GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, June 17, 2011

KISAH BERSAMA AYAH - SEMPENA HARI BAPA


“Jika kita tak ada duit, kita takut nak minta pada ayah,

Jika kita tak lulus periksa kita takut nak beritahu ayah.

Jika kita nak balik lewat kita takut nak beritahu ayah.

Tapi kita tak pernah tahu,

Ayah tak pernah takut untuk melindungi  anak-anaknya,

Ayah tak pernah takut untuk mencari nafkah untuk keluarganya”



Itu antara lain iklan sempena hari bapa di Hot FM yang sangat menyentuh perasaan saya.

Sempena “Hari bapa” ini saya ingin kongsikan pengelaman saya bersama ayah saya selama lebih kurang 41 tahun.

Ayah saya berasal dari utara tanah air. Dia merantau meninggalkan kampongnya ketika di awal remajanya untuk menyertai pasukan SC. Tok Wan dan Chak ( Atuk dan Uwan) saya tidak berapa setuju dengan cara ayah saya tersebut. Bila masa budak2 saya tanyakan ayah saya mengapa dia meninggalkan kampongnya tidak seperti adik beradiknya yang lain dia mengatakan untuk berkhidmat kepada Negara melawan pengganas Komunis.

Cerita lain saya dapati apabila saya telah dewasa dan berkeluarga. Dalam satu majlis kenduri sepupu saya ayah saya dan kawan2nya yang dah lama tak berjumpa asyik berbual kisah zaman muda mereka. Baru saya dapat tahu ayah saya membawa diri kerana merajuk “cintanya” tidak mendapat restu keluarga. Cinta ayah saya ialah se orang “nyonya” (masa mudanya tentulah amoi) di seberang jalan rumah keluarga saya di Perlis.

Saya pun heran selama ini saya sangat rapat dengan nyonya itu. Saya memanggilnya “MAK NYA” bermaksud mak Nyonya – keturunan Cina-Siam. Setiap kali balik kampong rumah pertama yang akan saya kunjungi ialah rumah nyonya ini. Saya tak kisah untuk makan minum di rumahnya sehingga saya dewasa. Saya juga berkawan baik dengan anaknya. Dia juga sangat bermurah hati menghulurkan saya duit semasa saya sekolah. Saya sangat pelik dengan perasaan saya yang sangat menyayangi Mak Nya ini. Dan dia juga sangat menyayangi saya.

Apabila mereka sedar saya mendengar cerita itu dibelakang mereka, tiba-tiba mereka semua terdiam. Rahsia cinta ayah saya telah saya ketahui. Sekarang Mak Nya telah meninggal.

Setelah berhenti dari SC ayah saya dan mak saya balik ke kampong mak saya dengan membuat kerja kampong. Masa itu saya berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Walaupun masih kecil  saya masih mengingati beberapa peristiwa yang sangat menyulitkan dan kesusahan keluarga saya ketika itu. Punca pendapatan ayah saya dari menoreh getah orang sedangkan ayah saya tiada pengalaman menoreh kerana kampong di Perlis bertanam padi.

Dengan kemiskinan yang teramat tuhan mendatangkan seorang hamba Allah yang tiba-tiba datang ke rumah saya menawarkan ayah saya kerja sebagai buruh di Jabatan Ukur. Keluarga saya tiba-tiba berubah sedikit selesa.

Semasa di sekolah Inggeris keluarga saya telah kembali susah. Saya tidak tahu mengapa. (BERITANYA TELAH SAYA CERITAKAN DULU).

Saya sering naik basikal bersama ayah saya ke Batu Kikir. Ada masanya saya membonceng basikal ayah saya melalui jalan Bukit Sempit yang menggerunkan ke awal jam 4 pagi semasa orang nyenyak tidur. Melintasi tok kong cina itu sangat yang sangat menakutkan saya. Saya akan memejamkan mata sambil memeluk ayah saya kuat2 setiap kali melintasi tok kong cina tersebut. Sampai di Batu Kikir jam 4.30 atau pukul 5 paginya saya akan menunggu hari siang di kedai kopi Kian. Ini bermaksud saya adalah murid SMBK yang paling awal sampai ke sekolah. Saya menunggu hampir 2 jam untuk hari siang dan terus ke sekolah.

Masa balik sekolah juga saya membonceng basikal ayah saya. Beberapa kali ayah saya menahan “Mamak Abang” ( India Muslim yang jual roti dengan naik basikal)  dan membeli roti inti atau roti kaya dengan berhutang. Satu tabiat ayah yang saya tidak setuju ialah dia suka berhutang. Namun begitu ayah saya sangat menyayangi saya. Abah akan selalu membela saya apabila saya berselisih faham dengan mak saya. Kalau ditanya siapa yang paling saya sayang, mak atau ayah? Saya akan kata saya sayangkan ayah saya lebih dari mak saya. Begitu juga isteri saya dan anak-anak saya. Semasa ayah saya masih hidup isteri dan anak2 saya sangat seronok balik kampong tetapi sekarang tidak lagi.

Bila  saya berumur awal 40han ayah saya mula menunjukan tidak sihat. Badannya menjadi kurus dengan banyaknya tetapi saya tidak mengesaki apa-apa. Suatu hari ayah saya dimasukkan ke hospital dan di diaknosis mengidap kanser paru-paru tahap 4. Tergamam saya. Ayah saya dimasukkan ke  Institut perubatan respiratori hampir sebulan. Suatu hari saya menerima panggilan dari doctor di Institut tersebut meminta saya datang. Apabila saya sampai doktor tersebut penyakit ayah saya telah sangat kritikal dan meminta saya membawa ayah saya balik ke rumah. Saya rasa dunia saya berpusing, saya mengigit lidah untuk mempastikan saya bermimpi. Rupanya saya di alam nyata dan sedang berhadapan dengan kenyataan yang ayah saya akan meninggal dunia. Saya dapati atah saya tidaklah seteruk sangat. Boleh bangun pergi ke tandas, boleh berbual Cuma nafasnya agak semput.

Saya bawa ayah saya balik petang itu juga dan tinggal di rumah saya di Kuala Pilah. Hari itu awal bulan puasa tahun 1996. Ayah saya mengadu tak dapat bernafas. Saya terus bawa dia semula ke hospital Kuala Pilah dan dimasukkan ke wad. Malam itu juga saya beritahu mak saya dan adik beradik saya tentang kata-katan doktor kepada saya siang tadi. Saya beritahu mereka agar menerima takdir jika ayah saya akan pergi dalam masa terdekat.

Esoknya selepas berbuka dan semasa solat maghrib saya terbayang ayah saya. Dalam doa saya panjatkan doa jika sudah sampai masanya ayah saya kembali biarlah dia kembali dengan aman.

Sebaik selesai solat maghrib saya menerima panggilan kecemasa dari Hospital. Saya sekeluarga dan adik2 saya bergegas ke hospital. Malangnya ayah saya telah kembali. Ayah saya meninggal selepas waktu berbuka puasa hari yang ke 6 tahun 1996. Mungkin dia menghembuskan nafas terakhir semasa saya terbayang wajahnya dalam solat saya tadi.

Hanya emak saya yang ada semasa dia meninggal. Saya dan adik2 saya yang lain tidak menitiskan air mata kerana kami telah menjangkakan beliau akan meninggal. Esoknya ayah saya dikebumikan selepas solat zohor di bulan Ramadan yang mulia.

Walaupun semasa hayatnya ayah saya tidak pernah ada beberapa helai duit merah di dalam bag duitnya tetapi semasa saya membuka walletnya saya terperanjat ada lebih dari 300.00. Semasa mengemas almari bajunya saya menemui dua benda. Pertama susunan dairi yang tercatat perintiwa kampong secara detail dan lengkap. Ayah saya memang pencatat yang baik. Siapa meninggal hari itu dia catat. Jual koko dia catat. Kemana dia pergi dia catat. Hari hujan pun dia catat. Kedua saya jumpa kad hutang beli perabot di sebuah kedai di Kuala Pilah. Saya bawa kad hutang tersebut di kedai perabot berkenaan untuk pengesahan sama ada ayah saya masih mempunyai hutang yang belum dijelaskan. Tokey itu mengesahkan jenis perabot dan baki hutang belum dijelaskan. Cina itu sangat terperanjat apabila saya membayar hutang tersebut.

Suatu pagi semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja, saya perasan “ Abang – penjual roti naik basikal”. Saya berhentikan kereta dan menahan abang roti tersebut. Saya ceritakan kisah saya dan ayah saya pernah berhutang roti dengannya masa saya kecil dulu. Ternyata “abang roti“ tersebut sudah tidak mengingati sama ada ayah saya telah membayar hutang roti. Saya beri “abang roti” tersebut RM20.00 dan minta dia halalkan kalau duit tersebut tak cukup dan saya sedekahkan kepadanya kalau duit tersebut berlebih. “Abang roti” itu dengan muka pelik menerima duit saya dan membekalkan saya dua buku roti berkaya mewah untuk saya.

Selepas itu saya berjumpa setiap kedai yang saya rasa ayah saya pernah berhutang termasuk kedai runcit, kedai motosikal, kedai ikan, kedai perabot untuk bertanya sama ada ayah saya pernah berhutang.

Sekarang saya faham ayah saya bukan sengaja melakukan itu. Itu semua dilakukan untuk member kesenangan kepada keluarganya seperti mana makna iklan hari bapa di Hot.fm tersebut. Sekarang telah lebih 15 tahun ayah saya meninggalkan saya. Sesekali dia muncul dalam mimpi saya dan itulah mimpi yang saya tunggu2 untuk melepaskan rasa rindu saya kepadanya.

NOTA : saya panggil ayah saya dengan panggilan “ABAH”

Dia meninggal pada 27 Januari 1996.

Hari lahir saya 27 Ogos.

Hari lahir anak pertama saya 27 Mac

NOTA2 : Saya tak dapat masuk blog selama seminggu kerana bercuti ke luar negara. Jumpa lagi hujung minggu depan.
MCC




7 comments:

  1. Tq Bang CC kerana berkongsi kisah ini. bercuti ke mana selama seminggu ni? Jaga diri ok.

    Ese terbayang wajah abah CC yang saya panggil Atuk, hitam, tegap, sasa, gigi rongak dan rambutnya tegak. Hisap rokok daun.

    Sepanjang hidupnya memanggil saya "ujang" dia menyanyangi saya macam dia menyayangi CC jugak.

    Jokiden.

    ReplyDelete
  2. Ese tompang pengalaman bang MCC tu. Ghaso seolah2 ese yang kek situ. Kadang2 kito tak tahu masalah dio. Dah lamo tu baghu kito dapek jawap eh. Macam abah ese suko ikut jalan utan tulah.

    Ese suko boghi abah ese belanjo berlainan daghi yang ese boghi omak ese. Kek omak ese campor bolanjo dapor sekali.
    Sajo yo kok dio nak bolanjo2. Topulang kek diolah nak buek camano. Biaso ese boghi RM 50 tu, soholai ko duo olai ko. Satu aghi ese tak ado duit lobih. Bilo nak balik tu ese bori RM 20. Ditonung'eh duit tu. "meghah yo koh?." Ese ambik balik duit, ese tukar yang bighu. Malu ese ghaso eh sampai sekaghang ni. Tawakkal yolah ese ngan RM 20 tu balik subang..NSR..

    ReplyDelete
  3. Menitis air mata saya membaca komen Sarip mengenai abah saya. Terlalu rindu rasanya saya pada dia. Semasa jenazahnya diusung saya memaklumkan kepada hadirin minta diampunkan dosa abah saya jika ada. Banyak yang datang kepada saya menyatakan abah saya tak ada dosa padanya dan abah saya memang se orang yang baik.
    Dia akan memanjakan siapa saja kawan saya dengan panggilan "ujang" tu.
    Rip, abang nak bercuti ke Vietnam (Ho chi Min City) dengan akak kau.
    MCC

    ReplyDelete
  4. Oooo poie honeymoon ko Vietnam, capo plak nak nyago budak2, cikgu/cikgi kek sokolah tu.

    DAJA poie bocuti yo, Prof dah mulo kojo. Makin sopi blog kito kateh NSR. LAR pulak lamo boto nyopi, ghindu plak kek dio aaa, nak yo nonga coghito kek Tanah Suci tu.

    Bee pun lamo tak nyongek..huawaaaa!!!!!

    Jokiden

    ReplyDelete
  5. Jokiden dh masuk ko video speech penyongek tu... tak pun ajar se buek aa camno..lupo ko..ayolah polupo mek ameklah jokiden ni...ese ni nunggu yo tetiap aghi bukak blog ni tk yo ado gamba penyongek...jam ni dio poi Cherating kalau tak silap se...dio asik bocuti yo..MD

    ReplyDelete
  6. He..he...kau ghindu kek den yo Rep...den pun ghindu kek kau n kongkawan yg lain...balik yo tu ari den samba lap top ni dulu...tp bolun start nulih ..sobab banyk bona nak baco..fb lai..blok lai...ghalit boto se dek maco e....D tanah haram skrg paneh mek amek..sampai 45 degrees celcius..I pun sempat juga mendoakan kawan2 d depan Baitullahhirharam untuk kesejahteraan semua..moga d perkenankan..Tentang abah Bang MCC tu...mmg oghang nya baik...dia selalu bertandang ko kodai abah se..kodai simpang..bilo dio nampak se pasti dio akan botanyo hal2 skolahh..cthnya ' Sipah ..awak dapat nombor berapae dlm kelas..

    ReplyDelete
  7. Mengikut stats ado 7 pageview daghi Vietnam, abg MCC la tu kot.. hehehe dunia tanpa sompadan.

    Jokiden

    ReplyDelete