GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, May 7, 2011

Sukan Tahunan SMBK Kali Ke-35

Assalamualaikum.

Hari ini 7 May 2011 sekolah telah mengadakan sukan Tahunan Kali ke-35, dirasmikan oleh YDP PIBG dan ditutup oleh YB Dato' Hj. Lilah Hj. Yasin. Kalau geng nak tengok gambar hari sukan layarilah "smkbk ModelKhasAlbum (2)". Memang lotih tapi seronok dapek imbas kembali nostalgia sukan maso sekolah dulu.

Sukan dimulakan dengan acara sebelah pagi, mulai jam 8.30 pagi. Lopeh tu sambung pada pukul dua petang, dimulakan dengan perbarisan rumah2 dan badan uniform. Ada juga pertandingan menghias rumah. Sekarang ni rumah merah mano eh Temenggong, kuning Laksamana, hijau Bendahara dan biru Syahbandar.

Maso ni lah teringat  masa bawa bendera dalam perbarisan pembukaan. Ado gambar dalam face book ese. maso ni teringatlah kawan2 yang ambil bahagian, Ct Normah, Zainon, Iskandar, Sarip, dan lain2. jangan kocik ati sobab tak tulih namo yo.

Salam drpd Alias Md Zain

3 comments:

  1. Sapo YDP PIBG kau bang, Ese dulu ghumah merah sojak sokolah ghondah sampai form v ghumah merah yo. Iyeh kotuo ea..

    Jokiden

    ReplyDelete
  2. Ese rumah biru. Srtiapm kali tengok sukan sekolah, pasti akan mengingatkan zaman persekolahan. Thax Alias, apa-apa perkembangan harap tulih dlm blog ni. Tp kok dapek sebolunlah...janganlah selopeh. mano tahu kok toghagak nak melopeh rindu, buleh join sekali. Shidi.

    ReplyDelete
  3. As-salam,

    Teringat semasa sukan sekolah di SMBK, esei umah hijau Iyeh, kiro2 ee dah lamo sei tak menghadiri sukan sekolah ni...teringin yo nak hadir nengok camno pulak sukan sekolah maso kini...Walau apa pun tkasih Iyeh kerna memberikan perkembangan perihal sekolah kito tu...harap2 jgn bosan menulih lg...SSAK

    ReplyDelete