GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, May 10, 2011

I'M EVERY WOMAN: GROWING SENILE GRACEFULLY

‘Mak and I. If I’m diagnosed with dementria, I hope I will grow senile
‘Mak and I. If I’m diagnosed with dementria, I hope I will grow senile
 
IF it is fated that I am diagnosed with dementia in my old age, then I hope I will follow in my mother’s footsteps and grow senile gracefully.
 
It never ceases to amaze me that for someone in her 90s, swaying on her feet and not a single strand of black hair and a tooth to call her own, she is still in possession of some of her faculties. On Mother’s Day, I left her again, as I did one early morning in January this year, to catch a flight to be with my children 12,880km away. That morning, I went to her room. When I woke her, she turned and gave me the sweetest smile. My Mak is always smiling. I didn’t have the heart to tell her I was leaving, so I asked her to walk with me to the living room where she found my bags, all packed. At that point, her face crumpled and she became teary-eyed. She asked: “You are leaving?” All I could do was hug her small frame and kiss her tear-stained cheeks. She has never stopped me from leaving. Once she even told me: “Go and don’t miss the plane as the children are waiting.” I am quite the opposite. Once, upon seeing a smile on the face of my youngest son as I was leaving for Heathrow, I was upset and exclaimed: “Taufiq, you are happy that I am going!” So he feigned a sad look and said: “OK, Mama, I am sad, really sad that you are going.” And I left with a happier thought! When I returned to the country this time, Mak was in her bed and gave me the biggest smile of recognition any child could ask for. My biggest fear has always been that she would have forgotten a daughter who lives so far away.

Like almost everyone else in their twilight years, Mak repeats everything every two minutes. And she does so with the same enthusiasm each time. During one of our early lunches together (which she later forgot and claimed that she hadn’t eaten) she asked me how much it would cost for her to visit me. I gestured with three fingers and mouthed ribu (thousand). She feigned surprise and said it couldn’t be that expensive to take the bus! I said “no, you take the plane”, and I gestured with my arms flapping about.

“Ahhh”, she said, as she recalled one of the three visits she made to London when she was a lot younger and much healthier. She remembered the smell of roses in Hyde Park, picking strawberries and the neighbour who took care of my garden. But for some reason that escaped me, she thought Oprah Winfrey was my neighbour and she visited in the afternoons. I received a bemused text message from one of my siblings. It read: “Mak was watching the Oprah Winfrey show and said that’s Zaharah’s neighbour!” Bless her! She must have confused Winfrey with an old friend, Jane, from Kenya. Jane was a frequent visitor when Mak was there.
But one thing about Mak — she never lets on that she does not remember anyone. When there were droves of visitors who called when she was unwell, she would greet everyone as if she remembered them. All she needed to say was “lama tak jumpa! (It’s been such a long time since we last met!) and the visitors would leave thinking she actually knew who they were! Mak would ask general questions like, “How’s your Mak? Where is she now?”. There are very few times when Mak is uncharacteristically herself. She will be very embarrassed if she can’t make it in time to go to the toilet. She will vehemently refuse any help in the bathroom and she’ll always bring her plate to the sink to be wash. That is the least she could do, she says.

No one has yet heard Mak utter a single criticism or voice a grudge. There were a few slip ups of course, but those were easily forgiven. She was on a MAS flight back to Alor Setar when she loudly complained that they hadn’t serve her tea. She had to be reminded gently by my niece that it was the fasting month! Not one to just think only about herself, she has the welfare of others at heart. Once, when she had taken ill, she was worried because my eldest brother would have to pay her hospital bill. When I arrived last week, she didn’t sleep a wink as I battled with jetlag and was faintly aware of her arranging the blanket around me throughout the night. Before she herself slept on the sofa next to me, she handed me a pillow, (on top of several that I already had).

She is still blessed with very good eyesight. Once, when putting on my tudung in front of the mirror, I heard that familiar voice from the sofa in front of the TV: “Your tudung is creased. Iron it a bit.” At 90-something, all her clothes must be properly pressed, her tudung must match her baju kurung or baju Kedah and her meals must be properly laid out. “Just because I am old does not mean I need to look unwell!” Here’s a belated Happy Mother’s Day, Mak!
 
Artikel ini diambil dari NST, Selasa 10 Mei 2011,  ditulis oleh: ZAHARAH OTHMAN 

Monday, May 9, 2011

RESEPI

As-salam,
Sebagai mengkotakan janji terhadap Bang CC dan isterinya, juga untuk sdr MD maka saya sediakan resipi dibawah ini:

APAM KARAMEL TANPA TELUR

Bahan2nya:

150g gula pasir
250ml air
150g tepung gandum*
1 sk baking powder*
1/2sk bicarbonate of soda*
75g gula halus (kurangkan jika tak makan dgn kelapa putih)
2 sb susu sejat
2 sb mentega cair
1 sk esen vanilla
sedikit minyak masak untuk mengoles acuan (guna acuan lompang)
kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan.

Cara membuatnta:

1. Sediakan gula hangus dengan mengoreng gula pasir hingga kecoklatan dan tuangkan air sedikit2 hingga cair.  Sejukkan.

2. Ayak bahan2 bertanda (*) kedalam sebuah mangkuk dan masukkan gula halus.  Tuangkan air gula hangus sedikit2 dan kacau rata. Masukkan susu, esen vanilla dan mentega cair dan kacau lagi sehingga sebati.

3.  Sapu acuan dengan sedikit minyak dan panaskan didalam kukusan sebentar.  Tuang aduanan 1/3 penuh acuan. Kukus selama 10-12 minit. Angkat dan sejukkan.

Sajikan bersama kelapa parut yg telah dikukuskan.

Catitan:

Tentukan acuan dipanaskan sebentar sebelum di bubuh bancuhan tersebut, baru dikukus.

Kwn2 yg sudi cubalah, harap2 menjadilah resipi ini.

SELAMAT MENCUBA .......dr SSAK

BAHASO KITO OLEH : CHANG CAPIT

Bahasa loghat lidah kito memang menarik. Walaupun bunyinya agak kasar tetapi bersifat lucu. Dalam drama TV loghat NS sering membawa  konotasi jenaka  dan membuat orang ketawa.
.
Marilah kita merenung sejenak bahasa kita yang mungkin telah jarang kita gunakan disebabkan asimilasi dan perkahwinan dengan orang luar Negeri Sembilan. Bila saya berkahwin dengan orang Johor,  loghat di rumah saya bukan lagi loghat NS yang lazim kita gunakan semasa kecil dulu. Beberapa perkataan orang lama telah jarang sekali kita dengar apalagi kita tuturkan. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga istilah lama ini supaya akan terus difahami oleh generasi kemudian nanti.
.
Orang dulu-dulu kok nak mandi pakai kain cukin,
Kok lopeh mandi lap badan dongan kain sal,
Mandi ea kek bonda atau tang air kek belakang ghumah
.
Baju tak do longan namo ea  baju perat,
Kok nak nyalokan api mesti ado calit api
Kalau tak ramai masak jo nasi dua pua
Kok nak jalan dalam golap pakai ajo chelait,
Dah ponek jalan2 kito luruskan pinggang terus melansit

Nak Rayo orang sibuk mantai,
Bakar lomang 20 batang kek langgai
Kacau rojit .. kacau penganan
Dan paling best dapat makan robusan.

Kok budak naka kito bansa,
Biar dio lari menculin sampai mungka
Dapek tangkap kito godobik kek belakang
Budak naka bukan sobab apo
Dio goma bona membese dalam seluar
Dah tu selalu mencirit buek omak dio bukang soba.

Orang putih pun pakai loghat Nogori :
Kok ensot di panggil ea Insert
Kok Celait jadi torch  light
Kok motan di tukar ea jadi important


Ado jugak yang agado2 cakap Nogori,
Nyobut tak botuo  bahaso ea lari
“Hobin Jang Hobin” di tuka ea jadi “Hoben Jang Hoben”,

Kalau kawan-kawan masih ingat
Apa makna perkataan ini :
A.  Mencaduk
BPencolek angek

Juga sesiapa yang menyimpan koleksi perbendaharaan kata lamo silalah kita berkongsi maklumat.

Sunday, May 8, 2011

SAMBUTAN HARIRAYA AIDILFITRI TAHUN 1432 PADA 16,17,18 SEPT 2011

As-salam kawan-kawan semua......

Pada petang tadi saya, normah dan Sarep bertemu sambil minum teh di Seremban 2, kami sempat berbincang bersama mengenai 2 perkara berkaitan warga SMBK. Pertama mengenai koperasi yg akan ditubuhkan, kedua mengenai sambutan hariraya aidilfitri pada 16, 17, 18 Sept 2011 ini sepertimana yg disarankan oleh Sdr Sarep dahulu. 

Apa yg saya fahami dr Sdr Sarep, bahawa keputusan utk membuat sambutan hariraya ini bg warga SMBK 69/74 telah ditetapkan dibuat/sambut di Cameron Highland pd tarikh2 tersebut diatas, semoga pihak kwn2 maklum akan perkara ini.

Sekiranya ada apa2 cadangan atau pendapat yg lain dr kwn2, sila berikan dan khabarkan di Blog ini segera, supaya dpt kita perbincangkan dgn lebih lanjut.

Walaupun puasa belum pun lagi tapi saya telah mewarwarkan perkara ini, tetapi masa berjalan amat cepat, dan segala urusan berkaitan perlu diuruskan dari sekarang ini, supaya kita dapat mengaturnya dengan sempurna.

Mengenai penubuhan koperasi Sdr Normah Ali akan membuat urusannya, dan kita semua hanya menunggu apa2 saja tindakan seterusnya, perkara ini akan kita serahkan kepada Sdr Rashidi untuk menerajuinya.

Berita2 yg lain akan kami siarkan di blog ini dari masa kesemasa, semoga kwn2 dpt memberi tindak balas terhadap semua perancangan ini.

Tindak balas dr kwn2 sangat2 kami harapi.

CUBO KLIK LINK INI

Sekian. MAAF dr SAYA  (SSAK).

This Year Is My 25th Anniversary.


Ok Kawan, Nak tengok sangat! This is my wedding picture.19th July 1986, and this year is my 25th Anniversary.  Persandingan hanya dibuat di rumah pihak perempuan. Rumah saya buat kenduri doa selamat sahaja. Tarikhnya bersamaan cuti sempena Hari Keputeraan DYMM Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan. 

I fell in love with my cousin, first cousin anak Pak Long. 'Love at first sight'. Bila tengok dia lawa, cuba nak mengorat, rupa-rupanya anak Pak Long. Sebabnya lama sangat tak jumpa. Last jumpa dia masa umurnya 4 tahun. Lepas tu terpisah. Jumpa balik masa umur dia 16 tahun. Tengok cun, cuba mengorat. Kantoi!! Anak Pak Long. Langsung jadi.

Namun, Alhamdulillah. 25 tahun melayari hidup dalam keindahan dan  kesyukuran. 

Dr. Ahmad Rashidi

Saturday, May 7, 2011

Sukan Tahunan SMBK Kali Ke-35

Assalamualaikum.

Hari ini 7 May 2011 sekolah telah mengadakan sukan Tahunan Kali ke-35, dirasmikan oleh YDP PIBG dan ditutup oleh YB Dato' Hj. Lilah Hj. Yasin. Kalau geng nak tengok gambar hari sukan layarilah "smkbk ModelKhasAlbum (2)". Memang lotih tapi seronok dapek imbas kembali nostalgia sukan maso sekolah dulu.

Sukan dimulakan dengan acara sebelah pagi, mulai jam 8.30 pagi. Lopeh tu sambung pada pukul dua petang, dimulakan dengan perbarisan rumah2 dan badan uniform. Ada juga pertandingan menghias rumah. Sekarang ni rumah merah mano eh Temenggong, kuning Laksamana, hijau Bendahara dan biru Syahbandar.

Maso ni lah teringat  masa bawa bendera dalam perbarisan pembukaan. Ado gambar dalam face book ese. maso ni teringatlah kawan2 yang ambil bahagian, Ct Normah, Zainon, Iskandar, Sarip, dan lain2. jangan kocik ati sobab tak tulih namo yo.

Salam drpd Alias Md Zain

Wednesday, May 4, 2011

BERGAYO KEK PELAMIN DI HUJUNG LAMAN

..yang baju eh tulih 'ROMA' tu anak oghang Sg Jelutong..tu bang..kona ko? NSR

Tuesday, May 3, 2011

Baghu belajar tulih blog

Salam kengkawan,

Eden baghu aghi ni beghani nak cubo2 tulih blog. Kalau jumpa Sarif, beiyo2 bona deh dia sughuh tulih dlam blog. Iyolah, dah dah pandai tu taklah susah bona do, kan....

Kalau nak ceghito kisah lamo2, den ghaso 2 aghi tak cukup nak tulih dalam blog ni doh. jawab tak dapek nak buek kojo lain doh, duduklah dopan komputer.

Cukuplah setakat ni yo dulu, sok2 sambung laie.

Assalamualaikum.

KENDURI KAWIN - CHANG CAPIT

Jika dulu dalam tahun 60han kenduri kawin biasanya diadakan selepas menuai padi. Masa itu seolah sinonim dengan perbilangan “ada padi semua kerja menjadi”, dan “ada beras semua kerja jadi deras”. Almaklum masa tu kenduri kawin menuntut kerjasama semua penduduk kampong. Dari menyediakan kelengkapan, peralatan dan masak memasak semuanya dibuat secara gotong royong.
                                                                        .
Seminggu sebelum kenduri diadakan mesyuarat dan perjumpaan penduduk kampong. Mesyuarat ini dinamakan “berkampong”. Semua penduduk kampong akan hadir untuk membuat kemah, penanggah, balai bersanding dan sebagainya. Kaum wanita pula bergotong royong mengacau “penganan” dan “rojid” untuk kedua mempelai mengunjungi mak dan bapak saudara dalam acara “menyombah” Penduduk kampong ada yang membawa ayam seekor  dua, susu, gula dan lain-lain untuk mencukupi bahan yang disediakan oleh tuan rumah.
                                                                                                          .
Kenduri kawin bermula dari malam sebelumnya. Selalunya diadakan kenduri tahlil dan doa selamat. Sambil kenduri sambil membuat persiapan untuk esok. Lembu atau kerbau yang disembelih petangnya mula disiang dan di “kecutkan”. Jamuan malam itu biasanya sop tulang yang sangat menyelerakan.
                                                              .
Bila kenduri besar esoknya berduyun orang kampong dating. Masing-masing akan menjinjing apa saja yang boleh dijinjing. Selalunya kuih yang akan dimakan bersama untuk minum pagi. Untuk memeriahkan majlis selalunya tuan rumah akan menyewa pembesar suara dan lagu-lagu terbaru akan dimainkan. Tempat operasi pembesar suara ini selalunya di bwah rumah dan pembesar suara itu diletakkan di pucuk pokok yang tinggi. Maka  kedengaranlah lagu tersebut diseluruh kampong. Bagi yang agak berada akan menyewa kugiran kampong dan bertambah meriahlah majlis kawin tersebut.
.
Lauk pauk yang dimasak juga sangat terhad, hanya daging lembu atau kerbau atau kambing, ayam kampong sementara sayurnya pula selalunya labu, umbut acar dan rending kacang panjang dengan hati dan pedal ayam bersama nasi putih.
.
Tak ada nasi minyak dan beriani. Tak ada istilah “catering”. Tak ada kemah berbumbung kanopy dan lebih dari itu tak ada “door gilf”. Selepas kenduri seluruh penduduk kampong bergembira. Sekurangnya itulah pesta kampong sekali sekala.
.
Tahun 70han pun hampir sama. Masa kendurinya telah mengikut perubahan. Lepas musim menuai diganti dengan masa cuti sekolah. Maka setiap cuti sekolah bertindan tindeh kenduri diadakan. Orang kampong yang dah tak berapa ramai (sebab penghijrahan) berbahagi. . Separuh ke baruh dan separuh ke darat. Jadinya kenduri pun dah kurang meriah. Pada masa ini  yang pergi kenduri kawin telah mula member duit sebagai hadiah kepada tuan rumah. Cuma kadarnya taklah berapa banyak. Sekadar sehelai duit hijau atau sehelai  duit merah sudah mencukupi. Menariknya siapa yang menderma dicatatkan. Dilantik seorang kerani untuk mengendalikan wang pemberian tersebut.
                                          .   
Alaf baru membawa perubahan baru. Masakini kenduri kawin tidak lagi diadakan selepas menuai kerana hampir semua sawah di kampong saya telah tidak diusahakan lagi atau ditukar kepada tanaman kelapa sawit. Kenduri kawin juga tidak semestinya diadakan semasa cuti sekolah. Cuti hujung minggu biasa pun banyak majlis kenduri kawin  apalagi jika cuti hujung minggu bersambung dengan cuti umum.  Faktor untung rugi juga diambil kira dalam mengadakan majlis kawin sekarang. Ramai yang menganjurkannya selepas gaji antara 25 hb hingga 7hb  kerana beranggapan pengunjung akan lebih bermurah hati menghulur sila berjabat salam kelak.
.
Cuti hujung minggu yang lepas saya menerima undangan 5 majlis perkahwinan. Saya sebolehnya akan memenuhi semua undangan kerana saya tau tuan rumah akan sangat berbesar hati jika kita memenuhi undangan beliau. Disamping itu dimajlis kenduri kawinlah kita boleh berjumpa dengan kawan atau orang kampong yang telah lama tidak berjumpa. Ada dua majlis lain yang kita berkemungkinan dapat berjumpa dengan kawan lama. Pertama semasa sembahyang raya dan stau lagi semasa kenduri kubur.
.
Kenduri kawin di rumah Siti Sara minggu lepas nasi barianinya sedap. Selain saya Alias, Nordin dan Sarip juga hadir. Yang menarik minat isteri saya ialah apam butter ciptaan Siti yang sangat sedap. Kawan yang nak rasa kesedapan kuih tu mintalah resepinya dari Siti Sara.
.
Majlis yang terakhir saya hadiri ada sedikit masalah. Tetamu masih ramai tetapi makanan dah habis. Untuk tidak memalukan tuan rumah saya makan cepat-cepat dengan kuah yang masih berbaki dan cepat-cepat minta diri. Mungkin tuan rumah tidak menyangka begitu ramai tetamu yang hadir berbanding makanan yang disediakan. Pada pendapat saya kita juga boleh mengurangkan risiko tuan rumah. Janganlah bawa seluruh keluarga kita ke majlis kenduri begitu. Cukup sekadar kita suami isteri saja yang hadir.  Saya sangat bersimpati dengan tuan rumah tersebut.