Adakah antara kita yang berbangga menjadi anak jati Negeri
Sembilan. Negeri Sembilan negeri beradat yang unik di negara kita. Siapakah
antara kita yang masih mengamalkan loghat Negeri Sembilan dalam perbualan
sehaian? Siapakah antara kita yang masih mengetahui dalam sistem sukuan mana
dia berada? Tahukah kita bagainama sistem sukuan tersebut ujud dan justifikasi
keujudannya dalam masyarakat Negeri Sembilan?
Adakah anak-anak kita tahu tentang kelazatan kuih buah sopang,
kelopong, penganan dan kuih kesirat? Adakah kita masih berselera berlaukkan
samba tempoyak daun kayu atau daging kobau salai masak lomak campur belimbing
buluh? Masihkah isteri kita tahu resepi masakan samba ledok?
Janggalkah kita menyebut istilah/perkataan : nonggok,
tang air, pencolek angek, lampu celait, calit api dan lain-lain? Betahkan kita
menggunakan eden
dan ekau dalam perbualan seharian atau lebih mudah lidah kita menuturkan kau
dan aku?
Dalam semangat memberi sokongan kepada team bola
sepak Negeri Sembilan yang kian merosot prestasinya sejak akhir-akhir ini
apakah kita juga menggunakan istilah “Hoben Jang Hoben” seperti yang dilakukan oleh media-media Malaysia? “Hoben
Jang Joben” tidak ada dalam istilah loghat Negeri Sembilan samada ‘e’ nya
e-pepet atau e-taling. Sebenarnya bukan “Hoben Jang Hoben” tetapi “Hobin Jang
Hobin” Harap Datuk Jalil dari MSN dapat membuat sidang akhbar membetulkan istilah ini dikalangan pengamal
media.
Fahamkah kita kata perbilangan ini “
“ Raja beralam,
Undang berluak,
Penghulu berlingkungan,
Buapak beranak buah,
Anak buah hidup bersuku-suku”
Berapa suku ehh……?
Kalau tak tahu sila rujuk senikata lagu “Rembau Most Wanted”
Masihkah kita faham dan mengamalkan sebahagian adat asas
Negeri Sembilan seperti upacara kerjan, melenggang perut, menjemput pusako,
berkodin dan lain-lain. Menjemput/mengajak
dan berkampong dan kayu berakar dalam mengadakan kenduri kendara
terutamanya mengadakan nikah kawin?
Semasa
mengahwinkan anak baru-baru ini penulis cuba mengamalkan menjemput dengan
menggunakan sireh pinang dalam bekas
yang dibalut kain songket yang dinamakan bujam.
Reaksi yang penulis terima : Pertama kagum dan
pertama kali melihat cara tersebut sama ada di kalangan orang luar atau orang
Negeri Sembilan sendiri. Kedua : Ada
yang menggelakan penulis dan menyangka itu tak dipraktikan lagi sekarang.
Ketiga : Ada seorang rakan penulis berkata “ Apo ko gilo ea kau ni. Tak dibuek kek orang dah ni”
Begitulah nasib adat pepatih kita sekarang ini. Kian
dilupakan dan tidak mustahil akan pupus jika pencinta dan pengamal adat di
kalangan anak jati Negeri Sembilan tidak menghayatinya. Sekali ia pupus adalah
mustahil ia boleh dihidupkan semula.
Kebanyakan kita telah berasimilasi dengan adat luar.
Jika kita berkahwin dengan orang Johor misalnya kita akan terikut dengan adat Johor
dan begitulah seterusnya. Jika dulu menjemput kenduri dengan kad adalah sesuatu
yang mengaibkan dan selalunya orang yang dijemput tidak akan datang . Kini
menjemput dengan kad telah menjadi amalan yang telah diterima pakai.Ada juga
yang menulis jemputan di papan putih di surau dan masjid. Sejak kebelakangan
ini pula menjemput melalui SMS, facebook atau blog menjadi pilihan . Walaupun mudah
dan murah komen penulis ialah : kalau nak mudah janganlah terlalu mudah hingga
mengenepikan adat istiadat kita zaman berzaman.
“Biar mati anak jangan mati adat” – Siapakah antara
kita yang faham maknanya dan boleh berhujah untuk mempertahankannya dari
momokan orang yang tidak beradat.?
Penulis adalah pencinta adat dan ingin melihat adat kita
dipertahankan dan diamalkan selamanya. Tak beradat bermakna tak beradap. Tak
beradap bermakna tiada adap. Tiada adap bermakna
biadab.
MCC
"Kalau nak mudah, janganlah terlalu mudah.." Sekarang ini di Kuala Lumpur untuk pengetahuan MCC sudah ada kaunter bayar zakat fitrah secara 'drive tru.." macam mana tu.. Melampau dan nak tolobih mudah..
ReplyDeleteIyo...boto tu...sei tak malu utk bebahaso ibunda sei.....kemana sei poie sei totap ngan loghat sei tetapi bersesuaian tempat juga...takut2 ado yg tak paham lak. terima kasih MCC atas coretan ini.
ReplyDeleteSSAK