GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, April 14, 2011

PERTEMUAN DI LA RITZ

OLEH: ISMAIL@CHANG CAPIT

Semalam saya, Sarip, Rashid dan Siti Sara memenuhi undangan Aminah untuk lunch di sebuah restoran di Bangi. Nama restoran tersebut telah dibahasa Peranciskan dari bahasa melayu. Restoran “La Ritz”  dari perkartaan bahasa asalnya restoran LARIS.

Memang memenuhi selera pelanggan restoran tersebut sememangnya laris dan semasa saya sampai setengah jam lebih awal restoran tersebut telah menerima tetamu yang ramai. Terlalu banyak menu pilihan untuk makan tengahari yang semuanya sedap-sedap belaka. Kebanyakkan menunya masakan asli Negeri  Sembilan.  Keliur saya melihat masakan ala kampong yang tersedia dalam bentuk layan diri.


Saya memilih nasi putih, ikan sembilang salai masak lemak, jantung pisang rebus dan tea o ais. Labu masak lomak pun ada tetapi samba gesek tak ado. Mungkin orang Bangi tak tau makan sambal gesek agaknya.

Restoran ini rupanya kepunyaan member kita jugak iaitu Puan Zainab Idris. Tak sangko member kita jadi tokey restoran yang eksklusif. Dengan juadah yang beraneka, pekerja yang peramah dan pelanggan yang ramai saya kira untung bersih harian tokey kedai ini tidak kurang dari RM2,000 sehari. Kiralah sendiri pendapatan bulanannya. Mungkin mengalahkan pendapatan tahunan kita.

Masa kami sampai dan sedang menikmati juadah Tokey Kedai tak ada. Kata pekerjanya beliau ada urusan di luar. Apabila berkira nak balik dan meminta bil pekerja tersebut memberitahu tak perlu bayar kerana Puan Zainab belanja.  Terima kasih Nab atas budi baik tu dan semoga La Ritz lebih laris. Bukan setakat itu rupanya Puan Zainab telah menyediakan ruang yang selesa di dalam kedainya untuk kami tetapi kami lebih selesa dan santai berada di luar restoran La Ritz.

Apabila Sarip telefon memberitahu Aminah (lepas ini ditulis Minah)  nak belanja lunch di Bangi saya terus bersetuju. Sebabnya dah lama sungguh saya tak jumpa Minah dan minggu sebelumnya dalam posting saya  sebut namanya..

Dalam masa menanti ketibaannya saya bayangkan rupabentuk Minah masakini. Yang pasti mesti ada perubahan dan sejauh mana perubahan tersebut setelah lebih dari beberapa dekat jarak waktunya.

Akhirnya Aminah sampai dan dia terpacak di depan saya.  Maea… Rashid.. Sarip… sapa Minah. Masih kenal dia lagi rupanya pada kami tanpa salah orang. Saya mengamati perubahan yang ada padanya. Dulu Minah berisi dan solid. Sekarang pun sama macam tu tetapi agak “put up weight”. Pakaiannya baju kurung yang “mengolit” bak kata Sarip sesuai dengan tugasnya sebagai Secretary yang menuntut beliau mesti kelihatan anggun setiap waktu. Walau telah melewati usia lima puluhan “her beauty is  there.”.

Tutur katanya sopan, sebiji-sebiji berbanding dengan dulu yang kalau dia berkata macam bertih digoreng di seliti dengan ilaian ketawa. Semua itu dah tak ada lagi pada Minah yang asal.  Terasa perbualan kami macam formal pulak.

Walau begitu dia mengakui masih ingat dan mengakui kebenaran cerita yang saya tulis mengenai dia. Juga dia merasakan betapa touchingnya cerita zaman sekolah yang saya tulis.

Shidi dan Jalil tak dapat datang. Jika datang pasti suasana menjadi lebih meriah. Semasa drive  balik saya dan Rashid menyambung perbualan. Rupanya Rashid masih berjiwa muda. Banyak yang saya pelajari darinya.

Pada kawan-kawan yang ingin mencari kelainan selera, menjamu kawan atau membuat kenduri datanglah ke La Ritz restoran. Tempat yang stategik untuk menjamu selera secara relak dan santai. Terima kasih Sarip, Aminah, Rashid dan Siti Sara kerana telah memenuhi masa tengahari saya dengan satu lagi nostalgia yang tidak akan saya lupakan. Cuma terkilan tak dapat jumpa tokey La Ritz.


19 comments:

  1. Berkoca air liur ese membayangkan masak ikan semilang salai tu. Lamo tak ngaso yang ori eh.Bulan lopeh ado ese makan semilang masak lomak. Bilo ese gaso, ghupo eh bukan semilang salai doh. Digoreng eh dulu ikan semilang tu..gaso eh lain.

    La Ritz tu kek seksyen berapo bang..patut ambik gambar dopan kodai tu. Promotelah sikit.Makan free dah dapek..NSR

    ReplyDelete
  2. Bang Mae, Rashid, AaRIP, mAaf tak dapat turut serta. Anak terlibat dengan pertandingan. Kena buat video klip pulak. Siap nanti akan paparkan dalam blog untuk hiburan.
    Anyway, seronok dengar pertemuan dengan Siti Aminah. Saya dah tak jumpa Aminah hampir 37 tahun Walupun biasa ke UPM atau ke UKM, tak pernah terfikir dia kat situ. Shidi.

    ReplyDelete
  3. NSR,
    La Ritz tu tah kek seksyen berapo. Tapi kau keluar kek tol Bangi. Round about kek dopan tu ambik pukul 9. Traffic light pertamo susur keluar ke kiri. Di trafik light ke 2 dopan kilang DENSO susur ke kiri lagi. Lopeh terowong highway ado sederet kodai. Restoran La Ritz kek hujung sekali. Cubo try test makan kek situ.
    chang capit

    ReplyDelete
  4. Maaf kawan2.Pada mualanya program dirancang hari lsnin tp bila berubah pd hari Rabu saya dah ada program lain.Bagaimanapun saya tumpang gembira kawan2 dapat bertemu erutama Minah yang dah lama tak ditemui..teguk air liur dari jauh...AJA

    ReplyDelete
  5. Semalam ese dah komen kisah kek La Ritz ni, aghi ni ese tengok tak ado plak aa.. ado yg mondelete ko ese punyo komen tu,?

    Tapi takpo ese buek laie sokali aa..

    Enab raso tokilan gak sobab tak jumpo kito, tapi almaklumlah.. kul duo sumo dah ado kojo lain nak buek... so kito oghang bopisahlah.

    Mulo-mulo nampak SA dgn baju mengolit ea, ese ingat anak dagho mano datang.. Iyo Tipah lawa boto dio, muko licin macam tomato, baju tu mgkn RM999 ghogo ea, ghambut ea lobek itam pulak tu, weeaii.. walaupun debab sikit tapi anggun..Nasib baik ese duduk kek tiang kodai enab tu, klu tak kompem ese ghobah!!!!!!!!

    Jokiden

    ReplyDelete
  6. Ni yg buek se jeles ni...uuuwaaa...Sarep puji Minah..uuuuwaaaaa...Cayalah Rep...Minah tu mmg lawa dari dulu, kini dan selamanya...bogotah...gotah e makin pokat...se nak gak mkn kek La Ritz tu...tak ngajak2...se bleh katokan ari2 Kl><bt.pht.

    ReplyDelete
  7. Wii aiii ese pun jeles haa, ese memang tau Minah memang lawa sojak skolah dulu, kulit kuning langsat, licin macam tomato kete sarep, se ndak bona jumpa ngan dio, muko comel, mulut bak limau suleh, maghin maghin lincah, suko togolak, ngolonjit(Minah jgn marah, ngolonjit tu istilah lincah oghang dolu dolu) senang berkawan, ramai orang suko dio...dulu kalau bocakap goma bahasakan diri 'I' 'U'. Sronok bkawan dengan Minah, baik, tk ponah maghah oghang...Minah..harap u ado baco blog ni...I tau u slalu balik kampong, kalau u balik kampog singgah singahlah rumah I, tak perlu nk malu, kita dulu kan kawan...

    ReplyDelete
  8. Blog kito ni memang SA baco kakcik, dio kato "without failed" cakap omputih dio. Aghi-aghi dio bukak blog smbk ni, dio tau sumo cite kito, cumo dio tak nulih yo apo2 komen kek sini.

    Malam ni I dating laie aa ngan dio di Bangi.. GHOBAH!!!!!!

    Jokiden

    ReplyDelete
  9. SA kenapa tak nak komen raso e dio pun pandai tu...tulislah sikit nak nongar apo perkembangan terbaru.Hari ni Sarep ado telefon bagitau classmate maso Form 6 dulu meninggal kerana stroke.Lalu saya maklumkan pada dia yang sekarang ni kita macam menunggu giliran sahaja masanya dah sampai...Saya mengingatkan diri saya supaya beringat....AJA

    ReplyDelete
  10. Betul...Jalil...skrg ni umor2 kito ni plak da tiba maso e...tapi ajal jodoh ni semuanya kerja Allah...kita cuma bersedia je lah untuk tu semua. Se terbaca comment Rosli Naim dlm fb dio pasal pemergian kawan kita tu...Ismail ye...sy rapat juga dgn dia tu..kalau die masih mengajar d SDM Bahau...maknanye berturut2 thn sek tu kehilangan guru..last year Arwah Bada...pun ngaja situ gak...kami berempat pernah mengajar bersama2 dlm satu sek pd thn 2000..Arwah Badarudin, Arwah Ismail, Zainun Mustaffa n my self..Al Fatihah untuk arwah Mail..dari Allah dia dtg kepada Allah dia pergi.

    ReplyDelete
  11. LAR kalu tak silap isteri arwah Ismail tu junior kita di Batu Kikir.Betul ke ye?Pasal ajal tu eloklah sebut2 selalu tp pasal jodoh tak yah agak e doh..kok bersemangat pulak sei balik..Agak e bukan sei sorang Sarep n Kandar pun boleh ghobah.He heee.AJA

    ReplyDelete
  12. Ese sobut pasal jodoh tu Tipah, ghoma mek amek se, sobutlah galak2, ese tak maghah doh, memang ese bosomangat laie aa.. somangat yo... yg lain2 dah kughang..

    Jokiden

    ReplyDelete
  13. Se sobut pasal ajal dan jodoh tu...sobab jodoh kito da lalui..tinggal monunggu ajal yo...kata AJA elok sobut slalu..bia de kito takut..Yes ..isteri arwah Mail tu..junior kito oghang toghontang..dokek rmh arwah Khadijah Razak

    ReplyDelete
  14. LAR u tengok sendiri lagak Sarep tu kan...Nak sei marah kek dio pun tak sampai hati sobab itu adolah dio yang original.Dio tak boleh nak sembunyikan keinginannya tapi akhirnya dia hanya berani kata dio tingal semangat yo.Ini ado story sikit pasal orang tak takut isteri....Dalam satu perjumpaan kaum bapak satu arahan telah dibuat oleh seorang pemudahcara .Siapa yang takut bini pergi sebelah kiri dan yang tak takut kekal ditempatnya.Sebaik arahan dikeluarkan semua 99 orang bapak tersipu2 malu minggir ke kiri cuma tinggal seorang lelaki macho berdiri tegak di tempat asalnya.Semua kagum atas keberaniannya lalu fasilitator tadi bertanya.Betulkah bapak ini lelaki sejati, mempunyai pendirian tegas dan tak takut bini.Dengan perlahan dan dengan nada yang malu2 dia menjawab...tidak pak sebetulnya semasa isteri menghantar saya tadi dia telah beri amaran supaya saya duduk tetap di sini dan jangan pergi kemana2 sehingga dia datang semula....Rupa2nya semua 100 orang lelaki itu tadi semuanya sayangkan isteri n malas nak ribut2.Moralnya sayangilah isteri2 anda...AJA

    ReplyDelete
  15. He..he...kalau ado laki se kek ctu gak e..2 orglah yg tak pindah..sobab dio tak takut bini dan bini pun tak takut kek dio..tapi hormat dan sayang totap ado...dan untuk sarep..yg lain2 e da kughang tak po..jgn tak do langsung..he..he..

    ReplyDelete
  16. kalau sei ado. sei akan tanyo fasilitator tu. "Tuan nak beridri kat mane?" dio akan jwb sei tak akan berdiri kat mano2. sbb sei mcm karpal sigh tak leh beridiri.

    ReplyDelete
  17. Dah balik ko daghi KK TL? Kalau dah balik esok moh kito poie ghumah adik CTN di Bangi tu, kul 1.00 hinggo 1.30, dapek jumpo kengkawan.

    Jokiden

    ReplyDelete
  18. dah.insyaallah sei dtg jumpo kongkawan.

    ReplyDelete
  19. Jelesssssss...tak de peluang nak peg Bangi...ada hal yg tak dpt d elakkan.Oh....Kanda baru balik dri KK ...patutlah sonyap yo.

    ReplyDelete