GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, September 19, 2013

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN 
DARIPADA

PN SHARIFAH BINTI ABDULLAH
BUAT WARGA SMBK 69/74 
PADA

06 OKTOBER 2013

DI LOT 2612, KG. PARIT BULOH, 
AIR KUNING, 73200 GEMENCHEH.
NEGERI SEMBILAN. 

NO TEL:- 013-327 4086 (PN. SHARIFAH) 



Thursday, September 12, 2013

KISAH DARI FB RAKAN

Di sunting oleh Jokiden:
 
 
CERITA TENTANG SEDEKAH

KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

semoga menjadi pengajaran buat kita..selalulah bersedekah
 

Saturday, September 7, 2013

GAMBAR DI MAJLIS RESEPSI LAR MENERIMA MENANTU



DI RUMAH LAR, GREEN STREET HOME, SEREMBAN 2, 7 SEPTEMBER 2013.



"Ceeet, an tak kona kau.."
 
 
 

YDP Sekolah Sementa..
 
 
 

Pominat Pongorusi..
 
 
 

Duo pinggan solosai aghi ni..kih..kih..kih..
 
 
 

"Malam tadi sei tido bawah khemah.."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 

All the datins..
 
 
 
 
 
 
 

Sompek!!!!
 
 
 

Selamat pengantin baru, muga berkekalan sepanjang hayat.
 
 
 
 
 Totap primadona!!!!!!!!! dulu kini dan solamo ea
 
 
 

Sampai ko dapur ko?




Olah dah macam oghang Arab pulak aa..



Sendeng yo!!!!!! walaupun sikit..




Osah manih ea menantu LAR ni..



Macam Zaharin Zainal tu ngan Mona Turkiiiiii!!!!




Kakcik tu kalau tak sendeng tak bulih ko..??




Baghu motong 3 ekar gotah oghang... kok kobun sonighi tak macam manolah agak eh








CTN, Nab, Prof, Rashid. Macam kek Padang Golf yo..

 


Wednesday, September 4, 2013

ADAT PEPATIH DI NEGERI BERADAT



Adakah antara kita yang berbangga menjadi anak jati Negeri Sembilan. Negeri Sembilan negeri beradat yang unik di negara kita. Siapakah antara kita yang masih mengamalkan loghat Negeri Sembilan dalam perbualan sehaian? Siapakah antara kita yang masih mengetahui dalam sistem sukuan mana dia berada? Tahukah kita bagainama sistem sukuan tersebut ujud dan justifikasi keujudannya dalam masyarakat Negeri Sembilan?

Adakah anak-anak  kita tahu tentang kelazatan kuih buah sopang, kelopong, penganan dan kuih kesirat? Adakah kita masih berselera berlaukkan samba tempoyak daun kayu atau daging kobau salai masak lomak campur belimbing buluh? Masihkah isteri kita tahu resepi masakan samba ledok?

Janggalkah kita menyebut istilah/perkataan : nonggok, tang air, pencolek angek, lampu celait, calit api dan lain-lain? Betahkan kita menggunakan eden dan ekau dalam perbualan seharian atau lebih mudah lidah kita menuturkan kau dan aku?

Dalam semangat memberi sokongan kepada team bola sepak Negeri Sembilan yang kian merosot prestasinya sejak akhir-akhir ini apakah kita juga menggunakan istilah “Hoben Jang Hoben” seperti  yang dilakukan oleh media-media Malaysia? “Hoben Jang Joben” tidak ada dalam istilah loghat Negeri Sembilan samada ‘e’ nya e-pepet atau e-taling. Sebenarnya bukan “Hoben Jang Hoben” tetapi “Hobin Jang Hobin” Harap Datuk Jalil dari MSN dapat membuat sidang akhbar  membetulkan istilah ini dikalangan pengamal media.

Fahamkah kita kata perbilangan ini “
“ Raja beralam,
Undang berluak,
Penghulu berlingkungan,
Buapak beranak buah,
Anak buah hidup bersuku-suku”
Berapa suku ehh……?  Kalau tak tahu sila rujuk senikata lagu “Rembau Most Wanted”

Masihkah kita faham dan mengamalkan sebahagian adat asas Negeri Sembilan seperti upacara kerjan, melenggang perut, menjemput pusako, berkodin dan lain-lain. Menjemput/mengajak  dan berkampong dan kayu berakar dalam mengadakan kenduri kendara terutamanya mengadakan nikah kawin?

Semasa  mengahwinkan anak baru-baru ini penulis cuba mengamalkan menjemput dengan menggunakan sireh pinang  dalam bekas yang dibalut kain songket yang dinamakan bujam.

Reaksi yang penulis terima : Pertama kagum dan pertama kali melihat cara tersebut sama ada di kalangan orang luar atau orang Negeri Sembilan sendiri. Kedua : Ada yang menggelakan penulis dan menyangka itu tak dipraktikan lagi sekarang. Ketiga : Ada seorang rakan penulis berkata “ Apo ko gilo ea kau ni. Tak dibuek kek orang dah ni”

Begitulah nasib adat pepatih kita sekarang ini. Kian dilupakan dan tidak mustahil akan pupus jika pencinta dan pengamal adat di kalangan anak jati Negeri Sembilan tidak menghayatinya. Sekali ia pupus adalah mustahil ia boleh dihidupkan semula.

Kebanyakan kita telah berasimilasi dengan adat luar. Jika kita berkahwin dengan orang Johor misalnya kita akan terikut dengan adat Johor dan begitulah seterusnya. Jika dulu menjemput kenduri dengan kad adalah sesuatu yang mengaibkan dan selalunya orang yang dijemput tidak akan datang . Kini menjemput dengan kad telah menjadi amalan yang telah diterima pakai.Ada juga yang menulis jemputan di papan putih di surau dan masjid. Sejak kebelakangan ini pula menjemput melalui SMS, facebook atau blog menjadi pilihan . Walaupun mudah dan murah komen penulis ialah : kalau nak mudah janganlah terlalu mudah hingga mengenepikan adat istiadat kita zaman berzaman.

“Biar mati anak jangan mati adat” – Siapakah antara kita yang faham maknanya dan boleh berhujah untuk mempertahankannya dari momokan orang yang tidak beradat.?

Penulis adalah pencinta adat dan ingin melihat adat kita dipertahankan dan diamalkan selamanya. Tak beradat bermakna tak beradap. Tak beradap bermakna tiada adap. Tiada  adap bermakna biadab.

 MCC