesekali pergi melepak di warung-warung tepi jalan atau kedai mamak, cari tempat-tempat begini, atau pergi sejukan badan di lobi hotel mewah.." kata saya memberi motivasi kepada dia. "Di tempat-tempat begini orang selalunya terlupa segala masalah yang menghimpit diri. Tidak ada yang teringat bill telefon tidak berbayar di sini. Orang akan lupa sekurang-kurangnya tuntutan ansuran kereta atau tagihan hutang lapuk."  Saya meneruskan. Kami ketawa berdekah-dekah.

Seorang rakan saya lagi, tiba saja hari jadi ibunya pada setiap tahun, jangan harap kita akan dapat bersamanya. Bagi dia dan keluarganya meraikan hari jadi ibunya adalah 'wajib' dan tidak ada sesiapa dikalangan keluarga terdekat yang dibenarkan mengelakan diri. Mereka menyambutnya di Kuala Lumpur namun seorang daripada adik beradik akan turun ke Batu Pahat semata-mata untuk membeli Nasi Beriani Gam Batu Pahat yang disukai oleh ibunya. Begitulah ragam manusia.

Saya bersyukur juga kerana hari jadi saya selalunya sentiasa diingati oleh keluarga saya. Cuma mereka tidak berani bertanyakan apa hadiah yang saya mahu. Jika mereka bertanya tentang hadiah jawapan saya mestilah satu iaitu saya mahukan 'purse' Berilah apa hadiah sekalipun, biar mahal harganya, bagi saya yang paling bererti ialah dompet duit. Hinggakan koleksi purse saya begitu banyak, tapi duit saya tidak juga banyak-banyak. Tak apalah, duit tak banyak, tapi purse banyak. Jika orang tidak belikan purse untuk saya, maka saya akan ke Sogo dan beli sendiri. Selalunya setiap dua atau tiga bulan saya bertukar purse.

Jika sesekali saya terlihat rakan-rakan saya mengeluarkan purse yang telai 'sotai motai' maka saya akan bermurah hati memberinya satu, kadang-kadang yang belum saya guna, kadang-kadang yang telah saya guna tetapi masih kelihatan baru dan jauh lebih elok daripada yang telah 'sotai motai' tadi.

Minggu lepas saya menyambut hari jadi yang ke 55 tahun. Syukur pada Allah swt. Anak-anak cuma menyanyi melalui handphone kerana waktu tiba detik 12 malam itu saya sedang memandu kereta. Jiwa terasa besar apabila ahli keluarga mengingati saat itu. Adalah sikit hadiah, tapi purse TAK ADO HUAWAAA!!!!!!

Isteri saya membelikan dua helai baju, taklah mahal sangat, namun sejak dulu saya telah terbiasa dimana nilai bukanlah jadi ukuran. Sentimental value kata oghang putih ea. Pernah anak bongsu saya tidak memiliki apa-apa untuk dihadiahkan, maka dia memberi saya cuma sebatang pensel. Itupun amat berharga bagi saya. Yang saya sangat suka dengar dari isteri dan anak-anak  ketika hari jadi ialah "Ayah, kami sayang ayah.."

Dalam serba kekurangan saya untuk keluarga, saya masih disayangi, saya masih dihargai dan saya tetap dimuliakan oleh keluarga. Apa lagi yang saya perlukan selain daripada anugerah tersebut.

Kerapkali saya berpesan kepada sesiapa sahaja supaya memberikan perhatian yang lebih kepada ahli keluarga. Sayangi mereka lebih daripada menyayangi orang lain. Muliakan mereka melebihi belaian ke atas orang lain. Keluargalah yang akan terus bersama kita dikala kita memerlukan bantuan.  

Jika kita masuk hospital, keluargalah yang kerap datang menjenguk kita saban hari. Mungkin sahabat handai, saudara jauh juga akan datang sambil membawa pelbagai jenis buah-buahan atau bunga, tetapi percayalah mereka hanya muncul sekali atau dua kali sepanjang waktu kita berada di katil hospital. Selebihnya keluarga kitalah yang bersengkang mata menjaga dan melayan kita. 

Sesekali jika kita menghadapi masalah besar dalam kehidupan kita, rakan taulan, saudara jauh hanya akan lebih banyak bersimpati, tetapi yang merasai pedih hati kita ialah keluarga kita. Lalu sayangilah keluarga kita sebaik mungkin. Carilah wang yang banyak untuk keluarga kita, layanlah semua kehendak keluarga kita, penuhi segala permintaan mereka sedaya upaya. Bawalah mereka makan ditempat-tempat istimewa. Bawa juga mereka sesekali melancung melihat negara orang.

Pentingnya dalam hidup ini ialah, jangan sakiti hati keluarga kita. Jangan lukai perasaan mereka seboleh mungkin. Jangan lebihkan orang lain dan kurangkan perhatian kepada keluarga kita. Kesilapan tersebut akan menyebabkan kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal kelak. Jika sesekali kita terlanjur, maka segeralah perbaiki kesilapan kita tersebut.

Secebis kisah ini mungkin berguna kepada kita, baca dengan nada perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah.

Safian seorang yang amat berjaya dalam hidupnya telah bersedia untuk menyambut hari lahirnya. Dia orang penting dan ramai sangat yang ingin merayakan hari jadinya. Beberapa restoren mewah di hotel lima bintang di Kuala Lumpur telah ditempah oleh rakan-rakannya untuk meraikan hari bersejarah tersebut. Dari pagi sampai ke malam jadual dia amat sibuk pada hari tersebut.

Waktu dia ingin keluar rumah pagi itu anak bongsunya Aiman telah merapati beliau, meminta tolong dia memetikan sekuntum bunga rose dihujung laman rumah mewahnya. Tanpa menyedari kepentingan bunga tersebut kepada anak bongsunya, dia mendengus dan berlalu pergi dengan bergaya sekali meninggalkan anaknya kehampaan. "Ayah nak cepat ni, ambillah sendiri, takpun mintak tolong bibik nanti, ngacau je" bentaknya keras lalu memasuki kereta mewahnya.

Dengan segala susah payah, anak bongsunya berjaya juga memetik bunga rose tersebut dan membawanya masuk ke dalam rumah. Sekembalinya  ibunya dari pejabat (memendekan bekerja setengah hari) dan abang serta kakaknya dari sekolah, persiapan dibuat untuk menyambut hari jadi bapa mereka.

Masa  berlalu pantas, dengan sedikit hiasan di atas meja, dengan sedikit makanan yang sempat dibeli, sebuah kek buah dan tidak lupa sambal ghesek kesukaan ayah mereka tersedia, lalu mereka menunggu kepulangan ayah yang disayangi. Tengah hari ayah tidak muncul, petang ayah  mereka tidak muncul. Senja merangkak tiba, ayah juga tidak muncul. Telefon berdering berpuluh kali, namun tidak ada suara ayah yang menjawab panggilan tersebut.

Seluruh keluarga menjadi hiba, kecewa dan putus asa. Penantian diteruskan hingga lewat malam, ayah mereka tidak juga pulang. Untuk mengubati hati yang bengkak ibu mereka memarahi anak-anak yang telah layu dimeja, memerintahkan mereka masuk tidur, kerana jam telah lewat 1 pagi. namun anak bongsu masih berdegil dan keras kepala tetap setia di tepi meja sambil merenung kek buah, lilin yang tidak bernyala dan ditangannya masih tergemgam erat bunga rose. Wajahnya kosong hampa.

Hampir jam 3 pagi, anak bongsu terdengar deruan injin kereta memasuki perkarangan rumah. Namun ketika itu kelopak matanya telah hampir benar tertutup. Jiwanya kembali berbunga dan dia bangun perlahan-lahan menunggu di pintu.

Ayahnya berjalan masuk sambil terhuyung hayang, rebah rempah, dengan rambut yang kusut masai dan bau arak yang amat kuat keluar dari pernafasannya. Dia terlalu mabuk ketika itu. Dalam sinar cahaya lampu yang suram di ruang tamu rumahnya, langkahnya terhenti ketika terpandangkan anak bongsunya tercegat di depannya.

"Selamat Hari Jadi Ayah, Aiman sayang ayah" kata anak bongsu sambil menghulurkan sekuntum bunga rose kepada ayahnya.

"Memekak je, pergi tidur!!!!!!!" jerkahnya sambil sebuah penampar hinggap di pipi anaknya. Bunga rose yang dihulurkan terpelanting ke lantai. Aiman anak bongsunya terkejut, menangis kesakitan atas tamparan ayahnya dan berlari ke biliknya.

Jam 5 pagi, setelah agak relax dan fikiran pulih sedikit Safian teringatkan Aiman anak bongsunya. "Apa yang telah aku lakukan tadi.." bisik hatinya. Dia mengutip bunga rose di lantai dan perlahan-lahan menuju ke bilik Aiman, daun pintu ditolak perlahan dan dia melihat Aiman telah tertidur dengan nyenyaknya namun sedu sedan Aiman masih ada. Setiap dua minit Aiman tersedu dan tersangut-sangut dalam tidurnya.

Safian amat menyesali tindakannya. Wajah tenang Aiman direnungnya sayu  "apa yang telah aku lakukan, kenapa aku layan keluargaku begini, tadi aku amat baik hati melayan kerenah kawan-kawanku, kenapa aku tampar anakku..." macam-macam lagi yang dia fikrkan. Airmatanya merembas keluar dan dia dapat melihat kesan jari tangannya di pipi Aiman.

Titis air matanya yang panas jatuh ke pipi Aiman, lalu membuatkan Aiman terjaga.. "ayah!!!" kata Aiman perlahan, masih tersedu sedan, bimbang dia ditampar lagi.

"Aiman, ayah minta maaf..." kata Safian sambil memeluk Aiman..

"Tak apa ayah, Aiman tak bagi tau mama pun.."

"Ini bunga rose untuk ayah..?" katanya sambil menunjukan bunga itu pada Aiman.

"Ya, kan setiap tahun Aiman bagi bunga rose pada hari jadi ayah..Aiman ambil sendiri tu, berdarah tangan Aiman.." katanya bangga.

Safian bungkam, sepi, bisu dan menyesali kekasaranya terhadap Aiman.

"Ayah, Selamat Hari Jadi, Aiman sayang ayah.." kata Aiman lembut.

"Terima kasih Aiman..."

SAYANGILAH KELUARGA KITA.

Suatu petang ketika minum-minum di Dataran Senawang dengan rakan-rakan, telefon salah seorang rakan saya berdering. Dia melihat nombor yang keluar dan dengan penuh hati-hati serta wajah ceria dia menjawabnya. Panjang perbualan dia dan kami dapat meneka yang menelepon itu mestilah seorang wanita berdasarkan dari cara dia melayannya.

Tidak lama kemudian dia minta diri sebentar dan bergopoh gapah ke seberang jalan. Bila dia kembali dengan wajah yang puas saya tanya dia.

"kau poie mano tadi tu.."

"poie kodai topup, awek den call, mintak tolong topupkan.. kredit dio dah abih..."

"Boghapo kau topupkan? saya bertanya terus.

"Dio mintak RM10 yo, den topupkan RM50, kang susah nak bobughak.."

"ooo camtu...hebat kau" kata saya.

"ah biasolah, nak jago awek ni"

Sanggup dio bosusah payah ke seberang jalan untuk membelikan awek dia topup. Tidak lama kemudian telefon dia berdering lagi, saya lihat mukanya berkerut sedikit apabila melihat nombor yang terpapar.

"hah.. apo hal plak ni..?" suaranya agak garang dan keras.

"Tak ado kojo lain ko, duit..duit..duit, ingat abah chop duit ko, jimatlah sikit, kan abah susah ni., mintak kek omak kau.."

Kami terdengar suaranya semakin meninggi dan segera menamatkan perbualan..

"Sapo tu?" saya bertanya kepadanya.

"alah anak den, yang kek Kuantan tu, asyik nak duit yo, macam-macam nak diboli ea, itulah inilah, ingat den banyak bona ghingit.." katanya masih tak puas hati.

"Boghapo dio mintak, dio nak boli apo?" saya bertanya terus.

" alah ngado-ngado tu, 30 hingit nak boli buku apo tah, den mano ado duit.." dengusnya lagi.

"awek nak topup 10, kau boghi 50, anak mintak 30 kau kato tak ado.." kami gelak ramai-ramai dan saya bangun sambil menghulurkan RM50 pada dia.

"apolak ni?' tanyanya.

" Bayar minum kito ni, baki ea tu kau bankin kek anak kau tu..den nak cabut.."   

  "eh tak yahlah..nantilah dulu.."

Saya terus berlalu.

SAYANGILAH KELUARGA KITA.

Friday, April 8, 2011

SAPA NAK KAWIN ANAK RAJA? - BACA PETUA NI .


Masa kocik-kocik dulu saya rapat dengan mak uwo saya. Selalu saya tidur di bawah ketiak dia. Saya suka dia bercerita kisah-kisah binatang sebelum saya tidur.  Agaknya dah  habis idea nak cerita kisah binatang dia create cerita baru.
 “Jang… kau dah bosa sok nak nikah ngan anak rajo tak?” dia tanyo kek se.
“ Kalau nikah anak rajo apo lak wo ?” saya tanya dia balik.
“ Iyolah.. anak rajo lawa, banyak duit, makan sodap, rumah lawa… “
“ Nak la wo “ jawab saya.
“ Tapi bukan sonang kito yang bukan anak rajo ni nak nikah ngan anak rajo. Ado petuo ea”
“ Apo petuo ea tu wo “ Tanya saya tak sabar nak tau.
“ Kalau kau nak nikah ngan anak rajo …. Kau mesti cari anak rajo yang kontut dia bunyi mcm ni……  tik ge de tik de tik de tik ( 2 X ) “
“ Dah tu wo ? “ saya tanya lagi.
“ Kau pulak mesti baleh kontut dio bunyi mcm ni .. pit ge de pi de pit jebeng ( 2 X )”
“Iyo ko wo ….? “
“ Iyo……. “ sampai kat situ saya pun tertidur.

Bila saya dah kawin saya bawa isteri  jumpa uwo saya. Selamba jer dia tanya saya.
“ Apo lak kau tak nikah ngan anak rajo jang ?”
Saya pun dengan selamba menjawab “ Ese dah jumpo anak rajo yang buleh kontut bunyi  tik ge de tik de tik de tik ( 2 X ) tu wo …… “
“ Dah tu…… ?”
“Ese pulak  tak dapek baleh kontut dio yang bunyi  pit ge de pi de pit jebeng ( 2 X ) tu”
Maka berderai lah ketawa kami.

So adakah sapa-sapa yang berhajat nak kawin ngan anak raja?  Boleh  la berlatih sekarang..

Saya teringat pulak petuo@fatwa Iskandar :
a.    Tak sah sembolih ayam pakai selipar.
b.    Tak sah sembahyang pakai tie .

Anda percaya tak petuo@fatwa ni?

ISMAIL@CHANG CAPIT


Wednesday, April 6, 2011

HARI INI HARI JADI SAYA

Oleh Jokiden

Fikirkan, fikirkan, fikirkan banyak kali....

Sebak! Hati ini terlalu sebak... Lutut ini terasa lumpuh untuk
menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku,

Apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang.
Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya.

Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan
setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada
titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia
menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari
mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.

Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang
kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan
belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di
kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang
dan syahdu.

Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku
mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku
kasihankan anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana
Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda.
Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada
jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara
mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.

Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya,
cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi
rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah
menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa
kesyukuran.

Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah
mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.
Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini
terhadapnya. Segalanya cukup sempurna.

Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh
Nurjannah.Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua
itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan
sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga
yang ajarkan.

Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh
Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke
stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja.

Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia
di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke
pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama berbelas tahun hidup
bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama berbelas tahun itu
juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku
mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah
isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi
bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing
turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan

Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku
dengan Normi, madu Nurjannah.

Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah
seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun,
terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan
seorang cahaya mata. Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku
memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah.

Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali.
Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah
tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya
sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk.

Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan.
Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan
kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya.

Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan
harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun
Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku
bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya
menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin
lain. Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra,
mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak
sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara
gading. Terasa begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor,
Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan,

Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya
akan diadakan dua hari lagi.

Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir
di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak
menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik
oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu.
Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami,
aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut. Nurjannah membisu seribu bahasa
dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan
gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari
kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di
samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat
berwarna jingga.

Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku Aku tergamam. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah
aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah,

Tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku
menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani
borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang,"
pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya
ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu.

Nurjannah, barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas
pergi orang yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa
kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah
hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita.
Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun
kesabaran Jannah sudah tinggal sisa-sisa. Jannah tidak mahu jadi
isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah
dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa
sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu
hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga makcik
Normi, kan ayah tak pernah tinggal makcik Normi sorang-sorang. "

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"
pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka.
Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh
Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk,

Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku
mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Sesal dulu pendapatan.. .....sesal kemudian.... ..

Monday, April 4, 2011

THE UNTOLD STORIES - PART 2


Saya hampir tidak ada cerita yang menarik mengenai saya dan Sarip masa sekolah.  Walaupun sekampong dan ada hubungan kekeluargaan namun hubungan kami biasa saja. Saya menyedari beliau menjadi perhatian dan “pet” kepada banyak guru. Dari segi pencapaian akademik kami setanding cuma dia terlalu bernasib baik dari saya.

Saya tau dia dari keluarga susah malah lebih susah dari saya. Posting beliau mengenai zaman remaja menceritakan segalanya dan itulah cerita yang jujur. Namun Sarip pandai menyembunyikan  latar belakangnya dengan sikap riang happy go lucky yang semua orang tidak menyangka dan menyelami perasaan susahnya ketika itu.

Saya cemburu juga bila Sarip dapat ke form six sementara saya menganggur dalam dua minggu. Saya kecewa tidak dapat menyertai kawan-kawan lain yang ke TMS menyambung form six. Dengan bantuan Cikgu Mokhtar (Arwah) saya dan beberapa lagi kawan kita dapat menjadi guru sementara.  Terubat hati saya yang gagal apabila menerima gaji pertama saya sebagai guru sementara. Gaji pertama saya habiskan dengan membeli sepasang kasut Johnson, sehelai jean Levis dan sehelai baju Leeman. Saya ingin merasa keselesaan kasut Johnson yang Rashid telah pakai setahun terdahulu.

Semasa Sarip ke UM saya tidak bersama kerana saya masa  itu sedang mengikuti latihan Pembantu Hospital ( HA- sekarang : Pembantu Pegawai Perubatan) di Hospital Seremban. Saya mendengar cerita betapa seronoknya orang kampong atas kejayaannya itu. Orang kampong sanggup menyewa bas menghantar beliau ke UM. Seluruh kampong berbangga dengan pencapaian budak yang se orang ni. Sekali lagi saya mencemburuinya  dan saya gagal.  Walaupun sebagai mahasiswa UM Sarip tidak sombong dengan saya dan masih sudi bersama saya menggerakkan belia di kampong kami  dalam beberapa aktiviti belia terutamanya berkaitan dengan kebudayaan.

Berbanding dengan Sarip saya lebih jinak dengan Iskandar, Nordin Baharudin, Majid Kasbi dan beberapa yang lain. Iskandar masa tu “domut” dan tidak lah popular sangat. Dia juga pendiam dan takutkan perempuan (macam saya – sebab tu saya hairan dia berubah bila dah umur meningakt). Saya pasti dia tak ada girl friend masa di sekolah. Begitu juga Nordin dan Majid. Iskandar juga dari keluarga susah macam saya dan Sarip. Kalau Sarip menyembunyikan kesusahannya dengan sikap riang dan bersahaja tetapi Iskandar pula menyembunyikan itu dengan mencipta jenaka yang boleh buat orang ketawa besar. Oleh kerana saya dah lali dengan bahan lawaknya itu maka saya tak lah berapa nak gelak bila dia buat lawak.

Salim pada saya lebih banyak “genggilan” dan panas baran. Sampai sekarang saya tak berani nak cakap sembarangan  dengannya. Saya akan tengok mood dia dulu dan tengok apa yang dia cakap. Selalunya saya tidak akan bangkang apa yang dia cakap sebab tak pasal dia akan meninggikan suara, berubah air muka dan dalam posture untuk bertindak kalau sesuatu tu dia tak berkenan.

Namun begitu di sebaliknya Salim baik hati. Dia mudah menceriakan keadaan sampai sanggup memelok kita bila dah lama tak jumpa. Lihat saja bila jumpa Hj Zain dan lain-lain cikgu masa di Ilham dulu. Begitu lah Salim dulu dan sekarang. Dia juga open minded dan tak kisah menceritakan hubungan cinta lama beliau masa sekolah dulu. Setelah bergelar “Pak Haji” dia dah banyak berubah. Sesuatu yang menarik  tentang Salim dia lebih handsome masa tua dari zaman muda dulu.

Saya tidak begitu rapat dengan kawan perempuan, malah saya mengaku tak pernah bercinta dengan sesiapa semasa sekolah. Saya cuma agak rapat dengan Aminah Sani dan Maimon Maarof (Datin – Tingkatan V). Saya rapat dengan Aminah kerana kami sama-sama tidak mengambil subjek History. Jadi semasa time belajar history saya dan Aminah sama-sama ke library untuk mengulangkaji bersama. Oleh kerana tiga kali seminggu saya dan Aminah beriringan ke library adik-adik di kelas yang kami melintas menyangka saya ada hubungan dengan Aminah. Mereka akan bersorak jika nampak saya dan Aminah ke library.

Saya dan Rashid serta beberapa orang lain pernah ke rumah Aminah dan makan tengahari. Begitu juga rumah Maimon memang tidak asing bagi saya. Walau pun sudah bergelar datin Maimon masih mesra dengan saya seperti dulu.

BERSAMBUNG …………
ISMAIL@CHANG CAPIT

Friday, April 1, 2011

Petua orang dulu by Mariani

Assalamualaikum semua..
    .
Kita dah bayak dapat resepi dari kawan2 kita, resepi dulu2.  Diantara yang menarik hati saya ialah resepi goreng kelayau dan ghenje dari sifu kita abang Ismail Cang Capit...walaupun saya belum mencubanya kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan utama tetapi saya dh banyak bertanya kengkawan sekampong mengenai rasa goreng kelayau ni.  Ternyata kawan2 saya juga sukakan rasanya yang semacam rasa batang keladi goreng..lembut dan bersari kata mereka..walaumacamanapun satu hari saya akan dapatkan juga daun kelayau untuk dicuba resepi abang cang capit ni.
                                                                                                          .
Resepi resepi lain dari SSAK dan LAR pun sangat sedap dan menarik..maklumlah resepi omak omak kita dulu tentunya masakan ibu itu paling digemari...tambahan bahan2nya amat mudah didapati pada sesiapa yang tinggal di kampung seperti saya ni...Cili padi ada di belakang rumah, serai daun kunyit pucuk manis bila bila masa dapat dipetik dalam kebun tanaman saya.. bukanlah banyak sangat tetapi cukup untuk keperluan kami sekeluarga.  Daging salai dari resepi LAR..mm sedapnya..mudah membuatnya..beli saja daging secukupnya dan salai sendiri di dapur kayu dibelakang rumah....daging yang disalai menggunakan bara api atau sabut kering lebih sedap dan cantik kuningnya serta wangi dari daging atau ikan yang disalai menggunakan oven atau api dapur gas.

Di sini saya ingin pulak menurunkan sedikit ilmu (ewah..macam pandai sangat..!) tentang petua orang tua tua kita dulu....Kalau ISHS tak suka makan bawang sebab baunya yang hamis pada badan sipemakannya...hingga Kandar takut nk angkat tangan..jangan risau kandar...ini ada petuanya..Jangan sebab itu kita tak makan bawang lak kengkawan....bawang banyak hasiatnya...bawang putih memang berbau kuat tetapi ia banyak mengandungi vitamin dan mineral, ia juga boleh merendahkan tahap kolestrol dalam darah...bagi kita yang dh berusia ni eloklah ambil banyak bawang putih untuk mengurangkan kolestrol..(jangan lupa juga mas cotek bleh turunkan kolestrol) Caranya begini...
                                    .
Ambil beberapa biji limau kasturi...(belakang rumah saya banyak) potong melintang supaya mudah diperah jusnya, masuk dalam gayung atau bowl, jangan buang kulit limau.  Bila mandi selepas sabun/bath jel, bilas dengan jus limau dicampur dengan sdikit air biasa, kulit limau tadi gosok2kan pada ketiak dan bahagian2 sendi yang lain.....bila dh bersih suruhlah orag terdekat cium ketiak...kikiki.... mmmm wangiii. tk caya cuba..buat 2hari sekali...

Kalau buat sambal belacan, atau cencaluk atau budu menggunakan air asam limau kasturi, masukkan beberapa potong kulit limau kasturi dalam sambal tu...bila makan sambal, makan kulit tu skali untuk mewangikan bau badan.

Bila hendak buat kueh gulung atau tepung talam atau buah melaka (kelopong) atau apa saja kueh yang berwarna hijau, jangan gunakan pewarna untuk menghijaukan kueh..gunakanlah 100% jus pandan (dr. daun pandan kisar sendiri, bukan jus pandan yang beli dlm botol) kerana daun pandan boleh mewangikan bau badan, begitu juga serai, bila masak menggunakan serai atau daun pandan, kunyah2 pandannya atau batang serai, hisap airnya (kt rumah orang jgn buat)...serai juga boleh mewangikan badan.

Saya rasa ramai diantara kita yang inginkan perut yang kempis, namun diusia kita ini sangat sukar untuk mendapatkan semula perut yang seperti kita muda atau figure kita semasa muda...maklumlah metabolisma sudah kurang (slow), puas buatkerja rumah, makan sikit namun lemak tak juga hilang..cellulit keliling pinggang..tk pe..cuba cara saya ni...selain buat sit up macam LAR buat tu..kita boleh juga kempiskan perut dengan mengempiskannya sendiri...kempiskan (tahan perut kedalam, bukan dengan tangan) bila berdiri atau duduk atau bejalan cuba tahan perut (bukan tahan nafas) kempiskan kedalam.. dengan cara ini muscle perut kita bekerja dan menggunakan lemak2 perut untuk energy...lelama kita biasa melakukannya dan lemak keliling perut pun semakin terhakis..satu lagi...jangan suka tengok TV sampai 2, 3 jam tanpa bergerak2 buatnya lepas makan malam plak tu..haii tambah beratlah badan....kalau boleh tahan pedas makanlah baayak cili padi (buat gulai kuning tu podeh2, oghang NS kan suko podeh) cili padi boleh mempercepatkan metabosma seseorang, badan cepat berpeluh sebab tenaga digunakan.....cubalah.., boleh tak kurangkan berat badan....semoga berjaya....selamat mencuba..

THE UNTOLD STORIES


Setelah beberapa minggu kita bercerita mengenai makanan maka hari ini saya nak mengubah tajuk semula. Saya ingin mengimbau  kenangan manis saya bersama kawan-kawan semasa di SMBK. Seperti yang saya nyatakan dulu Rashid adalah antara kawan saya paling rapat. Hal ini mungkin disebabkan saya lebih dulu mengenali beliau dari yang lain. Kerana rapat itu saya selalu ke rumah beliau jika ada kesempatan, selalunya semasa cuti penggal. Keluarga Rashid walaupun agak ramai tapi sangat baik dengan saya. Emaknya, ayahnya dan adik beradiknya yang lain juga baik. Rashid hanya ada se orang adik perempuan yang sangat manja. So awal-awal lagi Rashid dah warning saya. “Kau jangan nak kacau-kacau adik den”.  Kehebatan Rashid masa tu ialah dia saja yang berani pakai  kasut Johnson hitam ke sekolah.
.
Satu lagi sebab saya selalu ke rumah Rashid ialah saya suka makan lauk ikan sungai di rumahnya. Abah Rashid rajin menjala ikan di empang bangkong. Hari raya  antara rumah yang saya wajib pergi ialah rumah Rashid. Begitu juga sebaliknya. Masa  baru berkahwin saya bawa isteri saya ke rumahnya. Tahun berikutnya  Rashid pula membawa isterinya ke rumah saya . Begitulah akrabnya saya dengan Rashid.
              .
Semasa saya sering ke rumah Rashid, suatu hari saya singgah di rumah Rashidi. Dia tinggal di rumah Penghulu Mukim Juasseh yang tak jauh dari simpang Juasseh sekarang. Rumah papan tu sudah  tiada. Mungkin telah diruntuhkan. Semasa saya sampai Rashidi sedang memasak makan tengahari untuk adik-adiknya. Ayah, emak dan abangnya tiada di rumah masa tu. Jadi Rashidi berbakat menyediakan makan tengahari. Saya teruja untuk mengetahui  cara Rashidi memasak. Resepinya simple. Ikan kembong dengan sayur kangkong. Setelah  disiang dan di basuh  Rashidi menggoreng ikan tersebut buat seketika.  Saya membantu menyiang kangkong.
                
Selepas ikan digoreng setengah masak Rashidi menggaulkan lada, kunyit, bawang  dengan santan. Saya pelik apabila Rashidi memasukkan ikan tersebut dalam santan yang hampir menggelegak.  Bila saya tanya mengapa ikan itu digoreng dulu baru dimasak lemak Rashidi memberi tau  supaya ikan tu tak hancur bila dimasukkan kangkung nanti.
Saya mendapat tips baru. Memang betul ikan tu tak hancur bila kangkong dimasukkan sebagai perencah.  Saya tak puji Rashidi masa makan tu tapi dalam hati saya,  ada bakat juga Rashidi ni memasak. Dan memang benar, secara jujur saya katakana masakannya itu sedap. Sekarang Rashidi mungkin lebih pandai memasak.
Dengan Hamid Bawal juga saya rapat. Ada dua peristiwa yang tidak akan saya lupakan mengenai Hamid. Pertama dia telah menipu saya. Masa di Form Five sebelum ujian maths pagi itu Hamid mengajak saya ke tandas dan memberi saya dua tiga sedut rokok. Pelik semacam sedap saja saya menjawab maths pagi itu dan bila keputusan keluar saya dapat markah 29 yang tak pernah saya dapat sebelum itu.  Hamid gelak besar dan memberitahu dia bubuh ganja dalam rokok tu. “Hampeh…. Hamid dah tipu den”. Itulah kali pertama dan terakhir saya hisap ganja.
                                       .
Kedua : Semasa Cikgu Mokhtar (Allahyarham) memangku jawatan pengetua, (Hj Zain berkursus di Vietnam) beberapa peraturan yang menyusahkan telah diperkenalkan. Saya berpakat untuk menulis surat bantahan dalam bentuk surat layang. Untuk mengelakkan identiti kami dikenali  Hamid mendapat pertolongan kakaknya. Saya mendraf dan mengedit surat tersebut.  Selepas diposkan dan esoknya sekolah menerima surat layang tersebut Cikgu Mokhtar telah mengumpulkan  buku latihan form V dan tingkatan V. Tujuannya untuk membandingkan tulisan dalam surat untuk mencari siapa penulis sebenar. Cikgu Mokhtar gagal mengesan kerana tulisan itu tak mungkin serupa dengan tulisan kita semua. Saya dan Hamid berjanji tidak akan memecahkan rahsia ini. Untuk pengetahuan semua inilah kali pertama saya mendedahkan  hal ini. Saya harap Hamid tak akan marahkan saya kerana telah mendedahkan rahsia kita. Atas inisiatif saya dan Hamid  Cikgu Mokhtar tidak lagi menguatkuasakan peraturan yang menyusahkan itu dan selamatlah kawan-kawan yang selalu melanggar peraturan dari kena denda.
                                
Mengenai Jalil  beliau selalu ceria semasa di sekolah. Maklum dia memang jejaka pujaan dan diminati ramai junior perempuan. Dia kata rambang mata nak pilih. Satu kenangan saya dengan Jalil : Dia jadi ketua mereka-mereka yang naik bas dari  Terusan dan Kuala Kepis. Jambatan kayu di empang bangkong terbakar dan bas sekolah terpaksa melalui pekan Kuala Pilah. Satu hari saya mengirim kepada Jalil untuk membeli buku “perukunan sembahyang” –(buku untuk belajar sembahyang). Bila saya nak bayar harga buku itu Jalil tak nak terima. “Den sedokah kek kau” katanya.  Saya mengganggap buku pemberiannya itu istimewa dan masih saya menyimpannya  hingga sekarang.
.
BERSAMBUNG…………………..
ISMAIL@CHANG CAPIT