BIASALAH…… kalau hari cuti saya akan lambat bangun. Lepas subuh saya akan sambung tidur sekurangnya hingga jam 10.00 pagi. Pagi tadi pun sebagaimana biasa saya bangun jam 10. Selepas sarapan saya keluar untuk mendapatkan akhbar. Semua akhbar utama : Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan The Star sold out di semua kedai 1km radius dari rumah saya. Lewat petang semalam PM Najib telah membentangkan budget 2012 yang amat pemurah. Tiada cukai baru yang membebankan rakyat malah setiap individu rakyat mendapat faedah tambahan secara langsung.
Itulah sebab akhbar utama cepat habis pagi ini. Nampaknya prihatin sungguh orang kita dengan budget. Agaknya sedang mengira berapa habuan yang akan mereka dapat selepas ini. Masa dulu tidak ada siapa yang kisah tentang budget. Tiada liputan meluas tentang budget dan tidak ada antara kita yang tau apa itu budget.
Walaupun dulu budget ciput tapi kita merasa bahagia dalam derita. Gaji kakitangan awam tak seberapa. Ayah saya sebagai buruh kerajaan hanya bergaji tak sampai seratus sebulan. Kawan saya dalam cerita terakhirnya sebelum bersara minggu lepas memberitahu ayahnya se orang anggota polis biasa bergaji RM113.00 menyara 16 orang anak. Apa lagilah yang bekerja kampong masa itu tentu lebih terhimpit.
Masa itu tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan. Apa pun budget di zaman 70han sebiji kuih bom sebesar penumbuk di kedai simpang (panggilan khusus untuk kedai ayah LAR) hanya 10 sen. Teh susu 20 sen. Sebiji kelapa 20 sen. Sebotol kecil minyak kelapa 30 sen (masa itu minyak dijual dalam botol). Minyak “ageh” untuk menyalakan pelita 10 sen sebotol atau tiga ringgit setin. Barang makanan janganlah dikira. Beras RM1.80 sen segantang sama harga dengan sekati daging. Ikan kembong di pasar Padang Lebar (dulu Padang Lebar ada pasar tau!!!!) hanya 60 ke 70 sen sekati. Taugeh boleh dibeli dengan harga 10 sen saja. Potai 10 papan hanya berharga 60 ke 80 sen seikat. Petrol pula berharga di bawah se ringgit se liter.
Pernahkah kita berasa derita dan terhimpit dulu? Saya tidak. Saya merasa amat bahagia dengan keluarga walaupun ayah dan ibu kita tidak dapat menyediakan kita sedikit kemewahan seperti apa yang kita berikan kepada anak2 kita.
Sebulan dua ini kita perlulah mempersiapkan minda untuk menerima kenyataan bahawa cost of living kita akan meningkat. Jangan harap segelas teh tarik berharga 1.50 sen, roti canai seringgit sekeping. Kuih muih pula tak kan ada yang berharga 50 sen satu walaupun saisnya telah di kecilkan agar boleh ditelan saja macam kita makan panadol. Sarapan pagi kita sekarang boleh lagi dengan harga RM3.00 dan makan tengahari 5-6 ringgit tapi menjelang tahun depan anda kena keluarkan duit lebih untuk menikmati makanan yang sama. Saya rasa restoran Sri Kertas juga sedang berkira menaikkan harga. Kalau dulu dua biji telor setengah masak berharga RM7.00 mungkin lepas ini boleh melonjak ke RM10.00. Apa kata Sarip?
Budget Najib PM memang pemurah. Emak saya yang tiada mengena dengan Perkhidmatan Awam juga mendapat habuan. Selain dari pencen arwah ayah saya sebanyak RM720 (berkali ganda dari gaji arwah ayah saya), beliau juga menerima RM500 sebagai bayaran khas, RM3,000 untuk ayah saya yang pernah bertugas sebagai SC dulu.
Saya dah mula berkira untuk pencen sejak dua bulan lalu. Bila kawan2 tanya bila pencen saya jawab “dua kali poso lai” atau bersamaan 22 kali cucuk duit di ATM. Saya dah mula rancang apa nak buat dengan duit faedah persaraan tambah dengan duit holden handshake tambah dengan duit baki KWSP tambah dengan duit simpanan di beberapa koperasi. Saya rasa cukuplah duit itu selain wang pencen untuk hidup goyang kaki dan setahun sekali melancong keluar negara.
Saya juga dah rancang untuk baiki rumah saya di Kuala Pilah dan menetap di sana selepas bersara. Kawan2 tanya saya mengapa nak menetap di Kuala Pilah sedangkan di Seremban lebih baik? Jawapan saya rumah saya di Kuala Pilah dekat segala-galanya. Surau dekat. Masjid dekat. Hospital dekat. Tanah wakaf (kubur) juga dekat.
Petang semalam Pak Najib PM telah membantutkan perancangan saya. Umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan ke 60 tahun. Ini bermakna saya ada pilihan untuk bersara 46 bulan lagi. Dengan tawaran kenaikan gaji dengan lain-lain faedah sukar rasanya untuk saya menolak offer Najib PM. Harap kawan2 (termasuk NSR – peminat NO 1 saya) dapat memberi pandangan sama ada saya patut untuk bersara pilihan 60 tahun?
MCC
Mulai taun dopan tak payah kojo pun gaji naik... dahlah naik..tak ado pulak fullstop ea sobab pencen naik tiap2 tahun.... so bang MCC pencen yolah.. mengikut kigho-kigho kek ateh tu dah banyak bona duit tu..aghi2 tengok web air asia yolah.. sok kok dah 60 taun umo kono pakai tungkek plak nak poie vietnam!!!
ReplyDeleteEse tak ado pencen aaa..huhuawaaaaaaaaaa!!!!!
Jokiden
Kalau pencen awal mcm mana nak kawin 2.....
ReplyDeleteﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
ReplyDeleteSusah bona ese nak boghi pondapat dalam hal ni. Sobab’eh yg potamo molibat’an tuboh badan oghang lain. Yg koduo molibat’an duit ringgit ni, boghibu ghibu pulak tu. Tompi oghang yg punyo dighi pun dah tau dah koputusan dio tu sobona’eh.
Ese cadang’an kojo yo sampai 60thn. Gaji 2 tahun laie tu + mintak bantuan kerajaan /swasta ko buleh buek bolanjo buek madrasah/ sekolah anak yatim/miskin dokek sughau tu/ boli tanah dan wakafkan. Sokaghang oghang macam abang ni memang sangat2 di perlukan dimano2. Kopimpinan dan boleh mentadbir dgn baik dah ado. Minat memang tinggi. Takkan abih jd tukang bontang sojadah yo doh.
Masalah sosial makin toghuk. Zina,dadah,buang bayi, bunuh,samun, ragut dll hanyo buleh disolosaikan dgn agamo yo. Boghi kofahaman agamo sebanyak2 mungkin.Kok dapek percumo. Oghang kayo molampoh kek mano2. Mintak yo tajaan. Jokiden yo sok boghi soghibu sobulan. Dt Jalil soghibu. Prof kito soghibu. Yg lain2 tu laie.. banyak ghibu tu. Dan jgn sosokali libatkan politik kepartian.
Ese ni cakap yo. Ese jumpo pongaghang buku ‘Haji Muda’ dulu, dio kato bilo nak pencen kebanyak’an oghang nak buek ghumah baghu atau bosar’an ghumah dio yg ontah boghapo lamo laie dio sompek nikmati’eh. Sodangkan ghumah’eh kek sinun yg koka lupo nak buek/repair. Itu keteh dio lah.Kok tak cayo co buka blog'eh.
http://ridzwan-bakar.blogspot.com/
Komen yg sughuh kawin duo tu, takyah doh.susah nak ruko'/sujud nanti..NSR...
Mak oiiai NSR, sughuh ese, DJ n DRR boghi soghibu sobulan..ese dahlah tak ado pencen..nak kono boghi plak..jawab ea ese toghus pencen.. kih..kih..
ReplyDeleteJokiden
Kok tak dapek seghibu hinggit, soghibu rupiah pun ditoghimo.. camano plak NS kalah mlam tadi ni...kalah kek team Dt Isa plak tu..Jakiden tipon tok isa minta bodamai yo lah.. boghilah poluang kek team nogoghi sondighi...NSR..
ReplyDelete