GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, September 12, 2013

KISAH DARI FB RAKAN

Di sunting oleh Jokiden:
 
 
CERITA TENTANG SEDEKAH

KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

semoga menjadi pengajaran buat kita..selalulah bersedekah
 

7 comments:

  1. Sei banyak jugak kisah tentang amalan bersedekah ini. Ada pengalamanlah.

    Teringat jugak kata-kata Prof Rashidi di dalam bukunya, "sedekah yang tidak akan diingat-ingat ialah sedekah yang sedikit jumlahnya.."

    Maksudnya jika ada RM20 jangan disedekahkan RM18, nanti terkilan tokolang, urusan lain tidak dapek dibuek laie.. Bersedekahlah ikut kemampuan kito.

    ReplyDelete
  2. cerita di dalam masjid, kwn saya sedekah RM1, saya tegur dia kenapa sedekah RM 50 tu.Dia terperanjat, mcm nak ambik balik peti derma. Saya katakan yang saya hanya bergurau, dia tersengih malu. hihi..

    ReplyDelete
  3. Ada kwn saya pulak sedekah RM50, saya tegur dia kenapa sedekah RM1 sahaja, dia hanya senyum sbb dia tau saya hanya bergurau..kah..kah

    ReplyDelete
  4. Kisah pak cik beca di atas, Allah ganti dalam sekelip mata jika sedekah itu benar2 ikhlas.

    Kisah saya pula, suatu hari kira2 25 Ramadan yang lalu, saya memang berniat untuk bersedekah kepada seorang anak yatim piatu. Ibunya meninggal pada 3 hari puasa dan ayahnya meninggal pada 20 Ramadan.

    Saya rasa sedih sangat dan saya menyimpan hasrat untuk bersedekah khusus untuknya. Suatu hari selepas solat zuhur, saya memasukkan sedekah saya dalam peti yg disediakan di surau, sikit je. Ikut kemampuan saya.

    Kemudian saya balik ke rumah dan membaca Quran. Baru setengah muka surat saya baca, seseorang menghantar sms kepada saya, nak bagi duit raya. Cepatnya Allah balas dan jumlahnya 60 kali ganda daripada apa yang saya sedekahkan. Bertaburan air mata saya menginsafi kasih saying Allah swt.

    Kawan-kawan, jangan sesekali kita rasa kedekut untuk bersedekah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah.

    Perkongsian ini agar kita sama-sama selalu menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim. Ini bukan kali pertama saya alami, dulu2pun pernah juga.

    ReplyDelete


  5. Kwn2 sei ado yo sodokah, meghato2 yo,tompek n oghang, takdo sapo yg tau do, sobab sikit bona agak ee...hehehe
    Klu yg dtg kek ghumah mcm2 bwk ee...buku2lah, ayat quran lah, bab buku tu mesti buku bab agama, buku tunjuk camno nak sembahyang, surah yassin,mcm2 laielah, peminta derma mesti pakai jubah kupiah putih, pakai minyak attar sikit....mesti tunjuk alim..klu tak nnt orghang tak cayo lak....

    Yang tang dr Siam pungut derma buek madrasah, buek masjid, buek ghumah anak2 yatim piatu...projek tu sume ee kat Siam, Yala, Patani, Setoi...dll.

    Tapi sei bnyk jumpo kek Kolumpo, bus-stop atau bus-stand, dopan kodai mamak....boto2 punyo minto sodokah..tunjuk ee jari telunjuk (1)
    lopeh tu dio pun tunjuk pughut (tanda lapar) ee lopeh tu tunjuk nak mkn...baju n seluar yg dipakai mmg tak ado ghupo daa.....suara ee tak do..muko sodih yo..
    Apo pendpt kwn2 peminta yg mcm ni nak boghi ko tidak...dio lpr minta seringgit yo...dio tak mintak lobih seringgit do...) sei todongar ado umat yg berckp ..KOJO TAK MAU DAH TU NAK MKN MINTAK2 LAK)....

    Yg spt cerito diatas, dio sume ee berpakaian elok, bersih jual buku2..bebudak lak yg jual2 tu,buku agama lak tu...dio tak mintak duit, dio mintak boli buku ee, ada lak umat yg pemurah boghi seringgit hingga rm50....adakah sesiapa tanya mano bebudak tu dapek buku2 itu.....
    alasan boghi kesiannn....budak laie
    yg tukang boghi buku duduk goyang kaki tunggu duit tanyo boghapo buku dah jual...mano duit ee...kwn2 ingat bebudak tu dapek duit yg disodokahkan kek org2 tu tak...Jawapan usah tanyo, JAWAPAN PALING MUDAH ITU URUSAN ALLAH...hahaha.

    Memanglah sodokah seringgit, takyah tanyo tak tokilan do...apo ado kek seringgit zaman ni...tapi klu bnyk figure ee tu sodokah pado tompek yg boto...klu nak sodokah buek masjid sodokah bnyk2 kek masjid yg boto2....kek umah anak2 yatim melambak sekarang ni, anta sumbangan tu salurkan betul2...sekolah2, madrasah dll..nmpk bukti yg tertentu ada penajanya dan pengurusannya..tapi klu kito sodokah kpd gulungan tu tak diuruskan boto2 oleh penajanya dan pengurusannya...bolehlah ckp ITU URUSAN ALLAH.....hahaha, hehehe, hohoho

    JGN marehhhh....buek sodokah bnyk2..bab pahalo tu tuhan jo yg tau...

    ReplyDelete
  6. Komen atas tu macam nsr yo yg nulih. Tak kisahlah capo yg nulih, sei sotuju 200 peratus. Sei kalau yg pakai jubah, jual tisu ki, buku ko, jaghang bona ngaso duit sei. Kok budak tu sekolahan sei, siaplah sei sokolahan dio balik.

    Tapi kok yg nokan-nokon poghut tu, lapar nak makan, copek2 sei ulor, Molayu ko, Cino ko atau apo bangsopun, sei taklak kodokut bona doh.

    Ado aghi tu kek R&R budak pompuan, kosian pulak sei, muko lawa, pakaian sopan boto, bawak buku, peramah pulak tu duduk molayan sei makan lomang. Sei pun boghilah RM1 upah peramah dio tu. Dapek RM1 dio pun poie, sonyum ea ghobah sei kek situ.

    Duo tigo langkah dio pusing balik "pakcik macam M Daud Kilau, saya suko dio.." keteh dio dgn jelas.

    Sei angkek tangan sei pangge dio balik "meh sini, apo kau cakap tadi.." pucat muko ea, "kau cakap pakcik macam Daud Kilau? Dio ngangguk tp masih pucat. "Nah amik RM5 ni, pakcik tambah.." Dio ragu2 tapi dio amik juga. "Terima kasih pakcik.." kato ea sonyum dan sei ingat dlm tempoh 10 tahun ni itulah sonyuman paling manih yg sei ponah tengok. Hahaha..

    Jokiden.

    ReplyDelete
  7. Yg nulih kek eteh tu MD tu ghaso eh.. Sapo slalu poie somayang jumaat kek Masojid Subang Jaya misti jumpo org pompuan ngan anak ea mintak sodokah. Duduk bawah pokok atau yg boghanak kocik tu bopayong kek topi lorong. Dio tu sign kek kito, dio nak makan r lapar poghot. Ponah ese nampak bilo org boghi burger / lain2 makanan dio nolak. Dio ondak duit yo sobonar ea.. Antagho duit singgit ngan burger duo inggit, dio pilih duit (singgit).. apo makno ea tu?...

    Bilo pikir balik, kadang2 dio org ni bagi poluang kek kito nak bosodokah singgit duo..

    ReplyDelete