Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas duduk raja melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Alangkah
indah dan mendalam maksud pantun di atas. Janganlah memandang rendah pada adik
beradik kita, suku sakat kita, saudara mara kita, ahli dalam masyarakat kita
yang tidak berada, tidak berupaya, tidak berpangkat, tidak berharta, tidak
berpelajaran. Masing-masing ada peranan dan tenaga mereka sentiasa diperlukan.
Ikan
adalah makanan yang sedap dan berkhasiat. Walau apa jenis ikan sama ada
citarasanya sedap atau kurang sedap nilai pemakanannya tetap sama. Asam pedas,
masak kari, masak singgang, masak lomak cili api apalagi bila disalai dengan
asap sabut kelapa pasti akan menimbulkan selera.
Sesekali
ikan yang sedap itu menjadi busuk bila lambat dimasak atau penyimpanan yang
kurang kemas. Kebiasaan kita akan buang saja ikan tersebut kerana rasanya  kurang enak dimakan atau kita akan mendapat keracunan makanan.
Nasihat
orang tua kita janganlah buang ikan tersebut. Selain membazir ikan tersebut
masih enak jika dibuat perencah daun kayu seperti pucuk ubi, pucuk paku, pucuk
asin-asin, pucuk peper dan sebagainya.
Masa
penulis masih kecil, penulis selalu dilagukan dengan pantun ini semasa nak
tidur:
            Buai tinggi-tinggi
            Sampai cucur atap
            Belum tumbuh gigi
            Dah pandai baca kitab
            Buai laju-laju
            Sampai pohon sena
            Apa dalam baju 
            Sekuntum bunga cina.
Juga
penulis diajarkan menyanyikan lagu tradisional berbentuk jenaka ini:      
            Cang capit tulang daing
            Patah paku patah pudding
            Cari aku di sebalik dinding
            Tam tam buku
            Kerakap daun pudding
            Siapa menerkam tungku
Dia makan taik kucing.
Pantun
lama juga perlu diberi nilai baru sesuai dengan keadaan semasa.
            Pisang emas dibawa belayar
            Masak sebiji di atas peti
            Hutang emas boleh di bayar
            Hutang budi di bawa mati.
Dalam
masa bangsa Melayu meneroka peluang perniagaan di seluruh dunia mengapakah
hanya membawa sebiji pisang emas? Bawalah sekapal pisang emas agar nilai
komersialnya tinggi.  Juga dimaklumkan
berniaga pisang emas tidak sesuai menggunakan kapal . Gunakan kargo udara agar
cepat sampai ke destinasi.
            Buah cempedak diluar pagar 
            Ambil galah tolong jolokan
            Saya budak baru belajar
            Kalau salah tolong tunjukkan
Jika
hendak menanam cempedak mengapa diluar pagar? Tanamlah didalam pagar supaya
keselamatan pokok dan buah terjamin. Buah cempedak pula tidak boleh dijolok
kerana mutunya dan harganya akan turun jika diambil menggunakan galah dan buah
jatuh terhempas.
            Kura-kura dalam perahu,
            Pura-pura tidak tahu.
Patut
ditukar menjadi :
            Pura-pura dalam perahu
            Kura-kura tidak tahu
Hargailah
pantun lama kita agar tidak ditelan zaman. Telah banyak pusaka budaya kita
telah pupus dan tidak diketahui oleh anak dan cucu kita.
            Menghilir sungai menyusur jeram
Jeram bernama jeram busu
Macam mano hati den tak goram,
            Melihat susu menongkat baju
Wahai
tuan yang bijak bestari, tolong tafsirkan pantun hamba.
MCC
Satu lagi pantun maso kocik2 dulu..
ReplyDeleteCang cang anggot
koghotah koghimbo
panjang janggut atok
buek tali timbo..
Ramai budak2 kg kito kini x tau apo bondo ea itu 'koghotah'
Koghotah tu natang idup dalam tang air (batang air - sungai) rupo ea mcm kotam lah. Kalau poi ngocha selalu kono sopit tangan.
DeleteMCC
Pantun MCC yg last tu mcm ponah donga, tapi ghaso e pembayang e lain lah.
ReplyDeletePantun yang potamo tu omak sei nyanyikan berates kali dalam sehari. Tapi sei paling terujo dengan pantun yang terakhir tu bang MCC oiii..
ReplyDeleteIndahnya pantun-pantun yang di nukilkan MCC.....terhibur....reunion yg akan dtg adakan acara berbalas pantun nnt pengerusi sediakan hadiah ee...
ReplyDeleteSSAK