GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, May 3, 2011

KENDURI KAWIN - CHANG CAPIT

Jika dulu dalam tahun 60han kenduri kawin biasanya diadakan selepas menuai padi. Masa itu seolah sinonim dengan perbilangan “ada padi semua kerja menjadi”, dan “ada beras semua kerja jadi deras”. Almaklum masa tu kenduri kawin menuntut kerjasama semua penduduk kampong. Dari menyediakan kelengkapan, peralatan dan masak memasak semuanya dibuat secara gotong royong.
                                                                        .
Seminggu sebelum kenduri diadakan mesyuarat dan perjumpaan penduduk kampong. Mesyuarat ini dinamakan “berkampong”. Semua penduduk kampong akan hadir untuk membuat kemah, penanggah, balai bersanding dan sebagainya. Kaum wanita pula bergotong royong mengacau “penganan” dan “rojid” untuk kedua mempelai mengunjungi mak dan bapak saudara dalam acara “menyombah” Penduduk kampong ada yang membawa ayam seekor  dua, susu, gula dan lain-lain untuk mencukupi bahan yang disediakan oleh tuan rumah.
                                                                                                          .
Kenduri kawin bermula dari malam sebelumnya. Selalunya diadakan kenduri tahlil dan doa selamat. Sambil kenduri sambil membuat persiapan untuk esok. Lembu atau kerbau yang disembelih petangnya mula disiang dan di “kecutkan”. Jamuan malam itu biasanya sop tulang yang sangat menyelerakan.
                                                              .
Bila kenduri besar esoknya berduyun orang kampong dating. Masing-masing akan menjinjing apa saja yang boleh dijinjing. Selalunya kuih yang akan dimakan bersama untuk minum pagi. Untuk memeriahkan majlis selalunya tuan rumah akan menyewa pembesar suara dan lagu-lagu terbaru akan dimainkan. Tempat operasi pembesar suara ini selalunya di bwah rumah dan pembesar suara itu diletakkan di pucuk pokok yang tinggi. Maka  kedengaranlah lagu tersebut diseluruh kampong. Bagi yang agak berada akan menyewa kugiran kampong dan bertambah meriahlah majlis kawin tersebut.
.
Lauk pauk yang dimasak juga sangat terhad, hanya daging lembu atau kerbau atau kambing, ayam kampong sementara sayurnya pula selalunya labu, umbut acar dan rending kacang panjang dengan hati dan pedal ayam bersama nasi putih.
.
Tak ada nasi minyak dan beriani. Tak ada istilah “catering”. Tak ada kemah berbumbung kanopy dan lebih dari itu tak ada “door gilf”. Selepas kenduri seluruh penduduk kampong bergembira. Sekurangnya itulah pesta kampong sekali sekala.
.
Tahun 70han pun hampir sama. Masa kendurinya telah mengikut perubahan. Lepas musim menuai diganti dengan masa cuti sekolah. Maka setiap cuti sekolah bertindan tindeh kenduri diadakan. Orang kampong yang dah tak berapa ramai (sebab penghijrahan) berbahagi. . Separuh ke baruh dan separuh ke darat. Jadinya kenduri pun dah kurang meriah. Pada masa ini  yang pergi kenduri kawin telah mula member duit sebagai hadiah kepada tuan rumah. Cuma kadarnya taklah berapa banyak. Sekadar sehelai duit hijau atau sehelai  duit merah sudah mencukupi. Menariknya siapa yang menderma dicatatkan. Dilantik seorang kerani untuk mengendalikan wang pemberian tersebut.
                                          .   
Alaf baru membawa perubahan baru. Masakini kenduri kawin tidak lagi diadakan selepas menuai kerana hampir semua sawah di kampong saya telah tidak diusahakan lagi atau ditukar kepada tanaman kelapa sawit. Kenduri kawin juga tidak semestinya diadakan semasa cuti sekolah. Cuti hujung minggu biasa pun banyak majlis kenduri kawin  apalagi jika cuti hujung minggu bersambung dengan cuti umum.  Faktor untung rugi juga diambil kira dalam mengadakan majlis kawin sekarang. Ramai yang menganjurkannya selepas gaji antara 25 hb hingga 7hb  kerana beranggapan pengunjung akan lebih bermurah hati menghulur sila berjabat salam kelak.
.
Cuti hujung minggu yang lepas saya menerima undangan 5 majlis perkahwinan. Saya sebolehnya akan memenuhi semua undangan kerana saya tau tuan rumah akan sangat berbesar hati jika kita memenuhi undangan beliau. Disamping itu dimajlis kenduri kawinlah kita boleh berjumpa dengan kawan atau orang kampong yang telah lama tidak berjumpa. Ada dua majlis lain yang kita berkemungkinan dapat berjumpa dengan kawan lama. Pertama semasa sembahyang raya dan stau lagi semasa kenduri kubur.
.
Kenduri kawin di rumah Siti Sara minggu lepas nasi barianinya sedap. Selain saya Alias, Nordin dan Sarip juga hadir. Yang menarik minat isteri saya ialah apam butter ciptaan Siti yang sangat sedap. Kawan yang nak rasa kesedapan kuih tu mintalah resepinya dari Siti Sara.
.
Majlis yang terakhir saya hadiri ada sedikit masalah. Tetamu masih ramai tetapi makanan dah habis. Untuk tidak memalukan tuan rumah saya makan cepat-cepat dengan kuah yang masih berbaki dan cepat-cepat minta diri. Mungkin tuan rumah tidak menyangka begitu ramai tetamu yang hadir berbanding makanan yang disediakan. Pada pendapat saya kita juga boleh mengurangkan risiko tuan rumah. Janganlah bawa seluruh keluarga kita ke majlis kenduri begitu. Cukup sekadar kita suami isteri saja yang hadir.  Saya sangat bersimpati dengan tuan rumah tersebut.

17 comments:

  1. Dulu kalau nak kenduri kawin atau bersunat seluruh penduduk kampung terlibat dan masa tu lah buapak memainkan peranan bosa. Sebulan sudah heboh dan kemeriahan kenduri menghilangkan segala penat.

    Aghi ni kalau kenduri gotong royong tanpa katering, alamatnya tuan rumah atau pengantin baru pakai sakit pingganglah selepas kenduri tu. kih..kih..kih.

    Maso berubah bang cc. Ese pun banyak kali mengalami kenduri rumah kawan yg tak cukup makanan.. yang dijemput suami isteri, yg datang sekeluarga... memang lari bajet tu..

    Mari kita ucapkan selamat hari jadi kepada kawan kita Siti Normah hari ini.

    Jokiden

    ReplyDelete
  2. As-salam
    Dulu bilo kendughi, bondo yang paling ese bonci sekali yolah ngupeh nio dan nguko nio. Nasib baik ngameh nio tu dibuek kek oghang pempuan. Ponah dulu kek kg ese budak budak jantan cubo ngameh nio. Tak menugreh jadi eh doh..santan eh tak keluar..

    Lagi satu oghang pempuan, suko nopok pulut kuning..aaaa.. kojo tu orang jantan jangan masuk campor. Tak masak pulut kang. Bodotuyh. Sapo nak makannn.

    Lagi satu kojo menghias pelamin ni (pelamin yang kek laman ghumah)kek kg ese selalu eh memang budak budak jantan yo yang mbuek eh. Tapi kok tuan ghumah tu ngupah orang buek..ahh itu baghu orang pempuan. Topi ese suka pelamin yang kek laman tu..sumo oghang dapek ngengok..
    (Lihat posting gambar pelamin di atas)
    NSR

    ReplyDelete
  3. Sebelum tu saya ucapkan selamat hari lahir kepada CTN.Dah berumur kito kan..Penulisan CC memang mengimbau kenangan lama.Iyalah masa dulu kenduri kahwin dilakukan penuh berhemah dari perbelanjaan.Kalau boleh semuanya perlu dibantu oleh orang kampung.ltu pun peluang nak makan daging selain dari Hari Raya bagi kebanyakan orang kampung.Kini keadaan dah agak jauh berbeza kebanyakannya cuba menunjuk2 kekakayaan masing2 tapi apa salahnya kalau benar2 berkemampuan iya tak? Kenduri buat dihotel2 besar yang menelan ratusan ribu ringgit.Saya ada hadir jemputan yang berharga lebih sejuta ringgit tp alih2 sebulan lepas tu kawan saya bagitau pasangan tersebut dah berpisah.Jadi kemeriahan kenduri tidak akan membawa makna apa2 .Saya pun belum berpengalaman lagi apa2 pun bergantung kepada niat...insyaallah termakbul segala doa dan harapan emak ayah.

    ReplyDelete
  4. As-salam,

    Terima kasih yg dtg kerumah saya tempoh hari, kenduri kawin tapi kenduri yg serba sederhana je...siapa pengantinnya, hanya yg hadir saja yg tahu siapa die....kwn2 yg tak di jemput jgn kecil hati, sbb kenduri itu kenduri org yg menumpang dirumah saya.

    Sepertikata AJA penulisan MCC memang mengimbau kenangan lama. Setelah saya baca nukilan MCC banyak kenangan2 saya semasa saya masih duduk di kg dahulu, semua yg diceritakan oleh beliau memang itulah juga yg saya lihat mengenai kenduri kawin dikg masa2 dulu. Sungguh jauh perbezaannya dr sekarang. Apa2 pun segala2nya telah berlalu, mungkin jenerasi sekarang tidak akan merasai seperti apa yg kita telah lalui dulu...

    Sdr MCC tentang kuih apam butter nnt saya bagi resepinya...saya akan poskan ke email Bang CC.

    SSAK

    ReplyDelete
  5. Kok nak pueh golak mari kito loadkan gambar2 maso bosanding dulu kek blog ni, sapo2 yang ado simpanlah... ese tak ado gambar abih ghoput dek ujan huawaaaaaaa!!! hik3

    Kito tengok nanti botapo macho ea iyeh, salim, bang cc, TL, Tahir, Tipah, Shidi, Kaklong, SSAK, eeeeeeee Kakcik!!! What say you.

    Moleleh air mato se aa toingatkan maso bosanding dulu, ibo ati ese, nengok polamin yg NSR73 loadkan tu. Maso tu Pak ongah puji2 daghi jauh, "lawa kau" kato dio..

    Jokiden

    ReplyDelete
  6. Sapo nak mulokan uploadkan gambar maso bersanding dolu2 tu....AJA ko, LAR ko, MD ko, iyeh ko,Tahir ko,Shidi ko, Kaklong ko,Paksedaro ko,... Jokiden copek yo dio kato gambar ee dah ghoput...tak cayo sei do...(kato2 penyelamat Jokiden)gambar sei bukan ghoput mcm Jokiden do tapi kono sopak plak...muko tah kemano, hidung sobolah yo, telingo capek, dah kono mkn dek lipeh (dek dah lamo ee duduk menyolit dlm album)...khikhikhik......SSAK

    ReplyDelete
  7. Ese nk yo upload gambar kawin maghin...maso tu tongah kughuih chekiding lai..anggun gitu...somo oghang maso nikah lawa kan...maklumlah masih kughuih, cantik come lote..mudo bolio..ado yang ghambut monjuntai, ado yang berambut remose..(oghang jantanlah..kih kih kih) maso tu bolom ado oghang pakai tudung macam jam ni do..yang pompuan buek sanggul tinggi...itu jaman kito..jaman sobolom kito..maso akak2 kito nikah dulu, kalau dokek lawan ee poi nyanggah jalan kaki..kalau aghi siang bopoloh2..maklum tongah aghi tongah paneh...bodoghun doghun oghang poi nganta nyombah..haii sodap ee..ghiang mek amek ati...tk traso ponek ee do..kalau malam bawak lampu gas..sapo ingat...ado duo oghang yang bawak lampu gas yang bopump tu...sangkut an ateh buluh, soghang kandar hujung buluh, soghag lai kanda hujung lagi satu, lampu gas tu dikadar dopan pengantin, bia toghang nampak pengantin ee....MD

    ReplyDelete
  8. Osah handa ea kacik noghangan kek kito macam mano oghang zaman dulu2 meraikan ponganting, ghaso ese nak bosanding sokali laie aaa... tapi sapo pulak ondak.. huuuuwaaaaaa!!!!! hik..hik..

    Jokiden

    ReplyDelete
  9. Sebak rasa bila teringat kisah d kg zaman2 dulu..Tq Bang sisi kerana mengembalikan ingatan kisah perkahwinan oghang dulu2. Semuanya d buat atas semangat kerjasama..jaghang yg d upah.
    Se masih ingat..tlg Allahyarhamah Uwan se..ngangkek nio dgan pinggan makan 10 buah untuk d gunakan d majlis perkahwinan tu nnti.
    Teringat plak kesah pancaragam tu...dulu2 kek kg ..kalau kendughi tu amik pancaGARAM..osah suko e hati se...melopong se nengok topi khemah poncaragam tu yg dlilt ngan keghoteh warno..hijau,biru n merah. nyanyi lak tu lagu Salaoma n P.Ramli...Selamat peng.baru.
    Pancargam tu namo e 'bayangan sonjo..kalau tak salah..anggota e..Bang Ghoman[abg Udo], mat shah, ahmat ayam , usop[pak sodagho Noraini Talib]..latipah[yg oghang pangge nyamok].
    Alhamdulillah...setakat ni se dpt lg balik kg yg masih berpenghuni..moga2 kg itu ada penghuninya smpai kiamat[ bukan hantu]..sedih juga bagi pihak kwn2 yg kg halaman mereka telah d tumbuhi semak samun dan rmh2nya telah laghah, baliklah sesekali just to recall childhood memories..down memory lane..bodighi dopan tapak ghumah tu..tomonung sojonak mengingati tompek kito berlari main koja2 dongan adik boghadik...tompk laluan kito munggah air dlm baldi smpai lughuh bau..ghajin kito maso tu..budak sekarang..Ya Allah..sonang e hidup mereka.....yg dah berlalu..tinggal menjadi kenangan..terpahat indah d dalam hati sanubari..masa tdk akan berulang..yg akan dtg tak siapa yg tahu...moga2 Allah beri kesejahteraan kpd kita semua..kepada yg da pergi..semua yg kita sayang..yg pernah menyayangi dan mewarnai hidup kita...Al Fathihah untuk mereka...moga kita bertemu semula dgn mereka d akhirat kelak..d Syurga Al Firdausi..Aminn.

    ReplyDelete
  10. Pah, terharu se maco ee komen kau ateh tu...kembalikan nostalgia perkahwian oghang dulu2 akak akak kito dulu. Ahli2 pancaragam yang kau sobut tu sumo se ingat...ghumah se ngan Tipah ni dokek...main pun satu laman, poi skolah P. Lebar naik basika samo...maso tulah bilo balik dr skolah nampak manggih tughun dulu manjek manggih, nampak lansat masak, kundang masak, panjek..(hebat tak kitorang..)..Pah kau ingat tk maso nikah ngah Iyam sobolah ghumah kau tu...Kito jadi penari dibawah pinpinan pak oncu Aziz (aruah...alfatihah) menari maso pengantin sodang bosanding...dalam satu group penari ee 4 orang yo..kih kih kih..tarian lilin ateh pirig..kau ingat tak maso sodang menari dopan pelamin (malam), oghang togah berasak2 nk nengok persombahan kito, tibo2 lampu gaslin padam...kah kah kah...agak ee minyak ee abih..golap..boghonti menari..lintang pukang laghi, oghang ghamai bosoghak..pengantin sonyap yo ateh pelamin...puehlah oghang moncaghi minyak nk pasang balik lampu...akhirnyo tpasang balik lampu, sambung menari balik..ghaso ee nikah ngah iyam kalo bukan ngah iyam, nikah ngah mahmud spupu se tu..maso tu djh 5...MD

    ReplyDelete
  11. CAyO lahhh...
    Kok tak silap ese, ado masok sughat kobar maghin tu. 4 orang budak pempuan menaghi dopan pengantin..kek kg koghu, padang lebar, NS.
    Kigho hebatlah maso tu.. Puhhh

    Ompek gadih penaghi lilin
    Dopan pengantin membuek aksi
    Sampai habih minyak gaslin
    Orang ghamai tak koghing gusi

    Tapii maso tu ese bolun pandai maco laie doh..orang lain tolong maco'an. Kih kih kih goli ati ese..nonga eh..Skrang ni jangan buek kojo cam tu laie..

    NSR

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas komen kawan-kawan tentang tajuk yang saya nyatakan. Selepas menulis posting ni saya bercuti keluar negeri. Tak sangka bila balik macam-macam respond dari kawan-kawan. Girang hati saya membacanya. Sekali lagi terima kasih semua.
    MCC

    ReplyDelete
  13. Bilo tak komen Bang CC punyo posting dulu ...dio moghajuk...joghan kami...tapi tajuk2 yg BCC tulih mmg interesting...cumo kongkadang maleh nak komen..naip tak laju...tohegeh2..baghu dapek nulih socopot. Ha...iyo Kak cik...maso kawin Ngah Iyam ..Kito break d tradition...instead of silat gayung ...kito monari..Lagu e Suriram..suriram...suriram anak yg manis...anak manis.....Kato NSR...ado kolua dlm surat koba..he..he..kalau tak silap namo s.koba tu...'HARIAN GUNTUR'..he..he..he..

    ReplyDelete
  14. Iyo boto tu LAR, kuar dalam Harian Guntur, ese pun ingat. Esok pagi ea tu Abah MD bukan main maghah laie kek wartawan tu sobab tak buek cito dio bongih kek budak yang nyago lampu gaslin tu. Yg kuar gamba 4 budak ponaghi tu yo, gamba dio tak ado.. kih..kih...kih

    Jokiden

    ReplyDelete
  15. Mano kau tau abah se maghah rep...kau pun kocik lai bolom kona oghang luar lai doh, yang kau kona oghag golit yo..kih kih kih.
    Mmg boto tu Harian Guntur sobb yang nikah tu pun oghang Koru Vs oghang Guntur, se ingat Md Zin namo pengantin lelaki tu. Pah yang menari tu selain ese, kau n Siti Kadir sapo lai ha..dh xingatlah..MD

    ReplyDelete
  16. Ghupo2 e kawan2 den ni somuo pomongak n kaki auta...tomasuklah se...patutlah ngam somuo e...yg soghang lai tu...yg monari ngan kito tu kok tak silap...midah anak ngah ronah atau adik e Permaisuri ..budak lawa maso tu mcm Widyawati...ingat tak

    ReplyDelete
  17. Ese ghaso bukan Midah Ghonah do...Sipah Bengkok tak... Suri Ghonah kan kocik lai maso tu...ontahlah nanti se tanyo oghang lain..ponek dek mikir ee sampai tak lolap tido..tobayang bayang pak onchu Azih, Jaapa Kadir, Ngah Iyam yang lawa ratu Koghu maso tu...Pah kau ingat tak Sibi yang duduk dengan Uwan ee ghumah kek corner simpang ke Jelutong tu...mano poi ee haa?..Teringat pulak tengok wayang ponganda (propoganda) kek tongah padang sobolah hilir kodai abah se...masing2 bawak tikar mongkuang nak duduk sambil tengok wayang ponganda tu, kekadang ado tayang crito P rammli...ghamai oghang datang macam satu pesta lak...itulah hiburan oghang jaman maghin....MD

    ReplyDelete