GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, March 7, 2011

KENANGAN DI TANAH SUCI - PART 2

Kota Madinah aman dan tenteram.  Susun atur bangunan dan landscaping sangat menarik. Cuaca masa itu di akhir musim sejuk. Terasa macam suhu di Genting. Masjid Nabawi sangat indah dan bersih. Pertama kali masuk dan bersembahyang di Masjid Nabawi hati saya penuh dengan kekaguman tentang senibena masjid tersebut.  Alangkah tenteram jiwa berada dalam masjid yang menjanjikan 50,000 pahala beribadat di dalamnya.
.
Menziarahi Makam Rasullah dan berdoa di Raudah sangat mengharukan jiwa. Tak tertahan air mata mengalir. Segalanya amat sempurna.
.
Sebelum bertolak saya yang demam teruk tetapi bila sampai ke Madinah isteri saya pulak jatuh sakit. Dia demam dan ada kesan bintik-bintik di lengannya. Masyaallah denggikah dia....  kebimbangan yang tersangat saya rasakan. Isteri saya meminta di bawa ke hospital. Pihak hotel bermurah hati memanggil ambulan dan isteriku dibawa ke hospital berdekatan.
.
Walaupun hospitalnya kecil tapi layanannya sangat memuaskan. Sampai di hospital isteri saya dibawa terus ke bilik kecemasan dan diberi rawatan sertamerta tanpa menunggu apa-apa. Berbeza sungguh dengan rawatan di hospital kerajaan di negara kita. Lebih kurang sejam isteri saya selesai dimasukkan air (drip) dan nampak lebih bertenaga. Syukur.......  yang paling memeranjatkan saya semua rawatan yang diberikan termasuk ambulan adalah percuma.

Berada di tanah haram Madinah tidak saya sia-siakan. Setiap waktu solat di masjid dan tentunya sampai awal. Saya dapat mengunjungi Makam Rasulullah beberapa kali dan menyampaikan salam dari kawan-kawan di Malaysia. Juga bersolat di Raudah merupakan satu yang saya anggap paling istimewa.

Hari berlalu terlalu cepat. Sampai masanya akan meninggalkan kota di mana jasad Rasulullah bersemadi. Saya sekali lagi mengunjungi Makan Rasullullah untuk mengucapkan selamat tinggal dan berdoa supaya ini bukanlah kali pertama dan terakhir mengunjungi makam Rasulullah.

Selepas Zohor dan siap berihram di hotel saya dan ahli jemaah meninggalkan kota Madinah menuju Makah. Berhenti sebentar di masjid Qiblaitini (dua kiblat) untuk berniat ihram untuk mengerjakan umrah. Ketika kalimat "Talbiah" dilaungkan saya tidak dapat menahan kepiluan. Air mata bercucuran turun tanpa dapat saya tahan. Terasa kecilnya kita di bawah kuasa Tuhan  yang Maha Agung. Basah hujung kain ihram saya dengan air mata.

Jam 10.00 malam sampai di Makkah. Selesai urusan di hotel mutawif memandu kami mengerjakan tawaf. Hati saya diruntun resah. Apakah saya dapat menatap Kaabah? Terasa diri begitu hina dan banyak dosa. Saya berdoa : " Ya Allah.... hambamu datang kepadamu dengan dosa yang banyak. Hambamu tidak layak berada di rumahmu yang agung ini. Namun aku datang untuk membersihkan semua dosaku ya Allah. Terimalah kehadiranku di rumahmu yang Agung ini. " Aku menundukkan muka masuk kedalam Masjidil Haram. Tidak berani aku mendongakkan muka memandang Kaabah. Mutawif mengarahkan kami menggangkat muka dan menatap Rumah Allah buat pertama kali.

"Ya Allah...  Subhanallah.....  Allahuakbar......"  saya bagai menjerit kegembiraan dengan rasa kekaguman. Kaabah tersergam di depan mata saya. Binaan empat persegi itu saya tatap dengan penuh kekaguman. Seterusnya melakukan tawaf  dengan sempurna. Setiap kali keliling disertai dengan cucuran air mata. Isteri saya dibantu oleh mutawif wanita melakukan tawaf di tengah ribuah manusia yang bertawaf. Syukur isteri saya tabah dan sabar menahan tenaga walaupun saya tahu dia tidak berapa "fit".

Melakukan saie saya rasa sangat memenatkan. Berjalan 7 kali ulang alik dari bukit Safa dan Marwah membuatkan beberapa bahagian kaki saya telah mula merasa sakit namun digagahi. Akhirnya seletah bergunting rambut (tahalul) maka selesailah Umrah Wajib saya. Ya Allah...  betapa indahnya pengelaman ini. Selain dari umrah pertama di atas saya dapat mengulangi 3 kali lagi umrah pada hari-hari berikutnya.
BERSAMBUNG.................    Ismail Mad Isa

6 comments:

  1. Salam Saudara Ismail.Tahniah kerana telah berjaya menunaikan umrah.Insyaallah pada lain masa akan dapat mengerjakan haji pula.Saya dapat merasai apa yang saudara rasakan kerana saya juga mengalami yang sama ketika pertama kali menjejaki kaki ke bumi Makkah dan Madinah.Tidak siapa dapat membayangkannya sekiranya belum berpeluang ke sana.Kawan2 yang belum tanam azam yang kuat untuk kesana dengan berdoa semoga suatu hari akan dijemput menjadi tetamu Allah.Saya masih ada hutang kerana belum menunaikan jemputan ke rumah.Insyaallah saya akan sampai.AJA

    ReplyDelete
  2. Bang Mail, thanks for the sharing, again I lost my words, deep inside my heart I pray to Allah to be there soon...MSA

    ReplyDelete
  3. A'kum Mail, tahniah dan Alhamdulillah kerana tlah berjaya menunaikan umrah..seperti Jalil saya pun da merasai apa yg Mail rasakan..cuma sy tak pandai nak lahirkan d feelings in words..like seorang pujangga,InsyaAllah kerana kerinduan kpd rumah Allah itu sy akan ke sana lg pd cuti sek pertengahan tahun ni membawa bersama kesemua anggota keluarga sy yg 11 org ni. Siapa nak join marilah, atau lepas ni kita tunaikan Haji sama2. THAT WILL BE A DREAM COMES TRUE.

    ReplyDelete
  4. As salam mail,
    tahniah kerana anda berdua berjaya menunaikan umrah dan semoga mendapat umrah yg mabrurah....
    apabila mendengar cerita saudara,seperti kwn2 lain kata,sy teringat bagaimana perasaan sy menerima surat dr tabung haji yg menyatakan kami berdua terpilih utk menunaikan haji pd thn tersebut (2001), airmata bercucuran tanda kesyukuran kpd Allah kerana memilih kami sebagai tetamuNya....begitulah seterusnya apabila kali pertama menjejakkan kaki d rumah Allah...tiada kata boleh menggambarkannya....

    tahniah juga kpd LAR yg akan ke sana bersama keluarga....alhamdulillah....seronok mendengarnya....

    pembetulan: mail munkin tersilap taip nama masjid tempat membaca niat ihram/haji....bukan masjid qiblatain tp masjid bir ali iaitu meqat utk berniat dr madinah ke mekah....

    semoga dpt mendengar cerita selanjutnya.....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Bang Mail & Isteri dan tahniah kerana selamat pergi dan kembali serta merasai nikmat rahmatnya ketika berada di sana walaupun berhadapan dengan dugaan kesihatan.

    Nikmat dan rahmat berada di sana merupakan pengalaman ruh kerana apabila ruh berhadapan dengan Tuhannya dalam dunia nyata (ketika melihat rumah Tuhannya), maka ruh merasai dengan mengalami sifat DzatNya yang agung ia itu Puji, Anugerah, Rahman dan Rahim. Inilah pengalaman perasaan (zauq) bila ruh sentiasa berhadap (tawajjuh)dengan Tuhannya, dalam segenap ruang dan masa.

    Maka sedetik pengalaman Allah limpahkan rasa (zauq) itu akan menjadi titik tolak untuk berjihad agar dapat berada dalam keadaan sentiasa berhadapan denganNya, pada setiap ruang dan waktu. Maka, dalam setiap ruang dan waktu, kehidupan akan dilimpahkan hanya dengan Puji, Anugerah, Rahman dan RahimNya. wallahu alam.

    ReplyDelete
  6. dah tuo ni memamng pelupo. Comment di atas oleh ...shidi...

    ReplyDelete