GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, March 8, 2011

KENANGAN DARI TANAH SUCI - FINAL

JANGAN CELUPAR - PAY CASH :
"Jika ke Tanah Suci jangan cakap yang bukan-bukan. Semua akan berlaku sekelip mata"  itu pesanan yang selalu kita terima. Di jalan menuju ke Masjidil Haram  terdapat banyak burung merpati yang sangat jinak berterbangan. Burung-burung tersebut diberi makan oleh orang yang lalu lalang setiap hari. Secara tidak sengaja saya berbisik perlahan, " dimana burung ini berak agaknya?" sebab tidak ada najis burung di jalan yang dilalui ke masjid.. Beberapa langkah kehadapan saya terasa sesuatu jatuh di atas kepala saya. Subhanallah.... burung merpati tersebut betul-betul menjatuhkan najisnya atas kepala saya. Natijahnya saya seolah telah mempersoalkan kuasa Allah ke atas burung tersebut. Saya insaf dan meminta ampun serta merta.

MURAHNYA REZEKI :
Berjalan ke masjid sebelum maghrib, sementara menunggu solat maghrib atau isyak, semasa mengerjakan saie banyak orang Arab bersedekah. Ada yang menyediakan limau, air teh arab, roti dan yang paling banyak kurma. Ramai juga yang membuat kenduri. Kenduri orang Arab simple sekali. Bentang plastik antara jemaah dan taburkan kurma. Sediakan cawan-cawan kecil air teh dan edarkan kepada jemaah. Itu saja kendurinya tanpa apa-apa tahlil dan doa. Begitu juga tiada doa selepas solat. Satu malam sebelum maghrib sebuah keluarga bangsawan Arab mengadakan kenduri. Saya agak keluarga bangsawan dari segi pakaian dan penampilan mereka. Saya sempat dihulurkan pinggan berisi kurma oleh salah se orang keluarga bangsawan tersebut. Lembut dan sedap sungguh tekstur kurma tersebut. Maklum buah makanan keluarga bangsawan.

BERMALAM DI MASJIDIL HARAM :
Bila saya menyatakan hasrat untuk tidur di Masjidil Haram tidak ada rakan sebilik yang mahu mengikut saya. Malam itu selepas solat isyak saya tidak balik ke hotel.  Saya teruskan aktiviti membaca quran, sembahyang sunat sehingga saya terasa penat. Apabila terasa agak mengantuk saya berbaring dengan badan menghadap ke Kaabah. Saya tertidur. Tidak ada apa-apa berlaku sehingga se orang polis Arab membangunkan saya. Saya tawaf beberapa kali dan berdoa di Hijr Ismail. Apabila terasa penat saya berbaring semula di depan Kaabah bertentangan dengan Hajarul Aswad. Sejuk tidur beratapkan langit dan berlantaikan marmar. Saya bermimpi .................     " se olah saya berada di suatu tempat yang sangat aneh. tak dapat digambarkan di mana. kemudian saya terlihat sesuatu yang tidak digambarkan keindahannya ....  dalam hati  (semasa bermimpi) saya berkata "ini kah tuhanku?" seketika kemudian saya terjaga kerana kesejukan yang amat sangat. Subhanallah..... mana mungkin saya yang sekecil ini boleh melihat itu semua.. mana mungkin. Mainan syaitan lah itu  kerana syaitan berada di mana-mana untuk menyesatkan manusia hatta di depan Kaabah. Muazzin melaungkan azan subuh dan saya menyiapkan diri untuk solat subuh.

AKHIR BICARA :
Kepada rakan-rakan catatan ini sebagai berkongsi pengelaman. Dijauhkan diri saya dari berperasaan angkuh atau apa saja niat yang tidak baik. Rakan yang mendahului saya sekadar perkongsian pengelaman dan rakan yang belum akan tiba pula giliran anda. Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen. Minggu depan saya akan mendaftar untuk menunaikan fardu haji pula.

Ismail Mad Isa

4 comments:

  1. Terujanya saya membaca coretan sdr.Ismail Md Isa 'Jangan celupar..pay cash' saya juga ada pengalaman semasa mengerjakan umrah tahun 2002, tetapi agak berbeza sedikit dari cerita sdr Ismail. Saya dan suami mengikuti package umrah dari K. Lumpur pada bulan Ramadan, pada masa yang sama ibu saudara saya juga mengerjakan umrah tetapi package umrah lain dari S'ban. Semasa dimasjidilharam saya sangat teringin berjumpa ibu saudara kerana saya pasti dia juga berada dimasjidilharam bersolat terawih, namun dalam lautan jutaan manusia mana mungkin saya dpat mencarinya. Dalam keadaan sesak mencari tempat untk bersolat saya berdoa dalam hati semoga Allah pertemukan saya dengan ibu sdra walaupun sekali atau sekilas pandang pun jadilah. Saya memandang ke kiblat sambil berdoa dengan cucuran airmata..terus lagi mencari tempat solat, apabila saya terlihat sedikit ruang untuk solat, saya terus duduk. Saya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang sebelah yang baru dikenali..alangkah terkejutnya orang di sebelah saya itu adalah ibu saudara yang saya cari..kami berpelukan..masyaalah..besarnya kuasamu ya Allah, tak terduga olehku akan bertemu dgn ibu sdra..walaupun hati berharap..Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. Bang Mail n Kakcik, Terima kasih atas perkongsian ini. Sesungguhnya Allah Maha Besar ..MSA

    ReplyDelete
  3. Seronoknya baca pengalaman Mail d Tanah suci...sy juga ingin sekali berkongsi pengalaman semasa berada d sana...tp apakan daya...saya tak pandai nak mengolah supaya sedap d baca dan pokagho yg sobona e se maleh nak monaip...nnti kito duduk minum teh tarik kek kodai Sarep se coghito caro lisan...hai apolah se ni ..Ponyakit..M..se bosa bona..

    ReplyDelete
  4. Jgnlah maleh Tipah, pengalaman berharga tu wajar bona dikongsi ngan kengkawan.. bulih taip kek komen ni yo aaa.. MSA

    ReplyDelete