GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, September 27, 2011

JAMUAN HARIRAYA..................

AsSalam,


Masih tak terlewat lg rasanya utk saya ucapkan selamat Hariraya Aidilfitri kpd kwn2 dan sesiapa aje yg mengenali saya walaupun syawal sudah sampai penghujungnya.  Semuga kita semua sempat lg bertemu di Hariraya pada tahun akan dtg.....

Jamuan hariraya masih juga dibuat hari demi hari sepanjang syawal ini.  Nampaknya tak kira lg cuti ke, hujung minggu ke, hari2 bekerja ke, jamuan tetap dilangsung demi meraikan syawal bersama sanak saudara, kwn2 dan jiran tetangga.  Alhamdullilah........

Saya berbangga sepanjang syawal ini saya sentiasa dijemput utk menghadiri jamuan raya...ada yg sempat dan ada yg TAK sempat saya hadiri.

Perjumpaan atau jamuan hariraya warga SMBK telah juga diadakan, ada juga dikalangan kita yg dtg dan ada juga yg tak sempat hadir pada hari tersebut.

Apa yg saya nak sampaikan atau ceritakan ialah menikmati suasana setiap perjumpaan itu saya rasakan terlalu istimewa dan bertambah eratnya silaratulrahim antara satu sama lain.  Bukan makan yg diutamakan atau dipentingkan tetapi pertemuan dan ziarah menziarah itu yg amat berkesan samada antara sanak saudara, jiran2, rakan2 dan sahabat handai.  Oleh itu walaupun saya sentiasa kesuntukan masa utk bersama, maklumlah sehari 3-4 jemputan nak dihadiri, tetapi saya cuba sedaya upaya utk menghadirinya supaya tuan rumah tidak berkecil hati.

Untuk saya ceritakan disini, bahawa saya amat berbesar hati dan berbangga terhadap kwn kita Mohd Tahir Kassim dan isteri sudi dtg kerumah saya walaupun masa agak lewat mlm, semasa saya dan Tn Pengerusi menjemput sebilangan AJK pd Mesy.Perjumpaan HariRaya yg lalu.  Di mlm tersebut sdr Tahir bukanlah salah seorang dr AJK kita tetapi saya menjemput sebilangan kwn2 dipersekitaran Sban juga utk menghadiri mesy tersebut sambil menikmati sedikit jamuan Hariraya, sambil mesy sambil bersantai2 dirumah saya. Saya menelefon beliau ketika itu jam sudah pukul 8.30 mlm menjemput beliau utk dtg ke Sban, hanya satu perkataan dr beliau, iaitu pertanyaan beliau (SOMPEK KO I DTG???...katanya, jwpan saya kalau dtg kami semua akan menunggu beliau....satu  patah perkataan dr beliau...OK!!!!! Apa dibenak saya ketika itu tak mungkin dia dtg terlalu jauh rasanya dr Klang ke Sban......Pukul 9.30 mlm terpacul beliau dan isteri didepan rumah saya....amat besarnya hati saya diatas kesungguhan beliau....I REALLY APRECIATE U TAHIR N WIFE....MUNCULNYA DIA...I LOST MY WORDS AS TN PENGERUSI ALWAYS SAID......ANYWAY TQ3.....

Pada jemputan kwn kita Zainab (Enab)saya baru je balik dr PD mengiringi jiran saya kenduri kawin anaknya, selepas selesai disana saya kembali kerumah bersiap2 terus kerumah Enab, dirumah Enab saya bertemu ramai kwn2 juga seperti Sdr Sarep dan isteri, Dato' Jalil n Datin Yusmah,Tahir n isteri,, Razali n isterin anak2, Hasidin n isteri, Azmah n suami, Zailah n anak2,Mariani n suami n anak,Datin Normah n Datok Rahman, Latifah n suami (LAR), Ramlah n suami, kata Enab Paksedaro/TL (Iskandar) dan Kamaruddin pun dtg tetapi saya tidak dpt bertemu beliau berdua.  Sungguh riuh rendah kami seketika bila bertemu,maklumlah mcm kenduri dirumah sendiri rasanya, sbb kami duduk berlungguk2 bercerita, mcm2 cerita, terbayang saya gurauan DJalil, Zali, Tahir juga Hasidin (mcm budak sekolah masing2 lagak ee) hehehe.......Sekiranya Paksedaro ado laie ghiuh keadaannya........Antara tajuk perbualan kami ialah mengimbau kisah lama alam persekolahan dulu2, nostalgia menjelma kembali. Malu pulak bila diingat2kan, akhirnya lambakkan ketawa yg berdekah-dekah dan bermcm lg cerita yg kedengaran.  Kalau diikutkan tak habis bercerita tapi apakan daya.............

Kami bersurai seorang demi seorang kerana mengejar waktu utk bersolat maghrib, saya dan Datin Normah menuju pula kejemputan Sdr Sarep di Section 4 Bangi.  Disini kami berkumpul sekali lg hingga kelarut mlm barulah kami bersurai.  Disini kami dpt menggondol hadiah dlm acara cabutan bertuah.   BERTUAH SUNGGUH.....pd Sdr Sarep ucapan ribuan terima kasih sekali lagi...

Menjelang malam selepas segalanya, berkata2 dlm hati bilo laie nak berjumpo semuanya kengkawan ni  -   jawapannya ado pd Tn Pengerusi  -- REUNION SEKALI LAGIIIIIIIIIIIIII.........................

Sekian, dah lamo tak posting apa2 berita.

Salam buat seketika kpd kwn2.  Semuga jumpa di lain nukilan dari saya.

SSAK

6 comments:

  1. Hah nama Rubiah n suami tak termasuk ni..maghah dio kang, susah payah dio dtg..hehehe..

    Apo yang SSAK coretkan mungkin itu yang kito sumo fikirkan..TQ so much..

    Next REUNION jgn ghisau ese tongah mencaghi tompek yang sosuai aa.. mughah makan minum, mughah tompek beradu, soleso, cantik pemandangan ea dan dokek..itulah kreteria ea..kok sapo2 yg ado cadangan silo kobaan kek sei..Kalau ikutkan ati ese minggu ni yo ese nak buek reunion ni aaa..

    Jokiden

    ReplyDelete
  2. As salam,

    Maaf kerana terlupo kwn kita Rubiah Yusof dan suaminya Encik Rosli dtg juga bersama, tetapi beliau agak kelewatan sedikit sampai di rumah Enab, hampir senja dia sampai, saya pun terjumpa dio di tepi jln kat umah Enab saja dimana dia memaklumkan utk ke Melaka selepas itu. Tn Pengerusi,..... maghah tak maghah deh do, tapi mungkin kocik ati yo sobab dilupokan.....maaf Bee bukan sengajo....lain kali kito jumpo....

    ReplyDelete
  3. Petang pertemuan dirumah Enab tu memang seronok n happy, ramai kengkawan yang datang, dapat berbual mesra. Suasana yang sibuk dan hiruk kerana tetamu Enab yang ramai tidak menghalang kita semua dari mencipta keriuhan kegembiraan sendiri..seolah olah majlis itu majlis kita, meraikan kita semua..Ramlah Husin yang baru pertama kali be'reunion' sangat teruja dengan pertemuan itu..suaranya yang halus dan lantang itu menambah keriuhan apabila pantas meneka nama kawan kawan yang baru ditemu..dan setiap kali itulah tawanya melambak bila tekaannya betul..Dt. J mudah saja dapat mengenali Ramlah, kerana Ramlah tk banyak berubah, rupanya, suaranya lansung tidak nampak berbeza dari dulu..dan Molah tetap mesra macam dulu..LAR, CT Shara, Azimah, Rubiah Yusof, Zailah, Rokiah, Hasidin, Tahir, Razali Khamis dan Datin Normah..semuanya diteka oleh Molah dengan betul.. 'Olah suko boto malam ni dapek jumpo kengkawan..'kata Molah pada saya, semua kengkawan nampak enjoy di majlis Enab tu..TQ Nab..majlis U mempertemukan kita semua lagi.. selepas itu kita berangkat pula kemajlis ramah mesra Jokiden...MD

    ReplyDelete
  4. Hidangan rumah SSAK selalunya membuka selera saya. Saya tak akan miss ke rumah anda kerana saya hubungan peribadi dengan anak dan menantu SSAK. Saya nak ingatkan SSAK belum pernah lagi ke rumah saya yang tidak sepertinya ini. Saya juga bercadang nak buat gathering with the nearby friends. Tungu masa yang sesuai.
    MCC

    ReplyDelete
  5. Hidangan rumah SSAK selalunya membuka selera saya. Saya tak akan miss ke rumah anda kerana saya hubungan peribadi dengan anak dan menantu SSAK. Saya nak ingatkan SSAK belum pernah lagi ke rumah saya yang tidak sepertinya ini. Saya juga bercadang nak buat gathering with the nearby friends. Tungu masa yang sesuai.
    MCC

    ReplyDelete
  6. AsSalam,

    Tkasih pd Bang MCC akan pujian anda, saya memang teruja juga nak ke teratak anda, tapi belum sampai soghuuu...elok jugaklah klu anda buat gathering bulihlah sei dtg ngan kwn2 yg lain, ghamai yg tinggal dipersekitaran seremban ni...buleh dtg ghaso ee.......

    ReplyDelete