GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, March 14, 2011

ANTARA DR M DAN YUSRI KRU

Saya berpeluang menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa semalam. Filem epik tersebut arahan Yusri KRU. Saya bukanlah peminat filem melayu kerna sering merasa hampa setelah menonton filem melayu yang gagal memaparkan ciri-ciri filem yang baik.
.
Kali terakhir saya menonton filem melayu di panggung ialah filem Mokhsin arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Filem tersebut bagi saya penuh dengan nilai-nilai kemaknusiaan. Selepas itu saya seakan merajuk menonton filem melayu terutama yang diarahkan oleh Afdhlin Shauki.
.
Namun filem Hikayat Merong Mahawangsa lain dari yang lain. Walaupun 80% filem ini menggunakan bahasa inggeris tapi jalan ceritanya cukup baik dan aspek pengarahannya membanggakan filem melayu. Tidak mengecewakan dengan budget 8 juta set filem ini sangat mengkagumkan. Begitu juga kesan bunyi dan kostum. Sudah tentu filem ini akan mencapai box office terbaru dan boleh memenangi beberapa oskar dipertandingan filem peringkat tempatan dan antarabangsa. Khabarnya 27 buah negara telah booking filem ini untuk tayangan di negara berkenaan. Syabas KRU.
.
Saya dah pegang buku Dr mahathir " A Doctor In A House" minggu lepas sehari sebelum ia dilancarkan. Saya letakkan kembali buku itu di rak buku baru kerana dalam wallet saya ada tak sampai RM100.00. Saya berharap akan membelinya minggu ini tetapi bila saya ke semua kedai buku di Seremban buku tersebut telah sold out. Saya pesan kepada anak saya yang ke KL untuk membelikan buku itu tetapi juga telah kehabisan stok. Saya kembali ke kedai yang mempamerkan buku itu minggu sebelumnya tetapi jawapan yang saya dapat dari pembantu kedai itu buku tersebut telah habis dibeli.
.
Kesalnya saya tidak dapat memiliki buku tersebut lebih awal. Nampaknya saya terpaksa menunggu sebulan lagi untuk memiliki buku itu.  Saya tersandar keletihan di kerusi kayu di ruang legar shopping kompleks itu dan hampir melelapkan mata.
. 
"saya dah dapat buku yang abang cari" kata seseorang yang menemani saya mencari buku berkenaan.
Saya bagai tidak percaya dia mendapatkan buku itu untuk saya. Syukur dan terima kasih banyak kerana telah membantu saya mendapatkan buku tersebut. Saya segera menghululurkan RM100 , harga buku tersebut. Saya baru membaca beberapa bab dan saya dapati buku ini sangat menarik untuk dibaca dan dimiliki. Tun Mahathir sebagai PM sangat saya kagumi. Bagaimana dia membangunkan Malaysia dan bagaimana dia berhadapan dengan musuh politiknya.
.
Terima kasih Tun kerana telah mencipta Negara Malaysia yang moden. Malaysia sangat dikagumi oleh ramai orang dari seluruh dunia. Saya juga berkesempatan mengunjungi banyak negara luar dan saya sangat merasa bangga apabila disebut kita orang Malaysia mereka segera menunjukkan "thumb up" dan mengatakan "Malaysia bagus".
.
ISMAIL@CHANG CAPIT.

3 comments:

  1. salam

    sebenarnya bukan 27 buah negara tetapi 73 buah negara yang membuat tayangan serentak filem Hikayat Merong Mahawangsa..... maaf sebab terpaksa buat pembetulan.... :)

    ReplyDelete
  2. Sdr Ismail@Chang Capit,

    Esei suka tengok wayang, sebelum masuk ke panggung wayang saya suka beli popcorn(saiz kotak besar). Bila masuk dlm panggung sei duduk dan mula mengunyah popcorn, wayang start sei pun tengok sambil makan popcorn - cukup concentrate.....lamo2 popcorn pun habis sobolum cerito abih, abih popcorn abihlah kosentrasi esei, terus sonyap, rupo2 ee sei dah mimpi..(tido)..bilo sedar cerito dah abih, kono kojutkan nak balik.....lampu panggung menyala...sapo yg dtg samo ngan sei cukup fed-up, lamo2 tak poie panggung wayang daa.

    hahahahaha.............

    ReplyDelete
  3. Se pun da boli buku Dr.M " A doctor in a house"..sehari selepas ia d lancarkan..hubby penggila buku2 berkaitan dia n all the good leaders..tongah boghobut2 baco ngan dio, seorang pemimpin luar biasa..ayat2 dlm buku tu..bersahaja..mudah d fahami..tak ade bombarstic words..tp seronok membacanya

    ReplyDelete