GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, April 12, 2011

HARI JADI ESE PULAK -Sambungan harijadi Jokiden

(buek tatapan indok indok yang dah lotih masuk blog)                                                                                   
Tarikh 18 Dec 2010 jatuh pada hari sabtu.  Kebotolan ese cuti sabtu dan ahad. Seminggu sebolum tu, ese telah koba’an  pado  isteri ese, bahawa ese nak menyambut hari jadi ese yang ke 50 buat pertama kalinya. Terkojot isteri ese.
“Aii, tak pernah pernah buat birthday, tiba tiba tahun ni buat pulak. Ade ape ape ke?”
“Nak buek sesekali apo salah eh” jawab ese
“Ye lah, tak pernah pernah seumur hidup buat birthday, kita anak beranak aje yang selalu celebrated untuk abah” sampuk anak sulung ese.
Tahun ini kan umur abah dah masuk Jubli Omeh. Apo salah eh buek..”
Jubli Emas ke, jubli apa pun saya tak kesah. Tapi PAYUNG EMAS mintak maaf banyak banyak...i’m sorry tegas isteri saya dalam nada bergurau.
Sebolom ni tak ponah ese nyambut jadi hari jadi doh. Ado sekali dulu ,  isteri dan anak anak ese bersama anak buah dan kakak ese secara diam diam buek majlis ringkas untuk harijadi ese.
Kami berbincang tentang majlis tersebut. Ese tegaskan bahawa ese nak buek tahlil dan doa selamat aje pada tarikh tersebut. Isteri ese setuju. Tentang menu makanan ese soghrah yo kek isteri ese memikirkan. Budget ese bori. Harga ceiling RM 500.00 tak cukup tambah sendiri. Kurang, keep the change.
Tentang jomputan, ese mulo mulo sekali ajak jiran jiran terdekat. Kemudian ese ajak kawan kawan kek surau dari pengerusi, imam sampai lah ke jemaah. Ramai yo tu. Ese posan pulak kek kawan kawan, ajak imam2 masjid dan bilal2/siak2 sekali. Mano tau kok dio oghrang tu ada maso lapang. Dan yang agak ponting sekali , ese ajak ibu dan bapa mentuo serto adik beradik anak beranak.
Comeh isteri ese, bilo ese maklumkan orang orang yang ese dah ajak.
“Budget RM 500.00 ajak sekampung, nanti makanan tak cukup buat malu kat orang aje”
“Alah, tak kan semua orang tu datang doh. Cukup tu..” ese cubo meyakinkan.
Memang. Selalu bila kita buat kendughi kocik kocik pun ghamai yang datang.  Sebahagian yang datang tu juga adalah ajakan dan kenalan ibu bapa mentua ese yang juga mengenali ese. Mereka ni bila datang, suka bertanyakan masakan mentua ese, seperti rendang minang, daging cincang dan masak asam tumis ikan duri. Kadang kadang saya olok olok, katakan menu hari ini kueh jomput jomput yo. Biasanya mereka senyum sengih saja tanda tak percayo.
HARIJADI SAMPAI
Sebahagian tetamu lelaki dah sampai. Ese mengambil tompek bersamo mereka. Yang datang kemudian biarkan saja. Pandailah dio nanti mengambil bahagian. Yang ponting kita nak mulakan. Kok tak kang bilo nak selosai plak. Tuan imam surau pun dah datang. Dalam majlis tu dah ado tiga ompek oghang yang buleh bawak tahlil. Kawan kawan dari masjid belum nampak laie doh. Posan kek budak diluar, kalau datang Imam dan orang masjid nanti suruh sajo toghrus masuk kek dalam. Kalau orang dah habis berdoa, suruh saja terus makan. Sonang. Dio oghang dah beso dengan ese.
“Assalamualaikum”  ese boghi salam. Ghamai ghamai mereko menjawab salam ese. Ese pun menyambung cakap ese .
“ hari ini ialah hari ulang tahun yang sukar untuk saya melupakan, selagi saya hidup. Jesteru  itu saya menjemput tuan tuan semua untuk datang kerumah saya.
“Hari ini ialah hari ulang tahun kelahiran saya ke 50 dan sekali gus hari ulangtahun ke 10 pemergian ibu saya ke rahmatullah. 80 tahun dahulu pada 18 Dec 1960 ibu saya tatkala berumur 40 tahun telah melahirkan saya ke dunia ini.  Tepat 40 tahun kemudian dengan takdir Allah juga, ibu saya telah dijemputNya kembali pada hari jadi saya yang ke 40 tahun. Subhanallah. Bukan dirancang tarikh ini dan bukan secara kebetulan. Semuanya ketentuan Allah semata mata.  18 Dec adalah tarikh ibu saya bertarung nyawa untuk melahirkan saya dan 18 Dec juga adalah tarikh dimana ibu saya bertarung nyawa menghadap sakarootul maut.”
“janganlah tuan tuan semua menyebut, hari ini birthday saya, tapi tuan tuan sebutlah hari ini ialah hari ibu saya meninggal dunia. Saya minta Pak Imam dan tuan tuan sudi untuk membuat tahlil khusus kepada arwah ibu dan bapa saya serta seluruh muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita. Amin”
Dalam surat beranak ese, ditulih tompek kelahiran ‘Kampong Jerejak’ Padang Lebar. Tapi orang tua ese tak punya tanah atau kampong disitu,………. Lebiih kurang tahun 1965 keluarga kami berpindah ke tempat arwah ibu ese dikebumikan.
NSR

11 comments:

  1. Terima kasih NSR kerana telah mula menulis dan diharap akan terus memeriahkan blog ini..

    Jokiden

    ReplyDelete
  2. As-Salam,

    Welcome to d group......SSAK.

    ReplyDelete
  3. Sdr NSR, u kata u lahir di kg. Jerjak, kalau u asal orang situ, se pun asal orang Jorojak, se lahir di kg Jerejak juga, kampog omak se, ghumah lamo se masih ado di situ, se pindah kampong koru tanah abah se, kalau sobut orang jorojak, hampir semuo orag Jorjak tu se kona...u anak sapo... agak ee ado kaitan sedagho ngan se tak...?MD

    ReplyDelete
  4. Ese lahir yo kek Jorojak..Jorojak tu tak hafal ese doh.. . Joman dulu dulu, bilo sorang baby dilahirkan. Ado oghang akan disugruh angek kan air mandi baby tu. Jadi dibagitahu, orang yang angekkan air mandi ese iolah Hj Sharif Jorojak. Namo ese ni, keteh abah ese..Hj Sharif yang buboh. Mengambik sempono namo Panglima Tentera Malaysia/PBB di Congo. Omak ese orang selomak, warih warih koba'eh gamai kek situ. Abah ese orang mungkal. Adik perempuan abah ese(meninggal~2004) tingga kek kg mungkal. 1973 ese bersunat dulu kek situ. Nyemoleh lombu laie..beromdam kek tangair(sungai)dopan ghumah tu...Kona tak?

    ReplyDelete
  5. Adinda,
    Anda adalah anak yang baik cuma nasihat abang ialah janganlah adakan kenduri aruah pada 18 Desember setahun sekali atau 10 tahun sekali. Ingatilah ibu dan ayah kita 5 kali sehari. Doakan mereka setiap kali selepas kita solat. Sedekahkan fatihah seberapa banyak yang boleh. Kita anak lelaki yang tiada hijabnya doa kita. Terus menerus kepada aruah ibu dan ayah kita.
    Setiap malam Jumaat - lapangkan lah masa untuk sama-sama ke masjid dan ke surau untuk sama-sama bertahlil mendoakan mereka. Itu saja bantuan yang dapat kita berikan kepada mereka dialam barzakh. Sesungguhnya roh ibu dan ayah kita senantiasa menanti titipan pahala dari anak-anaknya setiap malam jumaat. Jika tiada: alangkah hampanya roh ibu dan bapa kita menunggu sesuatu dari anaknya di dunia.
    Wahai kawan-kawanku : sayangilah kedua ibu bapa kita sebagaimana mereka menyayangi sejak kita dilahirkan.
    CHANG CAPIT

    ReplyDelete
  6. Betul tu abang MCC, saya bersyukur aruah abah saya dikebumikan diperkuburan tepi jalan Bkt Porah Bt Kikir, permintaan aruah abah se sendiri kerana hendak dekat dengan rumah ibu tiri saya supaya mudah untuk ibu tiri mengunjungi bila rindu. Saya setiap kali lalu pasti tidak melepaskan peluang memandang kekubur aruah dan membacakan alfatihah untuknya. Hampir setiap hari saya lalu disitu dan setiap itulah saya mengirim doa, kekadang bila driving bersendirian tentunya saya akan berkata...Abah...saya sangat rindu pada abah...belum puas saya mendengar nasihatmu, belum puas saya menerima kasih sayangmu yang syahdu...abah..saya kirimimu dengan doa tanda kasih sayangku..bahagialah rohmu abah, semoga Allah menyediakan syurga buatmu dan ibu...maka akan bergenanglah airmata apabila berlalu pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu...Memang hati akan menjadi sayu bila melihat kuburnya...bayangkan sedari kecil dbelai kasih sayagnya..kini hanya tinggal pusaranya yang sunyi..rupanya menjadi anak kita tidak akan pernah lupa pada kedua ibubapa yang melahirkan..lebih-lebih lagi bila mereka sudah tiada dan doakanlah supaya diampunkan dosanya, dicucuri rahmat keatasrohnya, di tempatkan bersama orang yang beriman & bertakwa serta dilepaskan dari seksaan kubur..bacakan doa untuk mereka setiap selepas solat 5 waktu...
    Sdr NSR..Hj Sharif tu saya kenal, dh jadi aruahkan...anaknya cek hassan berkahwin dengan Safiah Nordin kawan saya..kalau betul itu orangnya, sdr pasti kenal denganSafiah isteri cek Hassan tu dan pasti Piah tu pun kenal anda..Kalau abah kau oghang mungkal bermakno abah kau kona abah se Dt. Komo Duaji, abah se Dt Lombago suku mungkal..

    ReplyDelete
  7. Hai payah boto nak noko NSR ni....anak ghajo ko...bagi2 klu plak,,,tp bilo bagi klu tu...ghaso2 mcm kona plak...seghonok gak main toko2 camni..kalau ikut klu u tu...adik pompuan ayah u tu mcm Wan Dok yo..ayah u mcm Tok Hamid yo..boto ko...Kau kona ko se ni,,,anak Ghoman kodai simpang dulu...tak kono tak lah..bapak kau dolah...he..he..

    ReplyDelete
  8. Namo ponuh ea LAR ialah Nasuruddin Bin Ahmad, di Jolutong tu sodagho dio Udo Larum tu, sobab tu dio kona Teh Jalal, ongah lisut dan ghamai laie yg dio ingat. Poie KL daghi BP buek apo sotiap aghi tu..? Singgahlah somban kono teh, tapi call dulu..

    Jokiden

    ReplyDelete
  9. T.kasih Rep..dah bnyk kali nak singgah Rest.Sg Keroteh da...tp ado yo hal e nak copek balik...gi KL bnyk hal...uruskan umrah, amanah raya pasal arwah anak se dulu...hai mcm2 lah.

    ReplyDelete
  10. Semalam se singgah restoren Sg Keroteh Sarep nk ambik jus manggih berkhasiat dari MLM sarep tu..se dh joint MLM manggih Sarep. Tapi smlam tak sompek nak makan ayam kampog goreng cicah sambal belacan sarep sbb nak copek. Se dlm perjalanan nak ko S'ban ada hal, rush nak balik pulak lopeh tu, kang anak nk balik skolah pukul 2.30pm, hubby plak pi Bdr. Baru Serting. Tringin nk jmpa CT Shara tapi dia plak sibuk ulang alik ke hosp. Selayang along dia admitted di situ, hanya dapat dengar suaranya saja ditelipon. Kesian Shara, misti ada hikmahnya dan pahala melimpah dari Allah kerana menjaga orang sakit...sabarlah Shara ya...kami semua sentiasa bersamamu...
    Kengkawan semua, mari kita masuk MLM sarip tu, banyak faedahnya... kalo baco perspective manggih tu...boleh jadi kayo bilo syarikat dh bokombang...at the same time bleh slalu get together kek rest. sarep... mehlah masuk, kalau join skarang bilo sykt dh bkombang automaticly jadi tokey, duduk goyang kaki kiro duit dalam bank yo...kih kih kih...MD

    ReplyDelete
  11. Pandai you kempen kakcik, ni silap aghi bulan Tipah n Limah tak soba nak join ni kih..kih..kih

    Jokiden

    ReplyDelete