GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, April 28, 2012

SEMUGA ROHNYA DICUCURI RAHMATNYA

Petang ini saya terima beberapa sms dari rakan-rakan memberitahu bahawa suami kepada rakan kita iaitu Zainun Mustapha telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi 28/4/12. Mari kita hadiahkan Al Fatihah kepada roh Allahyarham semuga mendapat ke ampunan dariNYA. 

Dari DIA kita datang dan kepadaNYA kita dikembalikan. Saudara Hamid Bawal menghantar sms doa seperti berikut:

"Ya Allah, kami mengharap, merayu, berdoa dengan hati yang tulus dan sedih kepada MU agar KAU ampunkan semua dosa suami Zainun Mustapha yang kembali kepada rahmatMU YA Allah. Jadikanlah kedua benteng kubornya tempat mengalir maghfirah MU dan rahmat MU. Penuhilah kubornya dengan nur MU dan jauhkannya dari azab MU YA ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN..AMEEN" 

Jokiden.

Friday, April 27, 2012

KISAH SEDIH HUJUNG MINGGU

Oleh Jokiden

 

Setelah bercuti di kampung masing-masing tiga orang sahabat Salleh, Sallam dan Shukor kembali ke flat kediaman mereka di Sentul Kuala Lumpur. Semuanya penat akibat perjalanan jauh. Salleh berasal dari Simpang Renggam Johor.  Sallam kembali dari kampungnya di Besut Terengganu dan Shukor bercuti dua hari di kampungnya di Padang Besar.

Kenderaan yang membawa ketiga-tiga mereka tersekat sewaktu hendak memasuki Kota Raya, sebabnya di semua penjuru kawalan pemeriksaan polis masih dilakukan walaupun demontrasi Bersih sudah berakhir pada hari sebelumnya iaitu Sabtu.

Keadaan jalan yang sesak di semua kawasan dan keengganan pemandu teksi mengambil penumpang menyebabkan mereka hanya bertemu semula di flat sekitar jam 11 malam. Letih..

Di flat tersebut mereka tinggal di tingkat 30, menyewa dari seorang peniaga India. Orang agak ramai ketika itu berlegar-legar di bawah flat. Mereka mendapat tahu bahawa semua lift di flat itu rosak sejak semalam dan masih belum mampu dibaiki.

"Macam mana ni, dah pukul 12 malam aaa, esok nak kerja, takkan nak tidur bawah ni je.." kata Salleh merungut. Akhirnya kata putus diambil, mereka mengikut jejak langkah sebahagian warga flat iaitu menaiki tangga.

"Biar betul 30 tingkat ni.." kata Sallam. "Alah kita menapak perlahan-lahan, penat kita berhenti, lama-lama sampailah.." Kata pula Shukor. "Ok mari..sebelum tu, semua beg yang berat-berat ni kita tinggalkan di tempat jaga ni, nanti bila lift dah ok kita turun ambil." Kata Salleh.

Untuk menghilangkan rasa penat mereka bersetuju setiap orang menceritakan satu kisah sedih supaya memberi motivasi dan mengurangkan rasa penat memanjat tangga.

Shukor memulakan cerita, dia kembali ke Perlis untuk menentukan tarikh pertunangannya dengan gadis pilihan hatinya sejak kecil. Dia bercerita penuh emosi, bagaimana masa kecil sering berkejaran di bendang bersama dengan buah hatinya itu. "Itu kisah gembira, nostalgia dan macam cerita hindustan tu.. apa yang sedihnya.?" tanya Sallam

"Yang sedihnya minggu lepas seorang Datuk bawa dia lari dan kahwin di Siam, tanpa bagitau aku.." kata Shukor. "Laa..." kata Salleh dan Sallam serentak dan mereka terduduk di flat tangga itu berihat sebentar.

"Kita dah sampai tingkat 10 ni..kau pulak cerita.." Kata Salleh kepada Sallam, sambil mereka meneruskan perjalanan.

Sallam menceritakan perkembangan terkini kampungnya, Besut, bagaimana gembiranya keluarga dia menyambut dia kali ini. Neneknya yang sangat menyayanginya sejak kecil sempat memberi dia wang saku kali ini sebanyak RM33.00. Dia juga menceritakan Terengganu sudah banyak berubah, lebuh raya sudah siap dan pelancong semakin ramai datang ke sana.

"Kenapa nenek kau bagi RM33.00, sepatutnya kau yang bagi dia..?" tanya Salleh, "Dia perli aku, umur aku dah 33 tahun tapi belum bertemu jodoh lagi.." Kata Sallam ketawa. Mereka sudah sampai ke tingkat 20.

"Apa yang sedihnya dalam kisah kau ni..?" Shukor tak sabar ingin tahu. "Yang sedihnya tadi semasa bersesak-sesak di Pudu Raya dompet aku kena seluk dan habis semua dokumen aku hilang termasuk duit pengeras RM33.00 yang nenek aku bagi..

"Ish..ish..ish..kau jangan nak mintak duit aku sok.." kata Salleh dan Shukor serentak. Mereka mendaki lagi untuk 10 tingkat yang terakhir. Giliran Salleh pulak membuat cerita. "Tak mahu cerita purba.. kita mahu cerita moden dan terkini.." Kata Sallam memberi amaran.

Salleh memulakan ceritanya. Johor terutama Wilayah Iskandar kini semakin maju. JPO semakin mendapat sambutan dan ramai sangat orang terutama warga Singapura datang membeli belah di situ. Mersing akan menjadi pusat pelancongan terkenal suatu hari nanti. Pelbagai kisah menarik diceritakan oleh Salleh sehingga mereka tidak sedar mereka telah sampai di tingkat ke 30 di mana dalam keletihan mereka menyandarkan badan masing-masing di dinding rumah sewa mereka.

"Habis apa kisah sedih terkini kau, asyik cerita yang elok-elok je, ..kami nak dengar ni?" Tanya Shukor tak sabar. Salleh terus memejamkan matanya. 

"Hoiii Salleh.. apa kisah sedih kau..?" sergah pula Sallam..

"Yang sedihnya malam ni kita kena tidur kat sini je..baru aku perasan kunci grill dan kunci pintu tertinggal dalam beg aku kat jaga di bawah sana..huuaawaaa!!!" kata Salleh..

"Celakakkkkk kau..!!!!" Kata Sallam dan Shukor serentak.
        

Thursday, April 26, 2012

KISAH DOA DUA BERADIK

Oleh Jokiden.

Pesanan khusus pada MD, kalau tak kuat semangat jangan baca kisah ini. Hehehe..

Tigo sahabat ni datang awal, balik lambek.. lapar!!!!
  

Hidup di dunia ini tidak kekal. Hidup juga tidaklah selama mana. Gunakan kesempatan ketika masih bernafas ini sebaik mungkin dan semaksimum mungkin. Berbuat baiklah setiap masa. Elakan daripada menyakiti hati orang lain. Elakan juga daripada berhutang jika boleh. (Hahaha... itu ingatan untuk dighi soninghi tu)

Sayangi dengan ikhlas sesiapa yang ingin kita sayangi. Kawan, guru, abang, adik, suami, isteri, jiran tetangga, girlfriends, boyfriends malah siapa sahaja.

Terdapat kisah dua orang adik beradik yang hidup miskin, kais pagi makan pagi. Mereka kehilangan punca untuk membina kehidupan seperti orang lain. Ibu bapa sudah meninggal dunia. Saudara mara menjauhkan diri daripada mereka. Duduk dalam rumah setinggan.

Belajar tidak beberapa tinggi, setakat tahu membaca sahaja akibat miskin dan masa itu PTPTN belum wujud lagi, lalu mereka tidak mampu meneruskan pelajaran. Lagipun anak yatim piatu yang comot siapalah yang peduli sangat. Mengaji langsung tidak tahu.

Mereka dua beradik ini sebenarnya kuat berusaha, maklumlah untuk mencari sesuap nasi. Suatu hari dalam bulan puasa oleh kerana tiada apa hendak dimakan waktu berbuka mereka mengambil keputusan untuk berbuka di masjid yang tidak beberapa jauh rumah mereka.

Selepas berbuka dengan enaknya dan mengikut jemaah lain menunaikan solat, dua beradik ini duduk di satu sudut. Mereka kagum dengan orang ramai yang bergaya, pakaian bersih dan ceria, sedangkan mereka berdua comot dan tidak diberi perhatian. Mereka tidak terus pulang sebab dengan harapan akan ada lagi makanan yang enak selepas itu.

Mereka memasang telinga mendengar tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz. Tajuk tazkirah ialah keajaiban doa. Waktu yang mustajab untuk berdoa. Berdoa mestilah ikhlas. kedua-duanya terkedu kerana selama itu mereka tidak pernah berdoa. Mereka mengambil keputusan malam itu juga untuk mula berdoa.

Kembali ke rumah mereka mengambil pen dan sehelai kertas berwarna pink. "Ok kau tulis doa kau, aku tulis doa aku.. mulai hari ini kita berdoa bersungguh-sungguh.." perintah si abang.

Mereka pun menuliskan doa masing-masing dan dilipat elok-elok, di bawa ke mana sahaja dan dibaca doa tersebut bila-bila mereka suka. Wajib membaca ialah ketika mereka melabuhkan badan untuk tidur.

Perubahan mula berlaku, keajaiban mula menjelma, hidup mereka mula berubah, rezeki datang sepanjang masa dengan sedikit usaha. Si abang paling murah rezekinya dan hiudp abang mula berbeza dengan dulu. Kisah ini akan panjang sangat jika Jokiden hendak huraikan.

Adik hidup secara sederhana, kerana duit dan kemewahan datang dari abang. Abang mula mengherdik adik, mengatakan kurang usaha, kurang berdoa, tidak bercita-cita tinggi, dan mengatakan doa si adik kurang mujarab.

Abang pindah ke rumah bunglow besar, adik terus tinggal di rumah biasa kerana isteri abang seorang bekas artis terkenal tidak membenarkan si adik tinggal bersama. Abang tidak sampai hati, lalu membina sebuah bilik kecil di belakang rumah untuk si adik. Adik menerima dengan lapang dada dan gembira, kerana masih berhampiran dengan si abang.

Si abang membeli kereta jenama Bently, si adik dibelikan kereta My vvy oleh si abang. Si abang gunakan pemandu, si adik bawak sendiri. Isteri si abang marah sebab minyak pun si abang yang isikan. Kereta si adik diambil oleh si isteri dan sebagai ganti untuk mudah ke masjid kereta diganti dengan sebuah motor buruk, si adik tidak kisah dan terus gembira.

Setiap hari isteri abang akan mengutuk si adik malas, pengotor, kurang motivasi dan pelbagai lagi cacian. Si adik hanya sengeh-sengeh. Si abang lama kelamaan termakan dengan hasutan si isteri. Si abang mula naik bosan dengan si adik.

Suatu hari si abang hendak ke luar negara dengan si isteri bekas artis tersebut. "Kau jaga rumah, kami pergi tak lama, dua hari je, jangan lupa baca doa, doa kamu tu belum makbul, sebab itu kau masih susah.." kata abang. "Baik bang.. selamat pergi dan kembali.." kata adik bersahaja.

Selepas dua hari mereka berdua kembali dengan selamat. Si adik menyambut dengan lemah. "Demam bang, tak sihat.." katanya sayu. "pergilah klinik.." bentak si isteri.

Malam tu si adik tidak ke masjid, kerana demanya masih berterusan walaupun telah makan ubat. Esoknya si abang terus sibuk dengan urusan harian terlupa nak jengok adik di bilik belakang. Malamnya si abang tengok bilik si adik sunyi saja dan dengan menggunakan kunci spare dia buka bilik adik.

"Dik!! dik!!," panggilnya. Tiada jawapan walaupun dia nampak adik tengah tidur. Dia gerakan adik, badan adik telah sejuk... Baru abang sedar adik telah pergi.. dia terjelepuk di sisi adik. menangis sendirian.

Dia terlihat di bawah bantal, kertas warna pink yang sudah lusuh. Dia tahu itu kertas doa adik. Dia ambil dan membuka lipatan kertas doa tersebut yang bertulis "Ya Allah, aku sangat menyayangi abang ku, kayakanlah dia melebihi orang lain selain dari Mu ya Allah, sampaikanlah hajatnya"

Si abang teresak-esak dalam tangisan "dik ini doamu dan rupanya doamu yang makbul" di sebelah bawah doa itu ada catatan yang masih baru ..

"Bang, saya demam, jika saya pergi ampunkan segala dosa saya, halalkan makan minum dan saya tetap sayang abang.."


  

Friday, April 20, 2012


ASSALAMUALAIKUM
Saya mohon izin menggunakan blog ini untuk menjemput.

Class of 83 Form 5U Form Master Dr. (Cikgu) Ahmadrashidi



Saya, Rozita Suji, wakil murid-murid Cikgu Shidi Kelas Tingkatan 5U (1983) 
dengan berbesar hati
menjemput semua rakan, sahabat dan guru-guru
Cikgu Shidi Kelas SMBK 69-74
untuk hadir di rumahnya (rumah Cikgu Shidi)
di Bt. 12 1/2 Ulu Bendol
pada Sabtu 28 hb. April 2012
Jam 8.00 malam.



Majlis Reunion kami ini diadakan sempena menyambut
Hari Lahir Cikgu Shidi yang ke 55 pada 23 April ini dan 
Hari Lahir Isterinya pada 19 April lalu.



Kehadiran sahabat handai Cikgu Shidi
sudah pasti memeriahkan majlis.



Majlis ini adalah anjuran bersama, 
oleh itu sesiapa yang berhajat untuk menyumbang
bagi menjayakan majlis, 
sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna bagi kami
dan amat kami alu-alukan.
Sila pastikan kehadiran tuan dengan mendaftarkan nama kepada saya
bagi tujuan kelancaran majlis.
Nombor telefon tertera di bawah.
0176911515

Aturcara
8.00 kedatangan tetamu
8.15 bacaan doa
8.30 jamuan BBQ
9.30 kenangan bersama Cikgu Shidi dan persembahan
1.00 bergambar
11.30 bersurai

Terima kasih.
ItaSuji

Monday, April 9, 2012

JEMPUT KE MAJLIS MERAIKAN PENGANTIN

RAKAN-RAKAN SMBK
KAMI
ALI BIN AHMAD
DAN
MOHD SHARIF BIN AHMAD 


DENGAN IKHLAS DAN BERBESAR HATI MENJEMPUT RAKAN-RAKAN


KE MAJLIS PERSANDINGAN PUTERA KAMI:-
MOHD ASYRAF BIN ALI
DENGAN
NUR FAIZAH BINTI ABU BAKAR


PADA HARI
SABTU 21HB APRIL 2012
11.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG
DI

DEWAN KOMPLEK BELIA DAN SUKAN PAROI
SEREMBAN

SEMOGA KEHADIRAN DAN DOA RESTU PARA JEMPUTAN AKAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS KAMI DAN DI BERKATI ALLAH S.W.T, INSYAALLAH.


TERIMA KASIH. WASSALAM.

Sunday, April 1, 2012

JEMPUTAN

RAKAN-RAKAN SMBK


ABDUL RAHIM ISMAIL & SITI NORMAH NASARUDIN 


DENGAN IKHLAS DAN BERBESAR HATI MENJEMPUT RAKAN-RAKAN 

KE MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI KAMI:-


PADA HARI SABTU 21HB APRIL 2012 BERSAMAAN 29 JAMADILAWAL 1433 HIJRAH

DIKEDIAMAN KAMI 

499, TAMAN SAGA, JALAN ALOR MENGKUDU
05400 ALOR SETAR, KEDAH.

SEMOGA KEHADIRAN DAN DOA RESTU PARA JEMPUTAN AKAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS KAMI DAN DI BERKATI ALLAH S.W.T, INSYAALLAH.

TERIMA KASIH.  WASSALAM.

Saturday, March 31, 2012

BERTEMU GEMBIRA DI RUMAH TUAN HAJI SALIM

Alhamdulillah, hari ini 31 Mac 2012, gembira bersua sahabat lama, melepas rindu kisah lama, senda gurau..... terima kasih kepada semua sahabat di atas kegembiraan hari ini. Hameed, Jalil, Sharif, Iskandar, Bang Mail, Norhashim, Normah, S Shara, Latifah, Mariani (maaf kalau ada yang hadir tapi tidak disebut di sini)
Gulai Labu yo!!!

Hilang solegho Dr Zaha

Datin Normah kalau bab makan ni..!!!

Yang sompek hadir

Yang paling tak sangka dapat jumpa Zaharin Zainal.Mulanya, Zaharin memang tak kenal. Saya sebut nama semua classmate dari sekolah rendah....Tahir, Zamrus, Firdaus, Dr. Zahar, Dr. Murad, Ibrahim, Baha, Asnani, Zaiton, Yap Chee Meng, Lim Lee Aik, Lim Wah Joo....semua dia kenal, tetapi tubuh yang berada depan dia tu sikit pun dia tak cam. Setelah hampir 15 minit, dia mengalah dan saya mengaku.

Zaharin....Sahabat baik dari Darjah Satu dan hari ini, setelah terpisah selepas MCE dulu baru dapat bertemu. Dia dah pencen 55 tahun. Anak dah besar, Cucu ada dua, Duduk kat Seremban...Senawang. Terima kasih SMBK 69-74 kerana menemukan kami.

Norhashim pun akan pencen. Bulan April mula cuti. Saya...tak ada chance nak pencen awal. walaupun sudah sediakan pelapis tetapi kepakaran masih diperlukan oleh Universiti. Kalau boleh nak pencen awal juga, boleh rehat kat Ulu Bendul 'full-time'.

Haji Salim, terima kasih atas sambutan yang mesra. Jumpa kawan lama, kelakuan balik macam bebudak Form 4....

Terima kasih.

Dr. Rashidi

Sunday, March 25, 2012

JEMPUTAN

RAKAN-RAKAN SMBK,

TUAN HJ SALIM SHARIF DAN KELAURGA DENGAN HORMATNYA

MEMPERSILAKAN RAKAN-RAKAN SERTA KELUARGA KE RUMAH BELIAU
BAGI MERAIKAN

MAJLIS PERSANDINGAN ANAK BELIAU.

TARIKH: 31 MAC 2012

HARI: SABTU

MASA: 11.OO PG HINGGA 3.00 PTG

TEMPAT: KG PADANG LEBAR,
BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN

SEMUGA DENGAN KEHADIRAN RAKAN-RAKAN AKAN BERTAMBAH

MERIAHLAH MAJLIS BELIAU.

NO TEL SALIM: 012 6080601


Thursday, March 22, 2012

TERKINI DARI UTUSAN

Tokoh wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia

22/03/2012 5:11pm

KUALA LUMPUR 22 Mac - Tokoh wartawan yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini selepas terjatuh di bilik air di rumah anaknya semalam.

 

Anak keempat beliau, Yuri Azhar, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku pada petang semalam di rumah kakaknya di Petaling Jaya.

“Bapa berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh semalam dan doktor memberinya sedatif. Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 4.15 petang ini,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN

Catatan: Jokiden membaca tulisan beliau setiap minggu. Kini hanya tinggal kenangan. Seorang lagi yang Jokiden minati gaya penulisan beliau ialah Tan Sri Abdullah Ahamd, bekas Ahli Parliamen Kok Lanas dulu.

Wednesday, March 14, 2012

TERJAHAN KE DUA...........

AsSalam,

Lamo dah saya tak buat apa2 posting di blog kita ni.  Pada siang tadi saya dan LAR telah menerjah ke rumah kwn kita Pn Zainun Mustafa di Kg Lubuk Gintan.  Oleh perasaan yg sgt teruja bg kami berdua, kami memberanikan diri untuk memasuki rumah beliau walaupun kedatangan kami tidak diundang.  Perasaan takut dan malu bercampur baur, fikiran kami kacau bilau jugak sedikit, takut kedtgan kami yg tak diundang ini kok menjadikan tidak keselesaan pd tuan rumah.

Rupa2nya kami disambut dengan wajah yg sungguh ceria, amat menyenangkan perasaan kami, seolah2 kemesraan ketika bersama2 disekolah itu menjelma kembali, walaupun kemesraan itu hampir2 hilang ditelan waktu.

Perbualan kami bermula sehingga tidak dirasai oleh waktu yg berlalu. Rasanya masa sgt mencemburui kami sehingga kami tidak merasa puas utk bercerita mengenai kisah lama dan baru.

Akhirnya kami mengundurkan diri dengan mengucapkan selamat tinggal kepada kwn kami Zainun sambil berjanji akan berjumpa lagi. ENTAH BILA BERTEMU LAGI...............

Kami berdua berpisah setelah menghantar LAR kerumahnya di Seremban2, dan kami berjanji akan berjumpa lagi dan akan membuat TERJAHAN KALI YG KE 3 kerumah kwn2 yg sungguh lama tak berjumpa....tapi kali ini kami akan bergerak agak ramai sikit, bukanlah satu bas atau satu lori tapi 3-4 orang je. Harap2 kwn2 jgn marah...sbb kami dlm title PKK (Peg Kehulu Kehilir)......hahaha

Terjehan pertama telah kami lakukan kerumah kwn kita MD (Mariani Duaji)...kedatangan kami juga disambut dgn gembiranya, dan berpisah seolah2 tak cukup masa utk bercerita. 

Walau bagaimana pun kami berdua ucapkan jutaan terima kasih kerana mempunyai kwn2 yang sangat2 mengerti dan memahami kami, kerana menjadi tetamu yg tak diundang seketika.

Selepas ini kemana pula kami nak terjahhhhhh...........nanti.........TUNGGU............

MAAF DARI SAYA.........SSAK


rancak berbual sambil pekena teh sedap.....