GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, March 19, 2011

SAMBAL GHESEK DAN GHOBUS UBI

Oleh Mohd Sharif Ahmad
Malam tadi saya berkesempatan bertemu dengan Tahir Kassim di Restoren Kayu, di Bandar ICT Shah Alam. Dia turut ditemani oleh isterinya. Pertemuan bermula lebih kurang jam 10.30 mlm dan hanya berakhir hampir jam dua pagi.
Kerancakan dan keseronokan berbual menyebabkan kami tidak terasa masa berlalu begitu cepat. Apa yang kami bualkan biasalah, kisah lama, kisah silam, kisah zaman sekolah, kisah zaman remaja, tanpa bosan. Mengumpat rakan-rakan lama juga guru-guru tidak ketinggalan.
Lepas segelas, segelas lagi kami pesan minuman supaya tokey kedai itu tidak tersinggung dengan hilai tawa kami. Berkali-kali saya membayangkan betapa jauhnya untuk kembali ke Seremban, namun Tahir buat macam tak faham je. 

 
“Tak kisah den balik pun bukan bulih tido ni, silap2 kono jumpo oghang laie aa..” katanya seolah-olah ingin terus berbual hingga ke azan subuh. Isterinya juga tidak langsung menunjukan rasa gelisah, selalunya kita boleh mengesan bahasa badan seseorang.
Betullah dia tak boleh tidur kerana terpaksa bertugas di pondok Rukun Tetangga, Taman Sri Andalas, tetapi saya akan memandu dalam kesunyian dan kedinginan malam melalui Lebuh Raya Lekas untuk kembali ke Seremban.
Kesimpulan saya terhadap setiap pertemuan dengan rakan lama ialah keseronokan yang melampau, keriangan yang sukar digambarkan, kemesraan yang bertambah dan kita tidak tergesa-gesa untuk berpisah.
Berbual dengan Tahir menghilangkan perwatakan matang seseorang kiranya ada. Segala rupa bentuk lawak dan perkara lucu akan terhambur keluar tanpa ada keseriusan antara kami. “oghang sini tak paham apo yg kito bughakkan doh, lainlah kek Sonawang” katonya tanpa kisah.
Sejak kebelakangan ini saya agak ‘sibuk’ sikit. Blog kita sebenarnya tidak pernah sunyi kerana sentiasa dikunjungi pada setiap hari. Cuma posting baru agak kurang kerana lebih ramai yang membaca dari yang menulis. Tidak perlu ada sesiapa yang merasa bersalah dalam hal ini.
Cuma saya sedikit rasa kasihan dengan Kakcik Mariani kerana dia merasakan blog kita kurang meriah tanpa komen dan posting rakan-rakan. Saya tidak pula ada perasaan merajuk seperti yang disangkakan olehnya.
Terima kasih kepada Bang Maei dan Siti Shara kerana menulis sesuatu untuk dikongsikan dan saya sebenarnya kehilangan banyak idea untuk respon. Sungguh, hati tetap tersentuh dengan catatan kalian.
Kisah di Mekah, di hadapan Baitullah, di Makam Rasullullah, kisah ditimpa tahi burung semuanya meruntun hati saya. Semuanya menginsafkan. Terasa kerdilnya diri ini.
Kisah percutian di Pert Australia sambil meraikan hari bersejarah anak bujang menyebabkan hati ini ingin sangat menikmati suasana indah tersebut. Kisah Perjalanan penuh romantis Siti Normah dan Suami ke Negara Gajah Putih dan Bangkok menyebabkan jiwa ini tertanya-tanya, bila saatnya saya akan merasainya.
Melihat gambar Jalil dan Enab di New Delhi dan New York, selain merasa bangga jiwa juga terasa ingin ke sana. Melihat gambar Dr Ahmad Zuhaidi melawat hutan Negara orang, hati terus berkata, bahawa rakan-rakanku sungguh Berjaya.    
Kisah ‘Saudara Saya’ oleh Bang Maei, bukan saja mengembalikan nostalgia lama semasa di kampong halaman, tetapi juga mengimbau zaman silam yang penuh trajis, suka duka, riang ria dunia remaja saya yang penuh bergelora.
Sepatah catatan beliau membuatkan saya rasa cemburu tidak terhingga kerana kenapalah saya tidak berpeluang berpayung dikala gerimis turun berjalan seiring dengan Badariah diwaktu pulang dari sekolah.
Terfikir di dalam hati andai kata waktu itu saya ada bersama, apakah kami akan berpayung bersama tiga orang serentak. Atau siapakah yang akan dibiarkan berhujan tanpa payung. Jika berkongsi juga payung tersebut siapakah mungkin yang duduk di tengah-tengah antara kami. Imiginasi harus terhenti setakat ini.
Kenapalah Bang Maei mencatatkan semua itu lalu saya menjadi semakin ingin kembali ke saat itu, saat dimana sukar untuk membezakan antara rasa persahabatan dengan jalinan kemesraan yang lain maksudnya.
Kisah gulai labu masak lomak, sambal ghesek dan kuih kodok memutarkan kembali ingatan saya kepada untung nasib saya pada zaman dulu dan kesannya hingga ke hari ini.
Jika suatu hari nanti saya akan menulis memoir hidup saya setebal 843 mukasurat, pastinya salah satu daripada topic pengkisahan saya ialah tentang sambal ghesek, lepat ubi, lepat pisang dan juga cokodok.
Semasa saya di kampus jika sesekali saya mampu membeli kuih, tiada kuih lain yang saya beli kecuali kuih kodok atau lepat pisang atau lepat ubi. Rakan-rakan semuanya faham, jika mereka bermurah hati untuk memberi saya kuih, pastinya kuih itu yang mereka pilih.
Minggu lepas anak sulung abang saya mengadakan majlis pertunangan dan semasa jamuan makan, lepat pisang dan lepat ubilah yang pertama saya sebat.
Di Seremban terdapat Pasar Malam setiap malam, jika sesekali isteri dan anak saya menggunjunginya, lepat pisang atau lepat ubi pastinya dicarikan untuk saya.
50 tahun lalu, diwaktu usia saya 5 dan enam tahun, asalkan berkunjung ke kedai abah Latifah itulah kuih yang saya nikmati.
Tidak ada kuih lain yang mampu ibu dan uwan saya sediakan masa saya kecil kecuali cokodok, lepat pisang dan lepat ubi. Kesannya hingga ke hari ini saya amat sukakan kuih tersebut.
Bang Maei bercerita benar dalam postingnya. Ketika abang saya dihantar ke sekolah aliran Inggeris pada tahun 1968, seluruh kampong menjuihkan bibir. Masa itu pelajaran bagi masyarakat kampong belum begitu dipentingkan.
Memasukkan anak ke sekolah aliran Inggeris seolah-olah menempah maut. Sengaja ‘tidak ada beban batu digalas’. Gambaran ketika itu pembelajaran dalam aliran Inggeris adalah dianggap sukar dan mahal. Orang miskin seperti kami sepatutnya hanya pergi ke sekolah aliran Melayu, sekolah agama atau berhenti sahaja apabila menamatkan pendidikan di darjah enam.
Kemiskinan dan kesusahan keluarga saya ketika itu bukanlah menjadi rahsia sesiapa. Semuanya mengetahui bahawa kami kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Orang kampong tahu situasi itu. Jiran-jiran tahu. Rakan-rakan tahu dan cikgu-cikgu juga tahu.
Saya melalui kehidupan waktu itu seadanya tanpa mengerti sangat tentang masa depan, tentang dunia, tentang Negara, tentang kaya dan tentang miskin. Namun sebagai perbandingan dengan orang lain saya tahu bahawa saya serba ketinggalan dan serba kekurangan. Dan semakin saya meningkat dewasa, saya semakin mengerti dan memahaminya.
Dikalangan rakan-rakan tempat mengadu nasib, ISHS merupakan orang yang saya pilih. Ketika itu saya merasakan dia mungkin antara rakan yang paling bersimpati dengan nasib saya.
Duit saku yang saya bawa ke sekolah hanyalah 10 sen seminggu. Jika ada 20 sen dalam poket itu adalah bonus. Saya berbelanja hanya sekali dalam seminggu. Selebihnya ke sekolah hanya dengan poket kosong. Jiwa juga ada kalanya kosong.
Ada waktunya saya dibekalkan nasi bungkus tanpa lauk oleh ibu saya. Ada waktunya nasi juga tidak ada untuk dibuat bekalan saya. Jika ada nasi kosong, sewaktu makan dengan rakan-rakan pada masa rihat saya tertinjau-tinjau lauk pauk rakan-rakan. Ada ketikanya saya diberi sedikit habuan, namun ada juga waktunya jelingan dan tinjauan saya hanya berlalu tanpa saya memperolehi apa-apa.
Sesekali jika nasib saya baik nasi saya turut dibekalkan dengan telur itik dadar dalam daun pisang. Telur dicampur dengan daun kunyit dan daun pisang digunakan sebagai ganti minyak. Ketika menulis ini saya masih dapat merasakan betapa enaknya telur itik dadar dalam daun pisang.
Pada waktu yang lain pula jika masih bernasib baik saya dibekalkan dengan nasi putih berlaukan ikan getting atau ikan takuk bakar.. enak, tetap enak kerana semua jenis makanan bagi orang miskin adalah enak.
Menuliskan ini semua membuatkan saya rasa malu, namun hakikat masa itu tidak ada sesiapa yang dapat menafikannya. Nordin tahu, Alias tahu, Tahir tahu, Halimah tahu, Badariah tahu, cikgu Yusof Daud tahu, Razali Khamis tahu, Md Shah tahu, Salim tahu, Iskandar tahu, Tipah, Mariani, Siti3, Jalil, Roslan tau dan Wahab juga tau.….Semua orang tahu!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tidak ada sesuatu untuk dimakan di rumah adalah perkara biasa dalam hidup saya. Kali terakhir kami sekeluarga tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan ialah pada tahun 1978. Peristiwa itu kekal terpahat diingatan saya ialah kerana waktu itu hujung minggu dan saya kembali ke kampong untuk bercuti.
Waktu itu saya ditahun dua pengajian di Universiti. Setiap kesempatan yang ada selalunya saya gunakan untuk menjenguk ibu di kampong. Keriangan bertemu dengan ibu dan uwan berakhir dengan rasa hiba yang tidak terhingga apabila ibu memberitahu “hari ini tak ada apa-apa untuk ditanak jang…samolah kito tak makan” Wajah redup dan mata sayu ibu ketika menuturkan kata-kata tersebut kekal hingga kini.
Bunyinya anih.. namun saya mengingati peristiwa itu hingga ke hari ini. Kadang-kadang apabila saya sesekali teringat tentang zaman dulu, saya tidak mampu membayangkan bagaimana sebenarnya kami sekeluarga mengharungi hidup ketika itu. Semuanya seolah-olah mimpi.
Susah, ramai orang susah, namun kesusahan saya tidak terperi. Miskin, ramai juga orang miskin namun kemiskinan saya tiada bandingannya. Lalu bagaimana sebenarnya saya melalui detik-detik penuh ranjau itu…? Mungkin hanya memoir setebal 1000 mukasurat sahaja yang dapat menjelaskannya.
Seminggu selepas menerima ijazah dan sewaktu untuk memulangkan jubah kepada pihak Universiti, saya menunjukan gambar dengan jubah kepada rakan-rakan di kampus. Seorang darinya membuat komen, “Kalau yapun nak berposing dengan jubah takkan lah sampai bergambar dalam pundung durian” 
Saya katakan pada dia “Ini bukan pundung durian, ini rumah akulah..” dia tercengang, terlopong dan tidak terkata apa-apa lagi. Beberapa detik selepas itu dia berkali-kali mohon maaf kepada saya kerana dia tidak tahu yang tangga dari kayu bulat, dan dinding dari buluh itu adalah rumah saya. Ketika itu saya tidak merasa apa-apa.
Namun kini jika kisah itu sesekali kembali menjelma dalam kenangan, pasti pandangan saya menjadi kabur, mata saya berpasir, terutamanya teringatkan renungan mata ibu yang redup sayu...  
Panjang coretan ini. Rakan-rakan boleh pilih mana yang ingin dibaca. Tidak bacapun tidak mengapa. Cuma Kakcik Mariani mungkin sukakannya. Sementara cikgu Md Zain mungkin cuma tersenyum kerana coretan ini gagal dipendekan seperti yang pernah disungutkan oleh cikgu Sulaiman Kassim kepadanya suatu ketika dulu.
Saya budak nakal, budak jahat dan budak degil. Ramai yang menyedari sifat saya itu. Saya tidak cuba menafikannya. Perwatakan saya berbeza di sekolah, di rumah, di kampong, di kampus, di tempat kerja dan di tempat social.
Hingga ke hari ini saya masih begitu. Saya disayangi, dihormati, dikasihi dan saya juga dibenci. Sekalipun saya dibenci tetapi saya tetap dirindui.
Kehadiran saya adakalanya tidak disukai, namun ketiadaan saya juga dirasai. Ini kesimpulan mudah.
Perwatakan berbeza tersebut mungkin untuk mengimbangi sebarang kekurangan yang saya ada. Pada kebanyakan waktu semasa di sekolah misalnya, saya cuba seaktif mungkin. Kepenatan semasa di sekolah menyebabkan saya menjadi lapar yang teramat sangat. Apabila tiba di rumah apa sahaja yang ada saya mampu menelannya tanpa sedikitpun merasa mual.
Jika ada ubi, saya akan kenyang dengan ubi. Jika ada rebus pisang saya akan kenyang dengan rebus pisang sebelum sempat membuka pakaian sekolah. Jika nasib lebih baik hari itu ada nasi menunggu kepulangan saya, maka hari itu saya kenyang dengan nasi.
Kesemua makanan tersebut saya nikmati dengan satu jenis lauk sahaja iaitu sambal ghesek. Jika nasib baik ada sedikit ikan bilis sebagai campuran dan saya menambah sepinggan lagi nasi.
Bertahun-tahun saya makan berlaukan sambal ghesek, hingga ia sebati dengan selera saya. Hari ini jika sesekali saya tidak berselera untuk makan, maka isteri saya akan membuat sambal ghesek sebagai pembuka selera siap ditambah ikan bilis besar dan diperah asam limau..sedap!!!!!!!!!
Hari ini, bersarapan di mana-mana restoren saya seboleh-bolehnya cuba mencari sambal ghesek. Terdapat juga hotel yang menyediakan menu sambal ghesek pada hari ini. Maknanya makanan untuk orang miskin suatu waktu dulu telah menjadi menu istimewa bagi orang kaya di waktu ini. Saya cuma bangga!!!!!!
Tahir ada bertanya dalam serba kekurangan tersebut bagaimana saya boleh belajar hingga ke menara gading. Jawapan saya mudah saja iaitu saya bernasib baik. Masuk Universiti adalah Qadar Allah swt, bukan kerana saya pandai sangat.
Dalam hidup ini kita kena percaya juga pada untung baik dan untung jahat. Nasib jika tidak memainkan peranan 80% tetap mempunyai peranan sekitar 20% dalam setiap kejayaan seseorang.
Kaki ponteng masa di sekolah dan dilantik sebagai Pengerusi Ponteng Club oleh rakan-rakan. Mengikut catatan jumlah hari yang saya ponteng masa di form six ialah 172 hari. Ini bermakna saya hanya menghadiri suku sahaja daripada jumlah hari yang sepatutnya saya berada di sekolah dalam setahun itu.
Berada dalam tingkatan enam tidak ada sesiapa yang peduli sekiranya kita ingin ponteng. Hingga ke hari ini saya sering berselisih bahu dengan guru-guru yang pernah mengajar saya semasa di form six, namun akibat kerap sangat ponteng tidak ada guru-guru tersebut yang kenal kepada saya kecuali dua orang.

Tadi semasa menghadiri kenduri di rumah Cikgu Othman Daud, bekas Timbalan pengarah Pendidikan Negeri, saya terserempak dengan cikgu Mazlan. Dia masih segak, tetapi dia tidak mengenali saya. Kira-kira tiga bulan lalu saya duduk bersebelahan katil dalam wad Hospital Kuala Pilah, dia juga tidak mengenali saya.

Hanya cikgu yusof dan cikgu Hamzah yang masih mengenali saya dan sering menjerit bila setiap kali bertemu. Namun anak murid tetap mengenali gurunya. 
Saya mempunyai keyakinan yang tinggi tentang pesanan ibu saya semasa saya belajar dulu. Katanya hendak turun dari rumah mesti dimulakan dengan kaki kanan dan baca Bismillah.. Naik bas mesti kaki kanan dulu dan baca Bismillah.. Masuk dalam kelas mesti kaki kanan dulu dan baca Bismillah… Masuk dewan hendak menjawab kertas peperiksaan mesti kaki kanan dulu dan  baca 21 kali Bismillah..
Kebiasaan ini saya teruskan hingga ke hari ini dan saya terus yakin dengan berkat kalimah tersebut. Saya juga memberitahu Tahir sesekali jika saya termasuk ke dalam kelas dengan kaki kiri akibat ditolak-tolak atau diasak-asak oleh rakan2 maka saya akan keluar semula dan masuk kembali dengan kaki kanan. Apapun saya amat bersyukur.
Budak jahat ini apabila akhirnya berjaya ke Universiti, maka satu kampong riuh rendah. Pada hari mendaftar saya ditemani oleh penduduk kampong dengan menyewa sebuah bas. Mereka menghantar anak Sg Jelutong yang pertama masuk ke Universiti tersohor di Asia.
Mana-mana yang tidak sempat menghadiri majlis doa selamat dan kesyukuran yang diadakan oleh ibu saya pada waktu malamnya telah menunggu bas lalu di hadapan rumah masing-masing sama ada untuk melambai tangan atau untuk menghulurkan seringgit dua kepada saya. Indahnya saat itu.
Ketua kampong saya pagi itu telah juga menahan bas berkenaan dan menghulurkan RM3 kepada saya dengan kata-kata “buat beli air batu” dan pesanan rajin-rajin belajar serta doa beliau semuga saya berjaya. Semuanya mengharukan dan pastinya menjadi kenangan.  
Hingga ke hari ini apabila sesekali saya memberi seseorang sedikit wang untuk urusan tertentu saya sering berkata “untuk  beli air batu” sebagai tanda ingatan saya kepada arwah ketua kampong saya.
Ibu dan uwan saya ada memberitahu bahawa sumbangan terkecil oleh penduduk kampong saya semasa pemergian saya ke university ialah sebanyak 40 sen dari seorang ibu tunggal yang sehingga ke saat akhir hayatnya amat menyayangi saya. Orang kampong memanggilnya Ijah Anu. Dia memiliki sebuah basikal tua yang diseretnya kemana sahaja dia pergi, namun sepanjang hayatnya dia tidak pernah menunggangi basikal tersebut.
Basikal tersebut digunakannya sebagai ganti tongkat untuk mengimbangi badannya yang agak bongkok. Basikal juga digunakannya untuk membawa barang seperti padi, beras, getah, ayam dan sebagainya. Saya ditakdirkan menyayangi dia seperti saya menyayangi uwan saya.
Selepas belajar dan bekerja dengan kerajaan saya seboleh mungkin cuba membalas jasa baik dan budi masyarakat kampong saya dalam pelbagai cara. Pada peringkat awal tidak mendatangkan apa-apa masalah samada di pihak saya sebagai pemberi@pembatu dan orang kampong sebagai penerima.
Namun lama kelamaan setiap apa juga yang saya cuba lakukan pasti mengundang prejudis dari orang kampong dan akhirnya saya pasrah. Diawalnya saya dibenci, kemudian ada sedikit ruang untuk disayangi dan akhirnya kembali dibenci. Kisah ini juga memerlukan 1000 mukasurat jika ingin diceritakan.
Tidak seperti Bang Maei, tidak ada ibu bapa rakan-rakan yang sudi menjadikan saya calun menantu setakat yang saya tahu. Diluar pengetahuan saya entahlah… tak berani saya nak komen.

Antara ayah rakan-rakan yang mengenali saya cuma ayah Halimah iaitu Hj Ujang sehingga ke akhir hayatnya tetap memanggil saya sebagai anaknda. Samada terdapat maksud yang tidak terzahir atau sekadar menyayangi saya sebagai anak sendiri, saya tidak tahu. Saya juga menyayangi beliau. Terlanjur menyebut tentang Halimah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi dan doa saya tetap sama semuga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan tercapai segala impian.

Salam rindu kawan-kawan dan jumpa lagi.

17 comments:

  1. Salam,
    MSA, what a wonderful life have you experience. I'm a writer and had published 9 books an if only I have had experience as what you had, I think I'll have great ideas to write lots of books to share with others. You have so much to share, colorful life, great success, ...wow..fantastic. I hope you will write to share the beauty of life. I'd love my children learn lessons of life through your experience. These are the missing values in our children. And its our mistake for not sharing with them our experience. Its time, share with others, lets make life meaningful and wonderful....shidi

    ReplyDelete
  2. As-Salam,

    Sungguh terkedu dan hibo pulak rasa di hati ini, bila membaca coretan Tn Pengerusi...selama ini saya rasa sayalah org yg serba kekurangan, sayalah org yg paling susah, tapi mendengar luahan Tn Pengerusi amatlah tersentuhnya hati saya ini.

    Kita membawa banyak warna dlm kehidupan kita, hanya kita tidak tahu warna apa atau yg mana yang menyinarkan diri kita....Tapi kadang2 warna itu kita yg memilihnya dan mencorakkannya. Apa yg ditakuti tersalahpilih warna. Apa2 pun hanya berdoa pd yg esa untuk keberkatannya.

    Coretan Tn Pengerusi ini akan saya ceritakan pd anak2 utk dijadikan ingatan mereka. Kalaulah saya seorang penulis mcm Sdr Shidi akan saya kumpulkan jadikan buku utk ditatapi sebagai contoh.

    Saya minta maaf, coretan saya "Gulai labu sambal ghesek kuih kodok" bukan asing pd kwn2 lagi. Sememangnya menu itu kegemaran kebanyakan kwn2 juga. Tak sangka juga Tn Pengerusi mempunyai cerita disebalik sambak ghesek ngan kuih kodoknya.

    Inilah yg dinamakan perjalanan hidup kita, hari demi hari akan berubah mengikut waktu dan masa.

    Semuga saya,Tn Pengerusi dan Mael sama2 ada cerita yg dpt dikongsikan disini.

    Bertemu dilain masa dan hari.

    SSAK

    ReplyDelete
  3. solioh ati sei maco cito kwn ghapat sei ni. sei kwn ngan dio sojak skolah pehtu samolah aktif politik.ingatkan dio n den jadi YB (tapi tak kosampaian) tak ponah putuih hubungan, mcm mael ngan jalil gak.bak kato dio, sapo yg tak susah,tp keperitan hidup dio ni den tau bobona...sbb sei pun bkn org sonang do, tapi dio totap ceria dizaman persekolahan. gopren ee ghamai kliling pinggang.bobpren laei ghamai
    kliling pinggan mangkok (maso kondughilah)..

    ReplyDelete
  4. mampaneh jalan ko bahau
    pulau tapak sempadan golit
    susah dulu tak sapo highau
    susah la nie mato tak bokolit

    ReplyDelete
  5. Sedihnya saya membaca kisah hidup Sarep dizaman persekolahan ...leka saya membaca dengan ditemani hati hiba dan mata berkaca..Sarep bagaimana hendak saya terangkan disini bahawa saya amat meminati nukilanmu yang amat mengharukan ini..saya tidak pandai bermadah untuk meluahkan bagaimana terharunya hati bila membaca kesah benar mengenai dirimu, seolah saya kembali kezaman remaja dipanggung theater dimana pelakunnya ialah kita semua…
    Saya tertanya2 macamana Sarep keluar ke Simpang Sg Jelutung masa skolah dulu, padahal dari golit ke simpang tu jauh., bus pulak tak masuk ke golit, kalau jalan kaki kesiannya…jauh tuu…Tabahnya Sarep menempuhi liku liku hidup…Tapi Tuhan maha kaya Rep..kau dh pueh susah maso kocik , dh bosa Tuhan boghi kau sonang, bersyukurlah..

    Rep kalau se tau kau masuk Universiti dulu naik bas dengan rombongan se pun nak tunggu kau kek simpang Sg Jelutung…se nk tahan bas tu, nk boghi kau duit 10hinggit, se nk mintak maaf sbb slalu kelahi ngan kau maso skolah dulu, tapi maso tu se kt Tk Intan, jadi cikgu smontagho..se dh lost contact dengan kengkawan somo.

    Trima kaseh rep..kerana crito kau tu..tulihlah lai, se goma mek amek maco tulisan kau..MD

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana datang rumah malam kelmarin. Dan dalam siri pengisahan cerita silam tak ramai yang mengalami apa yang kita alami. Kisah duka mengatasi kisah gembira di zaman remaja kita. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan kita sampai ke tahap di mana kita sekarang.
    Apakah meluahkan kisah silam ini bagai membuka aib sendiri? Saya dan Sarip berkongsi suka duka di zaman remaja. Kawan lain pun begitu agaknya tapi tak terceritakan "the untold stories" .
    Ismail@Chang Capit

    ReplyDelete
  7. I would agree to "Colourful life" and "the untold stories" as Shidi and Bang Maie said, but a remark by ISHS "gofren ghamai" perhaps he merely wants to guess to see my respond. Well TL, sooner or later that untold stories about my world of love, will be shared here...kah..kah..kih..MSA

    ReplyDelete
  8. MSA,
    I will be waiting for you untold stories. I know I'll love it. Same goes to Bang Maie, you have a lot to share, I'll love to read.
    ...shidi...

    ReplyDelete
  9. I'm agreed with ISHS, yang MSA ghamai gofren, sobab die pandai bab tackle n menackle ni, orgnya pun memang handsome, klu nak tengok handsome tak handsomenya dio, tengok ghupo anak2 dio....kwn2 setuju tak?

    Ghaso sei semua kwn2 sei yg lelaki handsome2 belako yang pompuan cantik2 n cute yo...dulu bukan apo semuo tu tak ketara atau tak nampak sobab tak pandai melawa laie...ada yg masih bangang laie...mungkin tak bnyk idola yg nak jd ikut2tan.
    Cubo bayang2kan balik.....boto tak????.....


    SSAK

    ReplyDelete
  10. Boto amek-amek tu setiousoho... dulu bukan tak lawa, bukan tak cute dan bukan tak handsome doh cumo kughang bogayo, pipi congkung, kulit itam bokilat, ghincu tak ado, ghambut lolaki pulak botakuk yo gunting ea.. mano oghang poghasan.

    Cubo tengok gambar2 kito maso mudo2 dulu.. ooomang aii!!! tak sanggup nengok ea doh, ghobah ghempah anak-anak dek togolak. Itu memang hukum alam, ese sekeluarga bilo nengok gambar anak-anak maso kocik pun macam tu yo boghair mato dek togolak..

    Yolah kan, dulu pakai tali pinggang dari kain, sokaghang dari kulit. Dulu reben ikek ghambut tu alus bona.. sokaghang pakai tudung yang RM90 tu.. Pompuan dulu pakai bra yg buek sondhi, ompek sogi bontuk ea.. sokaghang pakai bra yang ompek limo puluh hargo ea.. huhuhuwaaaaaa!!!! Tapi Halimah Ujang daghi dulu hinggo kini samo yo wajah ea.. memang special dio tu.

    MSA

    ReplyDelete
  11. Siti, Boto ketekau tu! maso tu yo bangang laiee. Tak kona. Dah tuo ni bilo tengok, baghu soda.
    Rep, kau memang handa. sampai ke bra ee pun kau buek analisis huuuuwaaaaaaahhhhhh!!!!! Anak-anak se bilo tengok gambar kito tu, tak cayo de gambar abah ee doh. Pueh pulah nak buktikan. 'Mano buleh abah hansem sampai macam ni, tak cayo doh, gambar orang lain ni!' kete.

    ReplyDelete
  12. Tahir ko yang nulih kek ateh tu...? aiiyo tulihlah namo bawah tu apo salah ea aa. MSA

    ReplyDelete
  13. Kau rep mano kau tau bra sepo2 tu, ompek sogilah tigo sogilah, hahahahaha.......

    Sdr LAR, MD, Limah dll tolongggggggggg!!!!!!

    ReplyDelete
  14. tapi se raso kito dulu lai lawa sobab somo e slim cam model. sekarang measurement badan dah lari. ha ha ha.

    ReplyDelete
  15. Sobolun LAR, MD n Kaklong nolong SSAK ni ese nak respon sikit laie. Sobona ea sumo yg ese tulih dlm blog ni boto bolako, cumo kadang2 TL tak cayo.

    S/u, namo sobona bra ni dulu iolah anak baju. Ompek sogi ni omak sodagho se pakai, dio punyo tu bosa bona, saiz bra tak ado atau mahal bona agak ea.. uwan se buek sondighi anak baju tu, solosai masalah dio. Tapi baca kisah ni..

    Kalau kita masih ingat pada tahun 1985 kerajaan memperkenalkan skim Amanah Ikhtiar Malaysia. AIM. Khas untuk orang susah.

    Saya pegawai pertama dipertanggung-jawabkan untuk merealisasikan program tersebut. Saya dikehendaki menyenaraikan orang-orang miskin yang berpotensi untuk diberi bantuan.

    Kongsepnya mudah yo.. beri pinjaman modal untuk sebarang perusahaan kecil dan bayar kembali secara beransur-ansur mengikut kemampuan.

    Lalu saya memulakan usaha mengesan golongan tersebut dan kawasan yang saya pilih ialah Kuala Selangor.

    Suatu hari saya berserta dengan 2 orang lagi pegawai telah ke kampung sasaran. Kehadiran kami disambut meriah oleh seluruh penduduk kampung. Maklumlah pegawai 'bosa' kerajaan datang dengan kereta merc. Agaknya itulah pertama kali penduduk situ melihat kereta merc dalam hidup mereka.

    Kami melawat beberapa keluarga susah. Mereka menanam tebu, sayur-sayuran, pisang dan sebagainya untuk menyara hidup.

    Tiba ke rumah yang ketiga, saya tersentak atau terkejut. Rumah itu macam rumah saya dulu-dulu, dinding buluh, atap rumbia dan tangga dari kayu bulat. Rumah usang itu dihuni oleh 5 keluarga, seorang wanita separuh umur dan 4 orang anaknya, tiga lelaki dan seorang wanita(gadis sunti).

    Saya bukan nak cerita pasal kesusahan keluarga tersebut kerana saya telah memutuskan di situ juga bahawa keluarga itu mesti dibantu.

    Kami tak sanggup naik ke rumah itu takut lantainya roboh walaupun mereka beria-ia mempelawa kami naik.

    Oleh kerana kami menolak maka 5 sekeluarga tersebut berkumpul di depan pintu dan kami menemuramah (bertanya soalan) dari bawah.

    Yang banyak kena soal dan menjawab soalan ialah anak gadisnya. Tersipu-sipu dia kena soal oleh pegawai kerajaan. Saya yang kurang bertanya kerana saya mengelamun dan terpegun.

    Dalam pandangan saya sebagai seorang lelaki gadis tersebut amat ayu, cantik, manis, menawan dalam pakaian usangnya.

    Betul s/u lawa dia saya rasa nak ghobah masa tu. Dari bawah saya dapat melihat dapurnya, tilam usangnya dan kelambu jaring yg koyak rabak dari celah dinding rumah empat segi tu.

    Emak dia dan anak-anak dia comot termasuk yang gadis ayu tu. Gadis tu duduk berjuntai atas tangga dan masa itulah saya nampak anak baju 'ompek sogi' dia, kompem buatan sendiri kerana kerana baju lusuh yang dia pakai amat jaranggggg!!!!!!.

    Maaf pada rakan-rakan perempuan, masa dia naik ke atas rumah satu lagi yang saya pasti, dia tidak mempunyai seluar dalam, tentu dia tak mampu nak beli, kecuali kain batik lusuh yang dia pakai tu.

    Dalam kedaifan itupun wajahnya tetap cantik dan ayu, manis dan jika diadakan pertandingan ratu desa hari itu dan saya hakimnya pasti dia mendapat nombor satu dengan markah 9/10.

    S/u segala-galanya tentang gadis desa Kuala Selangor tersebut selain pakaian lusuhnya adalah cantik dan menawan. Saya terus jatuh cinta pada gadis itu tapi apakan daya saya sudah beristeri.

    Dalam perjalanan pulang dari kg tersebut saya memberitahu boss saya.. "Jika saya belum kahwin saya pinang budak tadi tu boss" kata saya. "Aku nampak kau telan air liur je, apa yang menarik sangat" tanya boss saya. "Dia pakai bra ompek sogi boss" saya gelak. "Akupun nampak!!!!!!" kata boss lagi.....

    Saya ceritakan pada isteri saya yang saya jatuh cinta pandang pertama kepada seorang gadis desa yang miskin pakai bra ompek sogi.S/u dua aghi ese kono makan kek kodai lopeh tu.

    LAR, MD, Limah, tolonglah SSAK ni. MSA

    ReplyDelete
  16. Padan muko Tn Pengerusi, 2 hari mkn kek kodai, klu org lain seminggu mkn kodai. hehehe

    Tak berkat tu Rep, buek kojo sambil menyolam minum air, dah tu masuk dlm kriteria NGINTAI...jadi PENGINTAI TERHORMAT!!!!!!khikhikhi......

    Bab seluar dlm jgn cerita Tn Pengerusi, marah AJA, kan dah janji tu hari kek stadium TAR. AJA ckp kojo gilo rep...

    Klu iyo bonar...bueklah drama dgn tajuk "Mr Spiderman' script oleh MSA, pelakun ISHS n AJA.

    AJA: Tn Pengerusi tak boleh disontuh sikit...mulolah dio.

    ISHS n CANGCAPIT: Tolong SeI, komen anda ditunggu2

    Apa2 pun maaf dr saya. Sei nunggu yg lain2 bokokok!!!!!!

    SSAK

    ReplyDelete
  17. Se memang tk heran tntang Tn Pengerusi tu do..dio memang tu yo kojo ee...dogheh bona jatuh cinta..cinta kilat kata Brory. But its very surprise when come to beautiful lady, he become very 'observant' he can see through in every prospect, sampaikan bra budak tu pun dia bleh nampak..pakai sluar dalam ko tak...hee bahayo kau Rep..gaeh ontah brapo kali dio kono tido kek luar ..kono makan kodai..buek yo lai..
    Kalau bra buek sndiri tu tk ponah lak se donga doh..kalau dh buek sndiri tu bukan bra namo ee doh..tu 'inner' dipakai jika baju luar tu jarang.. supaya bra tk perasan dari luar.. inner pun tk ponah buek snighi do..jaman maghin ado la gaeh..ayolah pengerusi ni..abih ko bongkar smuo rahsia pompuan...

    ReplyDelete