GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, July 17, 2013

TERINGAT KEPADA KAWAN-KAWAN.

Oleh Jokiden:
 
  
 
 
Hari ini Rabu, genap 8 hari kita berpuasa. Selepas solat zuhur hari ini tetiba sahaja hati ini teringin untuk membuka blog SMBK. Semalam terbaca kisah 'roda' dalam Utusan dan saya kongsikan seperti di bawah.
 
Hati juga teringat kepada rakan-rakan. Semuga semuanya selesa dan bertenaga menjalani ibadah puasa. Ada di kalangan rakan-rakan kita yang mungkin sedikit payah untuk berpuasa kerana komplikasi beberapa jenis penyakit. Namun kita kenal mereka mempunyai daya tahan dan semangat yang kuat.
 
Cang Capit, Pak Ongah, Tok Lombago dan Hasidin di doakan kalia segar bugar dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Prof Shidi antara yang sukar nak berpuasa tu, sebab dia berulang alik antara Melaka, Shah Alam dan Ulu Bendul. Harap-harap tiada air mineral dalam keretanya. Hahaha.. teringat saya zaman tingkatan tiga dan empat di SMBK, ramai juga yang berasap di tepi sungai belakang masjid tu.
 
Dalam usia emas ini rasanya tiada lagi rakan-rakan yang mempunyai perangai lama tersebut. Kalau ada juga memang nak nahaslah.
 
Surau di taman saya masih penuh saf.. minggu depan belum tahu lagi. Pada minggu pertama ini di mana-mana sahaja di seluruh pelusuk Tanah air, surau dan masjid sesak dengan para Jemaah untuk bertarawih.
 
Minggu depan pula mungkin pusat membeli belah atau shopping complexs pulak yang sesak. Biasalah tu. Rancanglah macam mana pun, belilah se awal manapun, akhirnya kemeriahan pada saat akhir tidak mampu juga untuk dielakkan.
 
Pasar Ramadan nampaknya masih padat dengan pengunjung di mana sahaja. Juadah berbuka di pamirkan di depan mata dengan segala kreativiti. Jika hendak selamat, jangan keluar rumah, duduk dalam bilik dan baca Quran. Jika keluar sahaja siaplah godaan sepanjang jalan.
 
Kepada rakan-rakan, mohon maaf atas segala kesalahan atau kesilapan. Saya juga telah memaafkan semua kesalahan rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Sebenarnya kalian tiada apa-apa kesalahan kepada saya. Selamat meneruskan ibadah puasa seterusnya selamat menyambut Hari Lebaran. Makoii aii copek bona nak ghayo ni..  
 
 
 
 
RAMADAN SARAT GANJARAN
 
 
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang gembira dengan datangnya bulan Ramadan, Allah haramkan jasadnya daripada sentuhan api neraka."
 
Safwak Sa'adallah al-Mukhtar menceritakan, pada suatu hari ada sepasang suami isteri yang kaya raya sedang makan bersama-sama di rumah mereka.
 
Tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang. Setelah dibuka ternyata seorang pengemis meminta-minta. elihat pengemis itu, isterinya sangat kasihan dan hiba dan ingin memberikan sesuatu.
 
Dia meminta izin daripada suaminya bolehkan dia memberikan sesuatu kepada pengemis itu. Suaminya dengan suara kasar berkata: "Usir sahajalah, tutup pintu itu dan mari makan."
 
Setelah masa berlalu, kehidupan keluarga itu mengalami masa suram. Perusahaan makin merosot dan menanggung banyak hutang. Keluarga itu jatuh miskin, rumah tangga mereka kelam kabut sehingga berlaku perceraian.
 
Kata Safwak, suaminya sangat menderita dan bekas isterinya itu berkahwin pula dengan seorang pengusaha kaya dari daerah lain.
 
Pada suatu hari, ketika pasangan suami isteri yang baharu itu sedang makan bersama-sama, tiba-tiba pintu rumah diketuk.
 
Setelah dibuka, ternyata yang datang itu seorang pengemis yang meminta belas kasihan. Wanita (isterinya) masuk dan meminta izin pada suaminya: "Bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis itu?"
 
Lalu dijawab suaminya: "Boleh, boleh... berilah dia makan. Mana tahu dia sangat lapar dan berjalan dari daerah yang jauh."
 
Setelah pengemis itu diberi makan, alangkah terkejutnya si isteri, kerana ternyata yang dia beri makan itu adalah bekas suaminya.
 
Dia menangis kerana merasa prihatin dan hiba. Melihat keadaan itu, si suami dengan hairan lalu bertanya: "Mengapa engkau menangis isteriku, adakah saya salah kalau menyuruhmu memberi makan kepada pengemis itu?"
 
Isterinya menggeleng kepala dengan nada sedih teresak-esak lantas berkata: "Saya sangat beruntung mendapatkan suami yang baik sepertimu. Namun saya sedih melihat perjalanan takdir hidup bagi seseorang yang sungguh menakjubkan hati, maafkan saya."
 
Akhirnya si isteri berkata: "Tahukah engkau suamiku, siapa pengemis yang kita beri makan di luar itu? Dia adalah bekas suamiku yang pertama dahulu."
 
Mendenar kata-kata itu, suaminya terkejut namun tetap memperlihatkan sikap arif.  Beberapa saat kemudian, suaminya bertanya: "Tahukah engkau, siapa saya yang saat ini menjadi suamimu ini?" Isterinya menjawab, "Tidak tahu."
 
Kemudian suaminya berkata: "Suamimu ini adalah pengemis yang pernah diusir dahulu oleh bekas suamimu dan Allah berikan kepadaku rezeki hingga aku punya harta dan memberi pula rezeki-Nya hingga kita pun dipertemukan Allah dalam satu ikatan akad sebagai suami isteri yang insya-Allah mawaddah wa rahmah."
 
Kisah di atas mengajar kita bahawa hidup dan kehidupan ini sesungguhnya seperti roda.  Kerap kali kita menyangka bahawa apa yang kita peroleh hari ini tidak akan berubah esok atau lusa tetapi tidak mustahil juga hilang dalam sekelip mata.
 
Hanya kerana kecuaian dan keangkuhan kita terhadap sesama insan, kita menutup pintu pada orang yang miskin dan kelaparan. Natijahnya, tertutup pintu rezeki rezeki kita.
 
Dalam al-Quran dinyatakan: "Dalam harta kamu ada hak peminta-minta (sedekah)." Ibadat puasa mendidik kita bahawa sesuatu yang diberikan, waima seteguk air, sesuap nasi atau seulas kurma akan menjadikan kita tetap kaya dalam erti nilaian pahala berlipat kali ganda di sisi Allah SWT. 
 
Ibadat puasa dapat menambah apa yang ada, menutupi kekurangan serta membuka pintu rahmat, rezeki, berkat dan hikmah Allah SWT.
 
Untuk mendapatkan apa yang kita perlukan, maka berpuasalah untuk mendapat kemaafan Allah. Berpuasalah untuk memperoleh syurga. Bahkan untuk memohon segala hajat kepada Allah maka berpuasalah.
 
Ibnu Abbas RA berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud 'andai umatku tahu tentang rahsia yang terkandung dalam Ramadan, pasti mereka mengharap seluruh bulan dalam setahun menjadi bulan Ramadan, sebab Ramadan menghimpun segala kebaikan, doa-doa yang mustajab (dipenuhi), dosa mereka diampunkan dan syurga merindukan mereka."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130716/ba_01/Ramadan-sarat-ganjaran#ixzz2ZHsmvElR  © Utusan Melayu (M) Bhd

3 comments:

  1. Assalam,

    Maaf dari saya, nak buat posting kekurangan maso...so saya buat komen pd posting Jokiden jo...

    Ramadhan telah berlalu setengah bulan, rasa sekejap sangat masa berlalu tak lama lagi ramadhan akan berlalu, maka setahun lagi baru ia menjelma.....tapi kalau yang bernama ramadhan tu maka selama-lamanya ia ber ramadhan...entahlah....hehehe.

    Setakat ini sei baru dua kali ke bazar ramadhan...tak poie sobab takde maso dan saya menyediakan sendiri juadah berbuka....

    Kisah yg Jokiden paparkan di atas membuatkan saya tersentuh juga...maka kita bersedekahlah tak kira masa...tapi jgn fikirkan ganjarannya...buat sehabis2 ikhlas, hanya Allah yang tahu membalasnya.

    Jokiden tak copek bonar nak ucapkan selamat berhariraya, memanglah dah puasa ramadhan kita berhari rayo...yang tak berayo tu berpuasa selain dari puasa ramadhan....

    Ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri dari saya sekeluarga kepada kawan2 semua, mohon maaf juga sekiranya ada kesalahan atau kesilapan yang telah saya lakukan, terutama pada Jokiden dan sekeluarga...dimana saya selalu bocokak bila bojumpo....Lpeh ghayo lkito kumpo.

    ReplyDelete
  2. Komen diatas adalah dari saya SSAK...Maaf puasa2 ni selalu lupa.


    SSAK

    ReplyDelete
  3. Untung isteri dio rang tu.. nikah ngan sapo pun dapek yang kayo yo..

    ReplyDelete