GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, June 10, 2014

INDAHNYA TANAH SUCI INI - PART FIVE

Oleh: Jokiden.


  
Maso kakcik poie tingkat 1 dan 2 ini mungkin masih belum boleh digunakan untak tawaf. Kini kedua-duanya sudah berfungsi. 

Di Masjid Nabi dan di Masjidil Haram, waktu senyap sunyi ketika bersolat pastilah kedengaran suara anak-anak kecil yang menangis walau di penjuru mana kita duduk. Sentiasa ada jemaah yang membawa anak-anak kecil samada dengan cara mengendungnya ataupun menolak di dalam kereta sorong. 

Semasa berjalan keluar dari MH setelah selesai solat fardu, saya menyaksikan seorang jemaah yang ingin menunaikan solat sunat yang akhirnya terpaksa berhenti kerana dia mengikatkan anaknya ke kakinya dan anaknya sentiasa meronta dan menangis.

Pemandangan ini bertambah ketara semasa di MH. Bukan sahaja ada begitu banyak kereta sorong untuk warga emas yang uzur tetapi juga banyak kereta sorong untuk bayi. Kita hanya boleh melihat dan jangan sekali-kali kita menegur urusan jemaah tersebut kerana semuanya adalah dalam percaturan dan aturan Allah swt jua.

Dalam perjalanan dari hotel ke masjid terutamanya pada waktu subuh setelah selesai azan yang pertama kita akan bertembung dengan 'petugas' yang menolak kereta sorong yang ingin mengambil para jemaah yang uzur dari mana-mana hotel. Mereka siap dengan memakai vest. Mereka menolak dgn laju siap kona baring di celah2 ribuan manusia itu. Bayaran selalunya melebihi 100 Riyal untuk sekali urusan.

Seperti di tempat kita waktu solat di Mekah adalah berubah-ubah dan ini terdapat di dinding bilik hotel. Ketika ini waktu subuh ialah 4.10 pagi di mana azan pertama adalah pada jam 3.10 pagi. Waktu terbit matahari kira-kira jam 5.35 pagi.

Waktu zuhur ialah pada pukul 12.12 tengah hari. Asar 3.33 petang, maghrib pada pukul 6.50 petang dan masuk waktu isyak ialah jam 8.31 malam. Selalunya solat didirikan selepas setengah jam azan berkemundang untuk memberi peluang kepada para jemaah berkumpul.

Di tanah air dulu-dulu saya menyaksikan di peti tv, jemaaah ke hulu ke hilir di dalam masjid mencari tempat dan ruang untuk bersolat. Saya tertanya-tanya sendirian kerana ada diantara jemaah yang masih mundar dan mandir sehingga solat fardu selesai dijalankan. Di sana pun begitu. Saya tiada jawapannya. Mungkin itu satu keunikan di Masjid Nabi dan Masjidil Haram. Tengok dan lihat sahajalah.. jangan komen.


  

Tempat yang menjadi tumpuan para jemaah untuk bersolat dan berdoa ialah, jika di Masjid Nabi Raudhah. Kedudukan Raudhah ialah antara mimbar Nabi dengan Makam Nabi. Tidaklah seluas mana dan dibezakan dengan karpet berwarna hijau. Pergi awal pun belum tentu berpeluang bersolat dan berdoa di sini. Namun usaha hendaklah dilakukan dengan penuh azam.

Seorang rakan saya memberitahu dia sejak hari pertama berada di Madinah telah berjaya solat sunat dan solat fardu di Raudhah ini. Memanglah dia amat bernasib baik kerana dia terpaksa bersaing dengan para jemaah yang besar2 lagi tegap badan mereka. Berdoa di sini akan dimakbulkan oleh Allah swt. Pintalah apa sahaja cuma samada cepat atau lambat sahaja doa kita itu termakbul.

Di Masjidil Haram tempat yang menjadi idaman ialah di Multazam iaitu antara Hajar Aswad dengan Pintu Kaabah serta Hijir Ismail. Tempat sempit ini sentiasa dipenuhi oleh para jemaah yang bernasib baik dan berusaha keras. Ia juga merupakan tempat dimana doa segera dimakbulkan sekiranya memohon dengan penuh ikhlas kepada Allah swt. Rakan saya Sdr Hameed Bawal mengingatkan saya agar berusaha untuk bersolat di situ dan berdoa. "101% pasti makbul" katanya.

Pemandangan yang mengkagumkan saya ialah pasangan suami isteri yang mendukung baby sambil mengerjakan tawaf keliling Kaabah. Jika berjalan bersendirian pun sudah sukar apa lagi berjalan sambil mendukung bayi. Namun di sana bahagian masing-masing telah Allah tentukan samada susah, sukar, senang atau mudah. Kita hanya melakukannya.

Jika menuntun dari kaca TV kita akan merasa lebih gerun, sebenarnya apabila berada di sana semua ketakutan dan kebimbangan itu serta merta hilang dan kita ingin segera seperti jemaah lain untuk mengelilingi Kaabah. Apabila kita telah memulakan langkah segala-galanya berjalan sendiri. Putaran tiada henti dan kita hanya sesekali tersekat. Namun kena landa dan kena langgar dengan jemaah lain yang lebih agresif adalah perkara biasa. Sesiapa yang mahukan cabaran yang sedikit bolehlah bertawaf di tingkat satu dan tingkat dua. Jika bertawaf di bahagian bawah masa yang diambil untuk satu pusingan sekitar dua atau tiga minit, bertawaf di tingkat 1 atau 2 akan mengambil masa selama 5 atau 6 atau 7 minit untuk satu pusingan. Indah tuan-tuan. Pergilah.

Tiada bacaan khusus semasa bertawaf, lalu disarankan agar banyak berdoa. Kesilapan mengira jumlah pusingan boleh saja terjadi. Berhati-hatilah. Terlebih tak apa, terkurang, naya. Pelbagai kaedah digunakan oleh para jemaah. Ada yang membawa 7 butir batu dalam poket, selesai satu pusingan masukkan batu ke poket sebelah. Ada yang membawa tasbih yang mengandungi 7 butir manik.

Bang Ngah mengikut saranan rakannya. Al Fatihah mempunyai 7 ayat bermula dengan Bismillah untuk pusingan pertama dan seterusnya. Ada yang memulakan untuk pusingan pertama Subhanallah, kedua Alhamdulillah, ketiga Allah hu akbar seterusnya Lailahaillah untuk pusingan terakhir. Ikutlah mana yang mudah dan sesuai dengan diri dan jangan lupa banyak berdoa sepanjang bertawaf. 


1 comment:

  1. AsSalam,
    Terima kasih Jokiden atas nukilan ini membolehkan saya buat pengajaran dan menambahkan ilmu serta mengingatkan apa yang dah terlupo....
    Sambunglah lagi..tentu u banyak lagi cerita yang boleh di kongsikan.
    Yang best-best......


    SSAK

    ReplyDelete