GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Iskandar. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

GHOBAH!!!!!!!! DI PD

Toko photo sapo ni..jiko topat..sah dapek hadiah di PD nanti




Toko lagi, yang ini sapo boto toko laie bosa hadiah eaa


Salam kawan-kawan,

Dah hampir jam 4 pg ni, mata tidak boleh lena. Semasa di Ilham tadi Jalil asyik bercerita yang dia masih belum tidur sejak semalam. Pengalaman lalu mengajar saya bahawa jika tidak boleh tidur, tidak usah risau apa-apa, buatlah sesuatu untuk memenuhi waktu.

Ramai yang ingat bahawa Halim Othman pernah mencatat rekod tidak tidur dan asyik bercoloteh di radio hampir dua hari dua malam. Sebenarnya saya telahpun memecahkan rekod beliau tersebut, tetapi tidak siapapun peduli atau lebih tepat lagi tidak ada yang tahu selain dari keluarga saya.

Saya buka fb dan tengok komen rakan-rakan, Dua malam yang lalu isteri saya telah tegur kerana dia asyik tengok saya sonyum sorang-sorang bila menghadap komputer. Siti Normah pun begitu, ngekek sorang2. Tapi saya yakin kawan-kawan jugak waktu mencatatkan sesuatu di fb tersebut pastinya sonyum sorang-sorang terutamanya bila menulis perkataan 'ghobah'

Meeting AJK tadi nampaknya berjalan lancar. Yang hadir ialah Iskandar, Mail, Rashid, Siti Shara, Rubiah, Ahmad Yusri dan Jalil. perbincangan kami secara tidak formal, namun berkesan maklum saja semuanya 'berpengalaman' Saya menilai semua rakan-rakan AJK sebagai sangat hebat. Walaupun bermesyuarat secara santai, kami berusaha untuk menghasilkan yang terbaik untuk majlis kita ini. Doakanlah.

Perkara yang amat kami tekankan ialah setiap keluarga mesti membawa hamper, kerana kami bimbang ada antara rakan-rakan yang tidak membawa pulang hamper nanti. So pls bring along one with you but nobody will stop you from bringin more.

Selesai meeting kami melawat sekali lagi bilik-bilik, saja Jalil dan Rubiah nak tengok. Kemudian kami pergi makan. Terima kasih Jalil kerana bil makan dan minum pada malam ini beliau yang bereskan. Saya dan Kandar biasalah bila bab nak bayar-bayar ni, cepat-cepat panggil pelayan suruh kira dan buat-buat nak keluarkan dompet, acah nak bayar...





Saturday, January 1, 2011

REUNION SMBK, ATURCARA CADANGAN



Salam kawan2 semua, semuga selamat sejahtera hendaknya.

Blog ini diwujudkan dalam keadaan tergesa-gesa. Akan diperkemaskan dari semasa ke semasa. Jangan marah.

Saya diarahkan oleh Sdr Ab Jalil bos MSN tu supaya menguruskan satu reunion untuk rakan-rakan yang sama belajar di Sek Men Batu Kikir dari tahun 1969 hingga 1974.

  
Oleh kerana saya ni seorang yang menurut perintah maka saya ikut sahaja arahan beliau tanpa soal jawab, walaupun dalam hati saya geram berapi-api.

Baru sebentar tadi dia call saya, 6 ptg, Jumaat 31 Disember 2010 mengarahkan lagi supaya saya susun aturcara ringkas dulu, sebagai panduan.."malam ni jugak ekau buek aturcara tu!!!!" perintahnya..mak oi ai..Now 6.30 petang saya sudah mula merangka aturcara ni...untuk panduan kita semua.

Dia juga melantik diri saya selaku pengerusi, setiausaha, bendahari, penyelaras, pendek kata semua jawatanlah..tanpa gaji..ishkkk!!!!.cuma MC pada majlis tu dia nak..."Ekau jangan nak memandai-mandai jadi MC, edan yang layak, ni kengkawan dah ramai yang respon ni.." Katanya lagi.

"Yes Bos!!!!!!! ok boy!!!" Jawab saya. Dari kocik hingga 'tuo' saya panggil dio 'boy' 

Rakan-rakan semua,

Idea untuk berkumpul ini datang dari beberapa orang..masa Azimah Othman terima menantu hari tu, timbul lagi..lepas tu HJ AB JALIL dan Iskandar Hj Suak serta Siti Sara dan Mariani juga rasanya turut menyuarakan hasrat yang sama.

                                                            Ni dia kita punyo Tok Sidang

Seperti rakan-rakan yang lain saya sebenarnya amat teruja dengan program ini maklumlah ada antara kita telah terpisah sejak 30 tahun lalu..ada antara kita yang telah mempunyai menantu, cucu, mungkin juga cicit...apapun kita sebenarnya telah TUA!!!!!!!!...ada yg tak setuju tu...takpo..sok bila dah berjumpa kita cerita panjang.

Pertama dan terpenting, mari kita sokong dan realisasikan hajat rakan-rakan kita ini. Yakin pada saya perjumpaan ini pastinya menyeronokan kelak. anak2 cucu2 dan cicit2 kita akan menyaksikan betapa atuk2 mereka mempunyai rakan2 yang hebat2, lawa2 dan hansem2.

Tentunya kita pernah bercerita kepada anak isteri dan keluarga kita tentang zaman persekolahan atau zaman remaja kita dahulu...sungguh indah untuk dikenang semula..yang pastinya walaupun kita semua nakal dan jahat dulu tapi kita tidak miang..huhuuuuuu...

Jalil kata Hamid bawal yg kalau kita ingat punggungnya jauh kebelakang tu..juga akan hadir..Siti Normah juga akan turun dari Alor Star , dia masih cute macam dulu...Bayangkan juga jika kita berpeluang jumpa dgn Siti Hawa yang totap lawa tu..

Juga Razali Khamis.Tahir Kassim, Lim Wah Joo. Ooooo ramainya harap2 semua dapat hadir, ok sekali lagi bagi sokongan dan biar saya uruskan...

Halimah Ujang sanggup amik mc untuk hadir..Saya dah baca respon rakan-rakan, semuanya positif..Jangan nanti ado yang tak kona Proffessor Ahmad Rashidi Hassan. Baru-baru ni 3 minggu lepas saya terjumpa dia, malu betul saya kerana cuba bergurau dengan rakan sekolah, dia buat tak tahu je...dia buat tak kona je..montang-montang dio ado PHD, berjalan kedua tangan masuk dalam poket depan, takut ado bondo jatuh kut, saya pulak hanya seorang casher...

Bilo dio tak kenal pada saya..maka saya kenakan harga mee hoon dan 2 butir telur setengah masak dan air suam RM19.90. Terkejut dia.."Ape ni, mahal nak mampus, telur sebiji RM7.00 ke?" Bentaknya dalam loghat Melaka.

"Baya yolah Tuan Proffessor.." saya jawab balik..sokali lagi dia terkejut macam pengarah filem..

"Kona se ko" soalnya kembali dah guno loghat Ulu Bendul.. Cerita ini seterusnya boleh disambung masa reunion pada 22 Januari nanti..

Tarikh 22 Januari 2011 Sabtu. Ini Jalil dan Iskandar yang pilih..saya setuju yo..ikut arahan dio..tak berani nak bantah..

Tempat: Ilham Resort PD http://www.ilhamresort.com/ tompek ni memang cantik dan shahdu..bukak yo pintu bilik terus terjun ke kolam renang..kalau waktu malam. macam kek hawaiiiiiiii. lupo plak aghi dah sonjo....Oooo


Atau di Taira Beach Resort. Batu 16, boleh terjun tiruk dari dalam bilik..pun cantik...Ini mahal sikit, tapi nak jumpa kawan lama yang telah terpisah lebih 30 tahun saya tak kira, berhutang pun saya sanggup.

Kono Bayar lah sikit duit makan tu...apo salah ea dah berpuluh tahun tak jumpa..

Kalau nak tido di PD biar saya uruskan tempat tidur..bayar lagilah..tak mahal bona doh..boleh sembang terus hingga ke pagi..biar habis cerita lama kita bongkarkan..

Saya rasa tentu masa tak cukup untuk kito berkongsi pengalaman jika waktu pertemuan ini terlalu singkat. Anak-anak kita tentunya nak dengar kisah lamo kito nanti..Suruh Shidi buek filem..Oooo huhu..

Wajah masing-masing dah banyak berubah. Jalil tu lain kalau 50 tahun tak jumpo pun sekali kita jumpa kita totap kenal dia..Ghupo ea tak berubah langsung. Anak-anak dio pun duo bijik macam dio..tak cayo sok tengoklah.

Jangan lupo bawak kamera, yang ado videocam pun bawaklah...kita shooting filem kat sana..

Ok aturcara ringkas:

Sabtu: 22 Januari..

12.00 pm  -  2.00 pm rakan-rakan sampai. kalau yg jauh tu rancanglah perjalanan. Daftar di kaunter..Yg nak bermalam ambil kunci bilik. Yang tak nak bermalam tak po..join dinner je lepas tu drive slow2 baliklah..

2.00pm -  5.00pm . Sembang potang di Dewan  Minum teh, menyusun hamper2..Setiap keluarga wajib bawah satu hamper..jangan kocik bona..singgalah kek mano2 shopping komplek tu..boli dan bawak..malam tu kito tukar2 hamper...tapi kono cabutan bertuahlah..

5.00pm -  6.00pm - Bergambar... dan macam2 laielah..Rakan2 boleh bagi cadangan..

6.00pm - 7.45pm - bebas dan siapkan diri untuk jamuan makan malam perdana!!!!!!!!!!!
Pakaian bebas tapi mesti yang terbaru...terkini dan tercantik..kalau perlu boli pada 21 Januari tu gantung dalam kereta dan pakai malam tu. Biar anak-anak tengok mak bapak dio melaram.

8.00pm - Jamuan Makan malam di dewan atau BBQ yo kek topi pantai tu...

Adolah sikit ucapan..dari rakan2 Nak tengok Lian Fatt gagap lagi tak macam dulu?

Majlis karoeke akan diadakan..MD SAH sok nak nyanyi...jangan terkejut...suara dio kalah Jamal Abdillah...Maso mudo tak ondak nyanyi...dah tuo2 melalak..

Ado cabutan bertuah...

Selebihnya rakan2 boleh cadangkan..saya ikut je perintah, mana yang baiklah...

Jadi aturcara sebenar akan sama-sama kita putuskan..mari kita war-warkan dan ajak seberapa ramai yang boleh. Jika di Ilham tu boleh menampung 100 buah keluarga.

Sekian dulu dari:

MOHD SHARIF AHMAD, 012 2345 889

Pengerusi, MERANGKAP Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Penyelaras Majlis (Gila Jawatan)