GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, June 13, 2011

MULA BERTUGAS

Salam sahabatku semua,
Setahun yang lalu saya bagaikan bercuti, kebanyakan masa duduk di rumah sambil membuat penyelidikan. Sekali-sekala keluar mencari data di Lembah Kelang, Kelantan, Terengganu, Balai-Balai seni Lukis, Muzium Seni dan menemubual pakar-pakar dalam bidang tasauf. Cukup seronok berbual dan meneliti pemikir-pemikir tasauf kerana jelas pemikiran mereka terlalu tinggi hingga terkadang dilihat luar biasa. Pengamal-pengamal tasauf dari negara jiran turut menyumbang dan cukup seronok dapat memiliki sedetik waktu bersama mereka. Bagi mereka hidup cukup mudah jika ada keyakinan bahawa kita milik Allah sepenuhnya. Hidup cukup aman jika yakin Allah beserta kita. Bergaul bersama mereka menjadikan dunia ini mudah, aman dan indah.

Esok, saya akan mula memberi syarahan 2 jam sehari di UiTM Melaka. 2 orang calon PhD dan 2 orang calon MA sedang menunggu di Shah Alam untuk penyeliaan penyelidikan dan tesis. Pastinya sibuk. Namun itulah jihad seorang suami dalam usaha mencari rezki untuk anak-anak dan isteri. Kehidupan masih diberkati tanggungjawab yang besar. Belum dapat untuk berlabuh rihat seperti CT Normah atau Zainab Idris. Apapun segalanya, pastinya seronok.

Untuk itu, rasanya, blog ini akan sedikit sunyi dari diri saya. Kepada semua sahabat, diharap dapat memahami situasi.

Sejak bulan Januari lalu, saya cukup seronok dan terharu. Dapat melepas rindu dan mengembalikan nostalgia bersama sahabat-sahabat zaman persekolahan. Sepanjang 6 bulan lalu adalah masa yang sangat bermakna dan sangat indah. Senda gurau, usik mengusik, sakat menyakat masih segar di antara kita. Sharif, MD, LAR,AJA, ISHS, CCapit, SSAK, NSR dan yang lain yang tak sempat saya rakamkan di sini, terima kasih dan saya berasa cukup seronok kerana setiap hari dapat melihat apa yang terpapar pada Blog kita ini. Cikgu Zain Haji Rais, terima kasih atas segalanya.

Pertemuan pada september ini, jadikan realiti. Saya pastinya hadir kecuali Allah menegah kehadiran saya pada hari itu.

Esok bermulalah tanggung jawab akademik, berwatak ilmuan, berfikir cendekiawanan, berkata tajam, menghurai teori-teori untuk meningkatkan pemikiran pelajar dan calon-calon sarjana Melayu.

Allah pastinya beserta, segalanya akan jadi gembira.

Jumpa lagi....tetapi tak dapat nak selalu begini....

Dr. Ahmadrashidi Hasan
UiTM Melaka.

11 comments:

  1. Tahniah Tuan Dr. Selamat kembali bertugas untuk Nusa dan Bangsa. Tentunya lebih mencabar. Doa kami mengiringi mu semuga terus berjaya dengan harapan "Jangan Tinggal Daku atau Jangan Lupakan Kami.

    Jokiden

    ReplyDelete
  2. Dr.Shidi tahniah menganggap tugas itu satu jihat.Alhamdulilah kalau semua umat Muhammad mempunyai niat yang sama,penuh dengan keikhlasan.Kalau itulah pendekatan yang diamalkan oleh setiap insan saya pasti dunia ini adalah tempat yang tersangat indah dan selamat.Keadaan serta suasana sekarang jauh berbeza dengan zaman kita kanak2 dulu.Tak siapa kesah dan tak juga ada yang peduli kalau nak keluar rumah siang mahupun malam.Cuma pesan orang tua2 jangan suka bersiul dan bergadang waktu senja takut disampuk jembalang.Rupanya cabarannya sekarang adalah lebih besar lagi apabila manusia sudah hilang pertimbangan,semuanya jadi dan semuanya halal malahan setannya adalah lebih besar.Natijah berhati2lah kerana manusia sekarang lebih mementingkan material,laba,fulus serta kekayaan.Jenayah berlaku di mana2 dan tanpa diduga ia boleh dilakukan oleh manusia yang terkenal dengan kekuatan mindanya.Dr.Shidi selain daripada ilmu berikan juga para pelajar pendidikan sebagai panduan kepada mereka sebagai penyambung generasi kita masa hadapan.AJA

    ReplyDelete
  3. yg penting hati2 diperjalanan ke melaka mahupun ke shah alam. di rumah,tentu anak isteri menunggu penuh debaran. saya berdoa kamu sentiasa dilindungi Allah dalam perjalanan untuk berjihad.

    ReplyDelete
  4. As-salam,

    Shidi.....Lakukanlah tugas dan tanggungjawab kerna itu adalah tuntutan kepada anakbangsa dan keluarga yg tercinta.Itu juga adalah ibarat melakukan ibadah juga di dunia dan diakhirat. Apa2 pun blog kita jgn dilupa, jengah2lah sekali sekala mungkin pengubat rindu dan lara...kami tetap setia mendengar dan membaca..

    Saya pun dah lama tak menjengah di blog ini kerna mengerjakan tanggunjawab yg tak pernah habis dan berkesudahannya.

    Ucapan dr saya selamat bekerja dan maju jaya.

    Sekian, dr saya....


    SSAK

    ReplyDelete
  5. Yang tontu eh, Dr Shidi sontiaso bosamo kito, cumo kughang sikit yo. Dunio tanpa sompadanlah kato'an.

    Masoklak ceghito cinta2 ni laie sodap nampak eh..Jokiden dah mulo'an sikit. Sikit yo baghu tu..kigho2 10% yo. Laie 90% menyuso kendian..

    TLIS- Kawin suku samo suku, kigho eh jadi setongahlah yoh?

    ReplyDelete
  6. SELAMAT BERTUGAS.
    MCC

    ReplyDelete
  7. As salam shidi,
    Saya ucapkan selamat bertugas semula dgn rasa seronok dan dedikasi. Tugas anda adalah tugas yg sgt mulia d sisi masyarakat dan jika d lakukan dgn niat kerana Allah, akan menjadi satu ibadah...sy rasa prof lebih arif lg tentang ini...
    semoga sahabatku akan mendpt kepuasan dlm menjalankan tugas, insyaAllah.....CTN

    ReplyDelete
  8. CTN sei pun pueh kojo tapi lotih..Sei nak pergi bercuti sambil berehat esok sampai ahad.Jangan ditanya kemana ku pergi...AJA

    ReplyDelete
  9. Wah Dt. J bunyi macam merajuk yo..bawak datin tak..MD

    ReplyDelete
  10. Kakcik,

    DJ bukan moghajuk tu, tapi ponek lopeh ngurusan SUKMA, patut bona dio poie borehat. Kok dio bawak Datin, kok kughang plak maso rehat eaa.. Bia dio poie songsoghang..

    Jokiden

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum,
    Thank you semua atas peringatan dan kata-kata semangat. Terasa nikmat rahmat Allah s.w.t. dengan memiliki sahabat-sahabat seperti you all. Terasa diri kita beserta dalam diri sahabat-sahabat....sentaisa. Please don't leave me behind.
    Its been a very busy week. Belum apa-apa dah ada request untuk presentation. Tapi itulah seronoknya..... present paper, critics, discussion and finally yang menang ialah ilmu. Lagi banyak presentation, lagi banyak kena critic...hasilnya lagi meningkat ilmu... segalanya anugerah Allah.
    Pagi ni ada free sikit tapi anak bongsu ajak mandi sungai hadapan rumah....so sepanjang pagi ni berendam di sungai...bermain pasir, bermain air. Time seems too precious now. Miss you all.
    Thank You....
    with love...... shidi.

    ReplyDelete