GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, October 12, 2013

BERHENTILAH MAKAN ROTI CANAI


Oleh Jokiden:

Sei lamo tau dah perkara ini, sobab itu makan roti adalah pilihan terakhir. Kadang-kadang kito berlawak dengan perkara ini. Ada yang kurang percaya dan ada yang percaya.
 
Menjimatkan kos adalah merupakan salah satu strategi perniagaan seperti menggunakan peralatan kuno, meminimakan penggnaan tenaga kerja dan pemilihan barang yang paling tidak berkualiti. Semua itu boleh membawa kepada pengurangan kos yang ketara sementara hasil tidak terjejas sangat.
 
Bayangkan kita sedang menikmati sekeping roti canai atau sebuku roti atau roti bakar, sedangkan mereka menyediakan makanan tersebut dengan cara yang paling tidak bersih di dalam dunia ini seperti hanya dengan memakai sepender dan berjogging di atas roti.. Eeeeeeeeeee!!!!
 
Beberapa hari yang lalu kisah pelayan menghidangkan roti canai dengan meletakkan piring kuah yang kotor di atas roti dan menghantarnya kepada pelanggan juga di siarkan oleh Utusan Malaysia.

 

Jualan roti benggali terjejas teruk


GEORGETOWN 12 Okt. - Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gara tersebarnya berita bahawa terdapat sebuah 'kilang roti benggali' di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki.
 
Presiden Persatuan Penjual-Penjual Roti Benggali Pulau Pinang, P. Manogaran berkata, hanya terdapat dua kilang dan sebuah kedai yang menghasilkan roti jenis itu di negeri ini iaitu Maliia Bakery di Jalan Transfer, Uni Bakery di Air Itam dan Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat.
 
"Terdapat 150 vendor berdaftar di seluruh Pulau Pinang dengan persatuan ini dan semua mereka hanya mengambil roti daripada tiga pembekal itu sejak lebih 35 tahun lepas.
 
"Pembuat roti berkenaan guna cara moden dan mereka telah lama dalam bidang itu. Kebersihan dan kualiti roti keluaran mereka berada pada tahap terbaik, kalau tidak percaya, saya jemput orang ramai datang lihat sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.
 
Beliau berkata, sejak berita itu tersiar di akhbar Kosmo! dan dipetik pelbagai laman sesawang dua hari lepas, jualan roti benggali merosot lebih 50 peratus selain restoran serta kedai makan menghentikan pengambilannya buat sementara.
 
Sementara itu, rakan kongsi Maliia Bakery (M) Sdn. Bhd., Datuk Mariadas Gopal berkata, kilangnya menghasilkan 12,000 buku roti benggali setiap hari menggunakan mesin yang mampu mengadun 150 kilogram tepung untuk bekalan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
 
Beliau kesal dengan penyebaran berita itu beserta sekeping gambar hiasan menunjukkan beberapa pekerja memijak tepung tanpa memakai alas kaki di laman social.
 
Menurutnya, sebuah cawangan kedainya di Butterworth terpaksa menghentikan operasi sejak dua hari lepas kerana tiada permintaan.
 
"Kita tidak pernah simpan stok kerana roti benggali yang dibuat habis dijual setiap hari. Kilang kami menjalani prosedur kebersihan yang ketat... jadi kami minta pelanggan tidak perlu bimbang dengan kebersihan produk keluaran kami," katanya. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131013/dn_09/Jualan-roti-benggali-terjejas-teruk#ixzz2hZ9HLP6u
© Utusan Melayu (M) Bhd

3 comments:

  1. Esei pun salah seorang penggemar roti canai, kerana makanan itu senang didapati klu dh lapar bonar, tapi bilo dgr cite mcm ni goli goliman pulak tokak.....

    ReplyDelete
  2. Sei kebetulan nengok gambar mereka tengah memijak2 topung tu dalam fb. Banyak kali ketika makan dan minum di res mamak sei akan bergurau dgn mereka mengatakan roti yg mereka makan di uli dgn siku, lutut, tapak kaki, malah dgn belakang mereka, bulu banyak ditemui dlm roti canaiiiiii!!!!. Gelak ketawa, namun roti yg di makan licin jugak. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. Den makan roti canai yang org melayu buek. Uli ngan tangan. Roti lak gardenia je. Pasti bersih dan halal.

    ReplyDelete