GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, January 28, 2013

MALAM SETIA, ERAT BERSAMA REUNION SMBK, CAMERON HIGHLAND 2013

Oleh:
Jokiden.
Kenangan ini sesungguhnya sukar hendak dilupakan begitu sahaja. Yang datang tetapi tiada dalam gambar ini ialah Tahir, Roslan, Zainab, cikgu Sulaiman, Azimah, Rubiah, Siti Normah, Halim Gumpal dan Hasidin. Harap sangat Prof Shidi dapat edit dan masukkan gambar mereka. 
 
 
Assalamualaikum WBT kawan-kawan,
 
(Sebelum saya terlupa dan terlepas pandang, Vitamin yang Ruby bagi tu, kono makan suleh satu hari.. jangan lobih.)
 
Berkali-kali saya mengingatkan sebelum ini iaitu "minggu ni Lebuh Raya atau Jalan Raya sesak, jangan ambil mudah" rancang perjalanan kerana semua orang dijangka 'beraya' Sebab itu kita memutuskan supaya semuanya dapat berkumpul di Res Jejantas Sg Buluh jam 9.00 pagi. 
 
Hahaha.. kesan pertama balik dari Cameron Highland, kek rumah saya hari ini semua bilik aircond di pasang... semasa di sana seorang rakan datang berjumpa dengan saya meminta supaya pendingin udara dikurangkan sedikit. "Kurangkan aircond ni.. den sojuk aaa.." katanya. "Mano ado aircond sini.." "Habis sojuk bona ni...??" "Kan kek Cameron ni..memanglah sojuk.." "Ooo!!!" Katanya mcm sogan2 sikit dan berlalu pergi..
 
Itupun tujuan dibuat reunion di sana. Dua kali kita berreunion ditempat panas, maka kita ubah di tempat sejuk pulak. Ada kelainan. Semasa AJK bermesyuarat di PJ di Res Adam Lai, Bang Zali suami Enab ada bertanya kepada saya, "Siapa yang memilih Cameron Highland ni.." Saya jawab "Ini pilihan Pengerusi" Dia terus akur je.
 
Syukur kerana semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Berlaku sedikit sebanyak kekurangan, itu diluar jangkaan, biasalah.. saya bagi pihak AJK memohon maaf.
 
Keinginan sebenarnya mengatasi segala-galanya. Roslan Ghani, menghadiri kenduri wajib di Jelebu pada hari Sabtu, jam 2.30 ptg, semasa saya menghubungi beliau dia baru memasuki KL. Menyedari kesesakan jalan raya di Lebuh Raya, Spg Pulai, Tapah, Tanah Rata dan Brinchang, saya menjangkakan beliau akan hanya sempat untuk tidur sahaja. Syukur akhirnya dia sempat makan bersama kita.
 
Azimah mengalami kerosakan kereta sejak dari Res Jejantas Sg Buluh, dipujuk oleh Iskandar dan bang MCC supaya kereta ditinggalkan di sana dan mereka menumpang rakan-rakan yang lain. Dia memutuskan untuk terus membawa keretanya secara perlahan-lahan. Kami membayangkan kesukaran beliau. Akhirnya sampai juga walaupun lewat sangat. Kami cuma mampu bersimpati. Azimah memakai baju sama warna dgn isteri saya. Keinginan membawa beliau ke sana.
 
Zali dan Kak Ton jauh dari JB, susah payah mereka datang. Muga kesusahan mereka terubat bila Bang Zali dipilih sebagai Mr Personaliti oleh panel SMBK. Terima kasih juga kerana menyediakan Kek Reunion SMBK. Kira-kira jam 4 ptg hari Ahad dia menghubungi saya dari KL, kerana beg pakaian anaknya tertinggal dalam bilik 303. Saya dimaklumkan oleh Pengurus Star Regency "tak ada apa-apa bos, sampah jugak ada tinggal dalam bilik ni.." Akhirnya beg itu ditemui juga, bang MCC menyelamatkannya dan membawanya balik ke Seremban. Keinginan membawa beliau ke sana.
 
Saya agak sedikit cemas, dalam fb CTN memaklumkan bahawa dia demam, berbagai komen kita terima. Entah kenapa saya selamanya tidak mahu CTN ketinggalan dalam reunion kita. Saya sentiasa inginkan kehadiran beliau dan keluarga serta bang Rahim. SSAK memaklumkan "jangan bimbang, CTN sudah ada di KL, dia naik kapal terbang dan akan datang dengan anaknya.." Lenyap kebimbangan saya. Itu juga keinginan yang kuat membawa beliau ke sana.
 
Menyambut ketibaan rakan-rakan di Star Regency merupakan saat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.. bercampur baur, macam menyambut tetamu yang datang ke majlis kenduri kahwin di rumah kita pulak..
 
Semasa kami tersangkut dalam jam dari Tanah Rata hendak kembali ke Brinchang setelah selesai melawat sebuah Koperasi saya menunjukkan beberapa buah hotel yang saya pernah duduk kepada Nordin, Hasidin dan Hasnan. Sebenarnya Cameron Highlang memang tempat percutian keluarga saya sejak dulu sehingga anak-anak sudah cuba mengelak. Saya tetap pergi, ada kalanya saya pergi jam 7 pagi dan kembali ke Seremban jam 6 petang semata-mata nak membeli Teh Bharat. Keinginan selalunya membawa saya ke sana.
 
Kemeriahan reunion kali ini juga sukar digambarkan. Ini bukan syok sendiri. Hakikatnya kali ini paling ramai keluarga menyertainya. Dalam fb atau blog sentiasa ada reunion oleh pelbagai group, pelbagai peringkat umur dalam negara ini. Namun kita agak berbeza kerana kita melibatkan ahli keluarga. Reunion kita bukan sahaja menguruskan keperluan ahli2 SMBK tetapi cuba juga untuk memenuhi selera anak dan cucu. Jika sudah tinggal enam orang kelak mungkin kita juga terpaksa mengambil kira tentang keperluan cicit atau piut pulak.. hahaha.. indahnya hidup ini.
 
Reunion group lain sekadar, 10 orang, 22 orang atau 50 orang. Reunion family selalunya ramai. Hakikatnya Reunion SMBK jumlahnya lebih dari itu. Di Star Regency Apartmen untuk SMBK ialah 33 buah, Ketua keluarga 38 orang, ahli keluarga 209 orang dan lebih 80 buah kenderaan. Rosli Ahmad datang dengan 4 buah kenderaan sebagai contoh, tiga trolly besar digunakan untuk mengangkut barang2 mereka naik ke atas. Tq bang kerana semua ahli keluarga turut serta dan mereka kelihatan ceria.  
 
Kekecewaan saya ialah tidak dapat melihat warga SMBK membeli belah secara berkumpulan memborong jagung, kobis, bunga, terung purple, keledek, limau oren dan madu lebah. Sebabnya ialah selepas mendaftar keluar semuanya membawa haluan masing-masing, untuk mengelakan kesesakan jalan raya. Ada yang menuju ke Simpang Pulai, jam jugak. Ada yang menuju ke Tanah Rata dan Tapah, jam juga.
 
Lagi yang saya kecewa ialah tidak dapat melayan semua kawan-kawan dan keluarga. Saya sibuk atau menyibuk sangat dan ada kawan-kawan yang saya tidak berkesempatan untuk menegur keluarganya.. Saya benar-benar terkilan dan memohon maaf.. Saya telah cuba, namun ada juga yang tertinggal. 
 
Dalam perjalanan pulang saya menemui Hawa sedang makan di Tanah Rata. Juga Hasnan dan Rubiah. Masa tu sudah pukul 2.30 ptg. Yang lain-lain sudah berlepas awal mungkin.
 
Halim Gumpal dan keluarga pertama kali hadir walaupun di sebelah paginya dia seperti Roslan terpaksa menghadiri kenduri keluarga. Dia lewat sampai namun masih sempat makan dan bercerita sedikit sebanyak tentang sejarah silamnya. Kemahuan membawa beliau ke sana.
 
Semasa kita breakfast pagi itu Zaharin Zainal datang memberitahu saya, "kau buek kek Langkawi tahun dopan, menantu sei dah booking dah, ese dan keluarga akan join.." Rakan2 lihatlah betapa reunion ini memberikan kesan kepada persahabatan kita.
 
Semasa breakfast juga Bang Zali dan Nab muncul. Saya tahu mereka sebenarnya sibuk dan ada urusan lain. Tn Hj Abdullah (saudara Zainab) Dato Jalil, Zamrus, SSAK dan beberapa orang lagi memberitahu saya yang Nab dah kompem tak hadir. Saya memberitahu Nab bahawa bilik dia dan nama dia tidak pernah dipotong dari senarai kehadiran kerana saya yakin dia akan berusaha untuk datang. Ya, dia akhirnya tiba jua. Tq Nab.

Semasa minum pagi juga, Hameed datang berjumpa saya.."Next reunion, panjang umur, ada rezeki, I give you doubble  to what I contribute this time..Insya Allah" Hah, terkemama saya sebentar. Apapun Tq my dear friend. 
 
Panel pemilih Mr dan Miss Personaliti malam itu, agak sukar juga untuk menentukan pemenangnya. 6 Calun terakhir lelaki iaitu Dato AJA, Zali, Ese, Zamrus, Hameed Bawal dan Rashid. Ese tarik diri, tinggal lima... akhirnya Zali terpilih.
 
 
Calun2 Miss SMBK
 
Miss lagi susah, setelah tinggal lima calun iaitu Mariani, Hawa, SSAK, LAR dan Ramlah, akhirnya Hawa dan MD berentap... Panel tak dapat membuat keputusan.. lambung duit syiling dan Awo monang..Tahun depan rasanya elok kita buka anugerah ini melibatkan ahli keluarga, maksudnya semua yang hadir layak. Sekurang-kurangnya untuk menambahkan glamour.
 
Ramai yang layak seperti anak dan menantu Ruby, Eddy dan Mia anak SSAK, anak CTN, anak Dr Murad, anak Rosli, anak Hawo, anak Hameed, anak Hasidin, Zureda.. ah.. ramai lagilah.. ghobah sei kang..
 
 
Ruby n family.
 
 
Dr Murad tengah isi borang koperasi..tq Dr. 
 
 
Dato' J n family
 
 
 
Baju hampir samo tu.. next reunion sapolah antaro duo ni yg monang as Mr. Personality..
 
 
Aiyo!!! sumo takut nak duduk dopan aa..
 
 
Nordin Baharuddin n family..
 
 
 
Guru Besar yg garang n keluarganya..
 
 
Osah cantik ea photo ni..
 
 
 
SSAK & Prof ikut tema tu..
 
 
Kawan2 ku memang segak.
 
 
Pernah dulu seorang ahli saikologi memberitahu dalam bukunya "apabila kita melihat photo atau gambar yang pertama yang ingin kita lihat ialah wajah kita.." Mungkin ada benarnya kata-kata tersebut. Lalu saya berusaha gigih aa untuk memasukkan semua gambar rakan-rakan. Teruskan melihat ke bawa posting ini untuk menatap gambar rakan-rakan. Jika ada juga yang tertinggal saya mohon maaf, anggaplah itu kelemahan kamera, bukan kelemahan saya. Hahaha..
 
 
Jokiden, Dato Jalil, SSAK n LAR
 
 
 
Zaharin Zainal n Ali Ahmad
 
 
Kek Reunion baru sampai. Tq Kakton.
 
 
 SSAK, MCC, Jokiden n Nordin
 
 
Datin n Family..
 
 
Sumbangan Datin Normah, Tq.
 
 
"Pulut hitam sei memang goma.."
 
 
 
Jiran Jokiden Tn Hj Abdullah n keluarga turut hadir, Tq.
 
  
Jauh dari Selatan Tanah Air..
 
 
Mohd Kamruddin n keluarga, Kuih sopang eaa.. tak sompek lotak, licin!!
 
 
Rosli, Ali n Dr Murad
  
 
Keluarga siapa ini??
 
 
Datin2 dah sampai..
 
 
Siti Hawa.. AhmadRashidi Hasan.. Ramlah Husin.. Ruby Ahmad.. Tq For The Pose..
Love To Be Around All Of You But Luck Simply Not On My Side..!
But The Few Moments We Had Together Means So Much..
Lets Do It Again At Another Time .., Another Venue
"Tapcet!!! maso sei nak balik sei sompek laie ngusik Molah ni..
 
Banyak lagi gambar akan dimasukkan. Lawatilah blog ini dari semasa ke semasa nanti.
 
Dalam perjalanan pulang saya dan keluarga 4 buah kereta berhenti di Tea House yang pertama. Di situ tempat persinggahan 'mesti' setiap kali ke sana. Hujan turun dengan agak lebat. Kami singgah juga. Berebut2 parking dengan orang lain. Shopping teh di sinilah.Akhirnya kereta penuh dengan teh uncang dan teh kilo (serbuk)
 
Saya duduk di anjung sambil menikmati teh panas dan biasalah asap rokok mesti berkepul2 punya sambil melihat ke sejauh mata memandang. Melihat kehijauan kebun teh yang agak kelam kerana hujan lebat. Tiba-tiba hati mejadi sayu. "Mana kawan-kawan tadi??"  Rakan-rakan sudah membawa haluan masing-masing. Sungguh kawan-kawan saya tercari-cari, tertoleh-toleh.. kompen tak ada seorangpun. Tiba-tiba sahaja hati menjadi rindu. Masa untuk bersama sebenarnya amat singkat.
 
Saya tengok gambar-gambar dari hp saya.. satu, dua dan tiga.. ish..ish.. mahu ghobah sei kek situ, cepat-cepat saya tutup. Kemudian dalam hujan lebat itu juga kami menyusuri jalan menuruni bukit dan saya memejamkan mata kerana isteri menjadi pemandu. Tersedar, kami sudah parking di R&R Tapah. Mereka turun, saya tinggal dalam kereta... lama kemudian bila azan bergema baru saya merangkak keluar.
 
Menjadi keseronokan kepada saya dalam menguruskan reunion kita ini. Kawan-kawan banyak membantu. Salute dan terima kasih yang tidak terhingga. Dari awal saya  sudah memberitahu rakan-rakan, adalah rugi jika tidak turut serta dengan segala kemudahan yang tersedia.
 
 
Dalam gambar ni rasanya Tapcet seorang je yg tak ngelinjang..
 
 
Ada yang kata.. makanan kurang enak.. sib baik ada buah sopang.
 
 
Utz Hasnan ngan keluarga
 
 
 Masing-masing sibuk dgn Galxy S3 nya.
 
 
 
 Bang Zamri, Bang Alwi dan Guru Besar..
 
 
 
 Menadah tangan memohon restu Ilahi..
 
 
 
 Meja datin-datin
 
 
 Dr Murad dgn keluarganya
 
 
 
 
 
 
 
 Meja Datuk-datuk..
 
 
Apabila kita melancung bersama keluarga antara kos yang besar ialah bagi penginapan dan makanan sekeluarga. Sekali duduk di warung, pasti RM50 ke RM60 rabak kecuali kita hanya pesan roti canai. Sewa bilik pula jika standard Hotel Seri Malaysia pun RM120 hingga RM160 semalam. Jika kita perlukan 4 bilik, jawabnya kita terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM480 hingga RM640.
 
Sebab itu AJK berusaha mencari jalan supaya kos ahli dapat dikurangkan supaya lebih ramai ahli dapat turut serta. Alhamdulillah akhirnya setiap yang hadir cuma membayar RM50.00 sahaja. Jika itu dikira untuk jamuan dan minum pagi, maka anggaplah bilik rakan-rakan dan keluarga percuma. Jika RM50 pula dianggap untuk kos bilik, maka anggaplah jamuan dan minum pagi rakan-rakan dan keluarga percuma. Hakikatnya ahli tetap untung. 
 
Dalam ucapan, saya telah nyatakan siapa-siapa penyumbang terbesar. Hameed, LAR, SSAK, YB Mustaffa Salim, Tuan Ibrahim dan YB Dato' Hassan Malek. Pengerusi hanya keluar air liur sahaja mengarah itu ini dan mempengerusikan meeting2. Namun semua rakan-rakan faham bahawa tanggung jawab Pengerusi lantikan sendiri ini adalah berat. Apa-apa kekurangan termasuk kos, maka Pengerusi kono tanggunglah... mana mau lari. Itu janji saya kepada Setiausaha dan Bendahari yang selalu comeh.
 
Akhirnya apabila masuk ke bilik Pengurus Hotel untuk menyelesaikan bil, Pengerusi dan Isteri keluar dengan muka masam.. hahaha... Hari ini Isnin ketika saya mula hendak mengupdate blog, Pengurus yang sama menelipon saya.. "Bos!! you silap campur...." "Berapa short lagi??" "RM1000.00 boss, tak pe take your time" "hahaha..ok no problem..kejap lagi saya transfer''  
 
 
 
 Tn Hj Abdullah, Tahir, Rosli n Zamrus.. sojuk!!!
 
 
 

Tahir ngan isteri..
 
 
 Rashid dah bertukar wajah.. hebat
 

 
Lama dulu mungkin dalam bulan Oktober, saya memberi tahu isteri, kita AJK ada KPI masing-masing. MCC KPInya ialah apabila program pada malam tersebut berjalan lancar. Biasalah masa pasti mencemburui kita. Banyak segmen belum ditontonkan. Beberapa orang menemui saya bertanya segmen yang mana satu harus dipotong. Slaid reunion pertama dan kedua belum ditayangkan. Karoeke belum bermula, Rakaman dan temubual dengan rakan-rakan yang tak sempat hadir belum habis di tayangkan. Cang Capit belum bersilat. Video berkonvoi belum ditontonkan. Nostalgia baju putih dan biru yang begitu bersusah payah Eddy ke One Utama mencarinya dan MCC ke seluruh Seremban untuk mendapatkannya.
 
Saya memberitahu mereka, tentang program ini keputusan biar MCC yang buat. Dia amat berkorban kali ini, biar dia puas hati, saya tidak mahu membuat keputusan. Akhirnya hanya segmen kembali ke sekolah yang sempat dipersembahkan.  Saya kira KPI MCC telah tercapai.

 
BERSAMBUNG LA PULAK...

 
 
Gambar dari fb Ruby..

KPI Rashid tentunya berbeza. Bagi dia jika musik dan sound sistem berjalan lancar, bagus dan tiada gangguan, maka dia akan berpuas hati. Dia juga sempat membuat persembahan dan saya selalunya teruja dengan lagu-lagu beliau sejak dahulu lagi. Band De Enforcer sesungguhnya berjaya menghidupkan majlis SMBK ini. Lalu KPI Rashid rasanya mendapat A.

LAR atau Latifah Abd Rahman, bersungguh-sungguh sangat dalam menjayakan majlis ini. Dia melibatkan diri sepenuhnya. Jika pada reunion pertama dan keduaa dahulu dia tidak sempat 'menyumbang' bakti kerana berada jauh di Batu Pahat, kali ini dia sepenuh masa. Kita melantiknya sebagai Bendahari Jamuan dan KPInya ialah apabila rakan-rakan memasukkan duit ke dalam akaun dia untuk membuat bayaran. Akhirnya apabila semua ahli membuat bayaran maka KPInya tercapai. LAR sesungguhnya tidak tahu penat dan sentiasa ingin bekerja. Kadang-kadang saya sendiri merasa risau dengan komitmen dia dan SSAK kerana saya tidak mahu mereka terlalu menumpukan perhatianan kepada reunion ini sehingga melupakan keluarga.

KPI SSAK ataupun Siti Shara ataupun Setiausaha lantikan sendiri juga berlainan. Baginya jika ramai yang datang, dia berjaya. Lagi ramai, lagi meningkat KPI dia. Makanan mesti cukup, penginapan mesti cukup dan beres. Perjalanan mesti selamat. Hamper mesti cukup. Hal yang kecil-kecil pun dia beri perhatian yang berat. SSAK merupakan nadi kepada majlis kita. Sepanjang masa dia cemas dan seperti LAR dia juga banyak membelanjakan wang untuk majlis kita ini.

Mujurlah  kedua-dua suami mereka amat memahami peranan isteri mereka dalam menjayakan majlis ini dan ini sebenarnya banyak membantu. Saya rasa KPI SSAK mendapat A jika tidakpun A+. Kita sewajarnya memberikan sekalung tahniah kepada beliau.


   Keluarga MCC
 
 
Di meja VIP
 
 
 Isteri-isteri VIP
 
 
Anak Jalil ngan anak Sei..
  
 
 
 
 
 Cameron Highland pukul 7.30 malam..
 
 
Utz Hasnan
 
 
Abdul..
 
 
 
Aiiyooo lah..
 
 
 
Isteri Zali nak minum tu..
 

 
Semuanya bersabar dan berdisplin..
 
 
 
 
 
 
Persembahannya mantap!!!
 
 
 
 Amik limo tahniah!!
 
 
 Tokey Kuih Sopang Mohd Kamruddin


Sekalung tahniah kepada semua warga SMBK kerana menjayakan majlis ini dengan penuh kemeriahan. Melihat kepada senyuman masing-masing, wajah-wajah ceria sepanjang majlis, saya kira rata-rata berpuas hati dan matalamat kita tercapai.

Terima kasih kepada Mr Ramu Naidu yang hadir walaupun dalam keadaan dirinya yang tidak beberapa sihat. Dia bersama kita sehingga ke akhir majlis. Terima kasih kepada bekas Penolong Pengetua Cikgu Sulaiman Kassim dan keluarga kerana sudi datang.

Cikgu Sulaiman Kassim telah mengimbau kembali kisah-kisah silam semasa beliau berada di SMBK, Serting dan Seremban. Beliau menceritakan bagaimana Pengetua jatuh cinta dengan isterinya. Beliau menceritakan bagaimana Allahyarham Cikgu Mokhtar jatuh cinta dengan Cikgu Jamillah.. Walaupun ucapan beliau bermula pada pukul 11 malam kerana beliau terlewat sampai dan terperangkap dalam traffic jam sejak 6 ptg lagi, namun kami semua terhibur juga. Terima kasih cikgu.

Terima kasih kepada Pengetua Cikgu Md Zain Rais yang sentiasa memberikan galakan kepada kami. Ketiadaan beliau dan isteri amat dirasakan. Saya dan SSAK tidak memaklumkan kepada siapa-siapa yang beliau tidak hadir sehinggalah dalam ucapan saya. Bukan sedikit rakan-rakan yang tercari-cari kelibat beliau. SSAK dan Rashidi membacakan sms yang beliau hantar dan ketika itu dewan senyap sunyi mendengarnya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Rubiah Ahmad kerana membekalkan Vitamin 2 botol setiap orang. Katanya untuk tenaga dan untuk kecantikan kulit. Mungkin sesuai untuk saya. Menyebut tentang kecantikan kulit ini saya teringin sangat kerana kulit saya tidak cantik.

Kulit saya gatal-gatal sejak 20 tahun lalu, muka comot sepanjang masa dan ia menjadi kronik pada bulan Januari dan Februari setiap tahun. Kulit saya sangat aktif bertukar 27 kali ganda dibandingkan dengan kulit orang biasa. 

Sebenarnya sejak Disember ini saya tidak selesa. Berdiri tidak selesa, duduk tidak selesa dan berbaring juga tidak selesa, berjalan tidak selesa dan kaki tidak boleh dilipat. Mana tahu dengan vitamin Ruby ini kelak ia akan pulih sedikit. Itulah nasib orang yang menghidap Psoiroisis yang Dr pun tidak tahu puncanya dan dunia perubatan masih belum menemui penyembuhnya. Cuma satu yang menyelamatkan keadaan iaitu  saya seorang yang berfikiran positif malah ada rakan yang mengatakan saya ni terlebih positif. Saya tidak memiliki inferiority complex. Syukur sangat.

KPI saya dalam menguruskan reunion kita ini hanya dua dan saya rasa kedua-duanya tercapai. Pertama kesediaan rakan-rakan hadir bersama keluarga, memandu beratus kilometer, menempuh jalan berliku dalam arus kenderaan yang menggila.

Keduanya apabila rakan-rakan muncul dengan warna pink, purple dan maroon, semuanya kelihatan ceria, mereka menerima baik tema yang saya pilih. Dato' Jalil dan Prof Rashidi ternyata menyerlah baju mereka. Sedikit sangat yang tidak mengikut tema majlis. Datin Normah hanya tudung dia yang menepati tema, oklah tu..dia sibuk menguruskan hamper untuk kita.

 
My Bang Ngah..
 
 
Faezah, Dik Wa, Dik As, Intan n Bang Long, tenaga di belakang tabir
 
 
Terlebih terkurang, mohon maaf..
 
 
Zaharin menerima hamper dari Mr Ramu
 
 
Datin Yusmah.. selamanya penyokong kuat SMBK.. Tq.
 
 
Jokiden ngan Jiran Tn Hj Abdullah.. Tq for coming
 
 
Pertama kali join.. Ruby, Noraini, Halim, Zaharin n Nordin sedang didera oleh Tok Lombago.
 
 
Insya- Allah tahun dopan semua ea freeeeeeee!!!
 
 
Eddy ngan Pelita..
 
Timbalan Pengerusi pueh hati tuu topaksolah dio sengeh..
 
 
Ese dah lamo tak boghucap.. boghi sei poluang yo.. Tq cikgu..
 
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mohd Kamaruddin dan keluarga yang tetap membekalkan kita dengan menu tambahan. Tahun lalu hanya buah sopang, kali ini siapa dengan daging salai. Sesungguhnya keinginan kuat  yang membawa beliau ke sana. Dia memberitahu saya bahawa daging salai akibat dimasukkan dalam peti sejuk, sudah agak kurang enak, namun saya memberitahunya "lotak yo lah Din.. sapo nak amik.." Habis jugak. Kuih sopan dio memanglah tak cukup.. Awal-awal lagi saya sudah minta untuk meja VIP, kemudia sebelum apa-apa saya beri isteri saya. Bila saya keluar semula hendak menambah, ish..ish.. tinggal bekas sahaja.. buah sopang sudah hilang semuanya.

Terima kasih kepada MD, Mariani Duaji kerana membawa..hahaha.. nanti saya sambung

Terima kasih kepada MD Mariani kerana membawa buah tangan untuk kita semua. Idea ini sangat menarik dan mungkin boleh dipraktikan dalam reunion kita akan datang, iaitu setiap ketua keluarga membawa buah tangan yang simple saja untuk semua. Katalah 40 keluarga datang, maka apabila kita pulang kita juga membawa 40 buah tangan. Tinggal lagi untuk cabutan bertuah memadai dalam 5 atau enam, tetapi besar2lah seperti tiket untuk dua orang ke Gold Coast, Zurich,  Beijing, Penginapan di hotel lima bintang dan Myvyy..

Hati runsing, mood down, comeh dan resah tetapi apabila melihat MD dengan colour pink semaraknya, sebijik macam datin, maka semua itu hilang. Agaknya lebih 190 kali dia menyarankan kepada saya tentang poco-poconya sejak reunion pertama lagi. Kali ini hajatnya tercapai dan rasanya itulah KPI dia yang sebenar. "pueh ati..???" saya bertanya. "puehhhhhhhhhhh!!!" dia menjerit kembali. "baju baru???" "iyoooooo!!!" balasnya.

Terima kasih Tuan Ibrahim dan Bang Usof. Sumbangan kalian secara dari belakang tabir membuatkan majlis kami berjalan lancar. Kepada Tuan Ibrahim yang menyumbangkan band pengiring, budimu tetap dikenang. Terima kasih daun keladi, esok-esok sumbang lagi. Bukan senang nak mengerahkan anggota band tersebut memikul peralatan yang banyak itu ke Cameron Highland. Persembahan pula mantap.

Mengimbau kembali saat-saat manis waktu kita bersama di sana, saya tidak ingin melupakan detik di mana Hawa, Mariani, Zali dan Zamrus mengiringi Zureda begitu sporting menari siap dengan kain pelikat dan songkok, seolah-olah program Raja Lawak pulak. Dalam hati saya berkata-kata, "atuk-atuk dan uwan-uwan ini apabila mendapat peluang, mak oiii aaii, lupa mereka yang anak cucu ada di belakang tiang-tiang tersebut.."

 
Apo Kojo... hahaha..


Halim, Roslan n Rosli
 
 
 
 

Apapun penglibatan mereka membuatkan saya terhibur. Tentulah tidak elok sekiranya saya meminta mereka keluar lagi sekali untuk melakukannya. Nanti orang kata saya lebih-lebih pulak. Kawan-kawan, you are the best. Cuma Shidi, Tahir, LAR dan SSAK tidak berpeluang menyanyi kali ini kerana kesuntukan masa.

Bersambunglah lagi aa..

Terima kasih kepada Datin Normah yang bersusah payah mendapatkan hamper untuk kita. Orang memberi kita merasa. Ada hamper kecil dan ada hamper besar. Tentunya yang paling bernilai ialah hamper daripada Dato Jalil, dulu kini dan mungkin selamanya. Tambahan pada kali ini beliau mendapatkan satu tiket penerbangan dari KLIA ke Langkawi dan tahniah kepada Nordin yang berjaya memilikinya kerana itu sudah tercactat rezeki anda.

Sejak mula bermesyuarat AJK sudah memutuskan bahawa Datin Normah akan berusaha untuk mendapatkan hamper supaya ahli tidak perlu membawanya. Dalam tawa yang menyenangkan beliau berjaya mendapatkannya, cuma saya,TL LAR dan SSAK dideranya supaya pergi mengutip hamper2 berkenaan. No hallah. Bila sedikit kurang beliau mencukupkannya semasa kita telah sampai di sana.

Terima kasih kepada keluarga Bang Usof. Tidak ada yang terkecuali, semuanya terlibat kerana 'dipaksa' oleh emaknya. Eddy, Yusri, Mia dan Emma, sumbangan kalian sejak reunion pertama dulu amat dihargai dan kali ini sumbangan kek buah dan kek hari jadi yang cukup enak amat kami sanjung. Berhari-hari mereka menyiapkan kek tersebut dan belanjanya saya tahu bukan sedikit. Kek Strawberry mendapat pujianan dalam fb. 

Kisah kalian mencari baju sekolah berwarna biru ketika semuanya sudah berada di Star Regency, semata-mata untuk memenuhi hasrat seorang ibu, menjadi kisah lucu yang pasti dikenang lama. Tiba lewat ketika dinihari iaitu jam sudah dua pagi, si ibu kalian tetap bangun dan teruja menggayakan baju baru berwarna biru. Berposing pula di belakang pintu ditepi tangga, hahaha... lost my words lah.. 


 
 
 
 
Antara catatan menarik untuk gambar ini dalam fb ialah : "Pelajar SMBK meroyan di CH.." dan "mano kopalo eaa...? Mari kita gelak..hahaha..
 
 

Last but not least, many many thanks to my circle family. Bang Ali and their children. Esp my wife and my family. Your endless support from the very begining till the end, your contribution in what ever and which ever way you can were very much appreciate and love by me. My sincere apology to all of you when sometimes you feel  hurt by me. I'm really proud of you all. You are the best.

The ugly part of our reunion as most of us think, maybe because of the mad traffic jam which some of us exprience along the way. Some were just within distance like Hasidin, Nab, Rubiah, Cikgu Sulaiman, Roslan and Azimah  from the Resort and yet they missed the 'grand opening' We AJK really sorry for that and thousand apology.. my dear friends. Till we meet again... salam rindu untuk semua.              
  
 

52 comments:

  1. Thank you Sharif for the long interesting post. You have put everything in. Thanks for realizing this happy and memorable moment. No words can express how I feel since our reunion till now. Allah merahmati dan memberkati kita semua.....Allah telah menganugerahkan sahabat-sahabat yang paling indah dalam kehidupan saya......Thank you. Shidi

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Terima kasih Pengerusi, segala2nya telah diperkatakan di atas, saya juga mohon maaf jika ada apa2 yg tidak memuaskan hati kwn2 semasa di Reunion SMBK Kali Ke 3 di CHighland tempoh hari. Oleh kerana kesibukan atas urusan saya kurang bergambar dan berbual2 dgn kwn2...walau apa pun saya sgt gembira melihat kwn2 bergembira dan ceria di mlm itu. Terasa segala penat lelah kami AJK dihargai oleh semua. Terima kasih juga saya ucapkan di atas segala ucapan penghargaan yg diberikan, tanpa kwn2 sema siapalah kami......

    Dari apa yg saya lihat dgn ketaranya ialah kita warga SMBK69/74 ini semuanya telah semakin akrab. Ini kerana demi reunion....demi reunion yg kita telah anjurkan selama 3 tahun berturut-turut.

    Semoga kita semua tidak akan menghentikan program ini sampai bila2.

    Dengan adanya program ini, kita telah dpt menubuhkan Koperasi SMBK kepunyaan kita nanti...Semuga Koperasi ini akan beroleh kejayaan dan sama2 kita menikmati menafaatnya.....

    Sekian, buat kali ini.


    SSAK

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Pengerusi dah luahkan semuanya , samalah seperti apa yg sy rasakan, the only thing is that if I were to put it on paper..it wouldnt be as perfect as Sharif's....cuma nak tambah sikit untuk pengetahuan kawan2..sepanjang kami ke hulu ke hilir dan berbincang bermesyuarat serta membeli belah...kami juga selalu bergaduh...kadang2 kami jerkah pengerusi n at other times kami pulak kena jerkah...but I always teamed with shara to bantai Sharip...bila Sharip bantai kami...kami jergekan mata kat dia...in the end semua ok semula...satu hal lg yg kawan2 perlu tau mengenai Bang Mail MCC yg teramat generous...setiap kali meeting d pejabatnya dia mesti nak belanja mkn,dia tak suka kami belanja mkn dlm "jajahan dia"...semoga Bang mail bertambah murah rezekinya...sy terbayangkan dia ni mcm org dulu2 belanja anak2 buahnya.....setakat ni lah y sy ingat utuk d coretkan dulu. Sayang semua..Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Askum, Ajk dan kawan2 brothers n sisters.Saya dahulukan dgn stinggi2 penghargaan pada exco members yng sejak mula bertungkus lumus bagi menjayakan rancangan ini..Saya sejak dr mula mengikuti perkembangan AJK kita kulu kilir untuk memastikan reunion kita terbaik! Suami saya,anak2 dan menantu tak habis2 memuji reunion kita..Makanan enak,hotel selesa member2 semua peramah...pendek kata very well organised..Kalau ada skit2 error tu biasa lah...on the whole i enjoyed this reunion from the very beginning till the end..Anak se koba org N9 mmg baik peramah.Mano2 mereka poie kalau jumpo org N9 misti kelakar kete.Maso pukul 6 ptg sebelum reunion tu bari i sedar i tak bawak cd karaoke yng i nak nyanyi malam tu..I dah pasrah dah maso tu n dah tak nak nyanyi dohh.Tapi anak2 n monantu kulu kilir cari karaoke lagu tu kek kodai CH tapi tak jumpo.Last2 anak i downloaded kek internet...tulah haa how supportive my children...overall am really touched for their support n that all my friends accept me as their own although am just considered myself an outcast!! Hahaha..I ni kesian amek bilo Jokiden confessed in this blog that he is suffering from psoarisis..Memang boto penyakit ni tak do ubek aeh doh tompi Lakiden suggests Jokiden pakai cream Daivobet.Harga dlm RM 130.Mebbe Jokiden dah pakai ubek ni..Lakii Lakiden nasihat Jokiden jgn terlalu stress,cukup rehat dan cukup tidur..Kalau raso gatal ambik yo Piriton..Caghik yo kek pharmacy..How we wish to completely irredicate this penyakit out of your system...insyaalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ruby,

      Nanti sei poie caghi ubek tu. Sei pun tau, kalau stress, mako botambah-tambahlah gatal dan miang ea.. tapi boleh ko menguruskan reunion ini tanpa stress?? SSAK dan LAR comeh memanjang. Ese dopan dio cool je, bolakang dio oghang sei sobona ea gombong!!!!Kih..kih..kih..

      Jokiden

      Delete
  5. Yng nulih ateh tu Den haa Ruby Dekyu.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah...membaca catatan Ruby...terus hilang saki baki lotih yg ado....ghaso terus nak mulo kojo untuk 4th reunion..tapi***kono lantik tak lai jd AJK@PKK?...Admit it!!!mlm tu Ruby n famly tinggi percentage e dlm menghidupkan kemeriahan 3rd reunon ni...espescially The Malam Setia Erat Bersama...and the cenderahati by Dr Deva yg mana kesan n keberuntungannya kekal lama d tubuh badan kita....TQ again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Molampau pulak komen LAR kek ateh tu..nak toghus bokojo utk reunion ko ompek.. Bueklah sonsoghang.. hahaha...

      Jokiden

      Delete
    2. Its money that matters...RM300 per head..we hang out at J.W Marriott.....I buek sonsoghang...300 nak upah secretary n 10 Banglas for d donkeys job n 1 Pak Supir....BEGHEHHH!!! hi..hi..hi..

      Delete
  7. Very very very small contributions yo tuu compared to the rest..tak dapek boghi big Presents..only our Presence is good enough right?? Kih kih
    Bee n Yu

    ReplyDelete
  8. Masyaalah...I rasa sangat gumbirra tengok kehadiran Dikyu kali ni...dah duo tahun mengharapkan dikyu n family datang untuk bersama kito, tk yo lopeh2 ado yo reason ee..kali ni rasa besar hati sangat Dikyu n family sudi menghadirkan diri..rasa happy sangat duduk semeja dengan dikyu n ramlah husin..tengok kemesraan anak2 n menantu dikyu, Dustin yang 'obedient' sughuh yo dek omak ee bokoja poi ee...untung ameklah kau dikyu..dikyu tkyah buek apo2 doh anak yang ambikkan, Atty bakal menantu dikyu yang comel manis ala2 gadis Korea sangat ramah n helpful..Dr Darwin and wife yang tk lekang2 dengan senyuman and hubby dikyu Dr Dewa yang very down to earth baik n bijak dalm mengeluarkan kata2...pendek kata bergaul dengan mereka seperti berada dlm keluarga sendiri...hidup bahagia saling sayang menyayangi n sentiasa bergurau senda ..Great to be your friend dikyu..MD

    ReplyDelete
  9. Hahaha...banyak boto pujian haaa...mokaseh lah Mariani dan kawan2 .Lakiden nak moyang lebar sonyumme dari tolingo kanan ko tolingo kighi eheh..Dio tak pandai nulih kek komputer dohhh...Jadi,disini i sebagai secretary Dr Md Dewa ingin menyampaikan posan dio..cania kete haaa.."My Services Are At Your Disposal" maknoaeh sebarang pertanyaan boleh lah dibuat dan dia akan sebolih2 nya cubo menjawab dan menyolosaikan masaalah..maklum yo lah kito ni bukan aeh Alien tak ponah dapek sakit..doktor pun sakit yo hihiihi...heee...heeeeee...
    Bee Dekyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak boto org tak puji...Sumbangan yg ikhlas mendapat pujian yg ikhlas...be happy

      Delete
  10. Lets keep this blog on...and on....and on....and on.
    Shidi

    ReplyDelete
    Replies
    1. As you always said Prof.. "Love our friends forever.."

      Jokiden.

      Delete
  11. Tabik spring (bak kato CTN) pada pengerusi yang bekerja keras untuk menjadikan impian ini satu kenyataan ...dh 3 tahun berkhidmat untuk reunion dengan penuh dedikasinya...handa boto deh..Katanya tk kluar duit hanya kluar keringat yo buek kojo tu semuo...tapi kalau tk kluar duit camno kreta bleh bjalan..kreto pun nk minum yo kan...Pengerusi kita ni memang merendah diri dan ikhlas bokojo semata untuk menemukan kito semuo...TQ so much Jokiden...Tu bolom lai tenaga belakang tabir anak2 ee..apa pun TQ so much..
    LAR and Shara pun tk kurang hebatnya...duo orang nilah tulang belakang yang bergerak bersama Jokiden untuk menjadikan majlis kito penuh makna dan warna warni..kita seronok dan happy dimajlis tu semuanya hasil usha AJK majlis...TQ Pah n Shara...beribu2 duit you all belanjakan semata2 untuk mengembirakan kita semua...terharu an rasa Pah...bergenang airmata...Budi you all tk terbalas rasanya...
    Kawan lain Mael CC, TLIS...TQ very much...kalian juga bekerja keras untuk menjayakan majlis ni..Banyak pahala yang u all dapat kerana berusaha untuk mengembirakan orang..semoga Allah juga yang akan membalasnya...MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami penggerak...tp perlu penglibatan semua..baru boleh bergerak dgn lancar...T Kasih

      Delete
  12. Ese air mato esepun ponah bogonang, nak tahu maso bilo??

    Salah satu maso menghantar Qawiyy ke Terminal One, nak balik ke Dungun, ese sonyap yo, sobab ese baghu toghimo mesj dlm fb daghi kawan kito Tahir.

    Mesj dio membuatkan ese tokilan, ghaso bosalah yg menggunung, sodih dan ibo bona ati sei. Lopeh anak sei tughun sei toghus call dio, lama kami berbual dan sei mohon maaf banyak-banyak kek dio.

    Tahir sangat terkilan kerana kita semua sempat bergambar sedangkan dia tidak. Kenapalah saya kurang peka dalam soal ini. Dio ibo, seipun ibo.."Things happened and you cannot change it.." sei selalu ingatkan isteri sei macam tu. Mintak maaf Bang Tahir.

    Jokiden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahir did mentioned to me to resnap gambar tu sekali lagi at the end of the night...along with Cikgu Sulaiman and few others yang datang lambat like CTN and Azimah. But towards the end, so few of us were there. I just can't help it. Sorry....Shidi

      Delete
    2. This time around, kito akan amik gamba solopeh sumo ea hadir.. janji tu. Jokiden.

      Delete
  13. Capo deh yg pakai baju sekolah tak nmpk muko tu ha....posing maut lak tu....ado gayo peragawati....hai lobih2 lak....peghasan...hehehe

    ReplyDelete
  14. Ese kona tu....mau de tk kona dh ompek taun bergaul bermesra...itu Shara kan....makooiiaii lawa ee ese pun ghaso teghangkek2 kaki ha nk poi moncubo baju tu lak...nk ghaso jadi budak sekolah balik...bak kek se lak shara...ese nk cubo lak...kikikiki..

    ReplyDelete
  15. Apo kato kito buek balik sesi photo shoot.Tompek, hari dan maso aeh nanti Ajk tolong totapkan.Hanya untuk bogamba sahajo.Lopeh tu bulih poie makan minam.Amacam???
    Bee Dekyu

    ReplyDelete
  16. Bulih bulih ese sotuju tu...ramai kawan kita tk dapek join bgambarmlm reunion tu...kali ni kito bgambar boto2 pueh...bawaklah baju skolah yang pakai dek sahara tu...bulihlah berposing melaram dopan kamera pakai baju tu...sodih lak ati haa teringat kek baju skolah tu..elok cadangan kau tu dikyu..

    ReplyDelete
  17. Kek mano nak bogamba tu??? Kek Spg Pulai, Spg Polangai atau Spg Ronggam..?? Ese kok ado duit tol.. bulih yo.. kok tak ado payah sikitlah.. kih...kih..kih..

    ReplyDelete
  18. Agak2 ee yang lebih baik, lobih moncabar ke Spg Sungai Jolutong jalan koghumah Sharip tu...kihkihkih...

    ReplyDelete
  19. Ado ko kek simpang pulak ambek gamba ayooooo...Apolak Jokiden tak leh bayar tol plak...tu slalu kulu kilir tu sapo bayar? Aisshhh.

    ReplyDelete
  20. Assalam,

    Idea kwn2 ni tongah difikir2kan, di
    timbang kati ko atau ditimbang kilo.....klu camtu tok sahlah ambik kek spg2 ni doo...poie kek bukit2 ko lak ....klu kek spg ronggam dah tontu Pengerusi tak poie doo.....

    SSAK

    ReplyDelete
  21. Tk kigholah kek mano..asal dapek ambik gambar sumo kengkawan..nampak sumo..sumo join..bilo ghindu sok tengok gamba...Ese nk cadangkan reunion tahun dopan buek duo ari duo malam baghu pueh...sewo yo dewan SMBK tu...sonang ..bulih kembalikan kenangan maso skolah dulu..lai pun dapeklah kengkawan kito balik kampung lopeh tu..lai satu kali ni tk payahlah nk hire guest singer..dikalangan kita pun ramai penyanyi yang handal..besogho sopap..bukankah kito nk donga kengkawan kito nyanyi..bukakahn penyanyi dah selalu kito dongar dicorong2 radio /tengok diTV ..kalau kito2 yang nyanyi misti fun kan..sodap tk sodap lain kigho...janji happy..kalau kito hire penyanyi nk kono baya lai..lopeh tu the whole night dio yang control..kito ni molopong yo nonga..itu bukan reunion...itu macam kito poi night club yo tengok orang nyanyi..kalau kito yang control tentu macam2 activiti kita bulih buat malam tu kan...mln reunion kito dulu ese tengok ramai yang hampa tk dapat nyanyi, padahal mereka diminta memberitahu AJK kalau nk nyanyi...penglibatan mereka amat2 dialu2kan..ini tk asik2 dongar Zur Eda nyanyi...

    ReplyDelete
  22. Cadangan kawan kito di ateh tu akan diambil perhatian dalam merangka program reunion maso akan datang. Ese kalau dapek nonga Rashid, Zali, Shidi dan Tahir nyanyi pun dah ok dah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sei nyanyi ni gomar...tapi dalam bilik air yo dah....dah tuo....napeh pun dah tak sampai....mencungap...parah.
      shidi

      Delete
  23. Sapo deh yg bockp kek ateh tu, tkasih bg ideo tu, tapi sei nak komen sikit....dah abih fikir ko bockp tu....tak toghaso ati ko kek penyumbang yg menyumbang penyanyi tu tempoh hari bilo dio baco komen ateh tu, bahawasanya saya taklah menyokong bonar do,tapi pikir2lah bilo nak komen tu, klu setuju sok buek lah kek SMBK, mcm yg di usulkan (dua ari dua mlm), lopeh reunion blk kg. nmpk ee org mcm saya ni tak dapeklah join do, kami dah tak ado kg laie, omak ayah pun dah lamo meninggal, duduk pun jauh susah nak ulang alik dua hari tu, takkan nak tido kek dewan lak....jgn smpi Tn Hj Alias kono tukar 24 jam dah lah.....klu nak sughuh kwn2 kuar menyanyi mlm tu dah tontu elak mengelak...alasan tak pandailah, sogho soghaklah, batoklah, domamlah.....klu ado soghang duo yg buleh nyanyi,nmpk ee dari awal hinggo akhir diolah yg nyanyi, samo yo kwn2 yg lain pun melopong nonga dio yo yg nyanyi.

    Kami dah tanyo AJK ini...bahawa setiusaha dah berulang2 kali meminta kwn2 yg nak buek persembahan mlm tu beritahu kpd AJK, tapi ado duo tigo org je yg nak nyanyi kete dio iaitu Sdr Rashid, Rubiah Ahamad dan Tahir Kassim disertai Sdr Rusli suami Rubiah Yusof nak nyanyi sambil main gitar....Jd bilo sambutan takado kete dio, bg die dan pihak AJK merestui penyumbang nak ambik guest singer sbb AJK pun tak pandai menyanyi doo...hanyo Rashid yo yg pandai klu tak cayo tanyo rashid yo lah.....

    Apo2 pun saya bertimo kasih kpd penyumbang yg memberikan sumbangan tersebut, sumbangan anda amatlah dihargai...takdo salah ee do..buatlah dimaso akan dtg lebih baik lg ...ikutlah usul2 yg baik utk dilaksanakan.
    Itulah ceghito ee yg saya dpt tahu....

    Saya juga minta maaf kpd pengkritik diatas, saya ucapkan syabas semuga kritikan itu membina dan bukan dr rasa terkilan dimana2 sudut. Kesian kek AJK yg bertumus lumugh utk menjayakan reunion yg lalu. Syabas AJK!!!!!!!

    Drp. coretan kunta kinte...





    ReplyDelete
  24. Se ikut yo...yg ponting reunion totap berterusan...apo AJK nak buek..bueklah..nak berzanji pun Se sotuju....tp kalau tak do Zur Eda turut samo menghidupkan mlm tu bolun tontu lg semeriah malam tu...TQ very much AJK dan semuo yg hadir...

    ReplyDelete
  25. Apo lak sekarang ni member2 tak nak taghok namo lopeh komen? Dulu bilo an lupo tarok namo maghah pulakkk? Bilo bubuh namo samaran dulu kono tibai..lempar batu sombunyi tangan lahh...apo lahh..Ini dah double crossing nieh...kih kih kih..muahahaha..
    Bee Dekyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ontah....ubuh lah namo....tak do oghang nak maghah do....kito kan da jnji SETIA ERAT BERSAMA

      Delete
  26. Let me see..Double Crossing is not an appropriate word.The most suitable word is Double Standard haha..
    Bee

    ReplyDelete
  27. Hahaha.. double crossing ko, double standard no hal lah dekyu bee oii.. asalkan kito bahagio.. Your comments are most welcome..

    ReplyDelete
  28. Diharap kito sumo bulih terimo kritikan2 dari member2 kito yng terttulis diatas dan dimasa akan datang...anggap lah ia sebagai evaluation yng membina.Jangan lah kito kocik hati laie...bosakan lah hati tuu...open your heart and learn from the past! Hahaha Jokiden, i bahagio nieh..Jgn lupo tulih namo yo..wakaakaka..:D
    Beedekyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,

      Boto kato u tu Dekyu, tapi kwn2 kito ni ghambut samo hitam tapi hati lain2...klu kritik yg membina aposalah ee....klu yg menyentuh hati kwn2 tu takyahlah, komen yo maso mesyuarat akan dtg (next reunion).....esei dah bg dah borong post mortem hanyo 3 org je kwn2 yg hantar balik...kan kek borang tu bulih komen2 n kritik2 lobih elok...itu semua utk AJK lah bg yg akan menguruskan maso akan dtg....bilo buek mcm ni esei dah nmpk ado org2 yg tertentu tosinggung togeliat lah...tak eloklah. Apo2 pun komen kek ateh yg tak bonamo tu dah menyinggung org yg punyo badan, esei dah pueh monopih kighi kanan.....harap yg buek komen tak bonamo tu mintak maaflah...untuk kedamaian.

      Maaf dr sayo utk semuo.



      SSAK

      Delete
  29. Assalamualaikum..Terlebih dulu saya ingin meminta ribuan ampun dan maaf..rupanya ramai yang tersinggung atas coment tk bernama saya diatas..Sungguh saya tidak tahu penyanyi Zur Eda yang menjadi guest singer pada mlm reunion itu ditaja oleh seseorang...mungkin semasa pengacara mengumumkan perihal penajaan itu saya berada dibilik air atau sedang berbual, makanya saya tidak langsung mendengar tentang penajaan itu. Kalau begitu sayalah yang bersalah. Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf kepada sipenaja penyanyi itu, walaupun saya tidak tau siapa, tapi terimalah permohonan maaf saya ini, saya tarik balik kenyataan saya itu. Anggapkan komen tk bernama saya itu sebagai mansuh dan lupakanlah, kalau boleh dipadam padamkanlah dari blog ini. Saya mengaku saya ini insan yang lemah tiada sunyi dari melakukan kesilapan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan yang menyumbang itu, tidak ramai orang yang boleh buat seperti yang anda lakukan, termasuklah saya..sesungguhnya anda seorang yang dermawan, anda seorang memberi untuk semua...syabass dan terimakasih..hanya itu saja yang mampu saya ucapkan..tiada kata secantik bahasa..hendakku luahkan pengharagaan

    Namun jauh disudut hati ini saya langsung tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa, saya menulis begitu hanya untuk mengeluarkan pendapat dan jika ianya tidak dapat diterima saya langsung tidak terasa hati kerana saya faham tidak semua orang mempunyai keinginan yang sama. Jika ada orang lain yang memberi cadangan yang lebih baik, lebih bernas saya dengan tangan terbuka menerima cadangan itu. Saya hanya ingin melihat majlis kita lebih ceria, lebih meriah dengan suara kawankawan, pada pendapat saya penglibatan kawankawan pd mlm itu sangat kurang, ini kerana masa begitu suntuk, Suara Zur Eda memang sedap, saya juga meminatinya, tetapi jika kita ada lebih banyak masa untuk mendengar/melihat aktiviti dr kawakawan itu lebih menyeronokan, sebab itu saya katakan kita perlukan masa yang lebih panjang. Walauapapun semuanya saya serahkan pada pihak AJK dan kawankawan lain, jika saya mampu dan keadaan kesihatan mengizinkan insyaalah kemana pun akan saya turuti.

    Akhirnya saya sekali lagi memohon ampun maaf kepada sesiapa saja telah tersinggung perasaan, terkecil hati atas apa yang telah saya tuliskan diatas. Yang baik tiu datang dr Allah..yang tak baik itu adalah dari saya.

    Telinga tebal

    ReplyDelete
  30. Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
    Apa pula kawan kawan
    Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
    Baru Teguh Peribadi

    Apa Guna Kita Bertengkar
    Kawan Kawan Harus Bersabar
    Kasih Sayang Rukun Dan Damai
    Hidup Seperti Dalam Mahligai
    Mohon Ampun ......

    ReplyDelete
  31. Yng buek lagu ateh tu sapo laie..
    Beedekyu

    ReplyDelete
  32. Sei antara yang TIDAK tersinggung dengan komen kawan-kawan di atas tu, positif ko, negatif ko, sei terima seadanya.. sobab ea sei ni tolobih positif. Hahaha..

    Kanda ponah nak saman sei kek mahkamah.. sei golak yo.. Shidi ponah tuduh sei isap ganja.. sei sonyum yo..

    Kepada semua, telinga tebal, telinga nipih, Kunta Kinte.. you are all my friends.. tak ado kocik ati sikitpun.. sei boleh golak-golak laie bilo kengkawan mesj sei.. biaso tu kato sei kek dio oghang.

    Sei tongah nak upload lobih banyak gambar dalam blog kito untuk konangan bosamo.. tunggulah..

    ReplyDelete
  33. Assalam,

    Positif atau negatif bukan persoalannya....
    Yes, you are all my friends, jadikanlah blog ini tempat bersuka ria dan ceriakanlah selalu dgn kegembiraan, bukan utk melepas geram dan sebagainya.

    Jokiden, bab kocik ati ni yg buek sei gombong, sbb si kocik ati nak tarik diri dr urusan ini dan dimaso akan dtg, walaupun dlm sonyum dan ketawa dia meluahkan rasa, hati kecilnya tetap terasa.

    SSAK

    ReplyDelete
  34. That will be my last reunion if si kocik ati tarik diri....:(
    Bee

    ReplyDelete
  35. Assalam,

    Dekyu, sei dah pujuk si kocik ati, nmpk ee dio dah maafkan dah, so now zero=zero...

    Hopefully nothing else....I feel very happy now.

    And U dont be silly, I want U to join d reunion forever.....OK


    SSAK

    ReplyDelete
  36. Haha Shara...acah yo tuuu.Promise you i wont be silly,i only like to eat chilly.
    Beedekyu

    ReplyDelete
  37. Sikocik ati and sitolingo toba dah berbaik ...yey yey...tahun dopan leh kito buek reunion kek Indonesia...buek rumbongan....nk tak...kalau ese tk mampu naik kapatoghobang ese naik kapal laut..kih kih kih..apo kato Jokiden..hehe..MD

    ReplyDelete
  38. Perli sei tu kakcik, nasib baiklah tolingo sei laie toba.. Takpo sei poie awal tigo aghi, sobab naik tongkang.. No problem.. janji berreunion bia onam oghang macam kato Prof..

    ReplyDelete
  39. Assalam,

    Klu Pengerui naik tongkang, nmpk ee setiausaho dan bendahari serta AJK2 pun naik tongkang sesamo...kono sesamo, ibarat kato SETIO ERAT BERSAMO.....hahaha.


    SSAK

    ReplyDelete
  40. Walaupun Engkau Di Lautan Api
    Aku Nak Turut Ikut Bersama
    Hajat Besar Di dalam Hati
    Hendak Pergi Bersama sama

    Siapa Bilang Hati Ku Tak Kasih Sayang
    Jikalau Burung Lama Sudah Aku Terebang (L Ramlee)

    Beedekyu

    ReplyDelete
  41. Mengancam boto lirik lagu dekyu kek atas tu..

    ReplyDelete