Pertemuan di Glory Beach cukup bermakna. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana memberikan sekumpulan sahabat dan guru yang sangat bermakna dalam kehidupan ini. Pertemuan sesama kita sentiasa mengimbau kenangan lalu. Kenangan, walau pun seketika dahulu ada yang kita rasa pahit, tapi hari ini semuanya menjadi indah. Hameed, Hasnan, Norhashim, Kamaruddin, tak sangka dapat bertemu. Kenangan bersama sahabat-sahabat SMBK bagaikan satu terapi bagi diri saya. Saya menikmati keindahan, ketenangan, kegembiraan bila mengenang peristiwa lalu. Kenangan lalu memberi rasa kesyahduan, menjadikan diri ini terharu dan sayu malah jiwa berasa tenang menggambarkan telatah kelakuan para sahabat ketika bersekolah dulu.
Masih ingat Mr Ramu Naidu marah kerana perkataan ‘wet semenyet’ (nak eja pun susah) (wait seminit) dengan kata-kata ‘stupid,’ ‘idiot’ dan ‘bloody fool’nya. Masih ingat tawa unik Ramlah 'koceeek' (tak tahu nak eja).
Masih ingat seluruh kelas terpinga-pinga dengan ‘pronounciation’ Cikgu Geografi (nama dah lupa – rasanya Rubiah) bila menyebut ‘semi-desert’ (English) berbunyi ‘semai-desert’ (U.S).
Masih ingat lagi Mr. Tham Weng Hon yang memiliki Black Belt Karate hanya mampu menunjukkan tahi hidungnya bila terlalu marah dalam kelas.
Cikgu geografi Cikgu Sharif yang berjalan kembang dan garang yang sentiada memandang kita dengan mata buntangnya. ---huh--- ingatnya kita takut...tapi tak pun sebab 'size' dia kecik aje. Nak tengok muka Hameed pun dia terpaksa mendongak (sorry kene exagerate sikit) (Tak tahu mana Cikgu Sharif kini).
Guru Sastera (dah lupa nama) yang ‘pronoun’ puisi berbunyi –piuisi (di sebut pi-u-i-si).
Masa di Form One peristiwa Miss (walaupun dah kawin) Chang terselak ‘blouse’ nya masih mampu membuat diri ini ketawa.
Satu ketika Cik Gu Yusof Kassim (Pengetua sebelum HZR) marah dan menghempaskan majalah Life ke dalam tong sampah yang sedang dibaca oleh seorang guru ketika mengajar.
Mr. Gurcharan Singh tertidur dalam kelas selepas mendengar ‘Radio Lesson’.
Kelas dibatalkan sebab nak tengok Muhammad Ali bertinju.
Paper BM MCE terpaksa dibuat re-exam kerana soalan bocor.
Banjir besar jambatan Empangan Bangkong runtuh, murid terpaksa ikut jalan Kuala Pilah utuk ke sekolah.
Peristiwa amuk dipekan batu kikir....kisah sedih buat kawan kita Alias MD. Zain
Ada yang berpendapat kalau hisap ganja pada hari exam, pasti boleh skor ‘distinction’ sebab masa khayal itu akan dapat mengingat semua perkara yang kita belajar (hebatkan? Tapi tinggal ‘hypothese’s aje sebab tak ada ‘research’ yang membuktikan demikan).
Semasa Form Three, Mr. Lim Boon Chin dengan cebisan kain hitam yang dipinkan pada lengan bajunya (entah apa maksudnya), sentiasa serius mengajar. Kelas menjadi ‘tense’. Mengajar sejarah dari awal waktu asyik menulis nota sampai akhir waktu....’tension’...akhirnya saya membenci ‘History’. Walaupun masa Form Five Arwah Cikgu Mokhtar yang mengajar, tapi kebencian pada ‘History’ tak dapat dipulihkan.
Saya juga pernah rasa ‘boring’ dengan sahabat yang asyik ‘speaking’ aje. Kini baru tahu rupanya dia pernah berjiran dengan ‘Mat Salleh’ ...sorrylah sebab pernah menyampah...
Pernah jadi pengakap. Masih ingat arwah Cikhu Izhab.
Niat nak mencapai kecemerlangan memang ada. Masuk sukan daerah acara ‘high-jump.’ Tapi ditewaskan rakan satu sekolah...Iskandar Syah... tak tahulah Iskandar masih melompat atau tidak hari ini. Pernah masuk pertandingabn melukis peringkat daerah...ditewaskan oleh rakan sesekolah....Hasnan Md. Zain. Masuk pula Talentime peringkat daerah di TKS Kuala Pilah, tewas pula oleh rakan sesekolah...Rubiah Ahmad. Hantar pula cerpen untuk majalah, di tapis pula oleh rakan sekelas, Ismail Md. Isa, katanya mudah ...’tiada kualiti..’ Memang ‘chances’ saya nak jadi cemerlang masa sekolah tak kesampaian. Akhirnya saya sedar, I’m just a ‘moderate’. ‘Have to live with it’...sampai kini.
Itulah antara kenangan. Bila duduk keseorangan dan cuba-cuba mengingatkan semula, hati jadi tenang, sayu, terharu. Kenangan ini masih hidup sebab kita masih bersama. Terima kasih atas kebersamaan ini. Kepada sahabat yang ada pengkisahan kenangan lalu, tulislah.....hidup jadi indah dalam nostialgia ini.
Love you all....forever.......
Terima kasih.
Dr. Rashidi