GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, March 14, 2011

Kueh Kodok Gulai Labu Samba Ghesek....................

As-Salam kwn2,

Pada hari minggu 13/3/2011 yg lalu, saya duduk di depan tv menonton SPM utk melihat dan mendengar kwn kita Sdr AJA on air pd pukul 8 pagi. Gembira melihat beliau di temuduga pihak tv dan ketika itu baru saya nampak die serius dlm berkata2, tidak seperti mana yg kita lihat diluar bila bersama2 kita semua,  die amat peramah dan suka berseloroh, sebenarnya itulah jiwanya sentiasa periang membuatkan kita sentiasa selesa dan tenang bila bersama2.

Saya ucapkan tahniah kpd beliau,  tiba2 saya terima sms dr nya mengajak saya sarapan pagi di Sban ini, katanya nak minum teh.......saya pun jawab OK je dan suruh dia hubungi sdr sarep, maka pagi itu kami bersarapan bersama Sdr AJA dan isteri Yusmah, Sarep dan Sdr Salim di Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi.

Semasa minum kami berbual2, bermacam topik yg di bualkan.  Sdr sarep suruh saya dikuarantinkan, takut katanya saya kok kena H1N1. Duduk satu meja pun dia bg sempadan supaya tak jangkit katanya...takuttttt.

Selang beberapa minit, sdr Salim dtg ketempat kami dan minum bersama. Dia dtg kerumah adiknya di Taman Cengal Paroi kerana kenduri kawin anak saudaranya, rupa2nya sdr salim masak lauk kenduri.
Saya pun tanyo, dia dah habis masak ke, katanya dah....tinggal masa gulai labu......

Jawapan gulai labu tu yg membuatkan saya dan yusmah berkata..sodappp ee gulai labu!!!!!
Sebut gulai labu mengingatkan saya semasa berada di luar negara, saya sering masak gulai labu dgn sambal ghesek ikan bilis dan sarapan kueh kodok. Apa yg saya dapati ada dikalangan pelajar diluar negara yg saya temui tak kenal gulai labu dan sambal ghesek, apatah lg kueh kodok mereka tak tahu buat.....kebanyakan mereka disana makan maggi atau pun cereal je....sungguh sedih hati saya, org kampung mcm saya tak tau kueh kodok, gulai labu dan sambal ghesek.....bil ditanya mereka dikampung pun tak makan menu tersebut, ada yg kata ibu2 mereka tak pernah buat, samada betul atau tidak saya tak tahu lah......bila mereka dtg kerumah saya disana saya jamu mereka makanan tersebut, bila mereka makan mereka kata sodappp............adakah betul2 tak tau atau malassss.......

Di luar negara semua bahan ada mcm dimalaysia, tapi kalau cari potai, jering ke memanglah tak ado, tapi saya ada jugak jumpo petai, tapi bukan jenis petai di semenanjung ni, jenis petai yg ada di Sabah dan sarawak.....kalau kwn2 nak tau rupo petai tu dah koring terlalu lamo duduk dlm peti ais....

Jadi tak ada masalahnya tak bulih masak dan tak boleh buat...pokok pangkal kena tau, pandai mengatur hidup bila berada diluar negara.

Saya sarankan kepada kwn2 kalau nak menghantar anak2 ke luar negara ajarlah mereka serba sedikit memasak, tak kira lelaki atau perempuan, sekurang2nya mereka boleh lakukan demi kehidupan mereka disana.  sekurang2nya juga boleh membantu kewangan, maklumlan kalu negara tersebut duitnya mahal dr egara kito.

Ini timbul bab sembahyang, bila keluar berjalan2 di negara yg tak ada surau atau masjid mcm negara kita, kita tak sembahyang.  Pada pengalaman saya, bila berada dinegara org masalah sembahyang tak ada masalah, Kawasan taman (park) banyak, tetapi saya klu berjalan2 saya sentiasa berpakaian yg menutup aurat bolih dibawa terus sembahyang serta bawa stokin. Kompas dibawa sentiasa utk cari arah kiblat. Tak payahlah bawak kain telekung, nanti bila kita pakai takut org lari pulak, kalau kat msia takpelah org semua faham. Sebabnya surau dan masjid takde mcm di msia ni , dan kemungkinan kita tak dpt cari surau atau masjid di kawasan itu. Tetapi kita dah kena sembahyang dan tak sempat balik ketempat tinggal.

Ini semua adalah pengalaman2 saya ketika berada di luar negara.....semuga dapat memberi sedikit pengajaran kepada kwn2 yg tak tahu...yang dah tau.......alhamdullilah.......

Kembali cerita kenduri di rumah adik sdr salim, kami dijemputnya semua kerumah adiknya utk makan kenduri, saya dan yusmah cuba mengelak sebab tak bersedia utk pergi dengan pakaian yg simple je, maklumlah tadinya kami keluar utk bersantai2 minum pagi, tiba nak pergi kenduri..kenduri kawin pulak tu....oleh desakkan saudara salim kami pergi juga, rupa2nya kami adalah jemputan pertama, orang nogori kato makan pangka.... Masakan nya amatlah menyelerokan sekali, termasuklah gulai daging salai dgn buah belimbing buluh dan semestinya gulai labu dgn pajeri nenas......

Terima kasih sdr Salim dan adiknya, susah nak dpt makan masakan mcm tu di hari kenduri kawin. Selepas menjamu selera di situ, kami semua bersurai, dan saya sempat bagi tau AJA, MSA utk buat small gathering antara kwn2 yg ada disekitar Sban dan KL. Kedua mereka berkata akan diaturkan....sokongan kwn2 dialu2kan.

Hanya setakat ini dahulu dari saya, bertemu dilain coretan pula........ini pun saya menunggu-nunggu kwn2 masuk blog, takde sapo pun yg nak bercerito.  sei buat cerito utk mengisi kekosongan dan menunggu cerita dr kwn2.

 Assalamualaikum..................SSAK

5 comments:

  1. Resepi itu menu zaman kita dulu-dulu. Saya pun zaman budak cukup elergik dengan gulai lomak putih labu. Tak kan saya sontuh makanan tu. Begitu juga robung, jantung pisang, torung belando. Aneh pulak bilo dah tuo zaman selero meragam ni gulai-gulai tu la yang sodap. Sekali makan tekinyam. Kalau samba gesek berasamkan kundang mudo " ngelintin nyawo " bak kato ongah KAAB.
    SSAK kalau ado resepi zaman kito bebudak tu bolehlah share. Boleh bukak satu topik kek blog ni.... MENU ZAMAN DULU-DULU.

    ISMAIL@CHANG CAPIT

    ReplyDelete
  2. Sdr Ismail,

    Semuo yg sdr sobut tu gulai org kampong, esei dibesarkan kek kampong so bondo2 tu tak polik malah sei paling ghoma...anak2 sei yg duo org tu suka makanan org kampong, sayang anak sei yg tuo tak suko langsung, ontah apo nyeman ee pueh sei ajar makan cara sei ikut solero kampong tapi tak mau deh doo, sampaikan durian pun tak suko makan....rugi ado dusun durian pun tak guna kek dio..nantilah sei akan sambut topik bicara akan dtg ....MENU ZAMAN DOLU-DOLU

    ReplyDelete
  3. Setiousoho,

    Toghimo kasih atas coretan.. blog dah mulo meriah balik.. takdolah kakcik mariani tu merintih2 doh. Ese kalu nulih bab 'Menu dulu-dulu' ni sok.. kok tak lalu makan kengkawan..

    Bab gulai labu ni ese tak ponah joling doh, bunyi ea polik tapi bona..ese heghan kek kg nengok oghang maso kenduri makan kerak nasi cocah gulai labu. kek kodai se ado gulai labu masak lomak aghi-aghi, pun ese tak sontuh doh..

    Aghi tu ghumah Salim tak ado lauk esepun topakso makan gulai labu... ghupo ea..mak oi!!!! sodap!!!! sojak tu aghi-aghi ese makan gulai labu kek kodai se.. makan camtu yo tanpo nasik..pun sodap ghupo ea.. nyosa boto se dulu-dulu tak monjoling kek gulai labu ni..MSA

    ReplyDelete
  4. Lupo lak aa.. Esok hari jadi Lieh, maghi kito ramai-ramai ucapakan solamat kek dio..MSA

    ReplyDelete
  5. Sarep..apo sobab ee kau tibo2 yo bingkeh, sobolum ni kau sonyap jo, mcm oghang merojok yo..se pun peminat no.1 tulisan kau rep..apo lamo amek rehat ee..rindu se nak maco nukilan sarep n shidi..asik se ngan shara yo nulih, oghang lain apo buek..sibuk na ko..anyway bilo baco masak lomak labu samba gesek shara se tkeliur..tenkinyam lak ..tngahari ni salah satu menu ghumah se masak lomak labu.. baghu balik dr cari labu kek Bt kikir ha..TQ shara..

    Kalau Iyeh baca blog ni 'Happy birthday Yeh, smoga panjang umur, sihat badan, bahagia untuk selamanya'..

    ReplyDelete