GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, January 24, 2012

KENANGAN MENGUSIK JIWA...............

Assalam,

Sebelum bercerita panjang lebar disini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kwn2 yang dtg kemajlis reunion kita pd 22 Jan 2012 yg lalu.  Tajuk pd malam itu 'MALAM NOSTALGIA SMBK 69/74'.  Tajuk ini memang bermakna bagi kita yang telah bersama-sama pada malam itu, penghayatan dan pengisian program itu membuatkan kita semakin erat dan tidak ada lagi rasa segan silu seperti di zaman sekolah dahulu.  Kita saling sapa menyapa, bertanya khabar, bercerita, bergurau senda diantara satu sama lain seperti sanak saudara kita sendiri, yang mana dahulu (38 tahun yg lalu), kita tidaklah seakrab dan semesra begitu. Sungguh bermakna dan menggembirakan saya melihat kawan2 yg datang, segala gurauan dan kata2 yg kedengaran membuatkan saya terhibur dan merasai aura kekeluargaan.

Program pada malam itu di mulakan dengan kata2 aluan dr sdr Pengerusi majlis dan Sdr Pengerusi Penganjur.  Ucapan kedua mereka ini membuatkan kita tak kering gusi dibuatnya...... ada2 saja........Didahului juga dengan bacaan doa dari Sdr Hasnan Md Zin, yang mana pd malam itu beliau dikenali oleh Pengerusi sebagai Ustaz Hasnan, memang kena dengan gelaran tersebut. Beliau juga datang bersama buat kali pertama pada program ini.

Pada malam tersebut saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan kita seperti Datin Normah Ali, Puan Latifah Abd Rahman, Puan Zainab Idris, Sdr Mohd Kamaruddin yang turut memberi sumbangan pada majlis kita itu. Seperti Datin Normah dan Puan Latifah telah membawa hamper yg begitu banyak, Puan Zainab Idris memberi jambangan bunga kepada semua warga SMBK. Ibaratnya, bagaimana cantiknya, harumnya bunga2 tersebut begitulah hatinya terhadap kita semua, Terima kasih Nab kerana dtg juga walaupun esok u akan menjalani pembedahan. Saya doakan berjaya dan sembuh seperti sediakala. Merasai keenakan kuih 'Buah Sopang' sebagai buah tangan Sdr Mohd Kamaruddin, tak dapat di lahirkan oleh kita semua yg memakannya....rasanya takda yang makan hanya 1 tetapi 4 buah.  Memang sedap.......... ghaso mcm kek kampong pulak. Begitu juga kepada Ajk2 yang terlibat dlm program reunion kita kali ini, semuanya memberikan sumbangan, baik tenaga, idea  atau lain2. Kepada kawan2 yang lain terima kasih kerana semuanya membawa sumbangan hadiah setiap satu seorang bagi menjayakan program kita ini.

Majlis kita diiringi oleh 'Live Band' yang disediakan dan dikelolai oleh Prof Dr Ahmad Rashidi Hassan, beliau telah bekerja keras bagi menyusun atur persembahan pd malam itu, kesempurnaan program dan persembahan pada malam itu adalah dari kerja keras beliau bersama2 dengan ahli2 kumpulan band boys yang dibawanya bersama. Khabarnya beliau telah memulakan latihan yg keras sebelum persembahan tersebut.  Kami semua cukup terhibur.....Kami juga terhibur dengan persembahan kawan2 pada mlm tersebut. Mendengar dendangan dari sdr. Mohd Tahir, Razali Khamis, Iskandar , Salim, Md Shah, Primadona SMBK Puan Siti Hawa, Latifah A.Rahman, Prof Rashidi, juga Prof Rashidi membantu saya dalam menyumbang nyanyian pd malam itu, maklumlah orang tak pandai menyanyi dopan kelayak ramai selalu nyanyi dlm dapur yo,  kalau karaoke tu takpelah sikit, ini dia nak bawak dlm live band......mula2 takut tak confident boleh nyanyi ke tidak.....ghupo2 ee baru saya tau sei pandai nyanyi, bab  sodap tak sodap suara ontah lah, kalau sei nyanyi laie, silap2 Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza tak dapek cari mkn laie do.

Kehadiran Bekas Pengetua dan Timbalan Pengetua memeriahkan lagi suasana, biasalah Pengetua sanggup menunggu sehingga ke penghujung program. Semasa saya berbual denga kedua mereka, jelas terbayang diwajah  beliau amat gembira yang mereka  menjadi tetamu kehormat kita pd malam itu. Seolah2 kita berbual antara seorang anak dengan ayah, adik dengan abang, dan seolah seperti mereka itu menjadi kawan2 pula. Keikhlasan dan keseronokan jelas terbayang diwajah mereka , sambil menikmati hidangan dan gurau senda yang dibuat oleh rakan2 kita membuatkan mereka gembira dengan suasana.   Ucapan keramat yang di lahirkan oleh Kedua2 Pengetua dan Timb Pengetua kita itu amat menceriakan halua telinga, mereka juga mengimbau kisah2 semasa mereka bertugas sebagai tenaga pengajar di zaman persekolahan kita dulu, diakhiri dengan hilaian ketawa. Mereka jujur mengaku apa yang mereka lakukan dahulu, ada kawan2 kita yang kena rotan, ada yang kena lempang, tapi kita menerimanya dengan seadanya, dengan sikap merekalah kita berada  ditahap kita hari ini, tidak ada dendam walau sekelumit pun, dengan itu "MAAFKAN KAMI CIKGU" kami adalah anak2 nakal cikgu.  Kami juga amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada Cigu Sulaiman Kassim kerana sudi jugak datang walaupun dirumah beliau adik beradik dan sanak saudara berkumpul kenduri.

Kehadiran Puan Ramlah Hussin juga menggamatkan suasana kerana dengan keletahnya, beliau telah dijemput utk memberikan sepatah dua kata mengenai dirinya.  Satu perkara yg kita semua tahu, ramlah adalah ratu golak semasa persekolah dahulu (banyak togolak dari bocakap). Tak hairanlah bila dia naik ke pentas, kami semua dah togolak dahulu dari die, dia apa lagi, mukadimahnya adalah GOLAKKK dahulu baru berkata2. Beliau masih tak berubah walau pun dah 40 tahun tak berjumpa....

Kawan kita yang satu ini hadir setelah sekian lama tak berjumpa, iaitu Sdr Hamid Bawal,  beliau juga dipanggil untuk memberi pengkisahan diri nya, supaya kita dapat mengetahui kehidupannya sekarang ini.  Ya....beliau masih seperti dahulu,  dan beliau telah berjaya dalam kariernya...katanya  beliau tak pernah jumpa kekasih hati org Malaysia sebelum mendirikan rumahtangga, tetapi beliau telah berjumpa kekasih hatinya di Syria, maka beliau hidup aman damai dengan isterinya (orang Syria) hingga kehari ini, dan dikurnia dengan beberapa orang cahaya mata.....Dimalam itu, beliau telah membawa anak2 beliau, dan seorang dari anaknya yang kecil seumur 7th ke 8th kalau tak silap saya, telah membaca Al-Fatihah untuk acara bacaan al-Fatihah kepada arwah2 kwn2  dan ahli2 keluarga yang telah pergi. Meremang bulu roma saya mendengar bacaan beliau, sungguh syahdu dan terharu....hingga tak terkata........

Ibarat kata pd malam itu kami semua macam adik beradik, berkumpul dan bergembira bersama.

Hanya saya berasa sedih kepada kwn kita Sdr Ismail Md Isa tidak dapt dtg kerana isterinya tiba2 jatuh sakit dan berada di hospital. Beliau adalah pengacara bersama dengan Dato' Jalil.  Beliau juga telah menyediakan beberapa program/persembahan untuk dipersembahankan pada mlm itu. Tetapi apakan daya .....Kita merancang tetapi Allah yg menentukan......Sabarlah MCC.....

Disaat semua telah berpisah ada yang terus balik kerumah dan ada yang tidur di resort, saya dimaklumkan oleh Pengerusi Sdr Mohd Sharif Ahmad bahawa beliau akan balik meninggalkan kami di hotel kerana seorang bapa saudaranya telah meninggal dunia pada petang tersebut. Saya terpinga2.......Saya kagum dan terharu kerana melihat dia boleh bertahan menunggu sehingga habis program baru die meninggalkan kami dan menyerahkan tugas kepada saya dan Dato' Ab Jalil seterusnya. Al Fatihah........Amin......

Hanya setakat ini dulu, akan disambung lagi sekiranya ada masa dan idea.....

Sekian,

SSAK

8 comments:

  1. Assalam,

    Sesiapa yg mahukan CD gambar peristiwa MALAM NOSTALGIA REUNION SMBK69/74, sila beritahu saya atau Sdr Pengerusi untuk mendapatkannya dan tolong bagi alamat terbaharu - Harga utk CD tersebut melalui pos express RM20.00 dan bagi yg dekat ambil terus dr Pengerusi atau Setiausaha adalah RM15.00 sahaja.

    SSAK

    ReplyDelete
  2. Terima kasih SSAK kerana berjaya juga membuat catatan ini. Kalau boleh esok ese nak CD tu.

    Ese baghu balik daghi Serting Tongah aa.. Tahlil untuk arwah uncle ese. Sampai ghumah bukak blog dah ado catatan yang Sotiousoho buek... solosai kojo ese. Pagi tadi ese mintak bona SSAK buek sikit catatan tontang reunion kito tu supayo kengkawan yang poie dan yang tak poie dapek baco.."Tak panjang, pendek..you mesti tulih dalam blog.." ese cakap kek dio.

    Bilo ese baco tulisan beliau ese ghaso komplit lah dah tu... sumo dio sobut.. apopun ese nak tambah sikit-sikit aaa..

    Solaku Pongorusi syok sendiri, ese pueh ati dengan reunion kito kali koduo ini. Pertemuan penuh sopan santun antagho kito, maklumlah dah tuo-tuo bolako. Tutur kato, gurau sendo dan perwatakan sumo ea terkawal... sumo ea soleso..

    Ese nak ucapkan toghimo kasih banyak2 kek sumo, nak sobut satu-satu kang panjang bona komen ni. Dato' AJA macam taun lopeh, wp bidan toghojun tapi bobiso bona. Dio bijak mengawal dighi dio dan kito sumo.

    Yang paling ese teruja iolah bilo Hamid coghito dio dah boli Bently..Uuuuuumangai!!!! ese lamo dah ngidam keto tu.. Banyak yang Hamid posankan kek kito malam tu.. "Jgn tingga sembahyang, sosokali buek tahjjud, buek bisnes... isteri ese the most beautiful woman on earth, ontah apo sobab dio pilih ese yg kopalo botak, hitam logam, susah dulu tak somesti ea susah sampai aghi ni......" kato dio. Banyak laie lah yang dio sompek sobut, kok dato' J tak ado kek sobolah mau dio coloteh satu jam tu..Tq Hamid atas sumbangan. Dia kelihatan matang dalam usia separuh abad dan dia dikurniakan anak2 yang comel. "yang sulong baghu 15 tahun.." lambek botomu jodoh..

    Abih boghucap ese terus bagi tau isteri ese.. "bungo banyak tu..pastikan kito dapek satu, hamper tak dapek tak apo." Ese tau Enab yg bawak, sajo botanyo supayo oghang lain tau.. ese mmg ghoma bungo...Tq Nab n bang Zali.

    Maso makan ese nampak Roslan makan kuih buah sopang, "yang ni dulu..nasi komudian..nampak buah sopang toingat kek omak den.." kato dio, ese pongorusi totanyo2 gilo ko hotel ni sodiokan buah sopang. Ese pun toingat kek uwan serak tapi dio baghu yo balik..tak ado joki nak makan kuih sopang tu.

    Sokali laie ese bobisik kek tolingo isteri ese.."ado buah sopang tu.. poie amik copek, kang kok abih.." ese boghi tau dio. "mano ado puding dan tombikai adolah.." kato bini ese.. "ado, poielah caghi kek mejo yang satu laie tu.." lamo-lamo bilo isteri ese terus makan dan bangun, ese ghisau dah..kuih sopang kok abih.. ese panggil budak pelayan tu.."poie amik kuih sopang bawak sini..." ese mintak.. dio macam tak faham, takkan ese nak botompik plak.. dio poie lopeh tu dio datang bawak air basuh tangan dalam bokeh yang cantik.."buek apo bawak air ni..?" ese tanyo.. "Tadi kan en mintak.." la ese mintak uih sopang dio bawak air basuh tangan...

    Comeh ese sikit ese pun poie amik sendiri kuih tu... makan, sodap, siap bagi isteri sokali.. lopeh tu baghu tau Mohd Kamaruddin yang bawak.. toghimo kasih Din, you memang pandai membuek sesuatu yang mongojutkan..tapi berkesan.. sok bawak laie dalam dan awal2 laie asingkan untuk ese.

    Tq pado tok lombago sobab dio nyanyi malam tu..bulih kotopi kotongah, sughuh jadi imam dio jadi imam, sughuh nyanyi dio nyanyi.. kok dek oghang lain tak sodap, dek ese nak moyang ea sodap dio nyanyi. Begitu jugak ngan Salim, kok lintang pukang senikato ea, melodi ea totap sodap didengar. Tambahan dio nyanyi khas atas pomintaan ese..

    Yang lain2 ese akan komen komudian..

    Jokiden

    ReplyDelete
  3. Ese pun nak ambik kesempatan disini nk ucap trimo kasih kek LAR kerana sumbangan dio pada reunion kito malam tu. Hadiah berupa beg (keghopai kete omak se maghin...)bukan satu tapi 7 'keghopai' yang berisi pelbagai jenis choklat..n kueh..ese pun dapek 1beg dari cabutan bertuah kita tu, choklat tu memang kegemaran se dan anak se..beghio kami makan, 'makan choklat sampai tk nampak oghang belakang' kete suami se...memang iyo..memang ese tk pelawo dio sobb dio selalunya tk suka choklat n cake..macamano pun se ulur yo sebijik choklat ferrero rocher tu sobiji..dimakan e plak..Ese sughuh anak se keluarkan semuo choklat tu dan simpan 'keropai' tu...'keropai' tu apa ma..kete anak se....tak kona dek budak sekarang ni keropai do kalau kita sendiri tk bagi tau..'Keghopai tu bulih ma buek isi tolokong bawak kosughau' kete se...baghulah de paham.

    Cuma satu yang ese tekilan, tk dapek jumpo sahabat baik se Ruby Ahmad yang bolom yo ado kesempatan untuk datang kereunion kito..teringin nk tengok dio nyanyi...(untuk pengetahuan dio memang seorang penyanyi yang samo standard dengan penyanyi Salamiah Hassan, bersuara lantang dan merdu..) hanya bakatnya tk dikembangkan kerana patuh pada suami.

    Walau macamanapun terima kasih banyak pada primadona Zainab Idris, LAR n Hamid Bawal 'the millionaire' yang beri banyak sumbangan pada majlis kita, pada majlis mlm tu ese ambil kesempatan bergambar dengan En Hamid Bawal yang humble n very down to earth. Dlm ucapan ice breakernya mlm tu sempat dia menceritakan rahsia kejayaannya selain dari kerja keras, tk lupa amalan dan doa pada yang Esa, serta sepotong ayat alquran yang menjadi amalannya setiap hari.

    TQ Jokiden yang carikan parking untuk ese (walaupun tompek parking OKU..kihkih)Ese called Jokiden sbb dh ponek pusing keliling cari parking di resort tu. TK juga pada Shara, Prof. Shidi n Jokiden kerana usaha keras anda untuk menjayakan majlis reunion kita...Takziah pada Jokiden n keluarga atas kepulangan pk sedaro dio ke rahmatullah, berkorban untuk menjayakan majlis,balik kampung hanya setelah majlis over TQ Jokiden, semoga roh pak sedagho you dicucuri rahmat n semoga persahabatan kita semua kekal hingga keakhirnya...MD

    ReplyDelete
  4. Friends,
    Thank you for memorable reunion. Thank you for being there, together as one, sharing the memories, nostalgia and friendship. Thank you Hj. Zain and Cikgu Sulaiman for being with us. Both of you made the night meaningful. Hasnan, thank you for your presence, unfortunately, I'm busy with the show, no time to chat. Keep in touch.

    Thank you for those who had participated in the show. That's the best my boys could do. Its very nice to have sporting and understanding friends like Tahir, Md Shah, Iskandar, Salim, Razalli (sorry for the technical problem), Siti Shara, Latifah Jamal, Siti Hawa and all those who participated. Your simple, without preparation presentation really entertained that night. But the most memorable was the singing together 'Don't Forget to Remember'. The song speaks. Friends, everybody don't forget to remember everybody.

    May this program goes on and on.
    Love you all. Don't Forget to Remeber Me.

    Loving forever,

    Dr. Rashidi

    ReplyDelete
  5. Yes proff, kok onam oghang pun sok Insyaallah kito toghusan yo reunion ni...hahaha.. patutlah band you dapat no 1, memang hebat persembahan dia org tu.. bagi 2 tahun laie, mereka akan dewasa dan boleh jadi terkenal....

    Jokiden

    ReplyDelete
  6. Assalam,

    Sei lupo Prof Dr Rashidi, sampaikan Prof ucapan Tkasih dan tahniah kpd band boys, mereka hebat dan menjayakan persembahan kami pd mlm itu.....acik nak nyanyi lagiiiiiiiii......hehehe

    SSAK

    ReplyDelete
  7. Shara and Sharif,
    Thanks for everything. Its very nice to have people like you around. Without both of you I'm sure we couldn't have met or couldn't have the idea of the reunion at all. Same goes to Jalil, Iskandar and Abang Mail. Thank you for everything.

    Shidi

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam,
      Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kpd AJK dan rakan2 semua yg telah berjaya mengadakan reunion kali kedua 2012..walaupun saya tidak dpt bersama tetapi drpd cerita kwn2 tentang mlm tersebut membuatkan saya rasa seronok dan gembira seolah2 saya berada d sana bersama....
      Sekali lg syabas buat semua dan saya merayu agar shara dan sharif jgnlah letak jawatan...apa2 kesulitan yg d hadapi, anggaplah ianya satu cabaran yg membuahkan kejayaan yg memberi satu kepuasan yg tak ternilai dgn wang ringgit..CTN

      Delete