GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Sunday, July 24, 2011

MUSIM DURIAN

Sekarang musim durian tiba lagi. Di mana-mana kita pergi di kiri kanan jalan berderetan gerai menjual durian. Di Taiping, Bukit Gantang telah diadakan pesta makan durian. Di Rawang - jalan lama arah utara bertimbun durian dijual dengan harga murah sehingga seringgit sebiji. Di Kajang juga begitu. Kuantan, Kuala Trengganu juga penuh dengan durian di depan kedai payang. Segamat hingga ke Pekan Nanas juga banyak durian. nampaknya musim durian kali ini sekata. Di NS durian paling banyak di Labu dan Mantin dan Jelebu. Nampaknya musim durian di Kuala Pilah agak lewat.

Dulu bila musim durian banyak orang yang tiba-tiba jadi sombong. Nak menegur dan menyapa pun dah keberatan . Nak mempelawa ke rumah makan durian jauh sekali. Masa tu durian murah - tak dijual dalam timbangan kg. Agak-agak jer beratnya namun sebiji durian bersais sederhana hanya berharga di bawah seringgit.

Apabila durian meningkat harga termahal durian berharga seringgit sekilo. Bagi saya yang tak ada kebun dan pokok durian harga sebegitu hanya dapat cium bau durian saja. Durian tak ada yang jenis macam sekarang, ada durian musang king, kucing tido, IOI,  dan lain-lain. Yang istimewa masa tu hanya durian tembaga, durian daun dan durian jantung.

Apa pun durian tidak dapat dipisahkan dari raja segala buah. Majoriti orang Malaysia mengemari durian. Dan saya masih memilih durian kampong yang aromanya menyegit. Kebanyakan orang melayu sukakan durian yang berisi kuning tetapi saya lebih memilih durian yang warna isinya putih kuning, agak melekit dan rasanya sedikit pahit. Itu durian yang paling kick bagi saya.

Durian terbaik dari Pulau Pinang berasal dari Balik Pulau. kalau di Perak durian dari Kuala Kurau, Di Johor durian Segamat sangat terkenal dan di Trengganu durian dari Maras dan Batu Rakit memang sedap. Di Negeri Sembilan pula durian Jelebu dan Tengkek memang tidak mengecewakan.

Hasil langsung dari durian ialah tempoyak yang menjadi nostalgia kebanyakan kita. Samba tempoyak daun kayu tidak perlu diberitakan lagi. Mariani dan Latifah tentu lebih pakar. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui ada pelbagai resepi lagi yang boleh dihasilkan dari durian dan tempoyak. Selain samba daun kayu dan samba ledok,  tempoyak juga sedap jika digoreng. Resepi mudah jer: goreng bilis, lada api dan bawang separuh garing. Masukkan tempoyak , serai dan dauh kemangi. Jika pekat cairkan sedikit dengan air. Hasilnya sambal tempoyak goreng yang enak.

Orang Pahang dan Perak masak ikan sungai dengan tempoyak tanpa santan. Saya pertama sekali merasanya semasa saya bertugas di Kuala Lipis. Mulanya saya tak yakin yang masakan itu sedap tetapi saya dapati itulah masakan yang paling enak. Hingga ke hari ini isteri saya akan masak ikan tempoyak sekurangnya seminggu sekali. Untuk itu di rumah saya senantiasa ada stok tempoyak sepanjang tahun.

Selain dimakan mentah durian segar sangat sedap jika disampur sangan segar dan ditambah sedikit gula merah. Simpan dalam peti sejuk dan makan begitu saja. Rasanya sangat menyegarkan. juga sedap jika dicicah dengan roti. Masa dulu orang kampong saya  campurkan santan dengan durian segar, dihiriskan bawang dan lada serta ditambah sedikit garam. Campuran ini dimakan dengan nasi bersama ikan masin goreng. Masa tu rasanya sedap bagi saya tetapi saya dah lama tak merasa makan nasi dengan santan durian ni. Orang Kelantan dan Trengganu makan tempoyak campur budu.

Siapa antara kita yang tau atau pernah merasa makan "lempuk durian"? Saya hanya pernah sekali "mengacau" lempuk semasa saya bertugas di Kuala Lipis dalam awal tahun lapan puluhan dulu. Bagi yang tak tau apa dia lempuk ialah : isi durian yang terbaik di letakkan dalam kuali besar dan dicampur gula. adunan ini di kacau sama macam kita mengacau penganan. Kalau di atas api yang sederhana sehingga isi durian menjadi kenyal. Rasanya sangat sedap.

Durian juga boleh dijadikan jem (gula durian kata orang Johor). Membuatnya mudah saja, kacau saja isi durian dalam periuk. Jangan lupa campurkan gula (biar banyak gula) dan masak selama beberapa hari. Jem durian ini tahan selama enam bulan jika di simpan kedap.

Bubur kacang , bubur pulut hitam, sebarang jenis lepat, ais krim juga sedap jika dicampur perasa durian.  Orang NS jangkaan awal saya ialah yang paling kuat makan tempoyak diikuti dengan Perak. Tetapi orang Pahang lebih hebat dengan tempoyak. Masakan tempoyak orang Pahang lebih sedap jika dibandingkan dengan masak tempoyak Perak.  Itulah sebabnya semangkuk gulai tempoyak ikan patin atau kelah di Temerloh  boleh mencecah harga puluhan ringgit. Selain ikan orang Pahang juga memasak ayam, tulang dan beberapa bahan lagi dengan mencampurkan tempoyak dalam masakan mereka. Sambal tempoyak biasa di tempat kita berbeza dengan sambal tempoyak orang Pahang. Mereka mencampurkan sedikit ikan bilis yang ditumbuk halus.

Musim durian juga bersamaaan dengan musim petai. Durian dan petai adalah padanan yang sesuai. Sambal tempoyak daun kayu, sambal ledok, masak tempoyak Pahang tidak akan enak jika tidak dicampur sedikit petai di dalamnya.

Bulan Puasa (Ramadan) minggu depan tentu tempoyak menjadi hidangan istimewa dalam berbuka puasa. Tempoyak berasal dari durian. Ada bidalan menyatakan : dia durian kita mentimun, dilanggar luka melanggar pun luka. Natijahnya bila durian dah jadi tempoyak dan dibuat sambal maka mentimun pula akan mencolek durian untuk masuk dalam mulut manusia.

Saya menunggu-nunggu siapa lah agaknya yang sudi menjemput saya makan durian.
SELAMAT BERPUASA.
ISMAIL@CHANG CAPIT.

5 comments:

  1. Tengok..kalau pakar dah tibo. Bg MCC lamo tak nyongok..tup2 molotop, coghito dian koluar. Almost complete posting'eh keteh oghang bayai.Bersahaja dan menarik.

    Ese maghin tu lopeh makan dian banyak, suko minum air, ubuh dalam pangso dian tu.Keteh oghang paneh dian tu tak naik ko badan. Bilo dah tuo2 ni ese buek, sajo nak tunjuk'an kek anak2 potuo oghang dulu2 tu. Kono golak'an yo ese. Tak cayo de doh.

    Bagi ese, dian yang paling tongit bau'eh yolah dian daun. Tak payak kupeh doh. Lompap molintang yo ngan paghang. Cungkey isi'eh ngan jaghi. Ghuang'eh ado ompek yo. Sodap dan cino suko boli..NSR..

    ReplyDelete
  2. Ese plak ghoma dian Siam yang kulit ea toba, isi ea toba, kuning dan kughang manih.. syrlup!!!!! nyam!!! nyam!!! sodap ea.

    Somalam uwan ese makan nasik putih ngan suleh dian, bosolegho deh. Dio offer kek se.....

    Jokiden

    ReplyDelete
  3. Macam highup kuah mamee mawi yo bunyi'eh tu.

    Ese tongah tunggu posting MD ni. Agak'an tongah lotih laie tu, lopeh konughi lah kato'an. Tah habih tah tidak laie masoh piok tu..NSR..

    ReplyDelete
  4. Tak do kojo amek do NSR...ese buek knughi pakai catering yo... tok ndak monyusahan oghang kampong do..so se panggey caterer yo..catering untuk 120orang...ajak kengkawan blog, soghang pun tak sudi datang..anyway oghang kampong jiran tetanggo, sedagho magho yo yang datang..buek knughi tahlil aruah omak ayah se n doa selamat untuk ombong se sekeluarga yang berangkat ko tanah suci buat umrah Isnin semalam..aghi ni baghu oghang kemah tu ankut abih kemah2 ee..Tunggu2 yo LAR ko NSR ko Jokiden, TLIS ko kok datang, TLIS kok balik kampong nompoh ghumah se dulu, singgah yo..ghumah se topi jalan sonang nk datang...nampak ee tak do doh..tk po lah
    NSR..kek kampong ni dian tk bghapo menjadi, tk somo dian bobuah do..tompi yang ado dusun dian tu ado yo yang dapek bojua, pokok dughian se baghu umo 4tahun..samo umo dengan ghumah se ni, kocik2 lai bolum bobuah..ado 5batang..kolo bobuah sok puehlah makan ee..Oghang Kampong ni kalau buek samba tompoyak cumo ubuh gagham n lado api yo..tk yah masak do..podeh nk mampuih tompi sodap, kalau ese buek tk do ubuh banyak bona lado ee do..anak se tak taham podeh..buek samba tompoyak NS sodap yo, cumo tumbuk sikit lado api, ghacik bawang bosar, ubuh ikan bilis...goreng somo bahan tu, tambah tompoyak n potai...mak ooiiyaii..bosiut makan ee..MD

    ReplyDelete
  5. Ese nak koluar kojap ah, poie moli tompoyak. Monjolejeh air liur ese maco'eh..mano buleh tahan..kojap laie kang nak molocit solemo pulak. Kek ghumah ese ni memang tak simpan tompoyak doh, sobab'eh ese makan soghang yo..tu yang susah tu. Ayo botolah..NSR..

    ReplyDelete