GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, March 14, 2011

ANTARA DR M DAN YUSRI KRU

Saya berpeluang menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa semalam. Filem epik tersebut arahan Yusri KRU. Saya bukanlah peminat filem melayu kerna sering merasa hampa setelah menonton filem melayu yang gagal memaparkan ciri-ciri filem yang baik.
.
Kali terakhir saya menonton filem melayu di panggung ialah filem Mokhsin arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Filem tersebut bagi saya penuh dengan nilai-nilai kemaknusiaan. Selepas itu saya seakan merajuk menonton filem melayu terutama yang diarahkan oleh Afdhlin Shauki.
.
Namun filem Hikayat Merong Mahawangsa lain dari yang lain. Walaupun 80% filem ini menggunakan bahasa inggeris tapi jalan ceritanya cukup baik dan aspek pengarahannya membanggakan filem melayu. Tidak mengecewakan dengan budget 8 juta set filem ini sangat mengkagumkan. Begitu juga kesan bunyi dan kostum. Sudah tentu filem ini akan mencapai box office terbaru dan boleh memenangi beberapa oskar dipertandingan filem peringkat tempatan dan antarabangsa. Khabarnya 27 buah negara telah booking filem ini untuk tayangan di negara berkenaan. Syabas KRU.
.
Saya dah pegang buku Dr mahathir " A Doctor In A House" minggu lepas sehari sebelum ia dilancarkan. Saya letakkan kembali buku itu di rak buku baru kerana dalam wallet saya ada tak sampai RM100.00. Saya berharap akan membelinya minggu ini tetapi bila saya ke semua kedai buku di Seremban buku tersebut telah sold out. Saya pesan kepada anak saya yang ke KL untuk membelikan buku itu tetapi juga telah kehabisan stok. Saya kembali ke kedai yang mempamerkan buku itu minggu sebelumnya tetapi jawapan yang saya dapat dari pembantu kedai itu buku tersebut telah habis dibeli.
.
Kesalnya saya tidak dapat memiliki buku tersebut lebih awal. Nampaknya saya terpaksa menunggu sebulan lagi untuk memiliki buku itu.  Saya tersandar keletihan di kerusi kayu di ruang legar shopping kompleks itu dan hampir melelapkan mata.
. 
"saya dah dapat buku yang abang cari" kata seseorang yang menemani saya mencari buku berkenaan.
Saya bagai tidak percaya dia mendapatkan buku itu untuk saya. Syukur dan terima kasih banyak kerana telah membantu saya mendapatkan buku tersebut. Saya segera menghululurkan RM100 , harga buku tersebut. Saya baru membaca beberapa bab dan saya dapati buku ini sangat menarik untuk dibaca dan dimiliki. Tun Mahathir sebagai PM sangat saya kagumi. Bagaimana dia membangunkan Malaysia dan bagaimana dia berhadapan dengan musuh politiknya.
.
Terima kasih Tun kerana telah mencipta Negara Malaysia yang moden. Malaysia sangat dikagumi oleh ramai orang dari seluruh dunia. Saya juga berkesempatan mengunjungi banyak negara luar dan saya sangat merasa bangga apabila disebut kita orang Malaysia mereka segera menunjukkan "thumb up" dan mengatakan "Malaysia bagus".
.
ISMAIL@CHANG CAPIT.

SAUDARA SAYA

Mariani Duaji mungkin tak sedar yang saya ada hubungan kekeluargaan dengannya. Ayahnya Tok Komo dan emaknya berkait dengan atuk dan uwan saudara saya di Semeling. Tentu Mariani ingat dan tau tentang Atuk Muhamad Chichah dan uwan Ambam. Mak Teh Midah dan Acik Timah ialah mak saudara sepupu saya. Keluarga Rahman Rais dan Ramli Rais adalah keluarga yang cukup rapat dengan keluarga saya.  Begitu juga abang ipar Mariani iaitu abang Atan juga orang saya di Sungai Jelutong. Namun begitu saya dan Mariani tidak rapat masa sekolah. Satu lagi cerita yang nak saya kongsikan kedai Tok Komo menjadi port kami setiap malam Sabtu menonton cerita melayu. Apabila  cerita lawak P Ramlee mini ciniplek di sebelah kedai ayah Mariani akan pecah panggung. Itulah hiburan kami budak kampong pada zaman itu.

Latipah Rahman juga ada bau-bau bacang dengan saya. Saya panggil ayah Tipah "atuk' dan arwah emaknya "uwan". Ayah Latipah membuka kedai runcit dan kedai kopi di simpang Jelutong sejak sekian lama. Semasa bujang kecil saya sering lepak-lepak di kedai ayah Latipah. Bila dan bujang besar mak Latipah lebih mesra melayan saya. Setiap kali menunggu bas untuk ke Batu Kikir atau Kuala Pilah saya ambil kesempatan berbual mesra dengan mak Latipah. Emaknya selalu memuji Latipah dan kakaknya Zainun. Latipah juga tidak perasan yang keluarga saya sangat rapat dengan keluarga ayah saudaranya "atuk Bakar". Tentu Latipah tau Jala, Ujang Kori, Ustaz Razi (Ujang Lisut), Timah serta adik beradiknya. Seperti  Mariani saya juga tidak rapat dengan Latipah masa sekolah. Sudah perangai saya malu dengan kawan perempuan masa tu. Sampai sekarang pun saya begitu. Malu tapi peramah. Tentang Latipah saya kagum dia lebih cantik dan anggun sekarang dari zaman sekolah dulu. Katanya masa reunion dia banyak makan panadol.

Sarip memang sah waris saya. Sarip panggil mak saya "uwan". Bermakna Sarip tu pangkat anak saudara dengan saya. Di sebelah isterinya pula saya panggil mak mertua Sarip tu "uwan". Bermakna isteri Sarip termasuk Sarip sendiri ialah bapak saudara dan mak saudara saya. Jadi panggilan mana yang tepat? Mungkin kerana kekeliruan itu Sarip hanya memanggil saya abang saja. Walau se kampong hubungan saya dan Sarip biasa saja. Tak lah terlalu rapat. Masa sekolah dia dalam kumpulan elit manakala saya dalam kumpulan low profile.

Badariah Jamaludin juga saudara dan sekampong. Apa-apa majlis di rumah saya atau di rumahnya sudah pasti kedua-dua keluarga akan hadir. Saya sangat menghormati ayahnya. Raya puasa yang lalu saya sembahyang Jumaat di masjid kampong saya. Selesai sembahyang saya bersalam dengan ayah Badariah. Dia melihat saya dari atas sampai ke bawah. Saya tanya mengapa dan jawapannya rupa saya sekarang saling tak tumpah macam rupa arwah abah saya. Saya banyak kenangan indah bersama Badariah semasa sekolah. Hampir setiap hari saya dan dia akan balik satu bas dan turun di simpang Jelutong. Hanya saya dan dia... kerana itu setiap hari saya berpeluang berjalan berduaan dengannya. Suatu hari hujan dan Badariah menawarkan untuk berpayung bersama. Bila sampai di pintu pagar rumahnya Badariah menawarkan payungnya untuk saya gunakan. Saya cuba menolak tapi dia beriya-iya benar. Kerana keikhlasannya saya menerima pinjaman payungnya dan selamatlah buku saya dari kena hujan. Emak saya tau saya rapat dengan Badariah dalam bentuk itu dan bila dah kerja Badariah adalah satu dari tiga calon menantu yang mak saya short listedkan. Dua lagi ialah Khairiyah anak cikgu Jaafar dan Suri. Malangnya ketiga-tiga yang disenarai pendekkan itu tak menjadi. Mungkin nama-nama yang saya sebutkan itu tidak menyedari mereka telah menjadi calon pilihan emak saya.

ISMAIL@CHANG CAPIT

Kueh Kodok Gulai Labu Samba Ghesek....................

As-Salam kwn2,

Pada hari minggu 13/3/2011 yg lalu, saya duduk di depan tv menonton SPM utk melihat dan mendengar kwn kita Sdr AJA on air pd pukul 8 pagi. Gembira melihat beliau di temuduga pihak tv dan ketika itu baru saya nampak die serius dlm berkata2, tidak seperti mana yg kita lihat diluar bila bersama2 kita semua,  die amat peramah dan suka berseloroh, sebenarnya itulah jiwanya sentiasa periang membuatkan kita sentiasa selesa dan tenang bila bersama2.

Saya ucapkan tahniah kpd beliau,  tiba2 saya terima sms dr nya mengajak saya sarapan pagi di Sban ini, katanya nak minum teh.......saya pun jawab OK je dan suruh dia hubungi sdr sarep, maka pagi itu kami bersarapan bersama Sdr AJA dan isteri Yusmah, Sarep dan Sdr Salim di Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi.

Semasa minum kami berbual2, bermacam topik yg di bualkan.  Sdr sarep suruh saya dikuarantinkan, takut katanya saya kok kena H1N1. Duduk satu meja pun dia bg sempadan supaya tak jangkit katanya...takuttttt.

Selang beberapa minit, sdr Salim dtg ketempat kami dan minum bersama. Dia dtg kerumah adiknya di Taman Cengal Paroi kerana kenduri kawin anak saudaranya, rupa2nya sdr salim masak lauk kenduri.
Saya pun tanyo, dia dah habis masak ke, katanya dah....tinggal masa gulai labu......

Jawapan gulai labu tu yg membuatkan saya dan yusmah berkata..sodappp ee gulai labu!!!!!
Sebut gulai labu mengingatkan saya semasa berada di luar negara, saya sering masak gulai labu dgn sambal ghesek ikan bilis dan sarapan kueh kodok. Apa yg saya dapati ada dikalangan pelajar diluar negara yg saya temui tak kenal gulai labu dan sambal ghesek, apatah lg kueh kodok mereka tak tahu buat.....kebanyakan mereka disana makan maggi atau pun cereal je....sungguh sedih hati saya, org kampung mcm saya tak tau kueh kodok, gulai labu dan sambal ghesek.....bil ditanya mereka dikampung pun tak makan menu tersebut, ada yg kata ibu2 mereka tak pernah buat, samada betul atau tidak saya tak tahu lah......bila mereka dtg kerumah saya disana saya jamu mereka makanan tersebut, bila mereka makan mereka kata sodappp............adakah betul2 tak tau atau malassss.......

Di luar negara semua bahan ada mcm dimalaysia, tapi kalau cari potai, jering ke memanglah tak ado, tapi saya ada jugak jumpo petai, tapi bukan jenis petai di semenanjung ni, jenis petai yg ada di Sabah dan sarawak.....kalau kwn2 nak tau rupo petai tu dah koring terlalu lamo duduk dlm peti ais....

Jadi tak ada masalahnya tak bulih masak dan tak boleh buat...pokok pangkal kena tau, pandai mengatur hidup bila berada diluar negara.

Saya sarankan kepada kwn2 kalau nak menghantar anak2 ke luar negara ajarlah mereka serba sedikit memasak, tak kira lelaki atau perempuan, sekurang2nya mereka boleh lakukan demi kehidupan mereka disana.  sekurang2nya juga boleh membantu kewangan, maklumlan kalu negara tersebut duitnya mahal dr egara kito.

Ini timbul bab sembahyang, bila keluar berjalan2 di negara yg tak ada surau atau masjid mcm negara kita, kita tak sembahyang.  Pada pengalaman saya, bila berada dinegara org masalah sembahyang tak ada masalah, Kawasan taman (park) banyak, tetapi saya klu berjalan2 saya sentiasa berpakaian yg menutup aurat bolih dibawa terus sembahyang serta bawa stokin. Kompas dibawa sentiasa utk cari arah kiblat. Tak payahlah bawak kain telekung, nanti bila kita pakai takut org lari pulak, kalau kat msia takpelah org semua faham. Sebabnya surau dan masjid takde mcm di msia ni , dan kemungkinan kita tak dpt cari surau atau masjid di kawasan itu. Tetapi kita dah kena sembahyang dan tak sempat balik ketempat tinggal.

Ini semua adalah pengalaman2 saya ketika berada di luar negara.....semuga dapat memberi sedikit pengajaran kepada kwn2 yg tak tahu...yang dah tau.......alhamdullilah.......

Kembali cerita kenduri di rumah adik sdr salim, kami dijemputnya semua kerumah adiknya utk makan kenduri, saya dan yusmah cuba mengelak sebab tak bersedia utk pergi dengan pakaian yg simple je, maklumlah tadinya kami keluar utk bersantai2 minum pagi, tiba nak pergi kenduri..kenduri kawin pulak tu....oleh desakkan saudara salim kami pergi juga, rupa2nya kami adalah jemputan pertama, orang nogori kato makan pangka.... Masakan nya amatlah menyelerokan sekali, termasuklah gulai daging salai dgn buah belimbing buluh dan semestinya gulai labu dgn pajeri nenas......

Terima kasih sdr Salim dan adiknya, susah nak dpt makan masakan mcm tu di hari kenduri kawin. Selepas menjamu selera di situ, kami semua bersurai, dan saya sempat bagi tau AJA, MSA utk buat small gathering antara kwn2 yg ada disekitar Sban dan KL. Kedua mereka berkata akan diaturkan....sokongan kwn2 dialu2kan.

Hanya setakat ini dahulu dari saya, bertemu dilain coretan pula........ini pun saya menunggu-nunggu kwn2 masuk blog, takde sapo pun yg nak bercerito.  sei buat cerito utk mengisi kekosongan dan menunggu cerita dr kwn2.

 Assalamualaikum..................SSAK

Thursday, March 10, 2011

SMBK : DOWN MEMORY LANE

Dikalangan kawan-kawan saya adalah yang terawal memasuki SMBK.  Saya, Rashid, Ali  (Ali Grebel – abang Sarip)  dan Halim Gumpal mamasuki SMBK melalui kelas peralihan (Remove Class) Batu Kikir English Secondary School ( SK Batu Kikir sekarang).  Batu Kikir English School  terdiri dari murid Standard One hingga ke Form Three.  Guru Besar (Pengetua) masa itu ialah Encik S Thiru Ghanam. Guru-guru yang masih saya ingat ialah : Cikgu Zulkafli Tahkim (Bobok) , Mr Rajoo, Mr Veloo, Mr Gurcharan Singh (mendiang), Mr Ajmeer Singh. Lain-lain saya dah tak berapa ingat.
.
Sekolah asal saya  SK Sungai Jelutong  (SKSJ) – sekolah kecil yang jauh di pendalaman pada masa itu ( sekarang dah jauh berubah). Masa di darjah enam di SKSJ saya memilih untuk ke tingkatan satu aliran melayu di SMBK. Apabila abah saya meminta saya ke aliran inggeris saya menurut sahaja. Lama kemudian baru saya tau cerita sebenar mengapa saya ke aliran inggeris dan tidak ke aliran melayu. Cikgu saya masa di SKSJ (Cikgu Kamarul Ariffin bin Hashim) telah menemui abah saya secara peribadi dan mahu serta mencadangkan saya ke aliran inggeris kerana pencapaian saya yang baik dan konsistan semasa di SKSJ.
.
Sampai sekarang cikgu Kamarul merupakan cikgu terbaik saya semasa di sekolah rendah. Saya mempunyai hubungan yang istimewa dengan beliau. Sehingga ke akhir hayat beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir dia sempat menanyakan saya kepada isteri saya yang semasa itu merawatnya di hospital Kuala Pilah. Saya terkilan kerana tidak dapat menziarahi beliau di saat terakhir. Semasa pengkebumiannya pun saya tidak ada di Kuala Pilah kerana sedang mengikuti kursus. Beliau meninggal kerana penyakit diabetis – penyakit yang sama yang saya hidapi sekarang.
.
Hanya empat orang dari SKSJ yang ke aliran inggeris di tahun itu iaitu : saya, Ali, Ramlah Ibrahim dan Fakarudin Jaafar. Ramlah dan Fakarudin tidak ada masalah. Fakarudin ayahnya Cikgu Jaafar  (aruah) – bekas Senator dan Tokoh Guru NS tahun 90han)  Ramlah pula dari keluarga yang agak ok. Maka saya dan Ali dijuih bibir juga oleh orang kampong. Abah saya buruh kerajaan yang hanya cukup makan dan Ali pula tanpa ayah disarai oleh bapa saudara.
.
Ali mendapat biasiswa ke awal remove class. Dia bebas dari membayar yuran ( school fees) sebanyak RM 7.50 sen sebulan. Maka tinggallah saya terkontang kanting. Nak menjelaskan yuran sebanyak RM7.50 sen sebulan itu amatlah azabnya. Saya merasakan kepayahan yang amat sangat dan merasa menyesal ke aliran inggeris. Saya sedar tentang kesusahan dan tidak cukup wang abah saya untuk menjelaskan school fees yang hanya sebanyak RM7.50 sen sebulan  itu. Nilai sebanyak itu hanya boleh didapati dengan menjual 2 ekor ayam jantan baru nak tumbuh taji.
.
Apabila tidak dapat menjelaskan yuran dan tertunggak beberapa bulan sudah semestinya saya menerima hukuman. Hukuman masa itu sungguh mudah tetapi sudah tidak dipraktikan lagi pada hari ini.  Rakan lain yang selalu menerima denda yang sama ialah Mohamad Ibrahim bin Yaakob – budak Bukit Kerdas dan sekarang GPK di SK Serting Hilir Kompleks dn Marzuki bin Pilus – budak Majau yang saya tak tahu di mana dia sekarang.  Hukuman yang saya sebutkan tadi ialah :  Pertama dijemur di tengah panas di “court” antara dua blok bilik darjah ( tempat tersebut masih ujud hingga kini). Bahang panas  matahari seolah tidak saya rasakan dibenam oleh rasa malu dengan denda tersebut. Apalagi dalam usia kanak-kanak banyak juga kawan-kawan yang tidak bersimpati. Kawan saya si Ibrahim selalu memberi peransang kepada saya semasa saya menunjukan muka sedih dalam bahasa kanak-kanak: “sabarlah…… sudah nasib kita… insyaallah kita akan berjaya satu masa nanti” . Ternyata kata-kata Ibrahim itu benar kerana kami sama-sama jadi cikgu akhirnya. Saya harap Cikgu  Ibrahim menjadi guru yang baik hingga kini.
.
Hukuman yang kedua ialah disuruh pulang ke rumah dan jangan datang ke sekolah sehingga yuran dijelaskan. Saya sering menangis di depan emak saya tentang hukuman yang saya terima. Emak saya diam saja tanpa berkata apa-apa. Esok atau lusanya emak akan memberi duit untuk membayar yuran yang saya tak tahu  dari  mana dia dapat.
.
Atas faktor kewangan emak saya telah membuat keputusan paling drastik. Adik perempuan saya diberhentikan sekolah untuk menoreh dan apabila ada peluang untuk bekerja sebagai kuli kong di Felda Pasoh beliau memerah keringat untuk mencari  beberapa ringgit sehari. (Masa itu Felda Gugusan Pasoh baru dibuka). Sehingga kini adik perempuan saya yang dulu dengan  rela hati mengorbankan masa depannya demi masa depan saya dan adik beradik yang lain masih tinggal di kampong menjaga emak saya dan beberapa orang anak saudara. Apabila sesekali balik kampong bagai akan mengalir air mata saya oleh keinsafan  tentang pengorbanan orang yang terdekat dengan saya.  Pada emak saya berhajat sekali untuk meletakkan dia di bahu saya dan mendukungnya mengelilingi Kaabah. Pada adik perempuan saya : saya akan tetap membelanya apabila emak saya telah tiada. Saya tidak pernah menjentik dan memarahinya walaupun ada masanya dia melukakan hati saya dengan kata-katanya.
. 
Di awal tahun juga cukup memberi masalah pada saya. Buku teks kena beli. (Masa tu tak ada skim pinjaman buku teks seperti sekarang). Mujur juga Kak NorHasnah Hasan bermurah hati meminjamkan buku lamanya untuk saya gunakan. Kak Nor Hasnah setahun lebih tua dari saya. Dia juga jadi cikgu. Jawatan terakhirnya GPK di SK Juasseh Pusat. Terima kasih Kak Hasnah atas budi baik itu.
.
Atas faktor yang saya ceritakan tadi saya tidak menjadi star semasa di SMBK.  Pelajaran saya agak merosot. Semasa form two aliran inggeris dan melayu digabungkan dan kami semua berpindah ke bangunan SMBK sekarang.  Masalah masih saya bawa walaupun telah berpindah ke premis baru. Hasilnya saya gagal LCE pertama. Begitu juga Rashid. Tahun itu juga berlaku kejutan. Star di SMBK –Juriah Kasim (kakak Tahir) juga gagal LCE. Saya mengulang semula di SMBK, Rashid mengulang di Methodist Seremban dan Juriah di SM Datuk Mansur, Bahau.
.
Itulah sebabnya mengapa ramai kawan-kawan di Form 3A yang selepas LCE berpindah ke TMS tidak berapa  perasankan saya. Selepas second try saya mendapat keputusan yang  agak baik dan boleh memasuki aliran sains di TMS.  SMBK nak tubuhkan form four pertama . Maka kami tidak diminta untuk berpindah ke TMS. Apalagi kata-kata – GPK masa tu (Cikgu Yunus) yang menakut-nakutkan kami untuk ke aliran sains. Saya telah menetapkan tekad untuk terus berada di SMBK. Pertama jika berpindah ke TMS tentu kos belanja sekolah saya meningkat sama ada bayaran makan asrama (jika duduk di asrama) atau tambang bas (jika berulang). Adik saya _Fadzil_ masa itu dapat tempat di KGV – Rancangan Khas. Tentu belanja untuk dia lebih tinggi. Jadi saya berkorban untuk adik saya.
.
Apabila berada di Form Four saya mendapat keyakinan diri semula.  Walau begitu saya masih lagi low profile. Juga saya berkawan dengan member-member yang low profile. Rashid balik semula ke SMBK, dan beliau menjadi kawan saya paling rapat. Selain itu saya juga rapat dengan Hamid Bawal. Iskandar pula kawan saya yang tidak pernah hilang dari zaman sekolah, zaman kerja dan zaman tua kerana di takdirkan tuhan kami bekerja dalam satu organisasi.
.
Semasa di form four saya  mendapat hadiah biasiswa persekutuan sebanyak RM25.00 sebulan. Bermakna saya bebas dari membayar school fees. Ini sangat melegakan saya. Dengan biasiswa yang diberikan itu juga saya dapat bergaya dengan seluar panjang putih dan berkasut tapak hijau (badminton master)
.
Minat saya pada sastera dan kebudayaan tumbuh masa di form V. Itu atas dorongan cikgu Ramlah dan Cikgu Sulaiman. Saya kurang ingat bagaimana ia bermula. Seingat saya Cikgu  A Rahim , cikgu saya semasa di SKSJ menghubungi saya untuk menyertai satu kursus penulisan anjuran PENS (Persatuan Penulis Negeri Sembilan) di Seremban. Di situ saya mengenali penulis-penulis yang sudah ternama seperti Ustz Ayub Yassin, Dharmala NS, Dharmawijaya, Mahaya Yassin, Norman HD  dan lain-lain. Pembimbing kursus tersebut antaranya Abdullah Hussain (penulis novel Interlok yang dipertikaikan sekarang) , Dr Anwar Ridhwan, Subky Latif. Yang lain-lain saya dah lupa.  Menariknya saya adalah peserta tunggal yang masih bersekolah.
.
Minat tersebut saya bawa sehingga meninggalkan alam persekolahan. Setiap tahun saya dan kawan-kawan sekampong (termasuk  Sarip) membuat pemetasan di kampong atas nama persatuan belia. Semasa saya di Kolej Perguruan juga saya saya memasuki pertandingan drama antara maktab-maktab perguruan dan memenangi tempat pertama dan pengarah terbaik. Pensyarah drama saya masa itu ialah Dr Noordin Hassan – salah seorang Sasterawan Negara.
.
Pandangan Prof Rashidi tentang saya tepat sekali. Beliau adalah kawan, adik, penganalisis dan penulis autobiografi saya yang baik.  Sesekali apabila di usia emas menimbau nostalgia lama seperti mendengar lagu di Klasik Nasional. Menghibur dan mengasyikan.
.
Sekian untuk posting kali ini. Di posting akan datang saya akan cuba menghayati down memory lane bersama rakan-rakan semasa di SMBK.  Memang benar kita selamanya bersama……..
.
ISMAIL  @ CHANG CAPIT.
.

Sepinya blog kita....by Mariani

Sunyi sepi...masuk ke dalam blog SMBK dh tk macam dulu lagi, dulu meriah dengan gelak ketawa, ramai kengkawan datang ki sini melakar tinta, bercerita menyentuh kalbu, berjenaka ketawa bagai nk gila, seronok gembira, seolah blog inilah tempat meluah perasaan, tempat berhibur, kalau nk ketawa, nk riangkan hati, nk exercise muka datanglah melawat ke blog ini..orang lain yang tk kene mengena dengan group SMBK ni pun tumpang gembira senyap senyap melawat ke sini..mana tidaknya tengok sajalah jumlah pengunjung blog ini...Kalau kita group SMBK berapa keratlah sangat.. Ada beberapa orang yg saya kenal berseliseh jalan dengan saya tersenyum senyum sambil berkata...'wah meriah betul korang ye'..'meriah apa..' kata saya.  "Hebat group SMBK u all, I tengok dlm blog"  Entahmana dia dapat address blog kita tidaklah diketahui.

Tapi kini apa dah jadi...kalau masuk blog balik balik cerita itu balik bali itu...mana dia cerita kengkawan yang terbaru..Limah di mana U..tulislah..apa apa yang u ingat..tk nak cerita kita sekolah dulu pun tk pa asal ada cerita, asal there's something to read..to refresh our mind..wajah kengkawah masih bermain difikiran, pada saya baru semalam saya berjumpa kengkawan di Ilham, baru semalam juga saya jumpa kengkawan di rumah Hj Salim, semasa kawin anak Salim dulu, baru semalam kengkawan datang rumah saya...seronoknya bertemu kengkawan...kekadang tk rasa kengkawan lagi..dh macam rasa adik beradik..dh rapat, dh mesra sangat...

Mana Sharif yang mencetus topik hangat..GHOBAH...satu perkataan yang menjadi popular tiba tiba,..satu perkataan yang sana sini dikaitkan oleh sessama kita dalam FB, dalam komen blog..dan dlam perkataan bila berjumpa...satu perkataan yang bila disebut semua akan ketawa....

Mana ISHS yang gemar perpuisi dan berpantun dalam blog...dh senyap..kemana perginya...Kandar..saya rindu nak berpantun dengan anda..pada masa tu saya akan gunaka netbook ni di dapur...sementara memasak. netbook ni ada dimeja makan rumah saya..(tapi kena sorok skit ..jangan hubby perasan..kih kih kih)..saya memang menunggu2 balasan pantun dari ISHS...saya akan ketawa terbahak sambil memotong bawang.... tumbuk cili..

Mana Professor Rashidi yang juga expert serba serbinya..bukan saja pintar menulis..tapi pandai juga berpantun..pantun pantunnya amat menghiburkan..

LAR...saya sedih dan berduka sama dengan u kerana saya juga merasa apa yang u rasa
kan..kita dh seperti adik beradik..u sedih, I pun sama mengalirkan airmata membaca kehibaan u..u pun ada bakat berkelakar Pah..tulislah sikit..

Mana CTN....cerita spike u yang hilang masa di sekolah dulu I pun turut simpati..tapi kini bila difikirkan dh jadi cerita lucu pulak.. u duduk di carrier basikal atuk u sambilmeghaung membuat semua orang tergolak..'den tk kan boli lai kasut kau doh..kato atuk u...luculah atuk u Mah...

Yang lain lain Rubee, ..kau pun pandai bercerita Bee..tak kiralah dalam versi Melayu ke atau Inggeris..an tau kau  lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris..teruskanlah..saya percaya kawan kawan kita semua dari aliran Inggeris sekolah dulu...kau boleh mengasah bahasa inggeris an yang dh berkarat ni..

Rashid..u tk pernah tulis dalam blog kan..? atau u tulis tk tulis nama..komen dalam blog se ada baca sesekali..tulislah shid..kito semuo nak baco..tak kirolah camnopun bunyi ee..janji ado...an ni goma maco..

Sahabatku Badariah, Siti Aminah Sani, Zainab Idris (primadona) tulislah dalam blog ni..saya percaya anda semua ada mengunjungi blog ini..tulislah apo apo..tak do yang marah kalau u all tulis tk boto doh...janji botulih ...meriahkan blog ini semula..

Tuesday, March 8, 2011

KENANGAN DARI TANAH SUCI - FINAL

JANGAN CELUPAR - PAY CASH :
"Jika ke Tanah Suci jangan cakap yang bukan-bukan. Semua akan berlaku sekelip mata"  itu pesanan yang selalu kita terima. Di jalan menuju ke Masjidil Haram  terdapat banyak burung merpati yang sangat jinak berterbangan. Burung-burung tersebut diberi makan oleh orang yang lalu lalang setiap hari. Secara tidak sengaja saya berbisik perlahan, " dimana burung ini berak agaknya?" sebab tidak ada najis burung di jalan yang dilalui ke masjid.. Beberapa langkah kehadapan saya terasa sesuatu jatuh di atas kepala saya. Subhanallah.... burung merpati tersebut betul-betul menjatuhkan najisnya atas kepala saya. Natijahnya saya seolah telah mempersoalkan kuasa Allah ke atas burung tersebut. Saya insaf dan meminta ampun serta merta.

MURAHNYA REZEKI :
Berjalan ke masjid sebelum maghrib, sementara menunggu solat maghrib atau isyak, semasa mengerjakan saie banyak orang Arab bersedekah. Ada yang menyediakan limau, air teh arab, roti dan yang paling banyak kurma. Ramai juga yang membuat kenduri. Kenduri orang Arab simple sekali. Bentang plastik antara jemaah dan taburkan kurma. Sediakan cawan-cawan kecil air teh dan edarkan kepada jemaah. Itu saja kendurinya tanpa apa-apa tahlil dan doa. Begitu juga tiada doa selepas solat. Satu malam sebelum maghrib sebuah keluarga bangsawan Arab mengadakan kenduri. Saya agak keluarga bangsawan dari segi pakaian dan penampilan mereka. Saya sempat dihulurkan pinggan berisi kurma oleh salah se orang keluarga bangsawan tersebut. Lembut dan sedap sungguh tekstur kurma tersebut. Maklum buah makanan keluarga bangsawan.

BERMALAM DI MASJIDIL HARAM :
Bila saya menyatakan hasrat untuk tidur di Masjidil Haram tidak ada rakan sebilik yang mahu mengikut saya. Malam itu selepas solat isyak saya tidak balik ke hotel.  Saya teruskan aktiviti membaca quran, sembahyang sunat sehingga saya terasa penat. Apabila terasa agak mengantuk saya berbaring dengan badan menghadap ke Kaabah. Saya tertidur. Tidak ada apa-apa berlaku sehingga se orang polis Arab membangunkan saya. Saya tawaf beberapa kali dan berdoa di Hijr Ismail. Apabila terasa penat saya berbaring semula di depan Kaabah bertentangan dengan Hajarul Aswad. Sejuk tidur beratapkan langit dan berlantaikan marmar. Saya bermimpi .................     " se olah saya berada di suatu tempat yang sangat aneh. tak dapat digambarkan di mana. kemudian saya terlihat sesuatu yang tidak digambarkan keindahannya ....  dalam hati  (semasa bermimpi) saya berkata "ini kah tuhanku?" seketika kemudian saya terjaga kerana kesejukan yang amat sangat. Subhanallah..... mana mungkin saya yang sekecil ini boleh melihat itu semua.. mana mungkin. Mainan syaitan lah itu  kerana syaitan berada di mana-mana untuk menyesatkan manusia hatta di depan Kaabah. Muazzin melaungkan azan subuh dan saya menyiapkan diri untuk solat subuh.

AKHIR BICARA :
Kepada rakan-rakan catatan ini sebagai berkongsi pengelaman. Dijauhkan diri saya dari berperasaan angkuh atau apa saja niat yang tidak baik. Rakan yang mendahului saya sekadar perkongsian pengelaman dan rakan yang belum akan tiba pula giliran anda. Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen. Minggu depan saya akan mendaftar untuk menunaikan fardu haji pula.

Ismail Mad Isa

Monday, March 7, 2011

KENANGAN DI TANAH SUCI - PART 2

Kota Madinah aman dan tenteram.  Susun atur bangunan dan landscaping sangat menarik. Cuaca masa itu di akhir musim sejuk. Terasa macam suhu di Genting. Masjid Nabawi sangat indah dan bersih. Pertama kali masuk dan bersembahyang di Masjid Nabawi hati saya penuh dengan kekaguman tentang senibena masjid tersebut.  Alangkah tenteram jiwa berada dalam masjid yang menjanjikan 50,000 pahala beribadat di dalamnya.
.
Menziarahi Makam Rasullah dan berdoa di Raudah sangat mengharukan jiwa. Tak tertahan air mata mengalir. Segalanya amat sempurna.
.
Sebelum bertolak saya yang demam teruk tetapi bila sampai ke Madinah isteri saya pulak jatuh sakit. Dia demam dan ada kesan bintik-bintik di lengannya. Masyaallah denggikah dia....  kebimbangan yang tersangat saya rasakan. Isteri saya meminta di bawa ke hospital. Pihak hotel bermurah hati memanggil ambulan dan isteriku dibawa ke hospital berdekatan.
.
Walaupun hospitalnya kecil tapi layanannya sangat memuaskan. Sampai di hospital isteri saya dibawa terus ke bilik kecemasan dan diberi rawatan sertamerta tanpa menunggu apa-apa. Berbeza sungguh dengan rawatan di hospital kerajaan di negara kita. Lebih kurang sejam isteri saya selesai dimasukkan air (drip) dan nampak lebih bertenaga. Syukur.......  yang paling memeranjatkan saya semua rawatan yang diberikan termasuk ambulan adalah percuma.

Berada di tanah haram Madinah tidak saya sia-siakan. Setiap waktu solat di masjid dan tentunya sampai awal. Saya dapat mengunjungi Makam Rasulullah beberapa kali dan menyampaikan salam dari kawan-kawan di Malaysia. Juga bersolat di Raudah merupakan satu yang saya anggap paling istimewa.

Hari berlalu terlalu cepat. Sampai masanya akan meninggalkan kota di mana jasad Rasulullah bersemadi. Saya sekali lagi mengunjungi Makan Rasullullah untuk mengucapkan selamat tinggal dan berdoa supaya ini bukanlah kali pertama dan terakhir mengunjungi makam Rasulullah.

Selepas Zohor dan siap berihram di hotel saya dan ahli jemaah meninggalkan kota Madinah menuju Makah. Berhenti sebentar di masjid Qiblaitini (dua kiblat) untuk berniat ihram untuk mengerjakan umrah. Ketika kalimat "Talbiah" dilaungkan saya tidak dapat menahan kepiluan. Air mata bercucuran turun tanpa dapat saya tahan. Terasa kecilnya kita di bawah kuasa Tuhan  yang Maha Agung. Basah hujung kain ihram saya dengan air mata.

Jam 10.00 malam sampai di Makkah. Selesai urusan di hotel mutawif memandu kami mengerjakan tawaf. Hati saya diruntun resah. Apakah saya dapat menatap Kaabah? Terasa diri begitu hina dan banyak dosa. Saya berdoa : " Ya Allah.... hambamu datang kepadamu dengan dosa yang banyak. Hambamu tidak layak berada di rumahmu yang agung ini. Namun aku datang untuk membersihkan semua dosaku ya Allah. Terimalah kehadiranku di rumahmu yang Agung ini. " Aku menundukkan muka masuk kedalam Masjidil Haram. Tidak berani aku mendongakkan muka memandang Kaabah. Mutawif mengarahkan kami menggangkat muka dan menatap Rumah Allah buat pertama kali.

"Ya Allah...  Subhanallah.....  Allahuakbar......"  saya bagai menjerit kegembiraan dengan rasa kekaguman. Kaabah tersergam di depan mata saya. Binaan empat persegi itu saya tatap dengan penuh kekaguman. Seterusnya melakukan tawaf  dengan sempurna. Setiap kali keliling disertai dengan cucuran air mata. Isteri saya dibantu oleh mutawif wanita melakukan tawaf di tengah ribuah manusia yang bertawaf. Syukur isteri saya tabah dan sabar menahan tenaga walaupun saya tahu dia tidak berapa "fit".

Melakukan saie saya rasa sangat memenatkan. Berjalan 7 kali ulang alik dari bukit Safa dan Marwah membuatkan beberapa bahagian kaki saya telah mula merasa sakit namun digagahi. Akhirnya seletah bergunting rambut (tahalul) maka selesailah Umrah Wajib saya. Ya Allah...  betapa indahnya pengelaman ini. Selain dari umrah pertama di atas saya dapat mengulangi 3 kali lagi umrah pada hari-hari berikutnya.
BERSAMBUNG.................    Ismail Mad Isa

Sunday, March 6, 2011

BAND ARIIZA

Friends Dear,

Please play the Video Youtube on the right. Presenting to you my son's (Aziem) Band Group ARIIZA. Formed 2007 when he was in Std 6. The players are all his cousins aged 9 to 12 years old. Now they are 4 years older. Had performed quite a number of times especially in the occasion of dinners, parties and marriage ceremonies. To view practices and rehearsals, watch them every Sunday 3.00 to 6.00 PM at my house, Ulu Bendol.

Their best achievement so far was accompanying singers for the 13 espisodes of TomTomBak series 5, hosted by Aznil Hj Nawawi with group named by Aznil, 'Band Ceria'. Able to perform about 45 songs of all genre and had written 3 songs of their own. This June, they will be recording their first singles, insyaAllah. ARIIZA stands for A-Aziem, R-Rafiq (vocal), I- Isyrafi (Bass) I- Ikram (Rhythmn) Z- Zarul (Drum) A - Amirul (Keyboard).  

A new name will be given for their singles. Should you have any idea to make any of your ocassion entertaining, don't hesitate to call me. Negotiable price with SMBK group. (wah macam iklan pulak).
Comments are wellcomed.

...shidi...

Friday, March 4, 2011

KENANGAN DARI TANAH SUCI

Balik dari minum pagi di rumah Rashidi seterusnya kejemputan kenduri di rumah Jalil dan mengimbau kenangan lama di SMBK bersama Sarif, Rashidi, Rashid, Aliias dan Siti Sara saya berasa kurang sihat. Sesi minum pagi di rumah Rashidi pagi minggu itu sungguh menyelerakan apalagi memang tidak minum dari rumah. 

Terima kasih tuan rumah kerana hidangan tersebut dan paling istimewa dapat hadiah 3 buah buku sebagai kenangan.

Kenduri di rumah Jalil juga menyelerakan apalagi layanan VIP yang diberikan. Saya merasa berselera sekali makan. Kemudian atas ajakan kawan-kawan saya menuruti menera ke SMBK. Hari itu agak panas tapi tak terasa bahangnya bila berada di ruang SMBK. Kenangan lama yang mengimbau membuatkan ingatan sentiasa segar. Mungkin pertemuan kedua kita boleh dibuat di sini untuk lebih terasa feelingnya.

Saya mula merasa seram sejuk petang itu tapi pergi juga menemani isteri ke pasar malam. Balik dari pasar malam saya dah mula demam.. Esoknya saya tak ke sekolah, dua hari kemudian demam saya masih tidak juga kebah. Isteri saya dah mula bimbang bagaimana nak pegi ke tanah suci ni. Hari Khamis GPK dan cikgu-cikgu saya datang ke rumah. Mereka juga agak bimbang dengan tahap kesihatan saya. Bubur yang anak sediakan hanya tiga sudu saja yang mampu saya telan.

Petang Jumaat keajaiban berlaku. Saya merasa perut saya lapar sekali. Saya minta anak saya nasi berlaukkan kuah ayam dengan kicap. Saya minta untuk dua tiga suap saja tetapi selepas menghabiskan hidangan pertama saya berasa tidak cukup dan minta anak saya tambahkan. Saya macam berselera.

Saya mula berpeluh dan rasa bertambah baik. Dengan bantuan anak-anak isteri memasukkan keperluan untuk ke tanah suci.. Pagi itu sebelum subuh saya dan isteri berangkat ke KLIA. Saya merasa cukup segar.
.
Hidangan dalam penerbangan dari KLIA ke Jakarta dan seterusnya ke Jeddah sangat menyelerakan saya. Syukur Alhamdulillah keajaipan berlaku . saya seolah-olah tidak pernah demam sebelum itu. Perjalanan 10 jam dari Jakarta  ke Jeddah dan 7 jam lagi dengan bas ke Madinah walau pun penat tapi saya masih sihat.

BERSAMBUNG......... Ismail Mad Isa

BACK TO WARM COUNTRY.............Malayziaaaaaa.

Assalamualaikum.........

Saya dah pun berada di negara sendiri ketika ini.......selamat bertemu semoga kwn2 sihat semuanya.
Pohon maaf dari saya kerna menghilangkan diri sekejap kerana kesibukan dan kesuntukan masa.
So sekarang boleh pegi minum teh bak kata Tn Pengerusi, minum teh kat negara sendiri tak samo di negara org.............makan roti canai, roti canai msia kena tebar...tapi roti canai disana kono gelek mano nak samo, roso dah tontu bezo bobonar....khikhikhi
Apo2 pun hujan emas dinegeri orang, lebih baik hujan batu dinegeri sendiri...........


Bertemu lagi.................SSAK