GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, October 19, 2011

REUNION PEGAWAI KANAN PESARA KERAJAAN


Oleh:
JOKIDEN
Assalamualaikum Kawan-kawan,
Seperti yang saya janjikan minggu lepas saya akan menulis sesuatu mengenai Reunion Pegawai-Pegawai Kanan Pesara Kerajaan Kelab UMNO. Maknanya di sini ‘Pegawai Kiri’, bukan pesara dan bukan ahli UMNO tidak layak menyertai Kelab ini.
Kelab ini ditubuhkan pada tahun lepas mengikut negeri. Saya bukanlah Pesara Kerajaan kerana saya berhenti dari perkhidmatan kerajaan sebelum mencapai usia persaraan. Samalah dengan SSAK tu. Tetapi saya ahli UMNO dan semasa Kelab ini ditubuhkan di peringkat Negeri Sembilan, maka saya salah seorang yang dijemput untuk menjadi ahlinya.
Menariknya  Pegawai Kanan Pesara Kerajaan Kelab UMNO ini dianggotai oleh mereka yang telah berusia antara 50 tahun hingga 90 tahun. Siapa mereka dahulu tidak penting dan siapa mereka kini juga tidak penting. Ada sesuatu yang pada pendapat saya amat menarik untuk dikongsikan dengan rakan-rakan mengenai Reunion pada hari Isnin, 10 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Sime Darby Convention Centre tersebut. Biasalah saya tidak akan menceritakan tentang isi majlis pada hari tersebut, sebaliknya yang ingin saya ceritakan ialah suasana orang-orang veteran ini apabila sesekali berkumpul. Lagipun kemungkinan besar suatu hari nanti rakan-rakan kita seperti DAJA, Md Shah, Dr Rashidi, Zamrus, Dr Ahmad Zuhaidi, Latifah Rahman dan ramai lagi akan turut menyertai Kelab ini.


Ybhg Dato’ Jalil mungkin pernah beraksi di sini.


Saya menghadiri majlis ini bersama seorang rakan dari Seremban. Majlis bermula jam 2 petang namun biasalah untuk menunggu kehadiran para jemputan dan tetamu kehormat sudah tentu mengambil masa. Sementara menunggu dan sesekali sambil menyedut rokok saya memerhatiakn setiap ahli yang hadir. Mereka sebenarnya hidup penuh bergaya dan 90 peratus yang hadir walaupun dalam usia emas tetap ceria dan berwajah tenang. 90 peratus daripada mereka adalah bergelar samada Dato’ Datin, Dato’ Seri, Datin Sri, Tan Sri, Puan Sri, Tun dan Toh Puan.
90 peratus saya dapati datang dengan kereta mewah pelbagai jenama, baru, separuh baru dan lama. Mereka sebenarnya mampu untuk memeiliki itu semua kerana mereka asalnya adalah Pegawai Kanan Kerajaan yang mengetuai pelbagai Jabatan, Kementerian dan Agensi. Dengan pangkat terakhir adalah tinggi, gaji terakhir adalah tinggi dan sudah tentu pencen bulanan juga tinggi.
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan
 
Terdapat juga yang saya ketahui memang masih bertugas di pelbagai GLC dan syarikat swasta. Tentunya juga anak-anak dan keluarga juga sudah Berjaya dan untuk memiliki sebuah dua kereta mewah pastilah tidak membebankan.
90 peratus saya dapati datang dengan pemandu samada pemadu tetap ataupun hanya untuk majlis tersebut tidak saya ketahui. Pemandu peribadi digunakan mungkin oleh beberapa sebab. Pertamanya mungkin untuk maintain perasaan masih menjadi orang besar. Keduanya mungkin kerana tidak larat memandu akibat faktor umur. Ketiganya mungkin ingin terus dilihat hebat. Keempatnya mungkin untuk memudahkan pergerakan dan tidak susah payah mencari parking lot macam saya. Berhenti di depan loby dan pintu kereta dibukakann, turun, pintu ditutupkan dan pemandu berlalu.
  
Di dalam hati saya merasa bangga melihat orang Melayu hidup berjaya dan bergaya. 90 peratus memakai baju batik yang berkualiti tinggi lalu menjadikan mereka segak dan berwibawa. Siapa kata Batik Malaysia tidak bermutu. Selebihnya memakai kot dan tali leher termasuk jemputan khas yang saya kenali iaitu Tan Sri Abu Zahar Ujang Speaker Dewan Negara.
70 peratus terdiri daripada ahli lelaki dan hanya sekitar 30 ahli wanita. 90 peratus ahli wanita bertudung kepala, pastinya yang berjenama. 10 peratus masih mengekalkan status tanpa tudung dan jelas kelihatan rambut mereka pelbagai warna.  
90 peratus lelaki kekal berambut hitam atau brownish dan hanya 10 peratus yang menyimpan warna asli  iaitu metalik white. “aku terpaksa tunggu 50 tahun lebih ni untuk dapat rambut macam ni..” kedengaran seseorang berkata disambut dengan gelak ketawa apabila ada rakan mengusik rambutnya yang putih 100 peratus. Terdapat beberapa orang yang datang dengan bertongkat, tetapi tidak ada yang berkerusi roda. Melampaulah kalau dah berkerusi roda masih juga bersemangat hendak datang.
Beberapa orang bekas Jenderal Tentera turut hadir. Juga beberapa orang bekas Hakim yang saya kenali. Keseluruhan lebih 500 orang yang hadir dan kawan-kawan bayangkan suasananya apabila mereka berkumpul. Ada yang telah lama tak bersua. Ada yang bersongkok, ada yang memakai ketayap. Kebanyakan perbualan berkisar kepada kisah semasa, apa Datuk buat sekarang, Opis kat mana, di mana Tan Sri main golf, berapa orang cucu, ke mana melancung akhir-akhir ini dan pelbagai kisah nostalgia.
Daripada 500 orang lebih tersebut dua orang berambut panjang. Salah seorang adalah saya. Yang seorang tu hampir serupa dengan Allahyarham Datuk Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dulu. Kehadiran yang begitu ramai tersebut menyebabkan ia seolah-olah pertunjukan fesyen pakaian batik, sementara di tempat letak kereta yang luas itu seolah-olah menjadi tempat pamiran kereta berjenama mewah.
Pada hari ini terdapat lebih 600,000 pesara kerajaan pelbagai kategori. Pegawai Kanan lebih 10000 orang. Jumlah bayaran pencen yang ditanggung oleh kerajaan setiap bulan amat besar. Terdapat pesara yang menerima pencen lebih lama daripada menerima gaji semasa bertugas dahulu. Apapun syukur. Contohnya ada yang bertugas selama 25 tahun atau 40 tahun, tetapi masih menerima pencen dan usia telah menjangkau 90 tahun.
Jelas kelihatan mereka yang sedang mengalami pelbagai jenis penyakit. Ini dapat dikesan melalui perbualan, jenis ubat2 yang dimakan, tidak boleh makan itu dan ini, tidak boleh berdiri lama, duduk lama, wajah yang cengkung, punggung yang kempis, rambut yg jarang walaupun hitam, perut yang ke depan dan pelbagai lagi. Cuma yang pasti hampir kesemuanya berwajah ceria dan tidak murung. Itu bagi saya adalah lambang kepuasan menjalani hidup dan meniti usia senja. Mereka sesungguhnya terdiri daripada insan-insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara.
Majlis yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang akhirnya berjalan lancar apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tiba pada jam 3.45 petang. Selepas Tan Sri Aseh Che Mat selaku Presiden kelab ini selesai menyampaikan ucapannya maka giliran Tun Mahathir pula berpidato. Beliau tetap seperti dulu, lancar, berwibawa, penuh keyakinan diri, penuh fakta,  konsisten, outspoken dan bertenaga.
Beberapa soalan dikemukakan oleh ahli diakhir ceramah belaiu dan seperti dimana-mana majlis beliau yang saya hadiri jika ada sessi soal jawab, maka saya pasti mengambil kesempatan. Kali ini saya merupakan peserta terakhir yang mengemukakan soalan dan selalunya jawapan Tun memuaskan hati saya.
Jika kena dengan urus tadbirnya saya yakin Kelab UMNO Pegawai Kanan Pesara Kerajaan ini pasti boleh memainkan lagi peranan mereka dalam arus pembangunan Negara. Patah tumbuh hilang berganti. Secara kebetulan semasa saya di sana, saya terima panggilan daripada LAR, dia juga berhajat untuk menjadi ahli kelab ini. Nantilah di mana-mana kesempatan jika saya bertemu beliau akan saya serahkan borang keahlian kelab ini kelak.
Mohon maaf kepada rakan-rakan sekiranya posting kali ini tidak menarik. Kepada rakan dan keluarga rakan yang akan berangkat ke Tanah Suci menyahut panggilan Illahi, saya doakan semuga semuanya selamat pergi, selamat pulang, selamat memperolehi haji mabrur dan semuga bertemu lagi di majlis Reunion SMB
Mohon juga halalkan yang termakan dan terminum. Mohon juga seperti permintaan NSR doakan kami yang belum ke sana agar segera tercapai hasrat kami. Saya tidak ada pengalaman namun seperti yang MCC dan DAJA catatkan di sana gerak hati mestilah dijaga sebaik mungkin jika tidak semuanya term cash. DAJA hilang selipar, MCC pula kena berakan oleh burung. Saya banyak membaca kisah-kisah yang berlaku di sana dan semuanya menggerunkan hati ini.
Selalunya jika berkesempatan bertemu orang yang pulang dari Mekah saya akan bertanya apakah peristiwa pelik, anih dan luar biasa yang mereka alami. Setiap kali mendengarnya di dalam hati, saya berkata bahawa Allah sesungguhnya Maha Agung.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan



6 comments:

  1. Pogewai tongah leh masuk tak

    ReplyDelete
  2. Ese sobona'eh jealous kek Jokiden sobab dio ghambut panjang lalu nampak mudo. Ese cubo nak simpan tompi ghaso tak soleso.Ghimeh. Tak mahu deh macam dodulu doh. Ese cubo simpan misai dan janggut pulak, tompi tak soleso yoh, apo laie sokaghang ni dah banyak uban kek janggot dan misai tu. Botompok2 putih'eh. Yg sonang'eh ese tobeh yo sumo eh.. Tengoklah nanti..ese cubo ghambut panjang balik..dapek sojongka panjang'eh jadilah..hahahaha..NSR..

    ReplyDelete
  3. Bulih LAR, kiri, kanan, ateh, bawah dan tongah!!!Nanti isi borang, kelab ni memang sosuai utk you.

    Dulu ghambut NSR sobakul, mcm divid arumugam tu..keriting, kok sokaghang buek macam ghambut dulu-dulu makoii ai mudo balik...

    Jokiden

    ReplyDelete
  4. AsSalam,

    Saya tak tau ada lak kelab spt yg Jokiden citekan ini, ahli UMNO yo ko yg buleh join d kelab, klu bukan ahli UMNo tak buleh ko?

    Sobenar Jokiden saya seorang pesara k'jaan yo, saya bersara (pencen pilihan) semasa kwn2 baru bersara saya dah bersara...kerana saya bersara dgn beberapa sbb yg tak dpt dielakkan, dan juga urusan2 luar negara yg tak dpt saya elakkan bersama suami.

    Apa2 pun saya tak mengikut sgt perkara2 sebegini kerana terlalu sibuk, hanya baru2 ini saya baru nak ambil tahu segala aktiviti spt persatuan, koperasi dll yg boleh kita menyumbang bersama. Saya gembira jugak dpt idea2 ini drp org spt Jokiden, dia bnyk memberi maklumat kpd saya membuatkan saya dpt mencuci minda saya yg berkarat.

    Jokiden, dr apa yg sdr ceritakan, org2 yg dtg kemajlis itu semua bergaya belaka, klu org spt saya yg tak bergaya ini tetapi ada kriteria pesara, layakkah utk bersama?

    Walau cara apa pun corak2 mereka2 yg dtg dalam kelab ini, samada bergaya , berharta, kaya raya, berpangkat, tetapi saya lebih mentingkan pengisian kelab ini. Jemputannya termasuklah Tun Mahathir, bg saya memang lah sepatutnya, kerna saya suka dgn idea2nya, bahasanya,sikap dan ketegasannya, kerana saya pernah juga berkhidmat dan menghadiri mesyuarat bersama semasa saya berkhidmat dahulu. Tun Mahathir seorang yg berpandangan jauh, visionnya bukan sekadar utk sekarang tetapi lebih jauh lg, maka itulah timbulnya mission 2020 yg selalu disobut2.

    Pengalaman2 saya di luar negara, membuatkan saya mendabik kpd Tun Mahathir mengenai pembangunan yg telah dilakukannya. Walaupun tak seindah dan tak maju negara luar saya tetap berbangga dgn apa yg saya lihat dan dapt hari ini.


    Disini juga saya nak ceritakan pengalaman saya ke Mekah dahulu, saya kehilangan beg pakaian dan barang2 semasa di Madinah, semasa itu saya nak berangkat ke Mekah, setelah sedar beg tiada ditempat pengumpulan beg2 dan barang, saya sempat menuju ke Masjid Nabawi utk solat taubat dan solat hajat memohon pd Allah utk mengampunkan dosa2 saya dan menemukan beg2 saya, selepas itu saya terus menaiki bas menuju airport madinah tanpa beg dan barang2. Ketika itu saya redha apa2 saja yg dah dan akan berlaku, hanya saya terbayang akan membeli segala2nya semula setibanya di mekah nanti.

    Ajaibnya kwn2 sesampai saja saya di airport Madinah, saya turun dari bas, terus masuk kepintu utama airport tak jauh dr pintu tersebut saya nampak beg2 dan brg2 saya tergolek2 disatu sudut dgn keadaan yg baik, maka bercucuranlah airmata saya disitu seolah2 malaikat telah membawakan kepada saya disitu. Lalu saya melakukan sujud syukur, tanda terima kasih dan syukur pd Allah.

    Dulu saya pergi melalui package swasta bukan melalui Tabung Haji, kerana masa itu ada kemampuan yg lebih maka saya pentingkan keselesaaan. Apa2 pun saya selamat sampai di Mekah dgn penuh keinsafan dan lebih berhati2 lg sehingga selesai mengerjakan ibadah.

    Itulah kebesaran Allah, yg masih tinggal dlm ingatan saya hingga kehari ini.

    Saya percaya setiap seorang akan mempunyai pengalam samada baik atau buruk semasa mengerjakan ibadah ini, hanya semasa berada disana sentiasa pohonilah pd Allah utk pertolongannya.

    Sekian.


    SSAK

    ReplyDelete
  5. Ooomangaii panjang ea komen SSAK, macam posting pulak. Tq so much.

    Tentang kelab tu, you mesti ahli UMNO, namo ea pun Kelab UMNO Pesara Kerajaan. Kok ahli parti lain tak bolehlah. Ado yo oghang dah bersara atau masih kojo jadi ahli parti lain, PAS, DAP, PKR, MCA, Gerakan dan macam-macam laielah. Jadi ikutlah haluan masing-masing dan joinlah kelab parti masing-masing. Kok bolun ado kelab tubuhkan sonighi, bukan susahpun.

    Tontang peristiwa you kehilangan beg di Madinah tu ese amik ingatan dan ghamai yang cakap kek sanun kito tak bulih langsung cakap bosa..Di sanun sumo ea kerdil. Tosilap ati todotik dah kono bayar tunai.. Jgn lupo tanyo kengkawan tentang Reunion kito, maso bojalan aaa..

    Jokiden

    ReplyDelete
  6. AsSalam,

    Esei bukan apo, sbb komen jd panjang mcm posting, kerana tak sompek nak buek posting, idea belum sampai laie utk buat cite baru,so komen yg sonang di terjah, dpt idea dr posting u Jokiden, TQ.
    Sorry, jgn jemu bilo kono baco panjang2.....

    Tak lamolaie kita akan kurang satu blogger yg popular di blog kito (MD)...tontu sunyi lah sikit....

    Pasal reunion , akan sei usahakan...skang ni sei sibuk sikit....tunggulah sikit maso laie....

    Kepada kwn2 yg dah baca blog buleh yo tindakbalas sikit perkara ni kpd kami, mudah kojo ee....

    SSAK

    ReplyDelete