GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, January 18, 2016

LAMA MENYEPI



Assalamualaikum wbt kawan-kawan,


Lama betul saya tidak menulis di blog kita ini hinggakan saya terlupa email dan pw nya. Mujurlah Pn Setiausaha ada menyimpan rekod untuk log in. Banyak sebab. In shaa Allah selepas ini blog ini akan kembali aktif..


Sebenarnya tahun 2015 banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian saya keluarga dan juga rakan-rakan. Banyak peristiwa yang berlaku dan kita sebagai insan kerdil ada kalanya tertewas dengan dugaan yang mendatang.


                                                                             
Bersama Suli B dan Bang Ali.




Bukan hendak bermula dengan berita kesedihan, namun sekadar untuk ingatan abadi, pada hari Selasa 12 Januari 2016 seorang rakan karib kita telah pergi menemui Penciptanya, meninggalkan kita serta kelurganya untuk selama-lamanya. Alfatihah untuk roh sahabat kita Dr Zaharuddin Zainal yang dikatakan terkena serangan jantung ketika sedang berurusan di bank. Semoga rohnya tenang di sana.


Kegilaan dunia whatsaap sedikit sebanyak menjauhkan orang dari dunia blog sejak mutakhir ini. Namun perkongsian melalui medium blog ini sebenarnya masih relevan dan datanya boleh disimpan dengan lebih lama.


Setakat ini dulu dan seperti yang saya nyatakan di atas in shaa Allah blog ini akan kembali aktif dengan paparan banyak peristiwa. Para pelayar yang ingin membuat komen dipersilakan namun mungkin ada sedikit kesukaran. Tidak mengapa segala komen boleh dihantar terus ke group whatsaap kita yang sentiasa aktif kini.




Jokiden.


No comments:

Post a Comment