GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, November 1, 2012

BERTEMU KEMBALI DI REUNION SMBK69/74 KALI KE 3

AsSalam,

Saya agak lama juga tidak menulis disini kerana kesibukan dan kesuntukan masa......maka idea pun hilang begitu saja, tetapi pada kali ini saya bukan nak bercerita tetapi saya akan membuat pengumuman mengenai sambutan REUNION SMBK69/74 KALI KE-3.

Perjumpaan kita ini telah diputuskan oleh PENGERUSI dan AJK2 dalam mesyuarat pada 30 Oktober 2012 yang lalu, bahawa reunion pada kali ini akan diadakan di HOTEL STAR REGENCY CAMERON HIGHLANDS pada 26 Januari 2013.

Keputusan juga telah dibuat bahawa penyertaan AHLI dan KELUARGA di alu2kan untuk menjayakan program kita ini. Mengenai bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00 bagi seorang (bagi umur 12thn keatas, bawah 12thn adalah percuma).  Bayaran sebanyak RM50 ini adalah merangkumi perbelanjaan tempat penginapan, makan malam pd 26 Januari 2013 dan minum pagi pada 27 Januari 2013 serta hamper dan cenderahati dll.  Pada kali ini pihak sekretariat akan menguruskan hamper2, sagu hati dan cenderahati.  Oleh itu warga SMBK tidak payah untuk membawa hamper atau sebagainya seperti yang di reunion kita yang pertama dan kedua dahulu.  Kami juga tidak menghalang sekiranya ada diantara ahli-ahli yang ingin menyumbang dalam program ini. Hanya kami mohon memaklumkan segera kepada Pengerusi dan AJK secepat mungkin.

Dengan itu pihak kami sangat-sangatlah memohon kerjasama warga SMBK untuk memberitahu jumlah kehadiran dan nama-nama sekali  kepada Setiausaha atau Pengerusi atau AJK2 dengan kadar segera kerana adalah bertujuan memudahkan urusan pihak sekretariat dalam urusan-urusan program ini, terutama urusan-urusan hotel (penginapan dan makan malam dan sarapan pagi dll).

Pihak kami cuba sedaya upaya menjayakan program kita nanti bersama-sama dengan tetamu kehormat iaitu Bekas Pengetua dan beberapa bekas guru-guru kita dahulu. 


Semuga Ahli atau Warga SMBK boleh berurusan dengan pihak kami seperti dibawah:-

Pengerusi                               : Sdr Mohd Sharif Ahmad       -  0122345889
Tim. Pengerusi                      :  Sdr Iskandar Shah Suak        -  0193817752
Setiausaha                             :  Puan Siti Shara A.Kadir        -  0133563911
Bendahari                              :  Puan Latifah Abd Rahman    -  0173378707/0192450098

 AJK-AJK Kehormat             : Dato' Abd Jalil Abdullah       ) - 0193207818
                                                                                                ) pengacara (MC) bersama.                 
                                               : Sdr Ismail Md Isa                  ) - 0196664790


                                               : Prof. Rashidi Hassan             )  - 0176585475
                                                                                               ) Pengurus Persembahan bersama
                                               : Sdr Mohd Rashid Yahya       )  -  0162630100

                                               : Tn Hj Alias Md Zin               ) Protokol  - 0129310830

                                               : Datin Normah Ali                  ) Pengurus hamper - 0133988774

                                               : Puan Rubiah Yusof                ) 0133913397
                                               :  Puan Mariani Duaji              ) Pembantu Setiausaha - 0133041387
                                               :  Puan Azimah Othman          )  0199474781  

Segala pembayaran hendaklah dimajukan kepada BENDAHARI iaitu seperti berikut:-
                     
                                     Akaun No.     MAYBANK 112156210323
                                     Penama:         LATIFAH ABD RAHMAN

Sekiranya pembayaran telah dibuat, sila beritahu kepada Bendahari/Setiausaha jumlah semuanya melalui telefon yang tertera bersama diatas.

TINDAKAN SEMUA WARGA SMBK 69/74.

SILA BERITAHU JUMLAH PENYERTAAN KEPADA SETIAUSAHA DENGAN KADAR SEGERA. TKASIH.

 Setiausaha:    SSAK
                             

No comments:

Post a Comment