Selasa 27.08.2013. Sepatutnya hari ini saya bersara.
Tapi pagi tadi saya bangun tidur seperti selalunya – rutin setiap hari Isnin
hinga Jumaat akan mengenakan pakaian rasmi bekerja dan terus ke tempat kerja.
Tidak ada perasaan untuk bersara.
Pagi
tadi Selasa 27.08.2013 yang lainnya ialah, selepas berpakaian isteri
saya yang se orang itu memelok saya sambil mengucapkan “Selamat Hari Lahir” dan
menghulurkan hadiah kecil harijadi. Dimasukkan di poket baju saya sekeping
nota.
Dalam
perjalanan ke sekolah saya membaca nota bertulisan tangan yang kasar dan besar.
Amat jelas dibaca walau tanpa cermin mata.. “Abang, selamat hari jadi. Jadilah
suami yang terbaik dikalangan yang baik” Ringkas dan padat. Jiwa saya digoncang kesayuan dengan nota
ringkas tersebut.
Tengahari
tadi saya belanja makan tengahar nasi arab 9 orang guru saya. Sambil makan saya tunjukkan
nota isteri saya tadi. Respon dari guru saya :
Masing-masing
serentak “wish” saya selamat hari lahir. Yang perempuan mencadangkan saya
framekan nota tersebut sementara yang lain yang agak sentimental semacam nak
mengalirkan air mata.
Memang
saya tidak memilih untuk bersara hari ini sedangkan ramai kawan-kawan sebaya
yang telah pn bersara dan bermesra bersama cucu-curu. Nordin Baha, Zaharin
Apek, Tahir, Siti Sara, Latipah, Halimah telah lama meninggalkan perkhidmatan.
Khabarnya Badariah juga begitu. Selain saya yang masih bertahan termasuklah Iskandar, Mohd Sah,
Salim, Rashid dan saya kira yang paling akhir ialah Rashidi.
Bila
ditanya rakan-karan bila akan bersara jawapan standard saya ialah : Kalau
panjang umur dua kali rayo poso pencenlah saya. Genap dua tahun lagi bersaralah
saya. Dua tahun bukanlah jangka waktu yang
lama dan memang tidak lama. Tetapi saya merasakan amat cepatnya saya
akan bersara. Rasa tidak puas bertugas dah nak bersara. Banyak lagi kerja yang
saya nak buat. Banyak lagi perancangan yang belum saya laksanakan.
Dengan
umur 58 hari ini fizikalnya saya rasa agak merosot. Tenaga semakin lemah.
Kedutan semakin jelas kelihatan. Rambut lebih banyak putih dari hitamnya.
Pendengaran pun dah tak berapa jelas.
Dengan
alasan itu mengapakah saya masih lagi bertahan? Jawapannya : “I love my job”.
Mungkin itu jugalah yang difikirkan oleh rakan yang lain.
Kepada
rakan lain yang telah bersara : Nikmatilah persaraan anda. Yang masih dalam
perkhidmatan : Marilah kita menyumbang sesuatu kepada bangsa, agama dan Negara tercinta.
MCC
SELAMAT HARI JADI BANG MCC, Muga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan tercapai segala impian..
ReplyDeletePosan akak (isteri) tu kono ambik boghek tu bang, makno ea bolun cukup baik tu... hahaha..
ReplyDeleteSelamat hari lahir, didoakan semoga panjang umur murah rezki....sama seperti ucapan Jokiden di atas..nk tanya abang Mael CC dh ado cucu lum..hehe..MD
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSelamat menyambut hari ulangtahun kelahiran Bang Mail semuga panjang umur dan dimurahkan rezeki.....
Tersentuh juga hati saya apabila membuka blog ini...kerana pertamanya tergembiranya hati saya apabila MCC memulakan semula coretannya semuga beliau meneruskan coretan2 di blog ini utk tatapan kami bersama...
Kedua tentang MCC mendapat wish birthday dr akak Peah yg sungguh mengharukan....eloklah disematkan didalam hati selalu..
Ketiga beliau masih lg berkhidmat walaupun kami dah bersara....teruskanlah perjuangan itu hingga bersara.....
SSAK
Selamat hari lahir mae-mrby
ReplyDeleteSelamat hari lahir mae-mrby
ReplyDeleteselamat hari lahir Mae-mrby
ReplyDeleteOoomang aii, bang Rashid 3 kali anta..
ReplyDeleteJokiden
Selamat hari jadi Mael semoga dpt membuat penambahbaikan dlm semua bidang yg d ceburi utk kebaikan d dunia dan akhirat...CTN
ReplyDelete