GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, January 22, 2013

MENJELANG REUNION SMBK KALI KE 3

Oleh:

Jokiden, Seremban.

 



  Photo: Toduduk SSAK tengok hamper kocik bona.. Tapi dlm tu vaccum cleaner dan penapis air tu..mahal. Tokey hamper sonyum yo. Tq Datin Siti Shara A Kadir Normah Ali Latifah Abd Rahman
SSAK toduduk kek Mega Mall.. lotih dan konyang.. kih..kih..kih..

MALAM SETIA ERAT BERSAMA SMBK 69-74
 
Assalamualaikum WBT kengkawan semua,
 
Tiga hari lagi Insya Allah kita akan bersama dan bertemu semula dalam Reunion kita kali yang ketiga. Rasanya sudah tidak sabar lagi ni. Melihat komen-komen di fb malam ini ternyata rakan-rakan amat teruja. Masing-masing dah siap dengan baju berwarna pink, purple dan merah hati.
 
Tema ni saya yang cadangkan dan dipersetujui oleh semua AJK. Sementara Tajuk "Malam Setia, Erat Bersama" dicadangkan oleh MCC dan kita bersetuju. Kain rentang siap akan menyambut kehadiran rakan kelak..
 
Oleh kerana perancangan ini kita buat sudah agak lama, maka ianya berjalan agak lancar. Saya berasa sayu benar dengan sokongan rakan-rakan. Buktinya lebih 200 orang keluarga kita akan berkumpul di sana nanti. Ternyatalah.. jauh bukan halangan untuk kita.
 
Tugasan AJK tidaklah berat sangat sebenarnya, tambahan apabila ramai yang memberikan sokongan moral dan buah fikiran. Lalu yang berat menjadi ringan. Cuma saat-saat akhir kami agak sibuk sikit, maklumlah untuk mebereskan apa yang elum beres.
 
Kami AJK juga daripada pemerhatian saya mendapat sokongan moral daripada pasangan masing-masing. Ini memudahkan lagi urusan kami.
 
Komitmen warga SMBK mengharukan kami. Seperti yang pernah saya sebut Hawa dan Hasidin antara awal memasukkan duit ke akaun LAR. Begitu juga dengan CTN dan Ruby Ahmad. Apabila rakan-rakan menyumbang tanpa banyak cerita, kami semakin teruja dan bersemangat.
 
  Photo: At Royale Bintang
Handa Setiusaha... buek pembahagian bilikpun kek Hotel 5 Bintang..
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada Usahawan berjaya kita iaitu Sdr Hameed Bawal. Sumbangan kewangan dari beliau amat siknifikan melebihi sumbangan beliau untuk kali kedua di Glory Beach Resort dulu. Mari kita doakan agar beliau akan terus berjaya.

Kepada Datin Normah Ali, anda memang hebat.. saya minta 5 buah hamper yo untuk cabutan bertuah, namun sebab rasa kasih sayangnya kepada kita dia usahakan lebih dari itu dan Insya Allah kita akan dapat seorang satu. Tq my dear Datin. I'cant find the perfect words to say it here what I have in mind, lost my words lah. Anyway,love you always.. hahaha.. 
 
Tadi kami menghubungi Siti Hawa, biasalah dia tidak mahu berhenti bercakap.. "ala.. awo nak berkonvoi aa.. nak seronok aa.." antara katanya. "Tunggulah kek Restoren Jejantas Sg Buluh sebelum jam 9.00 pagi 26 hb. Rakan-rakan akan diberikan sticker oleh TL dan MCC kelaksupaya semua pengguna Lebuh Raya hari tersebut nampak warga SMBK sedang berkonvoi. Muga-muga pengguna lebuh raya memberi laluan kepada kita kelak.
 
Yang datang dari Utara seperti Halim Gumpal, Wahab, Ruby dan CTN, calling2 lah dan  boleh menyertai konvoi dari Simpang Pulai.
 
Terima kasih saya khusus kepada SSAK dan LAR yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dalam setiap urusan. Kepada MCC, Rashid dan Yusri, sumbangan kalian amat bermakna dan tiada galang gantinya. Rakan-rakan akan dapat menyaksikan sesuatu yang lain pada kali ini.  Kalian sesungguhnya 'bukan syok sendiri' Yakinlah kita melakukan sesuatu yang baik, iaitu merapatkan sliturrahim yang telah renggang sejak sekian lama.
 
  
Md Shah bersama MB di Rantau 31/01/13. Di sebelah ialah Isteri Cikgu Zainal Idris. 
 
Seperti yang dijanjikan mari kita tatapi chating rakan2 di fb sebentar tadi.
 
Minta maaf tak dapat sertai reunion kali ini kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah lain kali kalau tak ada halangan akan sertai.
Like · · · Yesterday at 12:40pm
 
 
 
 
 

16 comments:

  1. YaAllah...lagi tigo aghi...napo lak an nervous niehh

    ReplyDelete
  2. Hahaha..Ruby dah nervous nak jumpo Rashid. Sei ingatlah kan kok Rashid ni boduet ngan Ruby mau tak bokolit mato Zureda dan Rohana Jalil sok ni.

    Jokiden.

    ReplyDelete
  3. Sapo lah den nieh...monumpang kaseh kek SMBK chewahhh..

    ReplyDelete
  4. Nab, maso sekolah dulu tak ado pun yang ghaso pandai. Sei ni memang kono bangangkan yo dek Cikgu-cikgu. Pemaleh pulak. Asyik main yo. Yang den ingat kau laii pandai pado den. Ese from 3 masuk kelas 3C. Satu kelas samo Udin Dollah. Ontah camno kono pindah ke 3B. Samko mo Salim, Hasnan. Ynag best ngaja cikgu Cino yang pakai skrt pendek yang suko duduk ateh mejo tu.....heheheh.

    ReplyDelete
  5. Hari dah dokek ni ha....harap-harap jangan la ado pelawat foreigner nak datang melawat. Poning ngengkoihan ee. Ghaso ee nek bukan main syok. Nak jumpo kengkawan lamo. Rubiah Ahmad.....weee yai...lamo ee tak jumpo. Halim Gumpal..... Kalau Ramu ado sok kito kono an dio lak. 'You idiot...bloody fool' you hooligans....' Sarep jawab 'Sir wait semenyet'...... Shidi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kok ado oghang alien datang sok, bawak yo dio melawat ke Cameron Highland tu..

      Delete
  6. Wait seminit lah Ruby... Yang bagu potamo kali sok konolah naik ateh pentas, coghito sikit sebanyak, tomuramah ngan MCC, lopeh tu kok nak nyanyi bulihlah. Yang dah ponah datang tak yah laie coghito do.. Oghang kampung sumo dah tau.. hahaha.. Tak soba dah ni nak nunggu kengkawan datang.

    ReplyDelete
  7. What a nice beautiful conversation we have had. May our relationship closely tied forever....shidi

    ReplyDelete
  8. Apo kono plak Dikyu tu bodobar nervous lak tu...Ko jangan Dikyu...ghisau plak ...sok kok domam..tk dapek datang....stabilkan fikiran tu..sodiokan ubek..kawan kau ado kilang ubek..oghang sumo nunggu kau nyanyi..specially an..nk donga sogho omeh kau tu..kau misti datang...jangan aghapkan (hampakan) oghang..sok kok den cemat kaki kau..kehkehkeh..MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih..kih..kih.. yang kono cemat ni bobudak yo.. dah jadi uwan ni tak ado kono cemat doh..

      Delete
  9. Kakcikkkk...kalau kau chemat kaki an ni cano an nak datang...toencot encot apo lak ghoman aehhh...Mang iyo aehh...ati an bodoba doba tah apo pulak mongono...adoiiiiiii !!

    ReplyDelete
  10. Dikyu ...dh elok lum hati kau tu...bodobar lai ko..malam ni tongah malam bangkit smayang hajat...doa bia ati kau tu tonang...elok sok tu ...dh jumpo kengkawan ghiang la deh..- Happy reunion everybody..

    ReplyDelete
  11. Thnx lah dear.solat hajat lah nanti nak repair ati yng godobak godobuk nieh..Happy Reunion !

    ReplyDelete
  12. Apo nk godobak godobuk an...dh bererobik sok eloklah de tu...erobik menstabilkan darah..Can't to see you sing..dikyu..MD

    ReplyDelete
  13. Can't wait to see you sing..

    ReplyDelete