“Dah tak larat sangat dah ni… ni nak cuba tido.
Nanti kalau ok dan dah bngn ajukuu sms abg…. Kalau ajukuu tak sms ajukuu dah
tak bngn mgkn sampai esok. Abg jgn risau pulak. Hp ni ajukuu silentkan. Abg jgn risau ok”
Itu
sms yang aku terima selepas maghrib tadi. Menyesal aku yang se akan memaksa dia
datang. Dia dah kata nak demam tapi aku mintak juga dia datang sekejap. Menyesal atas sikapku
aku minta dia balik dan berehat tapi dia enggan.
“Ajukuu
sayang abang sebab itu ajukuu datang” katanya dalam senyuman meleret yang hambar tetapi tetap
manis.
Seperti
setiap hari kami lepak-lepak sambil minum dan menjamah makanan sekadarnya
bertukar lokasi setiap petang. Tadi kami memilih restoran tomyam terkenal. Rutin harian ini akan menjimatkan kos makan
malamnya.
Ajukuu
nampak keletihan. Dia memesan nasi goreng ikan masin kegemarannya dengan nescafe
ais sementara aku memesan dua ekor puyuh goreng pedas untuk diratah.
Aku
amati setiap sudu suapannya. Ternyata
ajukuu lemah. Kunyahnya perlahan. Aku sentuh lengannya. Terasa sedikit bahang
panas. Sungguh ajukuu demam.
Lepas
makan aku hantar ajukuu ke tempat dia parking keretanya tadi. Dia enggan keluar
dan kami terus berbual seperti selalunya. Ajukuu mengengam tanganku erat. Haba
panas tangannya menjalar ke tanganku.
“Baliklah
berehat..” pujukku. Dia mencium tanganku
lembut. Terasa panas juga nafasnya. Dia
menghulurkan pipinya untuk ku sentuh lembut kemudian perlahan membuka pintu
kereta.
Ku
perhatikan setiap langkah ajukuu ke keretanya sehingga kereta wira itu hilang
dari pandanganku.
Esok
dan lusa aku tidak dapat berjumpa ajukuu seperti biasa. Betapa rindu akan menyentuh pintu hatiku. Aku
harap pagi esok sebelum bangun tidur ajukuu
akan menghantar sms.
Ajukuu.. lenalah tidurmu malam ini. Mimpilah yang
indah-indah. Moga esok ajukuu bangun
dengan kesegaran.
[
Dari mindaku. Tiada kaitan di dunia
nyata ]
MCC
Kita hayati nukilan bang MCC ni, lama-lama nanti kita akan faham jua.. Siang tadi sewaktu bertemu dengan beliau di Res Ruang Damai Sikamat, saya dapati bang MCC ceria dan bersemangat apabila membicarakan tentang perjalanan Koperasi SMBK.
ReplyDeletePada malam ini juga untuk tujuan rekod, saya catatkan di sini, melalui mesj berkumpulan whatsapp SMBK, kita terima bahawa seorang rakan SMBK kita iaitu Sdr Abdul Rahim Bador telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Semuga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang solih.. aminn.
Ajuuku tu memang wujud, seorang wanita, seorang isteri yg menjalinkan hubungan sulit dgn seorang lelaki yg bergelar suami......dunia akhir zaman atau trend masa kini suami org berkasih dgn isteri orang...trend org tua2
ReplyDelete