GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, June 27, 2011

PERBINCANGAN MENGENAI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SMBK

Salam Kengkawan,

Satu perbincangan mengenai sambutan hari raya akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

TARIKH:                    10 JULAI 2011

HARI:                         AHAD

MASA:                       2.30 PETANG

TEMPAT:                   NO 163, LAVENDER BUSINESS SQUARE,
                                  JALAN LAVENDER HEIGHT 1,
                                  LAVENDER HEIGHT, 70450 SEREMBAN.

                                  5.30 JAMUAN RINGAN

AGENDA:                 2.30 MESYUARAT BERMULA
                                  PEMBENTUKAN AJK PENYELARAS
                                  PENENTUAN TARIKH
                                  PENENTUAN TEMPAT
                                  PENENTUAN MASA MAJLIS
                                  ANGGARAN PERBELANJAAN
                                  PENGISIAN PROGRAM MAJLIS

Diharap ramai rakan-rakan yang berkesempatan untuk menghadirkan diri dalam perbincangan ini supaya kita dapat merangka satu program yang sempurna kelak. Sebarang pertanyaan hubungi Jokiden  atau SSAK. 

Terima Kasih.

Saturday, June 25, 2011

BAHAN GULAI TEMPOYAK DAUN KAYU

Bahan2

Ikan Bilih/udang, lado bosa merah/hijau, soghai, potai (pilihan je x de tak pe)
pucuk ubi banyak tak po, sbb yg paling sonang dapek.

PUCUK YG TERSENARAI KEK BWH NI CARI JGN TAK CARI
semua 2/3 helai, kalau tak cacat ghaso ea.

Pucuk mangun  2/3 helai,
Pucuk kemangi,
Pucuk.nangko,
Pucuk kadok,
Pucuk pudinng yg ado putih2 tu, 
Pucuk   puding hitam           
Pucuk kacang,
Pucuk koladi bighah,
Pucuk labu,
Pucuk daun kunyit buek pombalut daun2 yg lain untk d racik mcm bungo rampai. 

 Cara2 :

Masak santan, cili api,kunyit hidup,ikan bilih. Serai boleh ghachik or tumbuk pnjg2 kalau maleh, n TEMPOYAK satu sonduk bosa, da monggologak masu daun2 kayu td kacau smpai layu.

Somo e..ghaso asm garam e, klau tempoyak lamo tak yah ubuh asam, klu x msm tmbah asam
koping sikit yo.....kalau tak jumpo daun2 kayu tu, ajak sarep caghi kek Gholit.

LAR

Wednesday, June 22, 2011

SALAM DARI SAIGON

Ini kunjungan kali ke2 saya ke Saigon. Pertama melalui pakej pelancongan dan kali ke 2 ini pergi sendiri bersama isteri untuk menikmati percutian yang dirancang sendiri. Saya mengambil penerbangan malam dari LCCT dan sampai ke Saigon pada pukul 9.40 malam (10.40 malam waktu Malaysia). Keadaan Airport Tan Son Nath lenggang saja. Saya mengambil teksi dari airport ke hotel yang jauhnya lebih kurang 6 km saja (berbanding KLLIA ke Kl lebih dari 50 km). Tambang 7 USD , mengambil masa tak sampai 30 minit saja. Mata wang USD sangat diterima pakai di sini selain dari mata wang tempatan DONG. RM juga boleh diguna pakai terutama dalam membeli belah di pasar malam.

Kadar tukaran sekarang RM 3.025 bersamaan  1USD dan 1RM bersamaan dengan 6500 Vietnam Dong. Bayangkan saya menjadi jutawan segera dalam matawang Dong. Jangan silap sebab se botol air mineral botol besar berharga 12,000 - 13,000 dong. Saya jutawan dalam memiliki dong tetapi tidak jutawan dalam kuasa beli. Sebab itu lebih senang menggunakan USD dari dong.

Saya menginap di hotel sederhana di Saigon Town Center. Harga bilik USD24 semalam (lebih kurang 72RM) . Biliknya taklah besar tetapi selesa dan sangat bersih. Itu keistimewaan Saigon - walaupun di negera Komunis, taraf negaranya di bawah Malaysia tetapi kebersihannya kalah negara kita. Hotel yang saya duduk hanya seberang jalan dengan pasar Ben Thanh  seperti Chow Kit di tempat kita. Sementara Chow Kit kotor dan berbau busuk di sini keadaanya bersih dan tak berbau. Begitu juga jalan rayanya bersih dan tidak ada jalan yang rosak.

Setelah chek-in hotel malam itu saya dan isteri ronda-ronda di pasar malam di depan hotel. Keadaan sangat meriah. Di setiap lorong ada saja kami berjumpa dengan orang Malaysia terutama orang Melayu. Terasa seolah berada di tanah air sendiri. Sebelum ke sini tahun lepas saya menjangkakan siapa nak melawat Saigon tapi jangkaan saya meleset. Ramai sangat orang Malaysia. Orang Malaysia pelancong paling ramai di Saigon.
Pasar malam Ben Thanh macam kat  Chow Kit. Segala macam ada. Isteri saya giler dengan pelbagai bag
dan saya tertarik dengan tie dan tali pinggang.

Kemeriah waktu malam diserikan dengan orang Saigon yang hobinya akan  keluar rumah waktu malam dengan motosikal dan ronda-ronda keliling bandar sambil membunyikan hon. Motosikal sangat banyak di Saigon dan kalau di lampu isyarat kita akan dapati motosikal ini se olah nyamuk.

Saigon digelar bandar motosikal. Dianggarkan ada 10 juta motosikal di Saigon (menurut  recepsionist hotel), kebanyakannya jenama Honda. Kereta persendirian sangat kurang. Saya bayangkan jika motosikal bertukar menjadi kereta, bandar Saigon akan mengalami jem yang lagi teruk dari KL. Tidak ada parking kereta tepi jalan di Saigon tapi ada berpuluh tempat parking motor berbayar. Kenderaan awam seperti bas tidak banyak sementara perkhidmatan rail tidak ada. Teksinya agak lebih baik dan banyak. Tambangnya agak mahal juga. Lebih kurang 3.5 km perjalanan saya membayar 150,000 dong. Kalau motosikalnya berjenama Honda keretanya pula kebanyakan berjenama Toyota.

Makanan halal susah di Saigon. Saya bawa bekal 3 buku roti gardenia dan sardin. Malam pertama saya makan bekalan yang dibawa dan sarapan esoknya di hotel makanan tak halal. Saya minta 2 biji telor rebus saja dan kopi O Vietnam. Kalaupun sedikit lapar tahan saja lah. Hanya roti malaysia buat pengalas perut. Di hari ke 3 saya ke sebuah kedai  yang menjual pakaian Muslim. Tuan punyanya Islam dan pernah mewakili Vietnam dalam Musabaqah Alquran di Malaysia. Namanya Ustazah Basiroh. Kedainya kecil tapi bersepah dengan telekong dan jubah dan pakaian lain yang tak sempat disusun kerana pengunjung yang sileh berganti. Tentunya pengunjung tersebut dari Malaysia. Isteri saya menghabiskan masa 3 setengah jam di kedai ini untuk memilih jubah dan telekong. Jubah dan telekong Vietnam kualitinya lebih baik dari Indon dan harganya lebih murah.

Tak tahan kelaparan nasi saya meminta kakitangan kedai tersebut membelikan saya nasi bungkus halal untuk dua orang. Sebungkus nasi biasa dengan berlauk ayak masak sambal, sedikit goreng togei, timun dan secolek sambal belacan, sebungkus lagi nasi goreng sea food. Harganya ?  6 USD, lebih kurang RM18.
Saya melawat peninggalan perang Vietnam : terowong Chu Chi, jauh di luar kota Saigon. Di tempat ini ialah
peninggalan asal  perang Vietnam seperti musium hidup. Terowong yang jauhnya beratus km tempat askar komunis menewaskan tentera Amerika masih dikekalkan. Sungguh menakjubkan bangsa Vietnam yang kurus kering tanpa senjata moden boleh menewaskan kuasa besar dunia. Juga dipamerkan segala macam bentuk senjata dan perangkap yang digunakan. Sesekali sangat mengerikan.

Saya juga berkesempatan melawat Delta Mekong yang yang kita belajar dalam subjek geog dulu. Kini saya berada di Delta tersebut. Memang sungai Mekong sungai yang besar. Pelancong menaiki bot dari tanah besar ke delta. Di delta mcm2 acara dan jualan untuk memikat pelancong. Yang menariknya teh madu : teh O diperah limau kasturi dan ditambah sedikit madu. Memang rasanya ummmph.  Satu lagi menaiki sampan di saluran air di delta di celah2 pohon yang meredupkan.

Di pasar Ben Thant isteri saya menghabiskan setengah hari. Sutera Vietnam sangat menarik. Isteri saya membelikan sutera Vietnam untuk anak2nya. Saya tertarik untuk menempah 3 helai seluar dari kain wool yang harganya sangat murah. Tempah pukul 6 petang pukul 6 paginya dia hantar ke hotel penginapan. Penjual di kedai itu masih ingat kedatangan saya ke kedainya tahun lepas dan dia membelanja saya minum air buah yang sangat menyelerakan. Di pasar siang atau di pasar malam cara orang Vietnam untuk menarik perhatian pembeli dari Malaysia terutama lelaki ialah dengan menarik dan memegang tangan.

Saya berselisih di tangga hotel dengan sepasang suami isteri. Saya memberi salam kerana saya jangkakan dia pasangan dari Malaysia. Rupanya dia dari Phnom Phen. Dia menjemput saya dari ke sana dan sanggup menjadi pemandu pelancong. Nampaknya saya akan ke sana pula tahun depan.

Beberapa hari di Saigon saya sangat merindui bumi Malaysia terutama makanannya. Perut semakin lapar. Saya mengisi perut dengan jagung dan keledek bakar, makanan lama yang tidak dirasai. Juga buahan yang sangat segar. Ciku, limau, lichee nampak sangat menyelerakan. Sekarang musim buah rambutan, manggis dan durian tetapi harganya macam menyembelih pelancong.  Saya beli 2 kg manggis berharga 2USD. Tak berbaloi.

Selamat bertemu lagi ........
MCC

Friday, June 17, 2011

KISAH BERSAMA AYAH - SEMPENA HARI BAPA


“Jika kita tak ada duit, kita takut nak minta pada ayah,

Jika kita tak lulus periksa kita takut nak beritahu ayah.

Jika kita nak balik lewat kita takut nak beritahu ayah.

Tapi kita tak pernah tahu,

Ayah tak pernah takut untuk melindungi  anak-anaknya,

Ayah tak pernah takut untuk mencari nafkah untuk keluarganya”



Itu antara lain iklan sempena hari bapa di Hot FM yang sangat menyentuh perasaan saya.

Sempena “Hari bapa” ini saya ingin kongsikan pengelaman saya bersama ayah saya selama lebih kurang 41 tahun.

Ayah saya berasal dari utara tanah air. Dia merantau meninggalkan kampongnya ketika di awal remajanya untuk menyertai pasukan SC. Tok Wan dan Chak ( Atuk dan Uwan) saya tidak berapa setuju dengan cara ayah saya tersebut. Bila masa budak2 saya tanyakan ayah saya mengapa dia meninggalkan kampongnya tidak seperti adik beradiknya yang lain dia mengatakan untuk berkhidmat kepada Negara melawan pengganas Komunis.

Cerita lain saya dapati apabila saya telah dewasa dan berkeluarga. Dalam satu majlis kenduri sepupu saya ayah saya dan kawan2nya yang dah lama tak berjumpa asyik berbual kisah zaman muda mereka. Baru saya dapat tahu ayah saya membawa diri kerana merajuk “cintanya” tidak mendapat restu keluarga. Cinta ayah saya ialah se orang “nyonya” (masa mudanya tentulah amoi) di seberang jalan rumah keluarga saya di Perlis.

Saya pun heran selama ini saya sangat rapat dengan nyonya itu. Saya memanggilnya “MAK NYA” bermaksud mak Nyonya – keturunan Cina-Siam. Setiap kali balik kampong rumah pertama yang akan saya kunjungi ialah rumah nyonya ini. Saya tak kisah untuk makan minum di rumahnya sehingga saya dewasa. Saya juga berkawan baik dengan anaknya. Dia juga sangat bermurah hati menghulurkan saya duit semasa saya sekolah. Saya sangat pelik dengan perasaan saya yang sangat menyayangi Mak Nya ini. Dan dia juga sangat menyayangi saya.

Apabila mereka sedar saya mendengar cerita itu dibelakang mereka, tiba-tiba mereka semua terdiam. Rahsia cinta ayah saya telah saya ketahui. Sekarang Mak Nya telah meninggal.

Setelah berhenti dari SC ayah saya dan mak saya balik ke kampong mak saya dengan membuat kerja kampong. Masa itu saya berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Walaupun masih kecil  saya masih mengingati beberapa peristiwa yang sangat menyulitkan dan kesusahan keluarga saya ketika itu. Punca pendapatan ayah saya dari menoreh getah orang sedangkan ayah saya tiada pengalaman menoreh kerana kampong di Perlis bertanam padi.

Dengan kemiskinan yang teramat tuhan mendatangkan seorang hamba Allah yang tiba-tiba datang ke rumah saya menawarkan ayah saya kerja sebagai buruh di Jabatan Ukur. Keluarga saya tiba-tiba berubah sedikit selesa.

Semasa di sekolah Inggeris keluarga saya telah kembali susah. Saya tidak tahu mengapa. (BERITANYA TELAH SAYA CERITAKAN DULU).

Saya sering naik basikal bersama ayah saya ke Batu Kikir. Ada masanya saya membonceng basikal ayah saya melalui jalan Bukit Sempit yang menggerunkan ke awal jam 4 pagi semasa orang nyenyak tidur. Melintasi tok kong cina itu sangat yang sangat menakutkan saya. Saya akan memejamkan mata sambil memeluk ayah saya kuat2 setiap kali melintasi tok kong cina tersebut. Sampai di Batu Kikir jam 4.30 atau pukul 5 paginya saya akan menunggu hari siang di kedai kopi Kian. Ini bermaksud saya adalah murid SMBK yang paling awal sampai ke sekolah. Saya menunggu hampir 2 jam untuk hari siang dan terus ke sekolah.

Masa balik sekolah juga saya membonceng basikal ayah saya. Beberapa kali ayah saya menahan “Mamak Abang” ( India Muslim yang jual roti dengan naik basikal)  dan membeli roti inti atau roti kaya dengan berhutang. Satu tabiat ayah yang saya tidak setuju ialah dia suka berhutang. Namun begitu ayah saya sangat menyayangi saya. Abah akan selalu membela saya apabila saya berselisih faham dengan mak saya. Kalau ditanya siapa yang paling saya sayang, mak atau ayah? Saya akan kata saya sayangkan ayah saya lebih dari mak saya. Begitu juga isteri saya dan anak-anak saya. Semasa ayah saya masih hidup isteri dan anak2 saya sangat seronok balik kampong tetapi sekarang tidak lagi.

Bila  saya berumur awal 40han ayah saya mula menunjukan tidak sihat. Badannya menjadi kurus dengan banyaknya tetapi saya tidak mengesaki apa-apa. Suatu hari ayah saya dimasukkan ke hospital dan di diaknosis mengidap kanser paru-paru tahap 4. Tergamam saya. Ayah saya dimasukkan ke  Institut perubatan respiratori hampir sebulan. Suatu hari saya menerima panggilan dari doctor di Institut tersebut meminta saya datang. Apabila saya sampai doktor tersebut penyakit ayah saya telah sangat kritikal dan meminta saya membawa ayah saya balik ke rumah. Saya rasa dunia saya berpusing, saya mengigit lidah untuk mempastikan saya bermimpi. Rupanya saya di alam nyata dan sedang berhadapan dengan kenyataan yang ayah saya akan meninggal dunia. Saya dapati atah saya tidaklah seteruk sangat. Boleh bangun pergi ke tandas, boleh berbual Cuma nafasnya agak semput.

Saya bawa ayah saya balik petang itu juga dan tinggal di rumah saya di Kuala Pilah. Hari itu awal bulan puasa tahun 1996. Ayah saya mengadu tak dapat bernafas. Saya terus bawa dia semula ke hospital Kuala Pilah dan dimasukkan ke wad. Malam itu juga saya beritahu mak saya dan adik beradik saya tentang kata-katan doktor kepada saya siang tadi. Saya beritahu mereka agar menerima takdir jika ayah saya akan pergi dalam masa terdekat.

Esoknya selepas berbuka dan semasa solat maghrib saya terbayang ayah saya. Dalam doa saya panjatkan doa jika sudah sampai masanya ayah saya kembali biarlah dia kembali dengan aman.

Sebaik selesai solat maghrib saya menerima panggilan kecemasa dari Hospital. Saya sekeluarga dan adik2 saya bergegas ke hospital. Malangnya ayah saya telah kembali. Ayah saya meninggal selepas waktu berbuka puasa hari yang ke 6 tahun 1996. Mungkin dia menghembuskan nafas terakhir semasa saya terbayang wajahnya dalam solat saya tadi.

Hanya emak saya yang ada semasa dia meninggal. Saya dan adik2 saya yang lain tidak menitiskan air mata kerana kami telah menjangkakan beliau akan meninggal. Esoknya ayah saya dikebumikan selepas solat zohor di bulan Ramadan yang mulia.

Walaupun semasa hayatnya ayah saya tidak pernah ada beberapa helai duit merah di dalam bag duitnya tetapi semasa saya membuka walletnya saya terperanjat ada lebih dari 300.00. Semasa mengemas almari bajunya saya menemui dua benda. Pertama susunan dairi yang tercatat perintiwa kampong secara detail dan lengkap. Ayah saya memang pencatat yang baik. Siapa meninggal hari itu dia catat. Jual koko dia catat. Kemana dia pergi dia catat. Hari hujan pun dia catat. Kedua saya jumpa kad hutang beli perabot di sebuah kedai di Kuala Pilah. Saya bawa kad hutang tersebut di kedai perabot berkenaan untuk pengesahan sama ada ayah saya masih mempunyai hutang yang belum dijelaskan. Tokey itu mengesahkan jenis perabot dan baki hutang belum dijelaskan. Cina itu sangat terperanjat apabila saya membayar hutang tersebut.

Suatu pagi semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja, saya perasan “ Abang – penjual roti naik basikal”. Saya berhentikan kereta dan menahan abang roti tersebut. Saya ceritakan kisah saya dan ayah saya pernah berhutang roti dengannya masa saya kecil dulu. Ternyata “abang roti“ tersebut sudah tidak mengingati sama ada ayah saya telah membayar hutang roti. Saya beri “abang roti” tersebut RM20.00 dan minta dia halalkan kalau duit tersebut tak cukup dan saya sedekahkan kepadanya kalau duit tersebut berlebih. “Abang roti” itu dengan muka pelik menerima duit saya dan membekalkan saya dua buku roti berkaya mewah untuk saya.

Selepas itu saya berjumpa setiap kedai yang saya rasa ayah saya pernah berhutang termasuk kedai runcit, kedai motosikal, kedai ikan, kedai perabot untuk bertanya sama ada ayah saya pernah berhutang.

Sekarang saya faham ayah saya bukan sengaja melakukan itu. Itu semua dilakukan untuk member kesenangan kepada keluarganya seperti mana makna iklan hari bapa di Hot.fm tersebut. Sekarang telah lebih 15 tahun ayah saya meninggalkan saya. Sesekali dia muncul dalam mimpi saya dan itulah mimpi yang saya tunggu2 untuk melepaskan rasa rindu saya kepadanya.

NOTA : saya panggil ayah saya dengan panggilan “ABAH”

Dia meninggal pada 27 Januari 1996.

Hari lahir saya 27 Ogos.

Hari lahir anak pertama saya 27 Mac

NOTA2 : Saya tak dapat masuk blog selama seminggu kerana bercuti ke luar negara. Jumpa lagi hujung minggu depan.
MCC




Monday, June 13, 2011

MULA BERTUGAS

Salam sahabatku semua,
Setahun yang lalu saya bagaikan bercuti, kebanyakan masa duduk di rumah sambil membuat penyelidikan. Sekali-sekala keluar mencari data di Lembah Kelang, Kelantan, Terengganu, Balai-Balai seni Lukis, Muzium Seni dan menemubual pakar-pakar dalam bidang tasauf. Cukup seronok berbual dan meneliti pemikir-pemikir tasauf kerana jelas pemikiran mereka terlalu tinggi hingga terkadang dilihat luar biasa. Pengamal-pengamal tasauf dari negara jiran turut menyumbang dan cukup seronok dapat memiliki sedetik waktu bersama mereka. Bagi mereka hidup cukup mudah jika ada keyakinan bahawa kita milik Allah sepenuhnya. Hidup cukup aman jika yakin Allah beserta kita. Bergaul bersama mereka menjadikan dunia ini mudah, aman dan indah.

Esok, saya akan mula memberi syarahan 2 jam sehari di UiTM Melaka. 2 orang calon PhD dan 2 orang calon MA sedang menunggu di Shah Alam untuk penyeliaan penyelidikan dan tesis. Pastinya sibuk. Namun itulah jihad seorang suami dalam usaha mencari rezki untuk anak-anak dan isteri. Kehidupan masih diberkati tanggungjawab yang besar. Belum dapat untuk berlabuh rihat seperti CT Normah atau Zainab Idris. Apapun segalanya, pastinya seronok.

Untuk itu, rasanya, blog ini akan sedikit sunyi dari diri saya. Kepada semua sahabat, diharap dapat memahami situasi.

Sejak bulan Januari lalu, saya cukup seronok dan terharu. Dapat melepas rindu dan mengembalikan nostalgia bersama sahabat-sahabat zaman persekolahan. Sepanjang 6 bulan lalu adalah masa yang sangat bermakna dan sangat indah. Senda gurau, usik mengusik, sakat menyakat masih segar di antara kita. Sharif, MD, LAR,AJA, ISHS, CCapit, SSAK, NSR dan yang lain yang tak sempat saya rakamkan di sini, terima kasih dan saya berasa cukup seronok kerana setiap hari dapat melihat apa yang terpapar pada Blog kita ini. Cikgu Zain Haji Rais, terima kasih atas segalanya.

Pertemuan pada september ini, jadikan realiti. Saya pastinya hadir kecuali Allah menegah kehadiran saya pada hari itu.

Esok bermulalah tanggung jawab akademik, berwatak ilmuan, berfikir cendekiawanan, berkata tajam, menghurai teori-teori untuk meningkatkan pemikiran pelajar dan calon-calon sarjana Melayu.

Allah pastinya beserta, segalanya akan jadi gembira.

Jumpa lagi....tetapi tak dapat nak selalu begini....

Dr. Ahmadrashidi Hasan
UiTM Melaka.

Friday, June 10, 2011

KONANGAN YG BULEH DIKUNSI - 3

-Mungkin sebahagian bosa pembaco kito tak dapek bayangkan tompet, suasano keliling dan oghang2 yg ese tulih kek sini, macam ISHS. Anggap yo lah macam maco buku ceghito.  Tak pek nak nolong eh doh.
-Disobabkan statistik Jokiden dan MCC kompomkan  tontang ghamai pembaco kito ni, memang oghang yang kito tak beso. Mako terpakso lah ese buek ketonghangan sikit tontang pokagho2 tertontu yang ese ghaso oghang susah nak paham.
-Anak dagho sunti main pondok2 tu tak do doh. Sajo yo nak buek oghang tertanyo2. Nak boghi oghang mengagak ngagak ‘an , konon eh MD lah tu..macam kato Jokiden.
-Aghi tu dah siap dah ceghito ese ni. Tongah tongah buek tu, puppp..blackout pulak. Nyosa tak save.
…sambong balik…
Oghang tu di panggil Tok Mansor. Kulit eh hitam pekat. Tompi berwajah melayu. Dikhabar dio tu pandai ngubek’an oghang. Kigho eh Tok Pawang yo lah. Kok badon sakit sakit ko, domam ko, kono sampuk, kono ketogo’an ko, jumpolah dio. Sampai kono tebok kek kambing pun jumpo dio.Mintak lah dio tawa’an air. Nak tawar’an pakai sigheh pun buleh.  Kok tak kobah kobah ,mintak dio kobehkan. Dio pun buek yo ngobeh’an  oghang ni. Kobar eh komat ‘an oghang pun dio pandai. Tah iyo ontah tidak.
Ese maso kocik maghin tu, kok lamo domam, tak mau elok elok kono yo berkobeh. Cagho eh sonang yo. Pesakit dimintak dudok melunjur’an kaki ko muko pintu. Lopeh tu Tok Pawang pun keluar’an kain itam eh.  Ado lah selebar kain cukin. Dikombang’an kain tu, lalu diheghet kain melalui daghi belakang kita sampai kodopan di ujung kaki. Tigo kali lalu kek tongah, eteh kepalo. Tigo kali lalu kek bahu kanan dan tigo kali kek bahu kighi. Last sekali, yang kesepuloh lalu ditongah dan beghonti kek ujung kaki. Tok Pawang cokup kaki kito ngan kain itam tu. Mulut eh tak ngonti maco jampi eh tu doh. Penamat eh, kain tu dialih daghi kaki kito. Kito pun copek copek laghikan kaki kito daghi situ. Dio pulak mengobeh ngobehkan kain itam tu kek tango sambe ngadap keluar. Abih.
Kami dipaksa juga naik keghumah. Dipaksa juga makan nasi meskipun dah kito koba’an, kito lopeh makan di ghumah Tok Pe’et. Dio tak kigho. Dio ondak yo kito makan. Jadi gaso yo lah sesikit. Mano yang patut. Masih ese ingat gulai tolor itik campur belimbing bosi. Kuning menyalo. Sayang amek amek kita dah konyang gulai jangek. Kok tak, tau la deh sapo kito ni.
Nyambei makan tu dio bebughak bughaklah dan abah dan omak ese.
Tak lamo lopeh tu, kami mintak dighi. Matoaghi dah tinggi. Singgah pulak di tanah kubur. Ziarah kubur adik beradik ese dan arwah atuk ese.
Kami toghus’an pojalanan. Naik bukit. Selo selo (slow) yo jalan. Kami memasuki kawasan hutan pokak, bedasarkan jonih pokok balak dan tumbuhan dikeliling eh.  Tak ado pokok buahan atau pokok gotah laie doh.  Bukan tanah oghang ni doh, tompi tanah simpan kerajaan.  Jadi jutawan sapo dapek balak tu.
Tak lamo jalan mendaki tu abah ese  kek belakang sughuh beghonti  dan tunggu dio sampai. Ese beghonti kek sebatang pokok bosar sepemolok beruang.  Pokok tu pokok bangkong.  
Nyamuk utan menyanyi nyanyi kek telingo ese. Buah bangkong tu sodang bebuah lobek. Tompi kocik laie. Duo ko tigo bulan laie, bosa lah tu dan akan diambik oghang. Itu pon kok ado yang tau, kok tak jumpo kek oghang larehlah ko tanah. 
Biji bangkong memang sodap. Lomak dan ompuk. Cagho ngeluarkan bijik eh tu, sonang yo. Tughih tughih ngan pisau kulit eh, mulo daghi buntut eh. Lopeh tu di hobin ngan kayu sebosa longan. Bijik bangkong tu akan topancut keluar. Ado yang doket ado yang jauh poie eh. Kenkadang tak jumpo.
“Terlanjor dah sampai, moh kito poie nengok kobun kito.” aghah abah ese.
 Kami dipandu kek abah ese menughun bukit menhalo ko bawah. Ado payo kek bawah tu. Ponoh ngan pokok keladi gata. Kami melinteh payo tu. Adolah dalam limo boleh kaki lebar eh agak’an. Di tongah eh ado anak air. Tak lebar doh. Maklum lah kek ulu. Kaki bukit di sobolah kilir. Jadi air eh mengalir ke ulu lah pulak.  Tak ponah yo ese jumpo ni doh.
Meniti batang kayu yang torsedio.  Agak’an laluan oghang balik motong gotah dan sampai di seboghang.  
Ini tanah ombong kau” keteh abah ese. Ese diam yo.
“Dulu kito ponah tinggal kek sini” sambong eh laie. Ese nongar yo.
“Sojak arwah abang kau ,Hashim namo eh meninggal, kito pun pindah dari sini.” Sambung lak kek omak ese.
“Ese lahir kek sini ko mak” ese tanyo omak ese.
“Tak, kalau lahir tak kek sini doh, kek sinun ah.” baleh omak ese nyambey jaghi eh nunjuk ko hulu. Ese mandang yo aghah yang di tunjok eh tu. Lokek kek mano sampai eh penunjok tu, ontahhh.
Pokok gotah, pokok dughian dan ghamutan.bercampur dalam kobun tu. Topi payo tu ado ghumpon buluh. Ado kosan ditobang oghang.  Ghayo Poso dulu gak’an, oghang ambik buek lomang.
Abah ese jalan ke sempadan bolah kulu. Ado sebuah ghumah. Dio melilau caghi oghang. Lamo lamo dio pun ilang. Tak lamo lopeh tu dio balik semulo.
Indok Sindon tak ado. Tak ado sapo tingga doh.”
Sumah pun tak do?” tanyo omak ese.
“Sumah ado. Keteh dio’eh omak eh poie Dang Lebar”
Sajo yo abah ese nak jumpo Uwan sindon. Lamo tak jumpo sojak pindah ko Bayai. Uwan Sindon tu omak Isa Jobok.  Isa memang tak tingga totap. Ngayau yo kojo eh. Oghang cam tu. Nak maghah pun tak buleh. Laie pun dio dah ghodang.
Isa maso ese sekolah dulu selalu jumpo kek Batu Kikir. Dio tingga kek balai Pulis Batu Kikir tu. Pulis pulis tu memang bolo dio. Bertugas mengalah’an pulis. Kalau ado road-block  dio lah yang ngaghah’an  kegheto sughuh beghonti.  Kengkadang tu pulis sughuh jalan,  dio pulak yang nahan. Oghang beso jalan toghuh yo. Mano tak kona, tekono. Dio plak pakai unipom pulis, siap ngan tupi sekali. Silap eh dio makan sigheh. Mano ponah kito jumpo pulis makan sigheh.
Bilo tak bertugas, Isa ni ngayau ko kampong kampong sekitar nyambey jual kain batik. Buleh tahan business eh. Yolah kadang kadang oghang kesihan, boli eh lah. Isa pun pandai yo buek muko kesian. Kawasan Seghoting, sekitar Batu Kikir dan Padang Lebar dah tontu.  Kek Joseh tak tau lak ese doh.  Sampai yo gak’an.
Ado satu laie kolobihan Isa ni. Ghamai oghang tak tau. Tompi ese tau. Dia pandai berpantun. Osah pandai eh.
Satu aghi dio datang Bayai. Beso eh kok datang sinun tu,  dio sampai lah ko ghumah ese. Dio memang panggey omak ese Mak Ngah.  Keboto’an kito duduk kek laman ghumah, ngupeh nio nyambey nongar radio. Puko dua boleh tonga aghi. Kek radio ado rancangan berbaleh pantun pulak tu. Juruhebah eh Karim Mohamad. Uyysss,  seghonok boto deh.
Kuek ‘an sikit radio tu mak ngah!, Nak nongar oghang baleh pantun.”
Radio dikuek’an.  Oghang pertamo jual pantun. Isa baleh pantun tu, sebolon oghang yang boli pantun tu jawab. Hebat. Lopeh tu pantun tadi dibaleh. Pantun baleh’an oghang tu tadi,  Isa pun jawab.  Tokojot ese.  Ese ingat pantun yang dijual yo kono jawab. Ghupo eh pantun yang diboli pun dijawab’eh yoh. Sampailah habih. Setiap pantun dijawab’eh kek Isa. Kengkadang pengacagho pun berpantun yo..itu pun dijawab’eh.  Tak ado skrip, tak ado catitan. Osah handa’eh.
Boto ko tak boto pantun’eh,  ontah. Tompi memang tu lah yang ese nampak dan dongar.
Laie soghang oghang mungka tu yang pandai pantun, keteh indok ese maghin tu yolah Kasin Komah.  Bilo ado rumbongan nikah ko Melako kek mukim tu, dio lah yang dicaghi oghang. Koba eh sampai oghang Toghontang pun pakai dio tu, bab pantun ni. Kelobihan masing masing.
Dibagitau yo kek ese, dio pun pandai main ‘belo’ dan ‘tandak kudo’.
“Apo bondo eh main belo tu?”
Alah yang macam nia tu hah.” Kato Indok ese nyambey mengayokan cara cagho oghang main biola.
“Oooo,  main biola..”
Ceghito ado sikit laie hah. Badan dah ponek pulak.  Can no nak buek tu..? Boghontilah dulu yo… Kok tak,  tamat’an yo hah.

Wednesday, June 8, 2011

JENG!!!! JENG!!!! JENG!!!! TOKO SAPO DEH????


Jika ramai yang meneka dengan tepat maka akan banyak lagi gambar dimasukan. Hadiah tentulah Jokiden sodiokan, mintak yolah.

CERITA SAYA  6 – JATUH CINTA, KISAH MANIS
Tidak ada sebarang aktiviti atau temu janji di pagi minggu ini. Petang nanti akan ke Nilai 3 hantar anak dara pergi cari baju raya. Semalam jadual harian saya agak padat menghadiri kenduri, seminar dan bertugas di KRT Taman, dan hanya dapat merihatkan badan jam 3 pagi. Bola??? Tak tengok walaupun dulu hantu bola.
Ruang ini digunakan untuk melihat coloteh rakan-rakan di blog, facebook, Friendster, tengok email, tengok video mana yang sempat dan baca e-paper.
Cerita menarik dari Yahoo ialah tentang Adam, lelaki jujur bekerja sebagai seorang pengukir Ice dari Chicago memerlukan sangat wang untuk urusan peribadi. Dalam keletihan dia menuju ke ATM dan setelah mengeluarkan wang, dia terjumpa bungkusan di sisi mesin ATM tersebut yang penuh dengan wang berjumlah USD17,000.00. Wang tersebut diserahkan kepada polis dan setelah disiasat disahkan kepunyaan sebuah bank lain. Tidak ada yang terperanjat kerana Adam memang terkenal dengan kejujurannya sejak dahulu lagi.
Sebelum memulakan catatan ini saya menonton lagi video Tunang Pak Dukun di wall fb saya. Saya baca komen rakan-rakan. Filem ini dilakukan penggambarannya di Juasseh Ulu, Gentam dan Kuala Pilah. Heroinnya merupakan pujaan saya, bukan saja kerana wajah ayunya tetapi juga kerana mulut lebarnya.
Merenung kembali waktu-waktu yang lama berlalu, teringat saya akan beribu-ribu kenangan manis yang sempat dialami. Namun sukar sekali bagi saya mengingati kisah atau peristiwa mana  paling manis dalam hidup ini. Juga amat sukar untuk saya mengingati peristiwa mana paling pahit dalam beribu-ribu kenangan pahit yang sempat saya lalui.
Kali pertama memakai seluar panjang dalam hidup merupakan suatu kenangan manis. Berendam dalam anak air yang airnya amat sejuk agaknya peristiwa indah bagi saya, namun seketika selepas itu terpaksa pula menghadap muka tok mudim yang berpura-pura peramah adalah merupakan peristiwa yang amat mengerikan pula.
Suatu malam di serambi rumah MD (Mariani) seseorang yang bergelar ustaz menegur saya dengan mengatakan adalah tidak manis untuk memakai seluar pendek dalam majlis begitu dimana kepala lutut jelas berkilat apabila kita duduk bersila. Reaksi saya hanya diam membisu tetapi ustaz itu tidak tahu bahawa manalah saya ada seluar panjang ketika itu.
Sedaya upaya, saya cuba menyenaraikan kenangan manis dalam catatan kali ini dan dikesempatan lain akan diimbangi pula dengan kisah pahit. Pada tahun 1967 kali pertama menjejakan kaki di Kuala Lumpur mengikuti rombongan sekolah. Hingga ke hari ini teringat lagi cikgu pengiring memberitahu tiang lampu limpah di Stadium Merdeka lebih besar dari pokok kelapa.
Malam sebelum bertolak ke Kuala lumpur, mata tidak langsung terkatup, ceria dan teruja hingga ke pagi. Bukan banyak sangat yang mampu disediakan untuk rombongan tersebut, Cuma nasi bungkus cukup untuk makan tengah hari dan makan malam. Tempat popular untuk dilawati ketika itu biasalah, Zoo Negara, Stadium Negara, Tugu Negara, Mesium Negara, Masjid Negara, Station Keretapi, Taman Bunga dan sebuah kilang yang saya telah lupa namanya.


Maso tu lapan oghang budak2 kocik mogang gaun pongantin pompuan, kok tak tosangkut kek kipas tu.

Suasana dalam bas sepanjang lawatan tersebut samalah dengan yang kita saksikan dalam video Tunang Pak Dukun dalam bas Union tersebut, riuh rendah. Lewat tengah malam baru kembali ke rumah dan kerana rumah saya paling hujung, maka saya yang terakhir turun. Saya mungkin terlena seketika ketika itu kerana apabila saya terjaga saya terpinga-pingga. Saya dapati malam sunyi benar dan semua pokok-pokok di sekeliling saya rebah, bas seolah-olah melalui satu padang pasir yang luas. Saya tidak mengerti apa-apa ketika itu, hanya setelah saya dewasa barulah saya faham bahawa itu adalah Malam Lailatul Kadar. Cuma ketika itu bukannya di bulan Ramadan. Entahlah..
Sebelum kisah yang lebih manis saya teruskan, sedikit ulasan saya mengenai coretan Prof Shidi bertajuk “Kenangan lalu 7 Jeram Tengkek, Md Shah, Sharif dan Ganja” Terdapat 4 komen rakan-rakan dan satu daripadanya (tak ada nama) kata “entah iyo ontah tidak….”
Saya tidak komen langsung kerana hingga ke hari ini 12 Jun, saya masih cuba mencari kebenaran kisah itu. Saya gagal untuk mengingati sebarang detik yang Shidi tuliskan. Ini bukannya penafian, mungkin Shidi mempunyai catatan khas dalam diari yang masih disimpan kemas hingga kini dan ianya fakta sahih, bukan imijinasi Shidi semata-mata.
Namun sepanjang ingatan saya yang mudah lupa ini, tidak pernah dalam hidup saya melihat ganja, apa lagi menghisap ganja. Saya hubungi Md Shah dan saya minta dia cuba ingat betul-betul kisah tersebut, dia juga menafikan segalanya. Malangnya saya tidak tahu siapa itu Gan dan siapa itu Run, lalu pengesahan daripada mereka tidak diperolehi..Jadi kawan-kawan sehingga dibuktikan sahih, anggaplah kisah yang dipaparkan oleh Shidi tersebut sebagai hiburan semata-mata. Jangan ada yang merasa benci, meluat, menyampah dan memaqndang serong kepada kami berdua.. Benar kami menghisap rokok tapi kami tidak pernah melihat benda najis tersebut.
Kembali kepada kisah manis, mengingati suasana hari bahagia saya, diijab kabul pada 21 November 1981, disalinkan pakaian berkali-kali, dipikul (dikanda) sepanjang jalan dan didudukan di atas pelamin menyebabkan airmata saya mengalir tanpa sedar. Hiba dan sayu benar rasanya hati ini terkenangkan saat manis tersebut.
Mengharungi dunia percintaan selama bertahun-tahun dengan isteri saya juga ada kalanya manis dan ada kalanya pahit. Menjalani hidup sebagai suami isteri, seperti orang lain juga mempunyai cabaran getir. Apabila anak-anak telah mula mengerti tentang perselisihan faham antara kami maka mereka mempunyai kaedah tersendiri untuk mendamaikan ibu dan ayah mereka. Di dalam kereta dan di rumah sentiasa ada lagu P.Ramlee “Sedangkan Lidah lagi Tergigit”
Lagu tersebut apabila diperdengarkan oleh anak-anak, bukan sahaja kami terbayang tidur di kandang kuda, tetapi juga kami selalunya menitiskan air mata dan akhirnya kami berdamai.
Jangan ada yang cuba menafikan bahawa lagu-lagu mempunyai signifikan mengikut zaman dan masa tertentu. Sekurang-kurangnya dua lagu Melayu lama sentiasa mengembalikan nostalgia silam saya iaitu lagu “Hitam Manis” dan “Cemburu” Kengkawan tidak akan mampu untuk membacanya sekiranya diperincikan kisah meminati lagu tersebut melainkan kita memang suka membaca novel.
Coretan MCC dan NSR walaupun dalam loghat NS totok, namun jika dibaca secara perlahan-lahan, kita akan dapat menghayati suasana yang digambarkan walaupun watak-watak di dalam pengkisahan tersebut tidak dikenali oleh rakan-rakan dari luar.
Namun kita sebenarnya tidak terpisah sangat dengan kisah kawan-kawan walaupun kita agak renggang selepas berpisah dari SMBK dan kembali rapat selepas REUNION tempoh hari. Mungkin juga kisah saya mengetuai rakan-rakan form six menyaksikan cerita Hindustan di panggung REX Kuala Pilah merupakan antara kenangan manis zaman remaja. Saya tuliskan di sini komen seorang penggiat seni bahawa pada hari ini panggung wayang penuh dan filem Melayu Box office kerana remaja Melayu menggunakan panggung sebagai tempat berdating. Zaman kita 1975 istilah tersebut tidak timbul walaupun masa itu ramai rakan-rakan sedang dilamun cinta.


Saya dengan Md Shah (Pak ongah) mengikuti kisah Jalil dan Yusmah. Kita mengetahuinya walaupun pada sangkaan Jalil kita tidak tahu. Suatu hari saya dan Jalil bertemu dan dia teruja sangat dan berkata “ekau tak tau boy (maso tu dio pangge ese boy laie) kisah den, kalau kau tau..tokojut kau..” kato dio boiyo-iyo.
“alah tau den tu..” saya jawab
“apo yang kau tau dan donga…kalau kau tau tokojut kau..”
“Den tau kau tongah bocinto ngan anak cikgu Usop kan..”
“Weeii ai cilakak kau, mano kau tau?.” Masih saya bayangkan wajah cerianya ketika itu.
Kisah Iyeh dan Normah, kisah Pak Ongah dan Induk, kisah MCC ngan MM…, kisah Zahari bas ngan budak keru dan budak terentang baruh tebing, kisah Tahir, kisah CTN ngan S.., kisah Dr Zaha ngan CT Aminah dan banyak laie semuanya mewarnai kisah hidup zaman silam kita.
CT Aminah ketika kami menjamu selera di La Ritzz tempoh hari mengesahkan hubungan dia dengan Dr Zaha sebenarnya berjalan terus sehinggalah Dr Zaha mendirikan rumah tangga. What a sweet memories.?
Soley pernah mengetuk pintu hati saya namun dia singgah cuma sebentar. Ramai rakan-rakan yang tahu dan saya tidak pasti apakah kunjungannya kali pertama ke teratak saya di hujung desa Sg Jelutong atau perkelahan kami di Jeram Tengkek merupakan saat paling manis dalam hidup ini. Pastinya ialah peristiwa itu menyenangkan dan menjadi antara beribu-ribu kisah yang ingin saya ingati ke hari ini.
Pertanyaan dari kakcik MD, semasa saya dipiko tu, “bobughak ko tidak?” jawapannya tidak. Kami bisu sepanjang perjalanan sambil menghalakan pandangan masing-masing ke hutan atau kebun getah sekeliling. Pengantin atau raja sehari mana boleh bobughak, kena jaga tertib.



Banyak sangat kenangan manis, bersama dia, namun saya selalu mengingati cara saya melamar isteri saya ketika itu.  Kami sekampung, ada kaitan saudara, bersekolah rendah bersama. Dia bijak. Saya walaupun agak bijak juga, tapi agak jahat.Kenduri kendara pasti bertemu. Dia amat lawa, manis, lembut dan cantik, ketika itu jadi perhatian remaja kampong. Saya walupun kurang macho masa tu, namun ‘kelincahan’ saya masa tu jadi perhatian dan jadi bualan. MCC pasti boleh mengesahkan tentang perkara tersebut.
Hubungan saya dan isteri saya biasa sahaja, dia melanjutkan pelajaran ke STF sesuai dengan kepandaian dia. Saya ke SMBK. Kami terpisah. Setiap kali cuti penggal dia kembali ke desa dan setiap kali dia pulang budak-budak muda remaja akan berkumpul di kedai runcit di hadapan rumah dia. Pendapatan tuan punya kedai iaitu Hj Kail Maaisin (Ayah YB Datuk Razi) pastinya meningkat setiap kali dia pulang bercuti sebab pelanggan yang terdiri daripada kaum belia bertambah. Papan main dam aji terpaksa ditambah untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Saya juga menyertai rakan-rakan sebaya, berlonggok di kedai tersebut, namun saya tidak memberikan sangat tumpuan kepada gadis sunti yang pulang bercuti di dalam rumah besar seberang jalan tersebut. Saya biasa sahaja. Bila rakan-rakan bersiul galak dari jauh, semua orang akan tahu bahawa ketika itu sang gadis muncul di jendela.Saya macam tak kisah saja. Saya pula bebas ke rumah gadis tersebut atas dasar hubungan keluarga.
Berhari-hari, berminggu-minggu dan akhirnya berbulan-bulan peristiwa mengurat itu berterusan dilakukan oleh rakan-rakan saya. Suatu hari dikala rakan-rakan sibuk dan riuh rendah dengan siulannya, saya ke rumah gadis di seberang kedai untuk membeli dua biji kelapa. Orang kampong semua tahu di situ banyak kelapa. Harga saya dengan harga orang lain berbeza, pertama kerana kami bersaudara, kedua saya dianggap dari keluarga miskin yang harus dibantu. Tidak manis menjual barang kepada keluarga miskin dengan harga yang mahal. Sementara menunggu kelapa di kupas saya dipelawa masuk ke dapur untuk minum petang. Ani gadis yang menjadi ‘rebutan’ remaja kampong melayan saya seadanya.
Saat tu saya merasakan sesuatu dalam hati saya, tidak jelas, namun saya menyedarinya. Terpandang wajahnya saya jadi tak tentu arah. Gelabah kata orang muda zaman ini. Saya tidak bermain dam lagi selepas itu, saya kerap termenung sendirian memikirkan apakah sebenarnya perasaan saya terhadap dia. Tidak ada kepastian selain daripada keinginan saya untuk selalu ke rumah besar itu dan membeli kelapa. Namun keperluan kelapa untuk keluarga saya ialah sebulan atau dua minggu sekali.
Hari-hari berikutnya perasaan tidak lagi tenteram apabila tidak menyertai rakan-rakan bermain dam aji di kedai Kail Maisin. Balik ke rumah hanya untuk seketika, selebihnya saya mulai merasa bahagia berkunjung ke kedai tersebut mengharapkan seseorang akan muncul di tingkap rumah besar di seberang jalan.
Tidak lama kemudian saya begitu pasti bahawa saya sudah jatuh hati kepadanya. Jika remaja lain asyik bersiul dan melambai, tindakan saya berbeza sekali. Beberapa hari selepas itu saya menemuinya tanpa ragu. Saya sudah tidak mampu lagi memendam rasa. Geteran di jiwa ini terlalu hebat. Saya mesti melakukan sesuatu dan saya tidak sanggup kehilangan dia. Dalam pertemuan singkat tersebut saya bagi tahu kepadanya "jangan benarkan sesiapapun memiliki hatimu, kerana ia milikku” Begitu pasti dan begitu yakin sekali pendekatan saya, macam satu arahan yang mesti dituruti. Seribu tahun lagi saya ingin terus mengingati kata-kata tersebut.
Tiada respon yang jelas ketika itu dan kami berpisah. Tiga hari kemudian kami bertemu lagi dan sambil menonton wayang di Sek Keb Sg Jelutong berjudul Si Pitung, saya memberitahunya bahawa dia mungkin tidak setuju dengan ‘lamaran’ saya. “Ani tak cakap” itulah tiga patah jawapan dia yang saya kira 200 peratus  mengesahkan yang dia bersetuju dengan lamaran saya. Malam itu sesungguhnya bermulalah detik-detik manis antara saya dan dia.


Bertahun-tahun kemudian ayat keramat saya itu tercatat di mana-mana, di dinding sekolah, di kulit buku, di belakang fail, di tempat duduk di Mima Land, di Pasir Putih Port Dickson malah di belakang tempat duduk Bas Foh Hup.


Biarkan beratus remaja terus bermain dam aji dan bersiul nakal di hadapan rumahnya dari pagi hingga ke dini hari, saya telahpun merasakan bahawa hatinya menjadi milik saya. Mulai saat itu juga saya menjadi seorang perindu yang setia....
Esoknya satu kepastian terjadi. Ani menerima lamaran saya dengan sepatah perkataan “Setuju” Masa itu saya merasakan seluruh dunia tersenyum kepada saya. Benar Kakcik, NSR n Bee, itu antara saat paling manis dalam hidup ini. Betapa gembiranya hati apabila berjaya memiliki sekeping hati gadis manis berwajah lembut yang menjadi idaman ramai, hanya Allah yang tahu. GHOBAH!!!!!!!. Selebihnya tinggal sejarah dan terlalu banyak untuk diceritakan. Mulai saat itu saya mencintainya sepenuh hati sehinggalah ke hari ini.


Beberapa tahun selepas itu, sebelum kami disatukan sebagai suami isteri, saya ada bertanya kepadanya, apakah yang membuatkan dia memberikan sekeping hatinya kepada saya seorang remaja miskin yang ditinggalkan oleh ayah dan serba kekuranagn, ringkas saja dia menjawab, "cara saya melamarnya.."


Kini dalam usia emas betapa saya ingin kembali ke saat itu, saat di mana sebagai remaja disayangi dan menyayangi. Saya sering menemuinya di dalam mimpi. Jika saya tidak menemuinya di dalam mimpi, saya sering membayangkan saat itu di dalam minda saya. Harapan hanya satu iaitu saya ingin terus mengulangi ayat di atas meskipun di dalam hati, "Jangan benarkan sesiapapun memiliki hatimu kerana ia milikku" 
Harap Dr Shidi berpuas hati kerana beliau pernah menyarankan, buatlah sedikit cerita jika kita memasukan gambar persandingan kita.
Jatuh cinta, suka duka, tawa ria dan air mata adalah teman orang bercinta. Jatuh cinta tidak mengira usia. Menyayangi, disayangi adalah keinginan atau naluri manusia semula jadi. Cinta milik setiap orang, jangan terkejut dalam usia emas ini ada rakan-rakan kita yang terus dilamun cinta, tidak kira uwan atau atuk. Buktinya Tahir menulis di fb nya hari ini begini:



Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati
Jika ada yang memusuhi cinta, tontonlah video Tunang Pak Dukun di wall Facebook saya. Lihatlah bagaimana bas Union menuruni jalan Bukit Putus yang berliku, pasti anda ingin mencintai dan dicintai kembali. Jangan Tanya saya kenapa? …Bersambung nanti…. Tunggulah.
JOKIDEN





Maso tu bosanding kono tunak boto-boto, mato tak leh liar macam sokaghang ni doh.


Monday, June 6, 2011

APA ADA PADA NAMA?

Nama merujuk kepada pengenalan identiti seseorang. Saya merujuk kepada nama murid saya dalam senarai kedatangan sekolah yang lahir antara tahun 1998 hingga tahun 2004. Tidak ada satupun nama yang sama seperti nama kita. Tidak ada nama Ismail, Sharif, Rashid, Rashidi, Alias, Nordin bagi nama lelaki. Dan tidak ada juga nama Latifah, Siti Shara,, Mariani, Normah, Halimah dan sepertinya bagi nama perempuan. Maknanya nama seperti yang kita miliki nampaknya akan pupus.

Nama-nama anak kita telah mengalami perubahan ketara. Nama sekarang dipengaruhi oleh nama artis. Antara nama murid saya yang ada nama ala artis ialah : Aliya Wahida, Asfa Shamimi, Nur Shalima Izzaty. Lelakinya pula antaranya : Mohd Ikhwan Hafitz, Mohd Ikmal Hisham. Nama MOHD, ABD sebelum bin dan awalan SITI, NOR sebelum binti yang memberikan makna nama itu masih ada unsur  islamiknya.

Apabila nama yang kita miliki sekarang pupus beruntunglah saya kerana nama saya masih disebut dalam Al-Quran. Begitu juga nama-nama seperti Isa, Ibrahim, Musa, Alias, Nuh, Adam dan Muhammad. Nama perempuan yang  yang kekal ialah Hajar, Sara, Maryam. Khadijah, Fatimah, Aishah.

Nama-nama yang kita miliki sekarang adalah nama glamour di zaman kita. Nama saya menurut  ayah saudara saya diberikan oleh ayah saya sebagai mengingati nama abang ipar ayah saya yang menjadi cikgu (Guru Besar)  di masa itu. Ayah saya sangat mengagumi abang iparnya dan mahu anaknya menjadi seperti abang iparnya itu. Ternyata harapan ayah saya dikabulkan.

Saya teringat nama-nama orang tua kampong saya yang telah pupus. Antaranya Ghitah, Husin Gompo, Haji Lahir dan isterinya Uwan Boyot, Uwan Sidang, Uwan Saelan,  Uwan Iyang, Atuk Poou. Uwan Chuteh,

Nama dulu juga ada gelaran berdasarkan asal usul orang itu. Contohnya Udin Sungai Buluh, Isa Kodah. Juga nama yang berkaitan dengan kerjaya orang berkenaan seperti Usop Pating dan Udin Teksi.

Saya belajar mengaji dengan orang kampong saya yang digelar Mail Sulo, Juga ada gelaran Mail Jonggong.

Kampong saya juga banyak yang berpenyakit psychiatric. Masa saya budak ada sorang yang sewel telah membawa balik daging kera yang ditembak orang dan bagi tau keluarganya daging kijang. Maka sekeluarga telah termakan daging itu dengan enaknya. Setelah diberitahu seluruh keluarga muntah belilah. Mungkin Sarip ingat siapa orang tu.

Juga yang agak glamour ialah Hasin Tukang, Anzah, Rasul, dan paling popular Kasin Tihah (idola NSR). Kasin Tihah ada hubungan keluarga dengan saya. Dia pernah berkahwin dengan kakak supupu saya. Saya tahu sejarahnya mengapa dia jadi tidak betul begitu. Hal yang sama terjadi kepada Amzah. Satu-satunya harta dia diambil oleh kerajaan untuk dijadikan Kem PUSAKO sekarang. Wang pampasan dituntut semua oleh abangnya. Jadilah Amzah terkontang kanting dan menyebabkan dia hilang ingatan.

Yang perempuan tidak berapa ramai. Cuma ada Sipah (akak Amzah) dan adik kepada Asin Tukang yang saya dah lupa namanya.

Pengajarannya : Adakah sapa-sapa antara kita yang akan hilang ingatan jika namanya pupus satu masa nanti?

MCC

Wednesday, June 1, 2011

KENANGAN YG BOLEH DIKONGSI - 2

Oghang tuo tu tersonyom dan tersongeh songeh keaghah kami.
Sapo lak oghang tuo ni…” pikir ese dalam ati.
“ Itu Haji Saghit tu. Atok pangge eh.”  Abah ese bagitau. Seolah olah dio tau tando tanyo dalam ati ese.
“Salam kang cium tangan dio yo..” Tambah pulak dek omak ese,  macam nada bobisik yo. Tompi ese dongar dan paham.
Kami bertomu. Masing masing ahli kami bersalaman dengan beliau.  Ese last sekali salam.
Dio tonung muko ese. Dio sonyum. Ese pun konolah sonyum.
“..ini Nasiruddin kan.” Tanyo Hj Saghit pada ese. Berdoghau darah ese di buek eh. Dalam ati ese toghus terlinteh, bahawo oghang tuo ni bukan sebaghangan doh. Mano pulak dio tau namo ese. Sobut namo yang dalam sughat beghanak lak tu.
“Iyo…” keteh ese.  Sambil menganguk kopalo. Seghontak dio memonggang kepalo ese yang tonggah bergoyang tu.
“Moh!, singgah dulu, lamo dah tak jumpo ni. Uwan kau ado kek eteh ghumah tu hah.” Ajak eh. Ese pandang abah ese.
“Moh laaah.. Kang maghah uwan kau, tu kang.” dosak Hj Saghit. Alasan..
Abah ese cakap berbisik kek Hj Saghit. Terdongar yo sesikit. Nampak eh macam abah ese cubo menolak pelawaan tu.  Antagho alasan eh ialah, balik jauh, masuk dalam utan, bowak lak budak budak, tambahlak laie takut aghi hujan.
Somuo alasan tu ese setuju. Makan kek akal. Bab aghi hujan tu yang mengocutkan bona poghut ese.  Ular, lipan, jongking, kolingkiak, somut gajah akan banyak keluar kek jalan nanti. Mano tau, kok nak goghuh. Tompi keteh abah ese dulu, kok bolun nak mati, jatuh pokok nio kopalo dulu pun tak mau deh mati doh.
Soghang oghang tuo pempuan meninjau keluar, di lompar ghumah limeh tu.
“Oii  weeh, singahlah duluuuu.” joghit oghang tuo tu.
“Tak kona laie ko, kek den ni..?” tambah eh laie.
Tak ado jawapan dari soalan tu. Kok nak jawap pun, tak terjawab doh. Soalan penamat. Takut datang pulak soalan lain. Ngato’an ‘dah sombong ko? dah kayo ko? Oghang tuo ese tak nak ambik risiko. Pelahan ese ngikut abah ese masuk ko kawasan ghumah godang tu, naik ke eteh.
Kami bersalaman pulak ngan oghang tuo tu.  Kojap tu dio masuk kedalam, diikuti kek akak ese tughus ke dapor.  Akak ese macam dah beso yo ese tengok’an. Tak lamo akak ese keluar menating air minam dan cawan dalam pantar ayan. Ado cengkodok pisang.  
Teh’o dituang. Disoghong’an kek kami.  Masing masing dapek satu. Lopeh tu uwan tadi keluar bowak pulak pisang dalam pinggan.  Oghang tua ese rancak bebughak. Ceghito eh macam macam. Ese dongar. Ado yang paham ado yang tidak. Lebih kughang lopeh 20 minit abah ese mintak diri. Kami dibokalkan sesikek pisang.
Cadang nak singgah lagi satu ghumah. Memang abah ese dah niat daghi awal nak singgah keghumah ni nanti.
Sapo tu mak.?” Tanyo ese sebaik sajo keluar pagar ghumah bosa yang dopan eh ado kobun  gotah tuo.
(semasa 1975 pokok gotah tuo tu dah tak ado laie. . dah ditanam ngan poko buah markisa. 1st time tengok buah markisa)  
Uwan Cacik namo eh. Oghang kito tu.” jawap omak ese.  Ese ontok yo. Nak tanyo apo laie. Pokok pangka eh pun tak tau. Ontok lobih baik.
Namo kau tu atok Saghit tu lah yang uboh tu.” Tambah eh lagi.
******************************
Kami menyusuri satu jalan dicolah colah pokok gotah tuo disobolah kanan jalan.
Nak poie mano pulak ni mak?” tanyo ese
“Poie singgah ghumah Atok Peet kau. Kito dah lalu ni hah, nyongok lah kojap”
Atok Peet iolah abang kek arwah uwan ese bolah omak. Maksud eh pak sedaro omak ese. Ese ponah jumpo dio, maso dio ziarah kek kampong. Tompi dio tak beghapo ghapat dengan family ese.  Abah ese ni punyo pesen lain sikit. Dio tak ondak oghang kato, dio ngajar anak anak kughang ajar. Apo laie sebolah omak ese. Mako tu dibowak eh kami ziarah kek situ.
Terkojut oghang tuo tu, bilo kami sampai. Dio sodang duduk kek pangkin dopan ghumah eh tu, sambe ngasah pisau gotah. Nampak eh macam lopeh mandi yo. Rambut eh basah laie. Beso lah tu, oghang jantan mandi gambut basah.  Lopeh motong. Kan ado apo apo doh.
Ditinggal’an kojo eh kek situ. Pisau gotah tadi dimasok’an dalam tin Dumex tompek colop air gasah pisau. Kaghang nyambung balik lah agak eh. Dia basoh kaki naik ke ghumah. Lalu menyomput kito naik. Uwan dari dalam ghumah keluar menebeng kek lompar.
Oii..oghang Bayai ghupo eh ah. Naik lah”
Tibo tibo datang seoghang pemudo. Mudo tak mudo lah. Lingkungan umor 30an. Agak eh. Dia datang dan bersalam ngan abah ese.
“Aaaah aaah aha ahhha aaaaa. Aaaa. Aaa.” keteh dio. Abah ese tak paham lalu naik ke ghumah. Ese pun tak paham lalu ngikut abah ese naik ke ghumah. Tak do respon. Dio ngadap pulah kek akak dan omak ese.
“apo bondo eh..” tanyo akak ese macam nada cakap ngan oghang pokak.
“Tah apo name eh Kota ni cakap tah” nyampuk pulak omak ese.
Uwan di lompar tu paham. Yolah oghang tingga sebumbong. Tontulah dio paham.
Dio ngajak kito makan samo samo.”
“Ah aah hahh aaaaa, aaa “ sambung Kota balik. Pueh hati eh sobab kito dah paham apo yang nak dikoba’an eh tadi. Mako tu dio cakap yang lain pulak. Aduyh..hai..apo laie nak dicakap eh ni.
“Dio kato, makan gulai jangek. Dio yang tolong layat jangek tu tadi.“ alih bahaso dek uwan tu.  Nampak gigi eh rongak bolah bawah.  Kota bercakap lagi sambil mengangguk lalu mengisyaratkan ibu jari eh togak ko eteh.
Uwan paham. Kali ni omak dan akak ese pun paham. Dan ese pun paham cakap dio kali ni.
“Ha ahh sodap. Yo laaah sodaaaap. Tau den tu.” omak  ese setuju dan paham apo cakap Kota.
Kami dihidangkan nasi gulai lomak jangek. Kami makan.
Sodap yo jangek ni ghupo eh. Kota, namo sebonar eh iolah Mokhtar.  Pangkat duo pupu kek ese. Omak eh dah meninggal dunia. Dio bisu dan pokak. Tapi keteh omak ese dio baik ati dan ghajin tompi kuek cembughu.
Lopeh makan kami toghuskan perjalanan. Sampai dihujung jalan simpang nak masuk jalan hutan, kami jumpa sebuah ghumah. Disebolah kiri. Legheng bukit. Soghang lelaki tua berumor sepaghuh abad sodang ngosok basika di muko tango. Abah ese toghus yo masok. Kami ngikut. Oghang tu menyambut kami dan memanggil oghang ghumah eh di seghambi…

SIKIT LAIE HAHHH……….SAMBUNG JUGAK LAH LAIN KALI. MINGGU DOPAN LAH PULAK.
SAMO SAMO KITO TUNGGU…ADAKAH KISAH ANAK DAGHO SUNTI KEK JEGHOJAK DAH BOSA MAIN PONDOK2  YO LAIE ..SAPO DEH..EH..
KOK ADO TUNGGU LAIN KALI…