GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, May 21, 2011

CERITA SAYA

Oleh: JOKIDEN

Hari ini, hari Minggu yang mendamaikan, saya berihat saja di rumah bersama keluarga. Yahoo memberitahu betapa orang-orang kenamaan Amerika terutamanya bekas-bekas President mereka memperolehi jutaan ringgit hasil daripada ucapan-ucapan yang mereka sampaikan.

Bill Clinton umpamanya memperolehi $65 juta sejak bersara. G.W.Bush pula sejak bersara pada tahun 2009 telah memperolehi lebih $15 juta hanya dengan memberikan ucapan. Ini tidak termasuk hasil daripada penjualan buku-buku mereka.

Saya rasa antara tokoh yang paling banyak menerima bayaran sejak dulu ialah Henry Kessinger bekas Setiausaha negara yang paling berpengaruh tersebut. Tokoh-tokoh lain yang membuat wang melalui airliur mereka termasuklah Donald Trumph, Arnold, Muhamad Ali dan ramai lagi. Kita tinggalkan kisah orang asing tersebut kerana itu mungkin tidak mampu untuk memotivasikan diri kita.

Kembali ke dunia kita, pagi ini Tahir menghubungi saya mnerusi telefon.  Panjang kami berbual. Tawa ria, tak sedar masa berlalu. Tipah juga menghubuni saya, tetapi menerusi fb. Banyak jugak yang kami sembangkan. Semalam berborak ngan setiausaha juga di fb, dengan beliau selalunya urusan rasmi... ehwah... kih..kih.

Minggu lepas saya dan isteri menghadiri majlis persandingan anak Rubiah Yusof di Dewan MINDF Kuala Lumpur. Majlisnya sungguh meriah dan Rubiah sentiasa kelihatan teruja dan gembira terutamanya bila tetamu memuji kelancaran majlis itu dan keenakan masakanya. Saya tidak ada komen tentang makanan sebabnya....?????

Ramai rakan-rakan SMBK yang hadir antaranya Bang Mail CC dan keluarga, Jalil dan keluarga, Tahir dan keluarga, Iskandar, Rashid dan Isteri, Siti Shara dan Bang Usop, Azimah dan keluarga, Normah Ali, Hawo dan suaminya. Datang dari jauh ialah Bang Rahim dan Siti Normah iaitu dari AS. Tiba paling lewat pula mungkin LAR dan suami dari BP iaitu selepas kami semua pulang.

Kami mengambil kesempatan tersebut untuk mengadakan Mesyuarat Penubuhan Koperasi kita iaitu KOMBAK dii bilik VIP dewan tersebut. Sedang kami rancak berbincang muncul rakan SMBK kita yang telah 40 tahun tidak saya temui. Kelihatan bergaya, matang dalam baju batik berwarna kuning dan songkok tingginya. Saya segera mengenalinya. "Lihat ini Hasnan Md Zain" kata saya memperkenalkan kepada rakan-rakan yang agak terkejut dengan kemunculannya yang tidak kami duga.

Selesai bermesyuarat (ringkas je sebab masing-masing punya urusan lain) saya dan isteri ke SOGO, bukan untuk shoping, cuma untuk melihat lelongan wallet. Saya kemaruk dengan purse, tau tak kenapa. Ketika di situlah LAR menghubungi saya kata dia dan suami nak jumpa jugak. Suasana di KL waktu itu padat dengan orang, kenderaan juga padat di semua kawasan dan hari pula telah hujan. Dua tiga kali LAR berpusing-pusing menggelilingi SOGO dan tidak dibenarkan masuk.

Akhirnya kami bertemu juga dan berbual panjang, santai sambil menghirup teh tarik. Sehingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya apakah LAR dan suami mempunyai sesuatu hajat untuk disampaikan kepada saya atau hanya sekadar untu kono teh tarik bersama. Jika dia mempunyai sesuatu untuk diberitahu, mungkin hajatnya tidak kesampaian kerana sepanjang pertemuan itu tidak ada apa yang diberitahunya dan saya mohon maaf. Jika panggilan tersebut  dan pertemuan itu sekadar untuk teh tarik saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana beliau dan suami sudi dan bersusah payah mencari saya untuk minum bersama...

Catatan ini dibuat untuk memenuhi permintaan MD dan Shidi yang tidak berkesempatan hadir dan ingin tahu tentang kemeriahan majlis. Memang hiruk pikuk. Iskandar dan Jalil asyik mengukur siapa lebih tinggi. Jalil guna kasut, Iskandar tidak memakai terompah, cuma sandal tetapi dengan songkok tinggipun dia masih rendah dari Jalil. Namun TL tetap lebih tinggi dari saya dan Bang CC. Tahir tetap lebih rendah dari Iskandar walaupun dia pakai kasut setinggi mana atau songkok yang paling tinggi dalam pasaran. Kesian Tahir... Riuh rendah kami menjadi perhatian tetamu lain.. so kita kena control sikit. Itulah kisahnya kakcik....

Sebentar tadi juga sempat meninjau kisah rakan-rakan di fb. Sebenarnya apabila sahaja komputer atau laptop saya dibuka yang pertama saya tengok ialah blog SMBK. Tidak seperti NSR, dia membuka blog SMBK dua kali sehari, pagi dan petang. Saya pula membukanya berkali-kali tanpa mengira waktu.

Saya cuma komen "Lost my words" di fb pagi ini. Biasalah, sebab tu LAR kadang2 tak puas hati. Kisah pagi ini komunikasi di fb antara CTN, Zainab, Dr Shidi, Ponyongek dan ramai lagi mengenai hutang, memberi pinjam, hilang kawan dan hilang wang.

Saya amat bersetuju dengan apa yang Zainab hujahkan. Jangan bagi orang pinjam duit kita, kerana akhirnya duit kita hilang, kita jadi marah dan kawan juga terbang.

Saya juga amat bersetuju dengan apa yang CTN utarakan, susah-susah halalkan saja segala hutang orang jika sudah pasti dia tidak akan bayar semula. Habis cerita. Kawan semula atau terus tinggalkan dia, maknanya hilang kawanlah tu.

Saya juga amat bersetuju dengan Dr Shidi bila dia mengatakan, duit yang kita bagi orang pinjam tersebut sebenarnya bukan hak kita, sebaliknya hak orang yang Allah letakan sementara kepada kita, supaya kita boleh bagi pada orang dan kita dapat pahala.

Ikut jalan manapun semua pendapat kawan-kawan adalah betul kepada saya. Sebab itu saya kehilangan kata-kata.

Semalam saya bersama keluarga ke JB menghantar anak saudara mendaftar di UiTM Larkin. Kesempatan berada di JB digunakan juga untuk bertemu dengan Zali. Dia datang dengan keluarganya dan melayan kami seadanya. Terima kasih Zali n Kak Ton(selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Ton) kerana sudi meluangkan masa dan membelanja kami makan.

Sesuatu yang menggembirakan disamping mencemburukan saya ialah Zali baru saja selesai membuat pemeriksaan kesihatan penuh. Dia kena bayar RM4,000.00 lebih untuk itu. Kesihatannya sempurna, tiada pakej darah tinggi, kencing manis, jantung dll. Dia bebas penyakit, syukur sangat mendengarnya.

Terlanjur ke Larkin saya menghantar isteri saya melawat sekolah lamanya iaitu Sekolah Tun Fatimah. Dia sudah meninggalkan sekolah itu lebih 30 tahun. Katanya tidak banyak yang berubah kecuali warnanya.



Pada mulanya kami tidak dibenarkan masuk, kerana persiapan sedang dibuat untuk menyambut kedatangan Menteri dan Exco Kerajaan Negeri. Namun dengan sedikit pujuk rayu pengawal keselamatan tersebut akhirnya membenarkan kami masuk.

Berlaku pulak sedikit salah faham kerana guru-guru tersebut menganggap kamilah tetamu VIP yang di tunggu-tunggu mereka. Bila kenderaan kami berhenti dua tiga orang (mungkin guru2) berlari-lari menyambut kami. Saya menjelaskan yang kami datang mengziarahi sekolah lama. "Ooo encik pernah bersekolah di sini.." kata cikgu lelaki tersebut teruja bercampur panik mungkin. "Bukan saya, isteri saya, kan ini sekolah perempuan" saya membetulkan. Cikgu itu kelihatan tersipu-sipu malu lalu seboleh mungkin cuba menggembalikan kehebatannya.

Tidak mahu mengganggu kelancaran majlis orang kami mohon berlalu. Sempat juga isteri saya menunjukan kelas tempat dia belajar, dewan tempat dia makan, bilik sains, padang permainan, asrama dia dan bilik guru besar yang selalu menyimpan surat-surat yang saya hantar sebelum diserahkan kepada isteri saya. Nostalgialah tu.

Jika ada kesempatan pada cuti persekolahan ini kami mungkin ke sana lagi, JB dan terus ke Singapore. Zali memberitahu saya dia dan keluarga akan juga ke Singapore pada 8 Jun ini. "Jalan-jalan..." katanya. Beberapa bulan dulu jika saya tidak silap LAR dan keluarga juga ke sana.

Perjalanan masing-masing. Untuk pertemuan rakan lama dan sahabat, program Jamuan Hari Raya kita pada 16, 17 dan 18 September akan diadakan. Kita bertemu, bersantai, berbual kisah lama dan baru sambil bercuti dengan keluarga masing-masing. Jadi saya berharap rakan-rakan melapangkan masa pada tarikh tersebut kelak.

Saya juga yakin akan lebih ramai guru-guru kita yang akan hadir pada kali ini dan kita boleh mengwar-warkan tentang program perhimpunan sambil bercuti ini pada rakan-rakan yang jarang-jarang membuka blog SMBK ini. Buat sedikit sebanyak persiapan terutamanya persiapan mental. Tiga bulan dari sekarang adalah jangka waktu yang singkat. Orang selalu memberitahu saya bahawa masa berlalu begitu cepat.

Sekian untuk kali ini, esok mari kita doakan dan ucapan Selamat Hari Jadi kepada MD@Kakcik. juga Tahniah kepada rakan kita yang semalam kelihatan hebat di TV dan kedengaran hebat di Radio iaitu Ybhg Dato' Hj Abdul Jalil Abdullah dan keluarga atas pengurniaan darjah kebesaran.

Sepatah pesan Zali yang harus kita ingat "Dalam usia emas ini selalulah buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.."

44 comments:

  1. Lost my word!!!!!!!he..he.amik kau...den ni oghang yg paling pandai baleh dondam. Heh..heh..Td sembang ngan Zali n Eton..diorang dtg ko Bt.Pht...Zali pun sama perasaannya mcm saya...teringin sngt nak jmpa Zainun yg satu masa dulu sngt ceria orgnya..harap2 Sarep n d gang blh coax our Zainun to attend d gathering..whereever it may be..rindu nak bersembang dgnnya.

    ReplyDelete
  2. Hari ini agak sibuk bagi saya.Pagi2 sepie lagi dah ke Bangi menobeh.Habih je terus pergi kenduri di Seksyen 4 Bangi dan kemudian ke Putrajaya.Kenduri di Putrajaya ini agak istimewa sebabnya ialah perkahwinan anak rakan kita arwah Rosminah.Sampai di sana dah jam 3.20 ptg ramai tetamu dah meninggalkan majlis. Sungguh cantik pengantin perempuan mmg ada iras emaknya.Walaupun juadahnya masih lumayan tp saya dan Yusmah makan buah dan kueh2 saja sebab dah kenyang.Sempat berborak dengan Ariffin bekas suami rakan kita yg beritahu itu merupakan anak ketiga.Yang bungsunya lelaki saya kira berusia 16 tahun.Pada mulanya saya jangkakan Sarep ada sbb mereka bersama di UM dulu.Apa pun marilah kita bacakan Alfatihah untuk arwah rakan kita..AJA

    ReplyDelete
  3. Nikah anak arwah yg potamo ese poie sobab Ariffin tu ngajak. Yg koduo ese tak tau yg sobijik ghupo arwah tu. Yg kotigo ni tak ado yo sampai soghu..

    Tontang zenun ni nantilah ese caghi dio, esepun ghindu mek amek dgn sonyum kulum dan klepot ea tu. weeee ghobah se sok..

    Jokiden

    ReplyDelete
  4. Jokiden,
    Terima kasih atas kisah di atas. Walaupun tak dapat bersama tapi bila membaca perkisahan di atas bagaikan turut serta dalam majlis.Tentang maljis lain tu, tak sampai seru. Tp alhamdulillah kerana dapat mengikuti perkembangan kehidupan sahabat, yang hidup atau yang arwah. Salam....shidi.

    ReplyDelete
  5. MD - Selamat Hari Jadi ..semuga hidup terus diberkati Allah dan sentiasa sihat.

    Jokiden- sebonar'eh ese tulih aghi tu..SEKUGHANG kughang eh 2 kali sehari. Pagi.Potang.Paling kughang tu..paling banyak ontah ontah seghibu, mano tau..

    Tompi ese ingat elok bonarlah Jokiden, laksanokan hajat dio maso mudo2 dulu untuk tulih buku. Ceghito dan gayo bahaso dio macam maco novel... ese suko. Ese tompah satu nak boli..itu pun kok tak dapek free....NSR....

    ReplyDelete
  6. MD hepi behdey. makin lanjut usio nampak ee. dio makin kodopan bkn makin kobolakang. an nak ingatkan dighi an, supayo jgn mandang dunio sajo, yg paling koka adolah akhirat..

    ReplyDelete
  7. TL, jalan mesti kodopan nak...klu kobolakang bukan jalan doh, ngundo namoe.. mandangpun mesti kodopan.. sosokali yo mandang bolakang.

    Ado satu soalan aa untuk rakan2 bunyi ea macam ni..

    Ayu dan Ani cabar moncabar sapo lobih laju jalan ngundo(jalan gustanlah tu) Ayu mulo daghi Bangi gustan ko selatan. Ani mulo daghi Senawang gustan ko utara.. Agak-agak ealah KEK MANO dio oghang tu botomu?????

    Jokiden

    ReplyDelete
  8. Den tau jawapan tu Sarep,sonang bona tu.Budak djh satu pun boleh jawab kalau Uwan Lijah lailah pulak.Ha haaa jawapannya ....bertomu di punggung .Boto tak.Ini mesti boto jangan ubah2 lai jawapan tu he heee

    ReplyDelete
  9. Duo2 jalan ngundo..sampai mampuyh tak kan botomu doh.....NSR....

    ReplyDelete
  10. Tak topat!!!!!!!!!!! jauh bona laghi ea jawapan tu.. cubo laie boy. Yg lain bulih yo cubo..hadiah bosa ni kih..kih..kih

    Jokiden

    ReplyDelete
  11. Saya tertarik kisah hilang duit hilang kawan. memang saya sangat banyak terkena dalam hal ini. Dalam masa lima tahun dulu saya telah kehilangan/kerugian lebih dari RM 15,000.00 (dibaca: lima belas ribu SAHAJA) gara-gara membantu kawan lah. Kisah pertama : kawan sekampong saya dari kecil nak kawinkan anak. Dia tak ada duit jadi dia jumpa lah saya nak pinjam duit nak repair rumah. Dia cagarkan lembunya sebanyak 7 ekor untuk mendapat pinjaman saya berjumlah RM6,000.00. Selang setahun setengah dari itu ketika lembu itu telah beranak beberapa ekor dia jualkan lembu itu semuanya dan lari bersama bini orang. Isterinya menangis panjang mengatakan hal tersebut kepada saya. Saya bukan saja kehilangan duit tapi kehilangan lembu.
    Cerita 2 : Kerana ingin menolong kawan (perempuan) yang ingin berniaga saya membantu dia dengan mengeluarkan modal RM 5000.00 (lima ribu). Perjanjiannya dia akan pulangkan modal dengan sedikit keuntungan. Kerana kepercayaan juga saya telah memberi dia beberapa projek perniagaan semasa saya bertugas di BTPNNS. Setelah beberapa lama dan apabila ingin menuntut kembali wang tertalu banyak prosedur yang mesti saya patuhi yang rasanya tak mungkin saya dapat. Akhirnya saya lupakan saya duit saya sebanyak itu.
    Kisah ke 3 : Memang salah saya kerana terpengaruh dengan cakap kawan yang mengajak melabur dalam projek penternakan. RM 5,000.00 lagi duit saya lesap dalam beberapa bulan.
    Kisah terbaru : Dalam bulan lepas member tak jauh kampong datang ke sekolah saya dengan menaiki motor. Terperanjat saya apabila dia muncul di depan sekolah saya dalam keadaan tergesa dan cemas. Setelah saya jamu dia seadanya dia menyatakan keretanya rosak di tengah jalan. Dia pinjam kereta Cina tukang repair kereta dia untuk mencari saya nak pinjam RM200.00. Kerana dia dalam keadaan terdesak saya terus berikan dia sebanyak yang dia minta. Dia janji nak datang semula minggu depannya, nak pulangkan semula duit itu. Nampaknya dah lebih sebulan dengan tiada khabar berita saya rasa mungkin saya juga akan kehilangan wang itu lagi.
    Apo nak dikato? Itu lah nasib saya. Dan saya belum lagi menyumpah laknat mereka yang melakukan penipuan itu terhadap saya. Kadang-kadang saya berasa taubat tak nak tolong orang lagi berkaitan dengan kewangan, tetapi apabila tiba situasi member mintak tolong hati saya cair dan tak sampai hati untuk tidak menolong.
    CHANG CAPIT

    ReplyDelete
  12. JAWAPAN YANG PALING TOPAT DUO2 JUMPO KEK TAMPOI ATAU TANJUNG RAMBUTAN SOBAB ORANG GILO YO YANG JALAN NGUNDUR. BOTUL TAK RIP? SO SARIP MANO HADIAH BOSA TU?
    CHANG CAPIT.

    ReplyDelete
  13. Harap2 Shidi, Enab n CTN baco komen Bang CC di atas.

    Jawapan ateh tu jugak hampir topat, tapi untuk lobih topat ese boghi klu sikit sobona ea Ayu dan Ani tu gustan ikut sobolah yo highway tu, bukan soghang soboghang sanun dan soghang sobolah sini.. dio samo lane NSR... memang ado tompek potomuan dio atau pasti botomu.. tapi kek mano??????

    Jokiden

    ReplyDelete
  14. Hihi jokiden. kalau duo2 tu jalan ngundo.. ghaso2ee kono 10 langkah boghontilah deh. sapo todayo jalan ngundo dr bangi dan senawang? kojo sio2 tu. takdo kojo caghi kojo. pehtu kalau diboghi ganjaran leh tahan gak. ini ngundo pocumo. sei ingat yang dr bangi tadi toghuihlah ko tampoi dan yg dr senawang tadi toghuihlah ko tg rambutan..hihi adilkan?

    Kek MCC lah sei soliut boto.sonang bona boghi org pinjam duit. alanglah baik ee klu duit tu boghi kek sei, dapek sei blanjo kengkawan. duit abih tu takpo, kengkawan yg ngabihkan. bak keteh org kg sei kalau tak kengkawan ngabihkan sapo laie.

    ReplyDelete
  15. Kok di boghi eaaa kek sei plak duit tu, dapek se boli jam rolex macam D J pakai tu...Jam Omega tak yahlah TL... kih...kih..kih..

    Jawapan TL hampir topat, samo macam Bang CC, ado yg lobih topat aaaa... cubo laie..!!!!!!

    Jokiden

    ReplyDelete
  16. As-salam,

    Jokiden, jwpan esei, duo2 bertomu kek mato.....tak kiro ikut jln mano doo...highway ko tak highway ko bertomu apo2 kek mato, bukan kek hidung, kek mato atau kek tolingo.....hehehe

    Jap g sei komen tang duit muit n pinjam meminjam ni...sei tongoh buzz sikit, tapi goghram ngan toko toki Jokiden.



    SSAK

    ReplyDelete
  17. Bang Mail C
    Orang yang datang bersua saya berkenaan hal masalah kehidupan banyak seperti yang Bang Mail ceritakan itu.Sebenarnya itulah 'trial and ordeal' nak jadi orang beriman. Tapi saya menghormati kesabaran abang. Kesabaran itu memelihara abang, itu sebab abang masih hidup dalam kekayaan, keberkatan dan kebahagiaan. Sifat ini jelas pada muka abang tu. Yang saya takut ungkapan 'taubat tak nak tolong orang lagi' sebab kalau benar ini berlaku, maka termasuklah kita dalam 'wuquf ma'al ibadah' atau berhenti hidup dengan ibadah, pastinya tidak akan menemui Allah s.w.t. Kedua ungkapan 'sumpah laknat' tu. Mohonlah dijauhkan sebab insan itu...siapa sahaja...adalah sebaik kejadian Allah, janganlah kita pulak nak melaknat. Apa yang hilang dari milik kita itu 2 keadaan: 1) Milikan yang hilang itu sebagai menolak bala yang sepatutnya datang.2) Allah memuliakan kita kerana melalui kita orang di sekeliling kita mendapat rezki.Yang mereka dapat itu hanyalah lebihan rezki kita sahaja sebab walaupun hilang tapi tidak memiskinkan.. sebab kita kaya...di sisi Allah.Jadi dalam kedua-dua keadaan ini, kita bersyukur. Saya percaya dengan kesyukuran inilah datangnya sabar. Dan kesebaran Abang Mail itulah yang terpancar pada wajah abang itu, wajah kesabaran, jelas dan alam menyaksikannya... Wallahu alam.
    shidi

    ReplyDelete
  18. ..apo susah2..botomo yo kek R&R Nilai..dapek yo minum sekali.. buek nyakit'an kepalo ese yo mikir'an...

    Budak ayu & ani tu pun tak sekaro kojo, jalan ngumba kebelakang plak....anak sapo tu ge'eh.
    ......NSR....

    ReplyDelete
  19. Baru kejap tadi chat dengan kawan kita Ramlan Husin.Dia mintak saya jemput kawan2 datang ke no 38,Kampong Terentang Padang Lebar.Anak saudara beliau akan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei akan datang.Jadi pada sesiapa yang ada kelapangan dijemput hadir.Jangan kawan2 semua takut makanan ala kg disediakan .Satu lagi yang lstimewa katanya di Padang Lebar beruk tak boleh manjek.

    ReplyDelete
  20. Pokok dek dio lah, nak botomu kek mano pun...yg kito bising2 buek apo....bojalan pun gustan...tak d buek ey kek org...ontah2 bolum sompek nak botomu, masing2 dah tekelontang ...padan muko hehe

    ReplyDelete
  21. Ese tak botomu langsung. Duo-duo tak mandang dopan. Lalu bosolisih...langsung tak jumpo.

    ReplyDelete
  22. Capo plak yg nulih kek ateh ni aa..solalu ea yg lupo tulih namo Shidi n bee... Tak botomu langsung ado yo logik ea tu, bosolisih yo, dah poning kan tak dapek nak noleh kiri kanan, so tolopeh pandang.

    Jawapan CTN pun ado logik ea..tokolontang sobab dah poning kan, bopinau mato ea..

    Jawapan NSR pun nampak munasabah.. dah koghing tokak, boghonti kek R&R nilai kono teh ais dulu.. oooomangai..hilang haus.

    Jawapan SSAK jauh bona tu macam jawapan Dato' J, kek punggung botomu ea..golo..

    Takpolah kojap laie ese boghi jawapan dio.. apopun kughang2 ese dapek golak aghi niaaa

    Jokiden

    ReplyDelete
  23. Kepada NSR dan TLISHS n kawan kawan lain ribuan terima kasih saya ucapkan kerana ucapan hari jadi sya..lebih2 lagi mendoakan panjang umur, murah rezeki dan kebahagian untuk saya..TQ10x..doa dari saya juga semoga kengkawan semua berbahagia, panjang umur murah rezki dan dipermudahkan segala urusan...
    kepada Jokiden capo de oghang ee yang namo ani yang jalan ngondor tu..se ko...kih kih kih...tk sekagho kojo boto...apo kojo..kaki elok jalan ngumbar lak..ayo..memagng padan muko ee bilo jatuh toklontang..dh poning la tu..kojo gilo..mmg boto kato ISHS tu soghang ngondo ko Tampoi soghang ngongo ko Tg Rambutan..kih kih kih..
    OO yo tadi Ramlah Husin SMS mintak tolong warwarka dlm blog, ajakan kengkawan blog SMBK datang knuri ghumah dio di Torontang 20/5/2011 ni nikah anak adik dio...Kau pun samolah NSR..ghumah dio sonang yo nk poi..topi jalan, kalau dari tukikir bolah kiri..ado yo ghamai oghang kek sobolah kiri jalan kg Torontang 29/5 sok ghumah diolahtu singgahlah...Datanglah reramai..kito jumpo di sanun..MD

    ReplyDelete
  24. Beghibu maaf...bukan 20/5 doh..29/5/2011...jangan silap lak..MD

    ReplyDelete
  25. Jokiden nih... Sapo tak tulih namo yo.. Dennnn..Ani ngan Ayu tu dah sasau.. Botomu lah de buku ngan ghueh...Namo an kek ghumah Ayu yo.. Tapi an tak sasau doh.. Rep kau iyo Boto ko nak kono songek ni...

    Ponyongek

    ReplyDelete
  26. Kono kompemkan ngan molah ni, 28 Mei ko, 29 Mei ko atau 30 Mei, tapi pasti bukan 20/5 doh. dah solosai!!!!! "Tap cheeet!!!!!!" DJ kato 28/5, kakcik kato 29/5.. aiyo molah ni.. poning sobab jalan ngumba lah tu..atau kawan kito yg duo oghang tu jalan gustan.. kih..kih..kih

    Bee, kalau nak songek ese ikut poie CH 29/5 ni, jumpo kek sanun sok songeklah sopuloh kalipun takpo doh..

    Jokiden

    ReplyDelete
  27. Nak mencolah ni, esei goli ati bobonar ni bilo membaco komen Jokiden, nmpk ee lah tigo2 kwn kito jln mengumba baik2 bang takut2 nnt tak sampai2 ke destinasi....hehehehehe

    SSAK

    ReplyDelete
  28. Ayo...sasau..mabuk..poning..ese yang poning ha...ese dh ambik kad jomputan Molah...iyo 28/5/11..haiyoo pande mek amek la...sorry lah kengkawan..maklumlah umo dh meningkat setaun lai..
    Bee Jokiden tu memang kogomaan dio kono songek tuu..tambahan pulak kau yang nk nyongek...dio nyoghah dighi yo kek kau nanti Bee..silap2 sok dio gojar kau..bukan kau ngojar dio doh...MD

    ReplyDelete
  29. Hahahaha!!! kompem 28/5, tulah sobab ea jalan jgn ngumba, mesti jalan kodopan. Lobah kek CH tu memang banyak tu, maklumlah bungo banyak, kito tengok nanti lobah yg mano satu yg biso. Ikut kato NSR sumo lobah samo yo biso ea..

    Jokiden

    ReplyDelete
  30. Buzzz. Buzzzz. $$!%£<+##¥¥\[**+??bbzzz..$&^€+??,!!...

    ReplyDelete
  31. Kak Cik...maaf terlambat...HAPPY BELATED BIRTHDAY TO U....moga bahgia d dunia n bahgia d akhirat...Haaa Sarep ..itulah jgn buek oghang poning...kan dah moghapek moghaban tarikh kondughi rmh Molah dah....Ese toko...ayu n ani botomu kek NILAI MEMORIAL CENTRE...lubang da siap kek ctu...toghuih toghojun abih coghito

    ReplyDelete
  32. Aiyo LAR ni, Ayu n Ani tu Muslim, apolak poie toghojun kek lubang Nilai Memorial Centre tu. Kubo Cino tu!!!!

    Oklah kok dah tak ado laie yang nak boghi jawapan, bia ese solosaian malam ni aaa..Kengkawan yang jawab sipi-sipi tu ese boghi yo hadiah sok, jgn ghisaulah..

    Sobona ea NSR n kengkawan, banyak tompek si Ayu n si Ani tu mungkin botomu bilo samo-samo jalan ngumba @ gustan tu.

    Potamo ea ke alam barzah, duo-duo kojol. Ayu dilangga ea dek bas express sobab drebar tu tokojut bilo nampak dio jalan gustan dan laju plak tu. Ani plak dilangga ea dek motor kapcai..kek situ yo abih eaa, tak sompek bawah GH.

    Koduo ea mereko tu botomu dalam Van Polis. Ado oghang tipon polis ngatoan ado oghang jalan ngumba kek Highway, keto dah boghibu2 jalan slow, dah mulo jam dek nengok Ayu. Apo laie polispun cokau Ayu, masukan dalam Van. Bolun sompek van polis tu pusing kek Nilai dapek laie call ngatoan ado soghang laie jalan gustan yo (Anilah tu) Polis tak jadi U turn, terus cokau plak ani masukan dalam Van yang samo. Bayangkanlah suasano Ayu n Ani dlm Van Polis tu, dapek air mineral kocik yo sobotol soghang.

    Kotigo ea mereka botomu di wad gilo kek spita somban, lopeh tu baghu dihanta kek hospital bahagio tg rambutan. koka kek situ adonya. Tulah jawapan MCC n TL tu sipi-sipi yo.

    Koompek ea ese lobih ghoma atau mirip kek jawapan NSR tu. Ayu n Ani botomu kek R&R Nilai tu, bobughak panjang, samo2 kono teh ais.Duo2 Happy sbb dah buek rekod, Walaupun Ayu daghi Bangi patut ea lobih dulu sampai, tapi dio galak boghonti, kopalo ea poning, Ani dulu sampai dan nunggu dio kek situ. Kih...kih...kih, ese golak ni kengkawan jgn maghah... sonyum yolah bia jantung kito sihat... sok2 ese buek laie soalan yg lobih moncabar.

    Jokiden

    ReplyDelete
  33. T kasih LAR, tak ucap pun tk po doh, maso mudo maghin yolah goma oghang sobut h/birthday kek kito skrang tk kisah lai do...dh dewaso kito kan Pah..kih kuh kih keh..MD

    ReplyDelete
  34. Selori Sarep bawak hadiah sok ni...banyak boto dio jnji nak boghi hadiah.

    ReplyDelete
  35. Janji totap 'ditunaikan' LAR, tengoklah sok, topi apo jonih hadiah ea bolun tau laie doh.. kih...kih...kih

    Jokiden

    ReplyDelete
  36. kalau stakat hadiah tualo good morning takyah lah jkd. kek kg sei bolambak, maso kondughi pree yoh, kalau jadik prg pangka.

    ReplyDelete
  37. Hadiah ayam kampong gogheng cocah samba blacan sotokong soghang pun tk po yo doh kekekek..

    ReplyDelete
  38. Sotokong.....cute pokataan tu...lamo se tak guno dah...maso kocik2..arwah Onyang slalu sobut " Wok!..gulai ayam ado bwah tudung saji..berjimbek2 ckit..amik sotokong soghang yo...oghang lain kang nak mkn yo"...tp se okap ckit...slalu amik duo tigo tokong.

    ReplyDelete
  39. Iyolah kok nak ondak sotokong ko, limo tokong ko, tulih lah namo ea.. kang sei tuduh Dr Shidi atau lobah yo.. sobab duo oghang tu yg solalu lupo tulih namo ea...tak nyompek-nyompek nak nokan punat.. sampai tolupo nak nulih ID ea..

    Jokiden

    ReplyDelete
  40. Ese tu Jokiden...bukan se lupo do se malu...kang ko kato se nyindie kang sobab maso se datang rest. u ari tu tk sompek makan ayam goreng kampong ee....ee mano poi patun2 kito ari tu jokiden...ado ko yo yang tosalah sontoh punat ni...

    ReplyDelete
  41. €¥£??!!*]{|+?!~jokiden#%£€??!'??!!!!..

    ReplyDelete
  42. Ooo pantun onam korat tu, pasal anak gajah tu dalam tajuk "Tosalah Usik Punat Ea..." kakcik oii.. http://smbkns.blogspot.com/2011/05/tosalah-usik-punat-ea.html?showComment=1306368130839#c24559762011837401

    Jokiden

    ReplyDelete
  43. Apo yg anonymous tulih kek ateh tu...dio caghutkan jokiden ko...se nampak jokiden yo....

    ReplyDelete
  44. We have also provide the services about international tracking courier
    tracking courier
    tracking courier
    tracking

    ReplyDelete