Sepanjang dua
tahun lalu penulis tidak pernah membuka blog ini apalagi untuk menulis.
Walaupun ramai kawan-kawan yang mengharapkan penulis menulis semula tapi
penulis hanya memandang sepi galakan itu.
Tertutup terus hati penulis.
“Abang Mail merajuk” usik Tipah.
“ Tulis lah semula, cerita bang
Mail sodap” kata Siti Sara seakan mengharap.
Juga saya pernah mungkir janji
pada Mariani untuk menulis semula. Entah mengapa penulis se akan mati idea
untuk mencoret sesuatu.
Penulis menilai semula apa yang
telah penulis tulis dua tahun dulu.
“Adakah cerita tersebut terlalu
personal untuk dikongsi bersama?”
Mulanya blog ini
riuh dengan sumbangan kawan-kawan. Kian
lama kian sepi. Penulis merasakan blog ini tidak lagi relevan sebagai medium
penyatuan antara kita. Ramai yang tidak memilih medium ini untuk bertukar
cerita dan pengelaman. Facebook adalah saingan. Penulis dapati ramai
kawan-kawan yang lepak di facebook dengan perbincangan yang tidak menepati
citarasa penulis. Sementara penulis sepi di blog kawan lain meriah di facebook.
Segalanya
tiba-tiba berubah. Sesuatu mengetuk hati penulis. Semasa memandu pulang petang
tadi penulis menerima panggilan dari no talian tetap dari KL. Panggilan pertama
penuis abaikan. Apabila panggilan kedua penulis angkat , suara lelaki dihujung
talian memperkenalkan diri. Tersentak penulis.
Beliau
memperkenalkan diri sebagai En Daud
Rashid, seorang pegawai di Jabatan Ukur dan Pemetaan , Kuala Lumpur. Beliau se orang peminat blog SMBK74 (Blog kita lah). Beliau membaca
semua posting diblog kita dan katanya amat meminati kisah yang penulis tulis
terutama tentang kisah yang berkaitan dengan keluarga penulis.
Lebih dari itu
beliau mempunyai hubungan langsung dengan arwah ayah penulis. Ayah menulis
pernah bekerja di bawahnya di Jabatan Ukur Kuala Pilah. Beliau mengaku kisah
yang penulis ceritakan amat mengesankan dan arwah ayah menulis pernah
menceritakan kisah yang sama kepadanya .
Beliau mengambil ikhtibar dari kisah yang arwah ayah penulis ceritakan
kepadanya sebagai motivasi dalam hidup.
Ya Allah.
Penulis amat berbangga. Rupanya selama ini arwah ayah penulis ada kebolehan
untuk memotivasi orang lain. Penulis pun perasakan penulis pun ada bakat
sebagai motivator.
Terima
kasih En Daud kerana menghubungi saya. Perbualan kita sepanjang memandu pulang
petang tadi benar-benar mengetuk hati saya. Rupanya masih ada orang yang
meminati cerita saya dari luar organisasi SMBK74. Harap penulis blog ini akan
makin tersebar luar melepasi ruang lingkup kita.
Saya
tidak perasan En Daud. Menurutnya pernah datang ke rumah saya semasa adik saya
kawin. Menurutnya arwah ayah penulis sangat bangga kepada anak-anaknya terutama
penulis. Cerita En Daud membuatkan saya tenggelam dalam kasih sayang se orang
ayah.
MCC
Welcome back Bang MCC. Sebenarnya blog kita diikuti dari seluruh pelusuk dunia. Kita boleh tengok stat setiap hari. Cuma kita tidak perasan. Pembaca pulak tak buek komen. Apapun maghi kito meriahkan balik blog ini.
ReplyDeleteJokiden.
Sei baco dan bukak tiap aghi, tp tak cokap nk komen, kono mintak bantuan anak plak aa..
ReplyDeleteSuli B, PJ.
Sememangnya kita mempunyai ramai penulis berbakat dalam blog kita ni..antara coretan yang sangat saya minati ialah karya2 dari penulis Jokiden, abang Mael CC, Prof. Dr Rashidi, NSR dan lain2 lagi...saya tk pernah ketinggalan dari membaca apasaja posting atau komen yang mereka tinggalkan di blog ini. Untuk kesekian kalinya saya mengharapkan kebangkitan semula kawan2 dengan karya2 terbaru...I like..MD
ReplyDeleteTeruskan lg En Ismail, mencoret2 di blog smbk ni...saya pun ada mendengar bisikan2 dr luar mengenai penulis2 blog smbk ni...tapi menyepi seketika, tkasih warga smbk 69/74.
ReplyDelete