WARGA SMBK YANG AKAN HADIR KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA.
TARIKH MAJLIS: 10 SEPTEMBER 2011
HARI: SABTU
MASA: 5.00 PETANG HINGGA 12 MALAM
TEMPAT: No. 2, Bt 27 3/4, Kg Pelangai
72000 KUALA PILAH.
AYAM KATIK AYAM SERAMA,
MENCARI MAKAN DI TEPI PAYA,
BERPAKAIAN CANTIK KITA SEMUA,
DI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA.
1. Mohd Sharif Ahmad
2. Rosenani Abd Rahman,
3. Ifza Nor
4. Mohd Faliq
5. Mohd Afiq
6. Mohd Abdul Qawiyy
7. Nurasfarina
8. Ali Ahmad
9. Mohd Ashraf
10. Mas Athirah
11. Mohd Aqilah
12. Intan Nadhirah
13. Mohd Azimuddin
14. Iskandar Shah Hj Suak
15. Isteri Iskandar
16. Siti Shara Abd Kader
17. Hj Yusoff
18. Ismail Md Isa
19. Isteri Ismail
20. Mohd Rashid Yahya
21. Isteri Rashid
22. Rashidi Hassan
- anak Rashidi
- anak Rashidi
23. Isteri Rashidi
24. Azimah Othman
25. Suami Azimah
26. Rubiah Yussof
27. Suami Rubiah
28. Datin Normah Ali
29. Suami Datin
30. Mariani Duaji
31. Suami Mariani
32. Latifah Abd Rahman
33. Suami Latifah
34. Razali Khamis
35. Isteri Razali
36. Mohd tahir Kassim
37. Isteri Tahir
38. Cikgu Jamilah Ismail
39. Cikgu Baharom
40. Isteri Cikgu Baharom
41. Abdul Wahab Md Nor
42. Isteri Abd Wahab
43. Zaharin Kamaruddin
44. Isteri Zaharin
45. Hj Salim Sharif
46. Isteri Hj Salim
47. Nordin Baharuddin
48. Isteri Nordin
49. Siti Aminah Sani
50. Sdr Siti Aminah
51. Siti Hawa Arshad
52. Suami Siti Hawa
53. Anak Tahir
54. Roslan Ghani
55. Isteri Roslan
56. Anak Roslan
57. Anak Roslan
58. Anak Roslan
59. Anak Roslan
60. Zainab Idris
61. Razali
62. Rokiah Md Atid
63. Siti Normah Nasaruddin
64. Abd Rahim Ismail
65. Zamrus Abd Rahman
66. Ruby Ahmad
67. Abd Rahman Bador
68. Isteri Rahman
69. Anak Rahman
70. Anak Rahman
71. Mohd Kamaruddin
72. Isteri Kamaruddin
73. Hasidin Kassim
74. Sharifah Abdullah
75. Anak Sharifah
76. Ahmad Firdaus
77. Isteri Ahmad
78. Anak Ahmad
79. Anak Ahmad
80. Anak Ahmad
81. Ustaz Nizar Mohd Yassin
SILA MASUKAN NAMA SERTA NAMA KELUARGA YANG AKAN HADIR. BAGI YANG TIDAK BEGITU TAU UNTUK MEMASUKAN NAMA, SILA SMS SAYA ATAU SETIAUSAHA SUPAYA JUMLAH SEBENAR DAPAT KITA KETAHUI, DEMI UNTUK MELICINKAN PROGRAM KITA KELAK.
ATURCARA AKAN SAYA MUATKAN SEDIKIT HARI LAGI, WALAUBAGAIMANAPUN ANTARA YANG TELAH DIPERSETUJUI IALAH KENDURI TAHLIL, UCAPAN, CABUTAN BERTUAH, MERAIKAN ANAK YATIM DAN KAROEKE.
Salam sejahtera rakan-rakan semua,
Saya mendoakan agar semua kita diberikan kekuatan, keazaman dan kesihatan oleh Allah swt untuk meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Dalam usia emas ini saya yakin kita semua sebenarnya tertunggu-tunggu akan kedatangan bulan yang mulia ini dimana segala amal ibadat kita akan digandakan oleh Allah swt, Insyaallah.
Saya juga yakin semua kita begitu sibuk dengan pelbagai urusan di bulan ini dan kekurangan masa untuk aktiviti di blog yang kita sayangi ini. Sebenarnya saya rindukan semua rakan-rakan. Saya rindukan nukilan rakan-rakan. Saya yakin semua kita mempunyai kisah suka duka menyambut bulan Ramadan dan kedatangan bulan Syawal.
Teringat kembali kisah silam, zaman remaja menyambut puasa, dugaan begitu banyak. Antaranya rakan-rakan yang menghasut kita supaya tidak berpuasa. Selalunya saya tidak tergoda dengan godaan air sirap sarbat, cendol, tapai pulut ataupun buah tembikai. Saya selalunya tewas dengan godaan rokok. Pernah suatu hari kawan2 yang nakal menggoda saya.."hah rokok kau dah den pasangkan aa..hisaplah..." Bila itu terjadi sepantas kilat saya akan menyambar rokok tersebut, maka dalam sesaat puasa saya pun terbatal. Lemahnya iman ketika itu....
Ramai kini tentunya sedang membuat persiapan bagi menyambut hari lebaran yang dijangka pada 31 Ogos kelak. Baju sendiri kena beli, baju ibu dan ayah kena beli, baju isteri kena beli, baju anak-anak kena beli, baju anak cucu kena beli jugak. Kuih kena beli atau kena buat sendiri. Mariani tentu banyak kisah tentang ini. Surau atau masjid juga harus dikunjungi.
Tidak pasti samada budaya menukar langsir atau katil baru, cadar baru, cat rumah baru, kereta baru, pasu bunga baru dan sebagainya masih terpakai atau wujud sehingga hari ini. Saya tidak tau. Namun dari pemerhatian saya budaya membeli belah masih tebal dikalangan kita. Tempahlah baju baru dua bulan lebih awal, namun bila saat akhir pusat membeli belah tetap penuh dengan ribuan pengunjung.
Setiap tahun saya menyaksikan pusat membeli belah penuh sesak dengan manusia samada di Kuala Lumpur, Langkawi, Melaka, Seremban, JB maupun Singapore. Bulan Ramadan sesungguhnya bulan Rahmat. Sebelum terlupa tahniah kepada semua kakitangan kerajaan yang menerima bonus setengah bulan gaji. Bonus itu untuk dibelanjakan, bukannya untuk disimpan, jadi belanjakanlah. Kuasa membeli kaki tangan kerajaan pada bulan ini nampaknya meningkat.
Pesara juga nampaknya menumpang sekaki dengan jumlah seramai 590,000 orang dan setiap orang menerima RM500.00 maka kuasa membeli meningkat lagi sebanyak RM300 juta. Yang tak ada bonus, yang kais pagi makan pagi, yang bisnes tak menjadi macam saya, sedarlah diri!!!!!!!!!!!!! namun saya telah lama sedar bahawa zaman merintih telah berlalu. Saya menerima seadanya nasib saya. Saya juga seperti orang lain akan turut beraya....
Tajuk posting ini ialah untuk mendapatkan senarai nama yang akan hadir majlis kita kelak. Sebelum saya terlanjur dengan kisah2 lain lebih baik saya berhenti, jika tidak posting ini seperti biasa akan panjang menjela.
Masukan nama kalian di atas supaya Ybhg Dato' Jalil dapat membuat persiapan yang rapi. Maklumlah jika terlewat merancang akan pincang jadinya majlis kita kelak. Musim perayaan ini penyedia makanan laku macam goreng pisang panas. Mereka jual mahal. Tersilap percaturan nasi kena masak sendiri sok. Terlewat kita akan melepas.
Selaku Pengerusi penganjur, saya berharap kita sama-sama menyampaikan kepada rakan-rakan kita yang tidak sempat menatapi blog ini. Dijangka ramai yang teruja untuk bertemu sahabat lama. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ybhg Dato' Jalil dan Datin kerana sudi menjadi host. banyak masalah akan selesai kelak.
Oleh kerana majlis ini kita punya maka kita perlu menyumbang untuk menjayakannya. Hulurkan sumbangan kalian kepada Tuan Bendahari kita iaitu Sdr Ismail Md Isa atau boleh juga kepada saya atau Setiausaha, Puan Siti Shara Abd Kadir.
Jemputan khas ditujukan kepada NSR dan keluarga juga MM. Kalian telah menjadi sebahagian dari keluarga besar SMBK. Jadi datanglah.
Sekian, Selamat terus berpuasa dan semuga semua kita bertemu dengan malam Lailatul Kadar...
Jokiden,
Seremban, NSDK.