Salam kawan-kawan,
Dah hampir jam 4 pg ni, mata tidak boleh lena. Semasa di Ilham tadi Jalil asyik bercerita yang dia masih belum tidur sejak semalam. Pengalaman lalu mengajar saya bahawa jika tidak boleh tidur, tidak usah risau apa-apa, buatlah sesuatu untuk memenuhi waktu.
Ramai yang ingat bahawa Halim Othman pernah mencatat rekod tidak tidur dan asyik bercoloteh di radio hampir dua hari dua malam. Sebenarnya saya telahpun memecahkan rekod beliau tersebut, tetapi tidak siapapun peduli atau lebih tepat lagi tidak ada yang tahu selain dari keluarga saya.
Saya buka fb dan tengok komen rakan-rakan, Dua malam yang lalu isteri saya telah tegur kerana dia asyik tengok saya sonyum sorang-sorang bila menghadap komputer. Siti Normah pun begitu, ngekek sorang2. Tapi saya yakin kawan-kawan jugak waktu mencatatkan sesuatu di fb tersebut pastinya sonyum sorang-sorang terutamanya bila menulis perkataan 'ghobah'
Meeting AJK tadi nampaknya berjalan lancar. Yang hadir ialah Iskandar, Mail, Rashid, Siti Shara, Rubiah, Ahmad Yusri dan Jalil. perbincangan kami secara tidak formal, namun berkesan maklum saja semuanya 'berpengalaman' Saya menilai semua rakan-rakan AJK sebagai sangat hebat. Walaupun bermesyuarat secara santai, kami berusaha untuk menghasilkan yang terbaik untuk majlis kita ini. Doakanlah.
Perkara yang amat kami tekankan ialah setiap keluarga mesti membawa hamper, kerana kami bimbang ada antara rakan-rakan yang tidak membawa pulang hamper nanti. So pls bring along one with you but nobody will stop you from bringin more.
Selesai meeting kami melawat sekali lagi bilik-bilik, saja Jalil dan Rubiah nak tengok. Kemudian kami pergi makan. Terima kasih Jalil kerana bil makan dan minum pada malam ini beliau yang bereskan. Saya dan Kandar biasalah bila bab nak bayar-bayar ni, cepat-cepat panggil pelayan suruh kira dan buat-buat nak keluarkan dompet, acah nak bayar...

