GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, April 6, 2011

HARI INI HARI JADI SAYA

Oleh Jokiden

Fikirkan, fikirkan, fikirkan banyak kali....

Sebak! Hati ini terlalu sebak... Lutut ini terasa lumpuh untuk
menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku,

Apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang.
Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya.

Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan
setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada
titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia
menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari
mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.

Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang
kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan
belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di
kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang
dan syahdu.

Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku
mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku
kasihankan anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana
Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda.
Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada
jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara
mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.

Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya,
cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi
rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah
menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa
kesyukuran.

Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah
mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.
Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini
terhadapnya. Segalanya cukup sempurna.

Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh
Nurjannah.Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua
itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan
sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga
yang ajarkan.

Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh
Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke
stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja.

Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia
di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke
pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama berbelas tahun hidup
bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama berbelas tahun itu
juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku
mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah
isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi
bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing
turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan

Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku
dengan Normi, madu Nurjannah.

Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah
seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun,
terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan
seorang cahaya mata. Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku
memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah.

Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali.
Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah
tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya
sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk.

Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan.
Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan
kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya.

Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan
harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun
Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku
bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya
menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin
lain. Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra,
mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak
sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara
gading. Terasa begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor,
Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan,

Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya
akan diadakan dua hari lagi.

Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir
di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak
menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik
oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu.
Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami,
aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut. Nurjannah membisu seribu bahasa
dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan
gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari
kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di
samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat
berwarna jingga.

Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku Aku tergamam. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah
aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah,

Tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku
menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani
borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang,"
pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya
ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu.

Nurjannah, barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas
pergi orang yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa
kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah
hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita.
Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun
kesabaran Jannah sudah tinggal sisa-sisa. Jannah tidak mahu jadi
isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah
dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa
sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu
hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga makcik
Normi, kan ayah tak pernah tinggal makcik Normi sorang-sorang. "

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"
pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka.
Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh
Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk,

Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku
mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Sesal dulu pendapatan.. .....sesal kemudian.... ..

23 comments:

  1. “SELAMAT HARI JADI ..BANGG" NSR

    ReplyDelete
  2. Tq NSR, jangan berlengah lagi untuk mencari duit pencen, hehehe web promosi you ialah www.abng2u.com/nsr73 tengoklah web tu

    Jokiden

    ReplyDelete
  3. Nice and touching. Thank you. Happy Birthday. semoga tuan sekeluarga sentiasa hidup dalam keberkatan Allah, dimurahkan rezki. Lihatlah isteri kita itu sebagai Nurjannah atau 'Cahaya Syurga' sebab kalau syurga sudah dianugerahkan untuk kita, apa lagi yang ingin dicari kalau bukan hawa. Kekal dan bahagia di dalamnya...alhamdulillah. Shidi.

    ReplyDelete
  4. Cerita syahdu ni realiti atau impian atau angan-angan? Walau begitu ia telah merencatkan niat saya untuk memadukan isteriku. Itu adalah secebis kisah pengalaman pahitnya madu. Namun ada juga kisah manisnya madu seperti yang sedang dialami oleh beberapa kawan saya sekarang. mcc

    ReplyDelete
  5. Ese mcm MCC yo, cerita ni dikirim oleh ipar saya pada 2007, sempena ulang tahun perkahwinan kami, lalu terencat niat nak memadukan isteri... nampak ea isteri kekal tak kughus koghing, potuo mcc tak dapek nak dibuktikan doh. kih..kih... terima kasih kepada rakan-rakan yang wish happy birthday kepada saya.

    Jokiden.

    ReplyDelete
  6. GHOBAH SEI MACO NUKILAN KAU REP.IYOLAH SEI MMG TAK DO NIAT..TERIMO KASIH ATAS NASIHAT SECARA HALUS TU

    ReplyDelete
  7. Pasang niat yo, tak apo doh bang..itu dah kigho dapek satu pahalo. Kok buek boto boto dapek laie 10 pahalo..sapo yang berjo'oh? Masing masing dah pencen/nak pencen..apo laie nak buek? Dobik dado tanyo selegho..

    Akak pulak, dapek pahalo..laie godaaang. Win-win tu...
    Bang Mail - pasang niat baghu..kok niat lamo tu dah tobatal.Dongar cakap ese ni haaa..
    Wassalam NSR

    ReplyDelete
  8. Wah... wah... wah..... kalau bab bermadu ni tak ado pulak geng2 pompuan berani komen yo? mano mariani 2G? Mano Siti Sara? Mano Tipah? Mano Siti Normah dll ni? Sonyap jo.... atau sonyap2 pakat susun strategi nak balun Sarip ko lopeh ni? Kok kau nak kojokan NSR sampai tangga seluar? TL takut bini ko? Jalil lak tekodu ......
    ISMAIL@CHANG CAPIT

    ReplyDelete
  9. Bang CC, tak yah kojoan NSR tu doh. Dio budak baik boto, somalam ese dah jumpo dio. lombut yo, tak ado macam dalam blog tu ganeh doh. Kito jumpo kek restoren kayu shah alam. Sobona ea dio dah join ABN bawah Jalil, so ese poie noghangan marketing plan dan soghah produk kek dio... sok kito donga testimoni dio..

    Tq jugak pado prof shidi dan join pagi tadi aaa, botambah meriah group ni..

    Jokiden

    ReplyDelete
  10. Maleh nak komen Bang Mail oi! watak si Jannah tu mcm malaikat...no komen.

    ReplyDelete
  11. LAR:ltulah sepatutnya pndirian orang perempuan sentiasa membantu dan menyokong kemahuan suami..siapa tak tung kalau terus masuk syurga...

    ReplyDelete
  12. Silap tu Jalil...se maleh nak nyokong n nak bantu kemaluan suami...heh..jgn mara

    ReplyDelete
  13. PAYUNG OMEH!!!!!!!!!!!!!!! MAGHAH BALIK UTZ RAVI KIH..KIH..

    JOKIDEN

    ReplyDelete
  14. saya dah baca..cerita yg ditulis oleh Jokiden tu....memang tersontoh raso hati...sei pun tak tahu nak pihak sobolah mano

    ReplyDelete
  15. As-Salam,

    Tak yah nak sokong sapo2 do...topuk dado tanyo selero....Jokiden tu memang copek ghobah bilo dongar chogito camtu....tapi dio bagus esei tau dio memang sayang ahli keluarganya terutama isteri dan anak2nya....tapi yg lain2 tu copek2 ghobah bilo baca nukilan Jokiden tu, aman ghumah tanggo umur dah sotongah abad, tambahkan amal dan jariah drp tambah org ghumah.

    ReplyDelete
  16. Den tak ondak payong omeh doh. Banyak cagho lain laie nak dapek pahalo. kok pompuan buek camtu maghah tak? pendekkan ceghito, campakkan yo bondo2 yng MIANG dlm laut bia dimakan e dek ikan joghong, habih ceghito!!!!.

    Ponyongek

    ReplyDelete
  17. An kona oghang yang nulih ateh tu...ponyogek...bongkak bongkak bodan bilo digigit ee, ese pun ponah digigt ponyongek maso kocik, bongkak bogho muko an, moghaong dek sakit ee...padan muko an goma bona main dalam somak..kau kan bee..ha yag lelaki tu jejago jangan disoghang dek ponyongek tu..kekeke...MD

    ReplyDelete
  18. Boto ko Ponyongek tu Ruby Kakcik? Kok oghang lain tak, bunyi sogho Tipah yo.. Apo pun ese dah ghindu kek TL aa, lamo bona ilang ea.. sunyi sopi yo dio.

    Bee@ponyongek dah join ABN bawah Masmariah.. ado duit pencen tu kakcik.

    Jokiden

    ReplyDelete
  19. Jokiden!! eden dah masuk manggih kau! tapi kau ghindu kek Tipah pulak! kang kok den songek kang!

    ponyongek

    ReplyDelete
  20. Ese ghindu kek sumo ea bee, masuk ko, tak masuk ko manggih ni eden totap ghindu aaaa!!!!!

    Jokiden

    ReplyDelete
  21. Iyo boto penyongek tu bee lah, kan bee yo yang monyongek ...kok koronggo tk nyongek de do, penyongek tu dh jadi kawan baik an tu...dio yo banyak buek baik kek an...an tk do boghi dio apo apo do...timo kaseh kek bee yang bsusah payah ngirimkan VCD aerobic kek an..banyak pulak tu..suko amek amek an bee..skrng an bilo potang yo buek aerobic ikut VCD kau tu..bopoloh sehat ghaso bodan...timo kaseh skali lai bee...moga tuhan baleh kebaikan kau tu bee@ponyongek..

    ReplyDelete
  22. Hehehe Mariani kau buek iklan ko?nasib baik, kalau tak kau pun an songek, keh kek keh...

    ponyongek

    ReplyDelete
  23. Se da lamo tak baco comment utk post yg ni...bilo baco...sarep da d cap e plak se ponyongek...kang kok se losang boto2 kang..he..he..

    ReplyDelete