GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label Rubiah Yussof. Show all posts
Showing posts with label Rubiah Yussof. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

GHOBAH!!!!!!!! DI PD

Toko photo sapo ni..jiko topat..sah dapek hadiah di PD nanti




Toko lagi, yang ini sapo boto toko laie bosa hadiah eaa


Salam kawan-kawan,

Dah hampir jam 4 pg ni, mata tidak boleh lena. Semasa di Ilham tadi Jalil asyik bercerita yang dia masih belum tidur sejak semalam. Pengalaman lalu mengajar saya bahawa jika tidak boleh tidur, tidak usah risau apa-apa, buatlah sesuatu untuk memenuhi waktu.

Ramai yang ingat bahawa Halim Othman pernah mencatat rekod tidak tidur dan asyik bercoloteh di radio hampir dua hari dua malam. Sebenarnya saya telahpun memecahkan rekod beliau tersebut, tetapi tidak siapapun peduli atau lebih tepat lagi tidak ada yang tahu selain dari keluarga saya.

Saya buka fb dan tengok komen rakan-rakan, Dua malam yang lalu isteri saya telah tegur kerana dia asyik tengok saya sonyum sorang-sorang bila menghadap komputer. Siti Normah pun begitu, ngekek sorang2. Tapi saya yakin kawan-kawan jugak waktu mencatatkan sesuatu di fb tersebut pastinya sonyum sorang-sorang terutamanya bila menulis perkataan 'ghobah'

Meeting AJK tadi nampaknya berjalan lancar. Yang hadir ialah Iskandar, Mail, Rashid, Siti Shara, Rubiah, Ahmad Yusri dan Jalil. perbincangan kami secara tidak formal, namun berkesan maklum saja semuanya 'berpengalaman' Saya menilai semua rakan-rakan AJK sebagai sangat hebat. Walaupun bermesyuarat secara santai, kami berusaha untuk menghasilkan yang terbaik untuk majlis kita ini. Doakanlah.

Perkara yang amat kami tekankan ialah setiap keluarga mesti membawa hamper, kerana kami bimbang ada antara rakan-rakan yang tidak membawa pulang hamper nanti. So pls bring along one with you but nobody will stop you from bringin more.

Selesai meeting kami melawat sekali lagi bilik-bilik, saja Jalil dan Rubiah nak tengok. Kemudian kami pergi makan. Terima kasih Jalil kerana bil makan dan minum pada malam ini beliau yang bereskan. Saya dan Kandar biasalah bila bab nak bayar-bayar ni, cepat-cepat panggil pelayan suruh kira dan buat-buat nak keluarkan dompet, acah nak bayar...





Tuesday, January 4, 2011

GAMBAR TAHIR


Salam Rakan-rakan,

Hari ini saya sempat berbual dengan Tahir, Siti Shara, Jalil, Iskandar, Alias dan Rashidi Hassan, Tahir komplen gambar dio tak ado dalam blog kito. Sebenarnya mana-mana yang ada fb dapatlah saya ambil gambar mereka, mana yang tak ada macam Tahir, tak dapek nolong ea doh.

Macam Rashidi, agaknya kalau tak bertemu dengan saya tempoh hari mungkin belum ada lagi fb. Nasib baiklah saya bagi tau dia fb boleh mencantumkan kita semula..malam tu jugak dia bukak akaun fb dia. hari ni dia paling aktif ber fb..hehehe..

Sokolah pandai, bijak, kojo bosa, fb pun tak ado..ni geram sikit dgn Tahir ni..ada ke patut semalam dia hantar sms pada saya begini "Astaufirallah...!!!! hidup kau laie jang..."  Ok saya usaha cari ganbar Tahir..dapat dah, harap dia tak komplen lagi..masa berbual tadi suara dio ngancam jugak macam Zali.hehehe.

Lagi satu Tahir komplen tentang gambar Tok Sidang tu..dio kato sughuh Tok Sidang tu amik gambar mandang kodopan...jangan nak senget-senget..

Saya cuba membayangkan suasana riuh rendah kita apabila semuanya sudah bertemu kelak...macam-macam hal yang nak diborakan, nak dikomen, nak digolakan dan nak diceritakan..APA KATA SETIAP KITA BUAT PROFIL SENDIRI DAN KELUARGA DALAM BLOG INI. Biar rakan-rakan baca....

Petang ni Jalil tidak ikut saya ke PD adalak last minute program dgn Datuk dia dinner dengan Datuk Misbun. Tak pe saya ke sana dengan Iskandar, Siti Shara dan Ismail Md Isa. Mak oiii, Siti Shara bukan main lagi bersemangat nak poie. Itu dia belum tengok lagi Ilham Resort tu..silap kang tak ondak balik plak dio.

Siti ni comeh sikit..takut sok last minit ramai yang tak jadi nak poiie!!!!!! jangan risau..majlis kita ni jadi dan akan gemilang sok. Mungkin sikit hari lagi saya akan siarkan di sini berapa kos bilik sebenar, berapa kos makanan, berapa kos breakfast, dll.

Dio jugak tanyo pasal karoeke...kalau kita sanggup bayar...apapun kita boleh dapat di situ. Pokok pangkalnya duit bah...Tapi Rashidi dah janji nak nyanyi dengan anaknya dalam persembahan istimewa..Kita memang akan adakan cabutan bertuah...ucapan-ucapan, dan jangan lupo BAWAK HAMPER satu sorang...huhuhu....kita tukar2 hampeer sok..