GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, December 29, 2011

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK LELAKI SDR HJ ALIAS MD ZAIN & HJH NORMAH BAHARUDIN

AsSalam,

Saya mewakili kawan kita Sdr Hj Alias Md Zain dan isteri Hjh Normah Baharudin untuk mengundang warga SMBK 69/72 dan semua kawan2 yang mengenali beliau datang kemajlis perkahwinan anak lelaki beliau pada tarikh dan hari seperti berikut:-
                           
                                         Hari                     :    Ahad
                                        Tarikh                  :    15hb Januari 2012
                                                                          (Bersamaan 21Safar 1433H)
                                        Tempat                 :    No. 91, Rumah Rakyat Peringkat 3
                                                                          72200 Batu Kikir
                                                                          Negeri Sembilan.

                                        _________________@@@@@@ __________________


                                        Aturcara Majlis:    11.30pg - 4.00ptg - Jamuan Makan
                                                                       12.30 t/hari    -   Majlis Bersanding
                                                                       

Harapan beliau semuga kawan2 dapat datang dan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
                              
Sekian.

 SSAK

Tuesday, December 6, 2011

REUNION DI RUMAH TAHIR

Oleh Jokiden:

Rakan-rakan yang dikasihi

Saya dan SSAK diarahkan (wakilkan) oleh kawan kita Sdr Mohd Tahir Kassim untuk menjemput semua rakan-rakan hadir ke majlis meraikan perkahwinan anaknda dia pada 10/12/11 hari Sabtu yang akan datang.

Majlis diadakan di Dataran Sek Men Keb Sri Andalas Klang dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Mari kita beramai-ramai memeriahkan majlis beliau dan kita anggap pada hari tersebut kita adakan mini reunion kita sama seperti kita menghadiri majlis perkahwinan anak Tn Hj Salim dulu.

Tahir telah menghubungi saya minta tolong jemputkan kawan-kawan dan saya dengan SSAK telah menghantar SMS yang sama je ayatnya. 

Sebenarnya Tahir telah menjemput kita sejak lama dahulu, cuma kini sekadar mengingatkan sahaja dan Insyaallah saya serta keluarga akan hadir. Jika boleh waktu kehadiran kita di sana ialah antara jam 12.45 hingga 1.30 ptg. Hanya dengan cara itu kita dapat berjumpa sesama kita. Nanti kita cerita lagi.

Lagi satu bulan Disember ni ramai rakan-rakan yang akan meraikan Hari Jadi, eloklah bawa kek bosa-bosa hadiahkan kek Tahir.. hahaha..

Thanks pada NSR yang tulis pasal iCT...
                  

Sunday, December 4, 2011

BAYAR! Bukan Bai Ya bukan Bayai



Dah hampir sobulan dah, sojak lopeh ghayo aji maghin tu. Tak ado yg ngantar posting banghu. Bukan posting baghu yo doh, komen pun tak ado. Ghaso nak masok yo, tompi tak ado bondo nak tulih. Jadi ese pun ontok yolah nyambey sosokali ninjau kek blog ni. Walaupun tak ado yang ngantar apo apo boghito atau coghito, tompi polawat ado yo sotiap kali ese nyogok. Agak'an ese masing ninjau kok ado posting baghu. Namun apo nak buek, bondo eh tak ado. Lamo ese pun maleh nyogok. 


Ontah camano geeh aghi ni ati ese toragaklak nak nyogok. Manolah tau kok ado apo apo yang botambah. Manolah tau kok ado cito Dt AJA daghi Sukan SEA ko. Paling kughang pun cito posilat Indonesia yang bukak langkah yang solalu disobut oghang tuo tuo dulu. Dalam kito bolajar silat memang ado langkah tu, tompi tak ponahlak ese nongar ado tok gughu yang ngajar langkah tu doh. Itulah kok dapek Dt AJA cito sikit camano kek Indonesia ado lak tok gughu yang ngajar langkah RAHSIO tu. Dalam ilmu kependekaran langkah tu kobanyakan persilatan mengharamkan langkah tu. Sobab bondo tu haram, tulah pasal eh tak diajar'eh kek mughid mughid dio. Yang ese dapek tau langkah tu Jokiden mahir sikit. Mungkin ado yang lain lain tahulak langkah tu..
Cocito sapo tau langkah...


Lopeh tu ese tengok kek jumlah polawat. 'Today 1-Selangor'. Ese lah tu. Ontah boghapo aghi dah cam tu gak'an. Ghaso ese somalam misti kosong tu. Lam ati ese 'cam ni tak cocahlah 16000 ni.


Dua minggu lopeh ese poie main Laser Games kek I-City. Main ngan budak budak mudo. Honggeh ese main eh. Tompi kan tu yang ese nak cito doh. Ese nak cito maso ese masok moncaghi tompek main Laser dalam I-City tu. Boghonti kek jalan nak masok kek tompek parking tu. Ese tanyo kek budak Bangla yang jadi security kek situ tu.


"Boss, mana itu tempat main laser punya?"


Dio tojongok jongok pandang koliling. Moncaghi ko atau bopikir. Tak tahulah ese tu doh.


"Mana tempat..?" ese dosak sikit laie dio. Agak'an dio sosak tak dapek nak nyawap.


"Abangggg.. saya sini baru punya orangggg.." ponyolosaian dio.


Tibo tibo kawan ese kek sobolah bosogho kek budak bangla tu.


"Kita pun sini baru punya orangggg..."


"Ya kita sikarang baru sampai. Lagi baru sama awak" tokok ese.


Dio tosongeh. Ese cakap kek kawan ese. "Kalau lah dua dua pihak aorang baru, susahlah nak cakap. Boleh pulak jumpo yang sama sama baru ni" Sambey ese tosonyum. Kawan ese togolak. Ese tompang. Kito boduo togolah godang. Kahkahkahakha....


Maso balik tu kito jumpo laie dongan dio. Kito boghonti balik dokek dio sobab tak jumpo mesin auto pay. Cadang'an nak tanya tompek eh.Kawan ese pulak yang tanyo.Sambey monunjok'an tiket parking kek bangla tu.


"Mana bayar.."


Budak bangla tu sokali laie panik dan tolopong "Ahhh! Bai Ya?"


"Bayar!,bayar! Ini tiket mana mau bayar? Bukan kau punya Bai Ya" toghang kawan ese.


"Kau punya Bai Ya apa bikin, sana bangladesh duduk juga ada.." sampok ese sambey togolak.Kawan ese pun togolak. Dan budak bangla tu pun tompang togolak. Kami lueh'an golak godang sogodang godang..Kahkahkahkah..kikihkih..NSR..

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Oleh:
Jokiden 


Maha Besar Allah dan segala puji bagi Allah.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Selamat menyambut Hari Raya Korban, saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan saya dan keluarga sepanjang persahabatan kita samada yang saya sedari atau tidak sedari.

Bergemanya takbir Aidil Adha ini menginsafkan setiap insan betapa kerdilnya kita ini. Bersyukur kerana kita masih bernafas untuk meneruskan sisa-sisa hidup kita di bumi Allah ini semata-mata untuk menambahkan amal ibadat kepadaNya. Tidak dijadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepada Allah.
 

Korban Di Surau Saya 6/11/11

4 Ekor Lembu Tumbang


Dari dulu hingga sekarang saya ghairah menantikan ketibaan Hari Raya kerana salah satu sebabnya ialah saya sangat suka kepada gema takbir. Peluang untuk bertakbir hanya dua kali setahun. Pada Hari Raya Puasa waktunya amat terbatas, namun semasa Hari Raya Korban kita boleh bertakbir selama 4 hari.

Bertahun-tahun lamanya saya melalak seorang diri, bertakbir sepanjang malam. Kini dengan kecanggihan teknologi saya menghayati gema takbir di semua siaran TV, menerusi VCD, Kaset, Hp dan menerusi youtube di internet. Saya bertakbir dan mendengar takbir dimana saja yang saya suka termasuk di dalam kereta ketika memandu. Kelakuan ini telah sedia dimaklumi oleh keluarga dan tiada bantahan dari mereka. Dan ketika menulis inipun saya sedang menghayati takbir dari Radio Brunei Darul Salam. Syahdu!!!!

Semasa kecil di kampung ketika itu mengikuti orang dewasa bertakbir dari rumah ke rumah amat menyeronokan.. MCC tentu boleh mengimbau suasana silam itu dengan lebih enak. Meredah lorong kecil kerana tidak ada jalan besar menuju ke setiap rumah dan tidak ada habuan duit raya seperti hari ini. Selalunya aktiviti tersebut berakhir sekitar jam 2.30 pagi.

Kini di Taman saya juga menganjurkan majlis bertakbir dari rumah ke rumah ini, namun jumlah penyertaan dihadkan kepada 10 ketua keluarga bagi setiap kumpulan. jumlah kanak-kanak agak ramai dan tuan rumah kena sediakan duit raya..hahaha..Selalunya sekitar jam 12 malam ianya selesai dan kembali ke rumah saya sambung takbir saya sendiri hingga ke pagi..

Mengiringi gema takbir ada ketikanya ialah titisan air jernih di kedua kelopak mata. Ada orang amat sukar mengeluarkan airmata, keras hati, namun sesetengah orang pula hatinya mudah terusik dan mudah menuitiskan air mata, tambahan lagi apabila mendengar kelunakan suara takbir.

Pada malam raya ketika mendengar alunan takbir pertama selepas azan maghrib, saya teringatkan seorang kawan dan saya cuba membayangkan situasinya ketika itu. Saya pasrah dan amat pilu. Beberapa jam sebelum itu sekitar jam 2 ptg saya turut menghantar jenazah anak gadis sulungnya berusia 25 tahun, dikebumikan di Makam Tuan Hj Said.

Anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal di tempat kejadian. Berpisah selamanya dengan orang tersayang disaat menyambut kedatangan hari lebaran adalah perkara besar dalam hidup ini. Kita sering mendengarnya. Saya cuba bayangkan keadaan rakan saya tersebut kerana sebelum itu anaknya masih dihadapan mata, tiba-tiba lenyap dan tidak  akan kembali lagi. Tentu dia terpandangkan tempat tidur anaknya yang kosong, pakaian anak yang masih tergantung, tuala mandi anaknya, selipar anak di luar rumah, cawan yang sering dan amat suka digunakan oleh anaknya. Ini memilukan saya.

Saya minta maaf pada LAR, catatan ini tidak bermaksud untuk mengembalikan kenangan lama beliau kerana kita juga amat bersimpati dengan beliau. Cuma sekadar perkongsian perasaan kerana kita juga akhirnya suatu hari nanti akan berpisah juga dengan orang yang kita sayangi. Berpisah sementara pun sudah cukup membebankan perasaan, apa lagi berpisah selamanya.

Dugaan tersebut tentunya besar bagi kita insan kerdil ini, namun kita dituntut supaya memaksimumkan kesabaran kita dan pastilah ganjaran yang amat besar menanti kita di sisi Allah kelak.

Seperti selalu, saya berserta dengan komuniti Taman saya mengadakan penyembelihan lembu korban setiap tahun selepas solat sunat. Pada tahun ini 4 ekor lembu telah disumbangkan oleh penduduk Taman dan kami bergotong royong dari awal hingga akhirnya. Sekembalinya ke rumah sekitar jam 12.30 tengah hari saya mendapat berita bahawa suami mak lang saya telah meninggal dunia pada jam 11 pagi di Pasir Besar kerana sakit tua. Kami bergegas ke sana. Saya dapati keluarganya tetap sugul walaupun telah menjangkakan pada bila-bila masa sahaja ketua keluarga tersebut akan pergi selamanya lantaran sakit yang berpanjangan.

Saya membatu menguruskan jenazah sehingga selesai hampir waktu maghrib. Dikeheningan petang tersebut saya dan ahli keluarga yang hadir semasa pengkebumian itu merasa tersentuh dengan bacaan talkin Imam 1 Masjid Pasir Besar. Wan dan mak saya yang uzur meneruskan hari rayanya di sana sementara kami kembali ke Seremban.

Dalam perjalanan ke Pasir Besar, sewaktu melintasi rumah Dr Rashidi, saya sempat menoleh ke arah rumahnya di Ulu Bendul itu. Saya dapati banyak kenderaan, mungkin lebih 20 buah. Agaknya ramai keluarga beliau yang datang atau mungkin juga Dr kita tu mengadakan upacara korban di rumahnya. 

Pada petang raya, terlalu ramai pengguna jalan raya dan kenderaan sesak dimana-mana sahaja. Di lebuhraya kesesakan berlaku dari Bangi hingga ke Seremban hampir 50 km tu. Di bukit Putus jalan yang boleh dilalui hanya dalam tempoh 6 ke 8 minit pada petang tersebut menyaksikan jam yang teruk dan masa yang diambil untuk jarak singkat itu ialah 90 minit. Ada waktunya pengguna jalan raya terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat tersebut boleh menyusahkan orang lain.

Kemalangan boleh terjadi dimana-mana dan pada bila-bila masa dan itu semua menjadi penyumbang kepada kesesakan jalanraya. Perbalahan kecil oleh dua orang pengguna pula adakalanya menyebabkan kesesakan  beberapa kilometer kerana pemandu yang lain akan memandu perlahan sambil menonton.




Teringat juga kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan nun jauh di perantauan. Dr Ahmad Zuhaidi mungkin masih berada di Afrika. DAJA mungkin telah berada di Jakarta. CTN mungkin di Alor Star bersama anak dan cucu. Zali mungkin di JB, Tahir di Klang, NSR mungkin di Kg Medan dan Wahab, Ruby serta Zaharin mungkin di Manjung. Dimana pun kita berada, walaupun jauh beribu batu, kita tetap pandang langit yang sama, lalu kita sebenarnya dekat.

 
Apapun diharapkan semua rakan-rakan selamat menuju ke distinasi masing-masing ketika meraikan Hari Raya Korban ini. 

Allahu Akbar..Allahu Akbar..Walillah hilham..   Selamat Hari Raya.
 

Saturday, October 29, 2011

SALAM DARI MEKAH..........

AsSalam,

Semalam semasa menonton perlawanan bolasepak piala M'sia, saya menerima sms dari mekah iaitu dari kawan kita Sdr Mariani Duaji, sms beliau  berbunyi.........

                  "Salam, I dah buat umrah hanya menunggu hari wukuf tk lama lagi
                    cuaca panas kering, salam pd kawan2   -     Mariani  "

Begitulah bunyi message yg disampaikan kpd saya, oleh itu sama2lah kita doakan kesejahteraan beliau dan suami semuga dipermudahkan segala2nya disana agar dapat haji yg mabrur dan kedua2 mereka selamat kembali ketanah air hendaknya.

Sekian.


SSAK

Wednesday, October 19, 2011

REUNION PEGAWAI KANAN PESARA KERAJAAN


Oleh:
JOKIDEN
Assalamualaikum Kawan-kawan,
Seperti yang saya janjikan minggu lepas saya akan menulis sesuatu mengenai Reunion Pegawai-Pegawai Kanan Pesara Kerajaan Kelab UMNO. Maknanya di sini ‘Pegawai Kiri’, bukan pesara dan bukan ahli UMNO tidak layak menyertai Kelab ini.
Kelab ini ditubuhkan pada tahun lepas mengikut negeri. Saya bukanlah Pesara Kerajaan kerana saya berhenti dari perkhidmatan kerajaan sebelum mencapai usia persaraan. Samalah dengan SSAK tu. Tetapi saya ahli UMNO dan semasa Kelab ini ditubuhkan di peringkat Negeri Sembilan, maka saya salah seorang yang dijemput untuk menjadi ahlinya.
Menariknya  Pegawai Kanan Pesara Kerajaan Kelab UMNO ini dianggotai oleh mereka yang telah berusia antara 50 tahun hingga 90 tahun. Siapa mereka dahulu tidak penting dan siapa mereka kini juga tidak penting. Ada sesuatu yang pada pendapat saya amat menarik untuk dikongsikan dengan rakan-rakan mengenai Reunion pada hari Isnin, 10 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Sime Darby Convention Centre tersebut. Biasalah saya tidak akan menceritakan tentang isi majlis pada hari tersebut, sebaliknya yang ingin saya ceritakan ialah suasana orang-orang veteran ini apabila sesekali berkumpul. Lagipun kemungkinan besar suatu hari nanti rakan-rakan kita seperti DAJA, Md Shah, Dr Rashidi, Zamrus, Dr Ahmad Zuhaidi, Latifah Rahman dan ramai lagi akan turut menyertai Kelab ini.


Ybhg Dato’ Jalil mungkin pernah beraksi di sini.


Saya menghadiri majlis ini bersama seorang rakan dari Seremban. Majlis bermula jam 2 petang namun biasalah untuk menunggu kehadiran para jemputan dan tetamu kehormat sudah tentu mengambil masa. Sementara menunggu dan sesekali sambil menyedut rokok saya memerhatiakn setiap ahli yang hadir. Mereka sebenarnya hidup penuh bergaya dan 90 peratus yang hadir walaupun dalam usia emas tetap ceria dan berwajah tenang. 90 peratus daripada mereka adalah bergelar samada Dato’ Datin, Dato’ Seri, Datin Sri, Tan Sri, Puan Sri, Tun dan Toh Puan.
90 peratus saya dapati datang dengan kereta mewah pelbagai jenama, baru, separuh baru dan lama. Mereka sebenarnya mampu untuk memeiliki itu semua kerana mereka asalnya adalah Pegawai Kanan Kerajaan yang mengetuai pelbagai Jabatan, Kementerian dan Agensi. Dengan pangkat terakhir adalah tinggi, gaji terakhir adalah tinggi dan sudah tentu pencen bulanan juga tinggi.
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan
 
Terdapat juga yang saya ketahui memang masih bertugas di pelbagai GLC dan syarikat swasta. Tentunya juga anak-anak dan keluarga juga sudah Berjaya dan untuk memiliki sebuah dua kereta mewah pastilah tidak membebankan.
90 peratus saya dapati datang dengan pemandu samada pemadu tetap ataupun hanya untuk majlis tersebut tidak saya ketahui. Pemandu peribadi digunakan mungkin oleh beberapa sebab. Pertamanya mungkin untuk maintain perasaan masih menjadi orang besar. Keduanya mungkin kerana tidak larat memandu akibat faktor umur. Ketiganya mungkin ingin terus dilihat hebat. Keempatnya mungkin untuk memudahkan pergerakan dan tidak susah payah mencari parking lot macam saya. Berhenti di depan loby dan pintu kereta dibukakann, turun, pintu ditutupkan dan pemandu berlalu.
  
Di dalam hati saya merasa bangga melihat orang Melayu hidup berjaya dan bergaya. 90 peratus memakai baju batik yang berkualiti tinggi lalu menjadikan mereka segak dan berwibawa. Siapa kata Batik Malaysia tidak bermutu. Selebihnya memakai kot dan tali leher termasuk jemputan khas yang saya kenali iaitu Tan Sri Abu Zahar Ujang Speaker Dewan Negara.
70 peratus terdiri daripada ahli lelaki dan hanya sekitar 30 ahli wanita. 90 peratus ahli wanita bertudung kepala, pastinya yang berjenama. 10 peratus masih mengekalkan status tanpa tudung dan jelas kelihatan rambut mereka pelbagai warna.  
90 peratus lelaki kekal berambut hitam atau brownish dan hanya 10 peratus yang menyimpan warna asli  iaitu metalik white. “aku terpaksa tunggu 50 tahun lebih ni untuk dapat rambut macam ni..” kedengaran seseorang berkata disambut dengan gelak ketawa apabila ada rakan mengusik rambutnya yang putih 100 peratus. Terdapat beberapa orang yang datang dengan bertongkat, tetapi tidak ada yang berkerusi roda. Melampaulah kalau dah berkerusi roda masih juga bersemangat hendak datang.
Beberapa orang bekas Jenderal Tentera turut hadir. Juga beberapa orang bekas Hakim yang saya kenali. Keseluruhan lebih 500 orang yang hadir dan kawan-kawan bayangkan suasananya apabila mereka berkumpul. Ada yang telah lama tak bersua. Ada yang bersongkok, ada yang memakai ketayap. Kebanyakan perbualan berkisar kepada kisah semasa, apa Datuk buat sekarang, Opis kat mana, di mana Tan Sri main golf, berapa orang cucu, ke mana melancung akhir-akhir ini dan pelbagai kisah nostalgia.
Daripada 500 orang lebih tersebut dua orang berambut panjang. Salah seorang adalah saya. Yang seorang tu hampir serupa dengan Allahyarham Datuk Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dulu. Kehadiran yang begitu ramai tersebut menyebabkan ia seolah-olah pertunjukan fesyen pakaian batik, sementara di tempat letak kereta yang luas itu seolah-olah menjadi tempat pamiran kereta berjenama mewah.
Pada hari ini terdapat lebih 600,000 pesara kerajaan pelbagai kategori. Pegawai Kanan lebih 10000 orang. Jumlah bayaran pencen yang ditanggung oleh kerajaan setiap bulan amat besar. Terdapat pesara yang menerima pencen lebih lama daripada menerima gaji semasa bertugas dahulu. Apapun syukur. Contohnya ada yang bertugas selama 25 tahun atau 40 tahun, tetapi masih menerima pencen dan usia telah menjangkau 90 tahun.
Jelas kelihatan mereka yang sedang mengalami pelbagai jenis penyakit. Ini dapat dikesan melalui perbualan, jenis ubat2 yang dimakan, tidak boleh makan itu dan ini, tidak boleh berdiri lama, duduk lama, wajah yang cengkung, punggung yang kempis, rambut yg jarang walaupun hitam, perut yang ke depan dan pelbagai lagi. Cuma yang pasti hampir kesemuanya berwajah ceria dan tidak murung. Itu bagi saya adalah lambang kepuasan menjalani hidup dan meniti usia senja. Mereka sesungguhnya terdiri daripada insan-insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara.
Majlis yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang akhirnya berjalan lancar apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tiba pada jam 3.45 petang. Selepas Tan Sri Aseh Che Mat selaku Presiden kelab ini selesai menyampaikan ucapannya maka giliran Tun Mahathir pula berpidato. Beliau tetap seperti dulu, lancar, berwibawa, penuh keyakinan diri, penuh fakta,  konsisten, outspoken dan bertenaga.
Beberapa soalan dikemukakan oleh ahli diakhir ceramah belaiu dan seperti dimana-mana majlis beliau yang saya hadiri jika ada sessi soal jawab, maka saya pasti mengambil kesempatan. Kali ini saya merupakan peserta terakhir yang mengemukakan soalan dan selalunya jawapan Tun memuaskan hati saya.
Jika kena dengan urus tadbirnya saya yakin Kelab UMNO Pegawai Kanan Pesara Kerajaan ini pasti boleh memainkan lagi peranan mereka dalam arus pembangunan Negara. Patah tumbuh hilang berganti. Secara kebetulan semasa saya di sana, saya terima panggilan daripada LAR, dia juga berhajat untuk menjadi ahli kelab ini. Nantilah di mana-mana kesempatan jika saya bertemu beliau akan saya serahkan borang keahlian kelab ini kelak.
Mohon maaf kepada rakan-rakan sekiranya posting kali ini tidak menarik. Kepada rakan dan keluarga rakan yang akan berangkat ke Tanah Suci menyahut panggilan Illahi, saya doakan semuga semuanya selamat pergi, selamat pulang, selamat memperolehi haji mabrur dan semuga bertemu lagi di majlis Reunion SMB
Mohon juga halalkan yang termakan dan terminum. Mohon juga seperti permintaan NSR doakan kami yang belum ke sana agar segera tercapai hasrat kami. Saya tidak ada pengalaman namun seperti yang MCC dan DAJA catatkan di sana gerak hati mestilah dijaga sebaik mungkin jika tidak semuanya term cash. DAJA hilang selipar, MCC pula kena berakan oleh burung. Saya banyak membaca kisah-kisah yang berlaku di sana dan semuanya menggerunkan hati ini.
Selalunya jika berkesempatan bertemu orang yang pulang dari Mekah saya akan bertanya apakah peristiwa pelik, anih dan luar biasa yang mereka alami. Setiap kali mendengarnya di dalam hati, saya berkata bahawa Allah sesungguhnya Maha Agung.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan



Sunday, October 16, 2011

MUSIM HAJI TIBA LAGI....

Musim haji datang dan pergi, setiap tahun ramai jemaah haji Malaysia berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun islam kelima itu.  Masa dulu kalau ada diantara keluarga  atau orang sekampung yang akan pergi haji,  saudara mara sahabat handai  sekampung  menyewa bas untuk menghantar bakalbakal haji itu......maka berombonganlah ramairamai menghantar bakal haji tu keKelana Jaya tempat bakalbakal haji berkumpul sebelum dihantar ke KLIA dengan bas ..DiKelana Jaya bersesak sesak dengan orangramai menghantar bakalbakal haji yang datangnya dari seluruh Malaysia. Kekadang yang perginya cuma seorang yang menghantarnya 2bas panjang...bayangkan kalau beratus bakal haji yang akan terbang pada hari itu....berapa puluh ribu pula yang menghantar di Kompleks  Haji Kelana Jaya...

Tapi sekarang zaman dh makin berubah...Orang kampung dh ramai yang berkereta, maklumlah harga getah dh mahal....jadi untuk menghantar jemaah haji tidak menjadi masaalah lagi..dh tak tk payah buat rombongan naik bas lagi..kalau ibu bapa dikampung tk ada kereta, anakanak yang bekerja duduk di bandar pasti akan balik kampung bawa ibu bapa ke KL atau Kelana Jaya untuk urusan haji, kalau waktu penerbangan diawal pagi, kampung pula jauh dari KL, maka bakal haji akan dibawa bermalam kerumah anakanak yang berdekatan dengan Komplek haji di KL supaya perjalanan ke kompleks haji lebih mudah..

Sebelum bakal haji berangkat ke tanah suci, mereka diberi kursus terlebih dahulu,untuk memudahkan kerjakerja ibadah haji nanti..Kursus ini amat penting bagi jemaah..tanpa kursus mana mungkin kita mengetahui caracara bertawaf, saei, wukuf diArafah, mabit diMudzdalifah, melontar di Mina, Jamratul Kubra dan sebagainya..Syaratsyarat Ihram amat berat tetapi ringan bila kita telah mengetahui....rambut jangan sekali gugur/dicabut..tk bleh potong kuku, tk bleh tersentuh kulit suami/isteri apatahlagi orang lain dan banyak lagi..tetapi kalau kita tahu bahawa tersentuh kulit lelaki atau perempuan dalam masa berasak asak ketika mengerjakan tawaf diBaitullah tidak akan batal jika kita berwuduk cara mazhab Hambali, cara wuduknya berlainan dari cara biasa kita lakukan di Malaysia...kalau nk tahu belajarlah dari sekarang..ikuti kursus haji walaupun tidak pergi haji pada masa terdekat...

Pergi haji pada masa usia masih muda sangatlah baiknya...maklum badan masih bertenaga, cergas fizikal dan mental..bayangkan bagaimana kita hendak melakukan tawap dan saei jika badan telah uzur dan  berpenyakit, sedangkan tawap memerlukan kita mengelilingi Ka'bah sebanyak 7kali..kalau dapat yang dekat dengan ka'bah taklah jauh sangat berjalan..jika sampai disana orang dah terlalu ramai, sudah tentu jalannya pun lebih jauh dan lama..cukupkah tenaga kita untuk berjalan lagi...dan selepas itu perlu bersaei pula..7kali ulang alik antara Bukit Safar dan Marwah baru bertahlul..Jangan baru setengah jalan dh collapse!! Siapa yang akan mengangkat...kalau dh jatuh dipijak orang..,orangnya berjuta..masyaallah..na'uzubillah..janganlah terjadi begini..kalau ada anak yang mengiringi pun, anak juga mau menjalankan tanggungjawab hajinya...rugi rasanya kesana jika tidak dapat menyempurnakan kerja haji.

Sebelum berangkat, mintalah kemaafan dari sahabat handai saudara mara, manalah tau kita pernah menyinggung perasaan orang, tercalar hati orang, dosa tidak akan terampun jika kita sendiri tidak memintanya, mohonlah doa supaya keampunan diterima Allah..lakukan seberapa banyak solat sunat taubat dan hajat, minta supaya dosa dosa lalu diampunkan agar ringan kita dalam perjalan dari dosa yang bertimbun.
.
Kawan kawan...saya sebenarnya bercakap bagi pihak saya sendiri...di sini saya ingin meminta kemaafan dari kawankawan jika selama pergaulan kita dari sekolah (mula berjumpa) hingga dah tua begini jika saya pernah melakukan kesalahan/kesilapan...(terutama pada Jokiden..kikiki..)  Maklumlah, saya manusia biasa lagi kerdil..tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Jika kawanku semua pernah tersinggung oleh saya maka saya mohon dimaafkan, ampunkan segala dosa saya.    Pada 24/10/11 insyaallah panjang umur saya dan suami akan berangkat ke Makatulmukarramah menunaikan fardu haji, harapan saya doa dari kawankawan semoga saya sihat tubuh badan, cergas dan bertenaga mengerjakan ibadah haji, semoga saya terpelihara dari melakukan segala larangan, bertambah amalan dan semoga mendapat haji yang mabrur..Amin...MD

Tuesday, October 11, 2011

TODAY I MET RUBIAH!!!

Assalamualaikum,  

Million apology my dear friends because it has been quite sometime that I didn't wrote or posted anything new to our blog. It is not because I'm lack of ideas nor that I have neglected it. Plenty of ideas, Insyaallah, don't you all worry and I can assure all of you that my sincere love to this blog will never be lessed. Lest we forget this blog is started or initiated by me. So please, no such thing as quit!!!!

Rubiah in Greennnnn!!!


Without fail as Siti Aminah said to me a few month ago, I surf it everyday, morning, evening and late at night, I read it and put up some comment whenever and whereever I feel I should and I do it everyday. I know what MD have in mind, she always wants every one of us to be part of this blog in whichever way we can and she is not hiding her true feeling and concern. Her views was put foward and was published in one of her comment as we can see below.

Anonymous said...
Alhamdullillah abang MCC dah bangkit dari 'rajuk'nya. TQ abang MCC..abang MCC berjauh tahi kerana 'kedinginan' kengkawan pada blog ini sejak akhir akhir ni..saya rasa NSR pun sama seolah olah dh rasa hambar atas sambutan kengkawan pada blog yang direka khas oleh sdr Jokiden untuk kita warga SMBK..Saya sangat meminati karya sdr NSR dengan identiti versi NSnya yang bersahaja...(NSR belum menghabiskan ceritanya tntang perkahwinan dan hubungannya dengan keluarga mentuo..harab NSR bleh habiskan)..karya MCC, Jokiden dan kawan-kawa lain membuatkan saya menjadi pengunjug blog yang setia. Saya agak kengkawan lain juga seperti saya..suka membaca tapi malas nk tulis..Untuk memeriahkan kembali blog ini rasanya tk perlu sangat buat posting pada yang malas sperti saya ni, tapi kita tulislah sedikit komen supaya ada tindak balas untuk posting tu, ada sesuatu yang baru untuk dibaca..rasanya kalau setiap pembaca tuliskan sedikit idea sudah cukup untuk mengembalikan keceriaan blog ini..mana LAR, Bee, CTN, CT Shara yang suatu ketika dulu suka mengomen..marilah kita kembali dengan komen2 yg baru..supaya blog kita tk malap dan padam...MD

It is raining in Mecca



 

If  I were to give some reason to why I'm not that active lately, just because I'm lack of time... Time!!! It is an evening joke. hahaha..it sound a little bit funny.., Tok Lombago and Tahir please don’t get me wrong ok.  Jokiden has no time.. Jokiden was very busy.., putting full effort, time  and energy to his networking business, etc, etc, etc, I could not cope up with…..guess  what? But my dear friends it is true that time doesn’t permit me. DRR will comfirm this.

Our Blog stats is still okay, Today pageviews is 24 and yesterday it stood at 63. Total visitors as it was today was 15115 and I believe it will reach 16,000 soon as NSR wish it to be.

Well it is about 5.30 pm now. At home, relaxing myself. I just came back from a business meeting with my supplier in Rembau. I took this opportunity to write something in our blog. I hope to finish this post before my datin arrive home, usually at 6.30 pm.

No big news, no great ideas, no big deal..Not about Jamuan Hari Raya too as MCC already did, Also not about budget since MCC has given a nice wrapped up on that issue. I remember sitting infront of my TV last Friday listening to our PM Budget Delivery Speech. Very interesting indeed. To some may be it is not. Call it as an Election Budget, Year End Bonus, Budget For Malays, Rural Budget etc, etc..what ever you likes it to be, but to me 2012 Budget really benefited many, esp government officers likes TL, DAJA, Rashid, Alias, Md Shah, Halimah, DRR, Hawa and many more. Not to be left out was my datin and also pensioner like LAR, CTN, Zali, MD and the rest.

While doing this writing, I received a phone call From Rashid, asking me when my Sg Kertas Restaurant will be operated again. “No more..yes it will be opened this coming Thursday but under new management” I told him reluctantly. My days is over. “Joki setakat tu yo..” I continued.

I told Rashid that I met Rubiah Yussof this evening in Rembau. We shared a few words and she asked me about our next REUNION, I guess everybody is waiting too. Please respond to this suggestion..Date 24, 25, 26 December 2011, 3 days 2 nights. Distination Cameron Highland, Dungun, PD or Melacca.

Yesterday  with my old friend,  I went to attend A REUNION FOR SENIOR CIVIL SERVANT PENSIONER at Sime Dearby Convention Centre in Bukit Kiara. Very exciting..I will share this with you all in the near future. Promise. Also, LAR will get her membership form soon as you wish.

Till then bye and miss you all!!!

Jokiden.       

Saturday, October 8, 2011

BUDGET


BIASALAH……   kalau hari cuti saya akan lambat bangun. Lepas subuh saya akan sambung tidur sekurangnya hingga jam 10.00 pagi. Pagi tadi pun sebagaimana biasa saya bangun jam 10. Selepas sarapan saya keluar untuk mendapatkan akhbar. Semua akhbar utama : Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan The Star sold out di semua kedai 1km radius dari rumah saya. Lewat petang semalam PM Najib telah membentangkan budget 2012 yang amat pemurah. Tiada cukai baru yang membebankan rakyat malah setiap individu rakyat mendapat faedah tambahan secara langsung.
Itulah sebab akhbar utama cepat habis pagi ini. Nampaknya prihatin sungguh orang kita dengan budget. Agaknya sedang mengira berapa habuan yang akan mereka dapat selepas ini. Masa dulu tidak ada siapa yang kisah tentang budget. Tiada liputan meluas tentang budget dan tidak ada antara kita yang tau apa itu budget.
Walaupun dulu budget ciput tapi kita merasa bahagia dalam derita. Gaji kakitangan awam tak seberapa. Ayah saya sebagai buruh kerajaan hanya bergaji tak sampai seratus sebulan. Kawan saya dalam cerita terakhirnya  sebelum bersara minggu lepas memberitahu ayahnya se orang anggota polis biasa bergaji RM113.00 menyara 16 orang anak. Apa lagilah yang bekerja kampong masa itu tentu lebih terhimpit.
Masa itu tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan. Apa pun budget di zaman 70han sebiji kuih bom sebesar penumbuk di kedai simpang (panggilan khusus untuk kedai ayah LAR) hanya 10 sen. Teh susu 20 sen. Sebiji kelapa 20 sen. Sebotol kecil minyak kelapa 30 sen (masa itu minyak dijual dalam botol). Minyak “ageh” untuk menyalakan pelita 10 sen sebotol atau tiga ringgit setin. Barang makanan janganlah dikira. Beras RM1.80 sen segantang sama harga dengan sekati daging. Ikan kembong di pasar Padang Lebar (dulu Padang Lebar ada pasar tau!!!!) hanya 60 ke 70 sen sekati. Taugeh boleh dibeli dengan harga 10 sen saja. Potai 10 papan hanya berharga 60 ke 80 sen seikat. Petrol pula berharga di bawah se ringgit se liter.
Pernahkah kita berasa derita dan terhimpit dulu? Saya tidak. Saya merasa amat bahagia dengan keluarga walaupun ayah dan ibu kita tidak dapat menyediakan kita sedikit kemewahan seperti apa yang kita berikan kepada anak2  kita.
Sebulan dua ini kita perlulah mempersiapkan minda untuk menerima kenyataan bahawa cost of living kita akan meningkat. Jangan harap segelas teh tarik berharga 1.50 sen, roti canai seringgit sekeping. Kuih muih pula tak kan ada yang berharga 50 sen satu walaupun saisnya telah di kecilkan agar boleh ditelan saja macam kita makan panadol. Sarapan pagi kita sekarang boleh lagi dengan harga RM3.00 dan makan tengahari 5-6 ringgit tapi menjelang tahun depan anda kena keluarkan duit lebih untuk menikmati makanan yang sama. Saya rasa restoran Sri Kertas juga sedang berkira menaikkan harga. Kalau dulu dua biji telor setengah masak berharga RM7.00 mungkin lepas ini boleh melonjak ke RM10.00. Apa kata Sarip?
Budget Najib PM memang pemurah. Emak saya yang tiada mengena dengan Perkhidmatan Awam juga mendapat habuan. Selain dari pencen arwah ayah saya sebanyak RM720 (berkali ganda dari gaji arwah ayah saya), beliau juga menerima RM500 sebagai bayaran khas, RM3,000 untuk ayah saya yang pernah bertugas sebagai SC dulu.
Saya dah mula berkira untuk pencen sejak dua bulan lalu. Bila kawan2 tanya bila pencen saya jawab “dua kali poso lai” atau bersamaan 22 kali cucuk duit di ATM. Saya dah mula rancang apa nak buat dengan duit  faedah persaraan tambah dengan duit holden handshake tambah dengan duit baki KWSP tambah dengan duit simpanan di beberapa koperasi. Saya rasa cukuplah duit itu selain wang pencen untuk hidup goyang kaki dan setahun sekali melancong keluar negara.
Saya juga dah rancang untuk baiki rumah saya di Kuala Pilah dan menetap di sana selepas bersara. Kawan2 tanya saya mengapa nak menetap di Kuala Pilah sedangkan di Seremban lebih baik? Jawapan saya rumah saya di Kuala Pilah dekat segala-galanya. Surau dekat. Masjid dekat. Hospital dekat. Tanah wakaf (kubur) juga dekat.
Petang semalam Pak Najib PM telah membantutkan perancangan saya. Umur persaraan kakitangan  awam dilanjutkan ke 60 tahun. Ini bermakna saya ada pilihan untuk bersara 46 bulan lagi. Dengan tawaran kenaikan gaji dengan lain-lain faedah sukar rasanya untuk saya menolak offer Najib PM. Harap kawan2 (termasuk NSR – peminat NO 1 saya) dapat memberi pandangan sama ada saya patut untuk bersara pilihan 60 tahun? 
MCC

Saturday, October 1, 2011

KEHADIRAN NSR ......... SATU GIMMIK


Dah dua hari Syawal berlalu. Sekarang kita berada di bulan Zulkaidah. Orang tua dulu-dulu menyebut bulan ini sebagai bulan “berapit” kerana dia di tengah antara bulan raya puasa dan raya haji.
Petang tadi (2 Zulkaidah) saya masih ada jemputan makan-makan raya. Rupanya sebulan Syawal masih belum cukup untuk kita memenuhi undangan berhari raya. Oleh kerana banyak sangat memenuhi undangan “rumah terbuka” setiap hujung minggu maka saya tidak berkesempatan untuk membuat giliran.
Rumah terbuka tahun ini yang saya hadiri hebat-hebat dan nilainya telah meningkat.  Jika tidak ada hidangan sate atau sekurangnya nasi beriani rumah terbuka tersebut dianggap biasa. Saya menegur sikap isteri saya yang membanding kehebatan rumah terbuka yang kami hadiri. Sebuah rumah yang paling meriah telah menyediakan jamuan sate, nasi beriani, rojak, laksa dan pelbagai hidangan kuih muih basah (bukan biskut raya). Kalau setakat lomang nasi impit dan bihun goreng dah dianggap hidangan biasa. Malah ada juga yang menyediakan karaoke. Rasanya kos untuk jamuan yang sebegitu paling kurang dua ribu ringgit. Mak oiiii banyaknya bagi orang yang berpendapatan seperti saya.
Sambutan Hari Raya yang kita adakan di rumah Jalil juga tidak kurang hebatnya. Dua ekor kambing tumbang. Segala hidangan yang hebat disediakan. Oleknya macam nak berolek anak rajo kawin tapi yang membuatkan saya terkedu ialah kehadiran kawan-kawan tidak berapa mengembirakan penganjur. Banyak makanan yang berlebih walaupun banyak yang ditapau. Saya yang tak pernah mentapau pun boleh membungkus lauk kambing dan umbut kegemaran saya.
Saya dapat merasakan kekecewaan  Jalil (Dato) dan AJK yang lain tapi itulah risiko yang kita perlu ambil. Tahniah dan terima kasih dari saya kepada kawan-kawan yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Zali, Hasnan, Tahir, Siti Hawa, Zainab Idris, Rubiah yang sanggup datang dari jauh juga Siti Normah yang datang dalam keadaan tak boleh bercakap (sbb sakit tekak).
Saya terharu dengan kesetiaan kawan-kawan kepada kesatuan kita. Jangan pula hendaknya Siti Sara merasa  kecewa yang teramat sangat. Saya terhibur dengan keletah  Salim dan lainnya yang sporting. Begitu juga dengan kehadiran Cikgu Jamilah dan Cikgu Zul yang semua kita tidak menjangka. Cikgu Jamilah masih anggun macam dulu tetapi saya tersentuh dengan penampilan Cikgu Zulkifli Tahkim.
Saya dan Rashid cuba menceriakan suasana yang tidak berapa meriah walaupun dengan kehadiran Hattan dan tembakan bunga api yang menerangi langit Pelangai malam itu.
Saya umumkan NSR dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pada malam itu. Nampaknya ramai kawan kita terutama bloggers yang teruja untuk menemui NSR.. Ramai yang nak kenal siapa NSR tu yang sebenarnya. Rupanya NSR yang pakar dalam bahaso loghat NS punya ramai peminat. Tetapi pengumuman itu hanya “gimmik” dari saya. Gimmik yang telah saya rancang dari awal bersama Rashid. Kepada NSR abang harap kau sudi hadir memperkenalkan diri dalam majlis pertemuan yang akan datang.
Saya tanyakan kawan-kawan apa beza raya sekarang dengan raya sekarang. Memang terlalu banyak bezanya. Hidangan dulu tidak semewah sekarang. Hidangan hari raya di rumah saya dulu tak lebih dari lomang (wajib) , kuih baulu (separuh wajib) dan agar-agar (dulu kita sebut lengkong). Lauk nak cicah dengan lomang pun berasal dari reban ayam belakang rumah. Kalau ada masanya abah saya beli daging pun setakat sekati (bukan se kg).
Masa di tingkatan bawah rumah yang wajib saya pergi ialah rumah Marzuki Pilus di Majau dan bila di tingkatan atas (F4 dan F5) rumah yang wajib saya berkunjung ialah rumah Rashid dan Maimon.
Masa di sekolah rendah saya sangat teringin sekali nak makan rebusan (sop) dirumah yang dikunjungi tetapi malu sangat rasanya nak menjamah. Kerana itulah selepas bergaji saya beli sejumlah tulang yang banyak untuk hidangan keluarga setiap kali raya.
Hobi saya yang menjadi kemarahan mak saya ialah saya akan ke Pilah untuk  tengok wayang. Kawan saya yang selalu ikut saya ialah Adam Taat (sebenarnya pak saudara saya) dan Dahari Jali. Suatu hari kami ketinggalan bas selepas tengok wayang dan malam itu kami tidur di tingkat atas bangunan pejabat ukur Kuala Pilah.  Esoknya bangun pagi rasa sangat lapar. Duit hanya cukup untuk tambang balik. Fikir punya fakir (macam Do Re Mi) saya ajak kawan saya ke rumah Azimah di kuarters polis. Dapatlah kami sarapan  percuma pagi itu.
Diperturunkan seloka makna tua bagi kawan-kawan yang tidak hadir di rumah Jalil dulu.

Kita tua bilo ……..
Uban dah banyak ateh kepalo
Mato pun dah tak clear.

Kito tuo bilo….
Gigi pun dah banyak yang longga
Telingo pun dah binga
Dah tak berapo nak donga.

Kito tuo bilo …..
Makan pun dah tak berapo slero
Tido malam pun dah tak berapo leno
Dari malam sampai subuh 3 kali tejago

Kito tuo bilo ………
Orang rumah dah tak berapo hirau kek kito
Dulu segak sekarang dah geleme sini sano
Selero dah tumpo….  Sobab tu jadi hambaa yoooooo

Kalau nior makin tuo makin pokat santan ea
Kalau keladi makin tuo makin gata gotah ea
Kalau potai makin tuo makin poda raso ea
Kalau ubi makin tuo makin bosa isi ea

Kito pulak ……
Makin tuo, makin kurang kudrat
Kurang tenago, kurang  upayo.

MCC

Tuesday, September 27, 2011

JAMUAN HARIRAYA..................

AsSalam,


Masih tak terlewat lg rasanya utk saya ucapkan selamat Hariraya Aidilfitri kpd kwn2 dan sesiapa aje yg mengenali saya walaupun syawal sudah sampai penghujungnya.  Semuga kita semua sempat lg bertemu di Hariraya pada tahun akan dtg.....

Jamuan hariraya masih juga dibuat hari demi hari sepanjang syawal ini.  Nampaknya tak kira lg cuti ke, hujung minggu ke, hari2 bekerja ke, jamuan tetap dilangsung demi meraikan syawal bersama sanak saudara, kwn2 dan jiran tetangga.  Alhamdullilah........

Saya berbangga sepanjang syawal ini saya sentiasa dijemput utk menghadiri jamuan raya...ada yg sempat dan ada yg TAK sempat saya hadiri.

Perjumpaan atau jamuan hariraya warga SMBK telah juga diadakan, ada juga dikalangan kita yg dtg dan ada juga yg tak sempat hadir pada hari tersebut.

Apa yg saya nak sampaikan atau ceritakan ialah menikmati suasana setiap perjumpaan itu saya rasakan terlalu istimewa dan bertambah eratnya silaratulrahim antara satu sama lain.  Bukan makan yg diutamakan atau dipentingkan tetapi pertemuan dan ziarah menziarah itu yg amat berkesan samada antara sanak saudara, jiran2, rakan2 dan sahabat handai.  Oleh itu walaupun saya sentiasa kesuntukan masa utk bersama, maklumlah sehari 3-4 jemputan nak dihadiri, tetapi saya cuba sedaya upaya utk menghadirinya supaya tuan rumah tidak berkecil hati.

Untuk saya ceritakan disini, bahawa saya amat berbesar hati dan berbangga terhadap kwn kita Mohd Tahir Kassim dan isteri sudi dtg kerumah saya walaupun masa agak lewat mlm, semasa saya dan Tn Pengerusi menjemput sebilangan AJK pd Mesy.Perjumpaan HariRaya yg lalu.  Di mlm tersebut sdr Tahir bukanlah salah seorang dr AJK kita tetapi saya menjemput sebilangan kwn2 dipersekitaran Sban juga utk menghadiri mesy tersebut sambil menikmati sedikit jamuan Hariraya, sambil mesy sambil bersantai2 dirumah saya. Saya menelefon beliau ketika itu jam sudah pukul 8.30 mlm menjemput beliau utk dtg ke Sban, hanya satu perkataan dr beliau, iaitu pertanyaan beliau (SOMPEK KO I DTG???...katanya, jwpan saya kalau dtg kami semua akan menunggu beliau....satu  patah perkataan dr beliau...OK!!!!! Apa dibenak saya ketika itu tak mungkin dia dtg terlalu jauh rasanya dr Klang ke Sban......Pukul 9.30 mlm terpacul beliau dan isteri didepan rumah saya....amat besarnya hati saya diatas kesungguhan beliau....I REALLY APRECIATE U TAHIR N WIFE....MUNCULNYA DIA...I LOST MY WORDS AS TN PENGERUSI ALWAYS SAID......ANYWAY TQ3.....

Pada jemputan kwn kita Zainab (Enab)saya baru je balik dr PD mengiringi jiran saya kenduri kawin anaknya, selepas selesai disana saya kembali kerumah bersiap2 terus kerumah Enab, dirumah Enab saya bertemu ramai kwn2 juga seperti Sdr Sarep dan isteri, Dato' Jalil n Datin Yusmah,Tahir n isteri,, Razali n isterin anak2, Hasidin n isteri, Azmah n suami, Zailah n anak2,Mariani n suami n anak,Datin Normah n Datok Rahman, Latifah n suami (LAR), Ramlah n suami, kata Enab Paksedaro/TL (Iskandar) dan Kamaruddin pun dtg tetapi saya tidak dpt bertemu beliau berdua.  Sungguh riuh rendah kami seketika bila bertemu,maklumlah mcm kenduri dirumah sendiri rasanya, sbb kami duduk berlungguk2 bercerita, mcm2 cerita, terbayang saya gurauan DJalil, Zali, Tahir juga Hasidin (mcm budak sekolah masing2 lagak ee) hehehe.......Sekiranya Paksedaro ado laie ghiuh keadaannya........Antara tajuk perbualan kami ialah mengimbau kisah lama alam persekolahan dulu2, nostalgia menjelma kembali. Malu pulak bila diingat2kan, akhirnya lambakkan ketawa yg berdekah-dekah dan bermcm lg cerita yg kedengaran.  Kalau diikutkan tak habis bercerita tapi apakan daya.............

Kami bersurai seorang demi seorang kerana mengejar waktu utk bersolat maghrib, saya dan Datin Normah menuju pula kejemputan Sdr Sarep di Section 4 Bangi.  Disini kami berkumpul sekali lg hingga kelarut mlm barulah kami bersurai.  Disini kami dpt menggondol hadiah dlm acara cabutan bertuah.   BERTUAH SUNGGUH.....pd Sdr Sarep ucapan ribuan terima kasih sekali lagi...

Menjelang malam selepas segalanya, berkata2 dlm hati bilo laie nak berjumpo semuanya kengkawan ni  -   jawapannya ado pd Tn Pengerusi  -- REUNION SEKALI LAGIIIIIIIIIIIIII.........................

Sekian, dah lamo tak posting apa2 berita.

Salam buat seketika kpd kwn2.  Semuga jumpa di lain nukilan dari saya.

SSAK

Tuesday, September 20, 2011

Thank You...Firends

Just found a time to rejoin. Been quite busy. Ulu Bendul seemed quite sad for the lost of a life, a boy, my neighbour's son, 16 years old, lovely and very active. Road accident. Last Friday. Ulu Bendul still mourns. Last month I lost my cousin's son, a boy, 19 years old, a varsity sudent, road accident at Simpang Seri Menanti. Beware if you are on the Kuala Pilah - Seremban Death Road. The cars are too many for the road too small.
 Anyway, friends, thanks for the very memorable night we had had at Datuk Jalil's in-law's residence. The food, songs, fireworks and the chat we had. It has been a very nice and warm night. Thank you for the effort, thank you for the commitments and finally thank you for the love and memories we had. You are all friends forever.

With love,
Dr. Rashidi & wife.

Thursday, September 15, 2011

MD and Ruby Ahmad(bee)

        



Dirumah Ruby

   

LAGI GAMBAR SEMASA OPEN HOUSE SMBK


Glamour!!!
TIGO DATINS

Menanti ketibaan VIP

Hattan dgn Rendang Tak Berbuah

Mantap

Duo DJ turut mengiringi Hattan

Boleh tahan bosa ea..

Apo yang Setiousoho golak bosa ngan Hattan tu


Upah monjoghit

 Selamat Hari Raya!!!
Meh nyanyi samo2

Tak sangko MCC ni
Hasidin, Hawo n Nab

Kawan2

Hattan duo pupu ese


Sajo nak tunjuk samping kek MD

Bosa yo ann dapek aa

Isabella!!!! bakat terpendam, Hattan pun topogun

Tarik bang!!!!

Hattan n peminat

Duo DJ yang hebat


CTN sanggup dtg daghi jauh

Setiousohopun dapek hamper

 Dr Rashidi sedang ngalunkan lagu tu

160 das bunga api. Tq Dato'

Cantiknya


Giliran Hasidin

Menjunjung titah

Tq Dato'