GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, March 4, 2011

KENANGAN DARI TANAH SUCI

Balik dari minum pagi di rumah Rashidi seterusnya kejemputan kenduri di rumah Jalil dan mengimbau kenangan lama di SMBK bersama Sarif, Rashidi, Rashid, Aliias dan Siti Sara saya berasa kurang sihat. Sesi minum pagi di rumah Rashidi pagi minggu itu sungguh menyelerakan apalagi memang tidak minum dari rumah. 

Terima kasih tuan rumah kerana hidangan tersebut dan paling istimewa dapat hadiah 3 buah buku sebagai kenangan.

Kenduri di rumah Jalil juga menyelerakan apalagi layanan VIP yang diberikan. Saya merasa berselera sekali makan. Kemudian atas ajakan kawan-kawan saya menuruti menera ke SMBK. Hari itu agak panas tapi tak terasa bahangnya bila berada di ruang SMBK. Kenangan lama yang mengimbau membuatkan ingatan sentiasa segar. Mungkin pertemuan kedua kita boleh dibuat di sini untuk lebih terasa feelingnya.

Saya mula merasa seram sejuk petang itu tapi pergi juga menemani isteri ke pasar malam. Balik dari pasar malam saya dah mula demam.. Esoknya saya tak ke sekolah, dua hari kemudian demam saya masih tidak juga kebah. Isteri saya dah mula bimbang bagaimana nak pegi ke tanah suci ni. Hari Khamis GPK dan cikgu-cikgu saya datang ke rumah. Mereka juga agak bimbang dengan tahap kesihatan saya. Bubur yang anak sediakan hanya tiga sudu saja yang mampu saya telan.

Petang Jumaat keajaiban berlaku. Saya merasa perut saya lapar sekali. Saya minta anak saya nasi berlaukkan kuah ayam dengan kicap. Saya minta untuk dua tiga suap saja tetapi selepas menghabiskan hidangan pertama saya berasa tidak cukup dan minta anak saya tambahkan. Saya macam berselera.

Saya mula berpeluh dan rasa bertambah baik. Dengan bantuan anak-anak isteri memasukkan keperluan untuk ke tanah suci.. Pagi itu sebelum subuh saya dan isteri berangkat ke KLIA. Saya merasa cukup segar.
.
Hidangan dalam penerbangan dari KLIA ke Jakarta dan seterusnya ke Jeddah sangat menyelerakan saya. Syukur Alhamdulillah keajaipan berlaku . saya seolah-olah tidak pernah demam sebelum itu. Perjalanan 10 jam dari Jakarta  ke Jeddah dan 7 jam lagi dengan bas ke Madinah walau pun penat tapi saya masih sihat.

BERSAMBUNG......... Ismail Mad Isa

5 comments:

  1. Assalamualaikum.....selamat kembali sdr dan isteri ketanah air....semuga sihat adanya...kirim salam juga pd isteri, semuga ibadah yg dilakukan menjadi pengalamn yg tak ada tolok bandingnya dgn perkara2 lain.

    ReplyDelete
  2. Bang, jumpo kembali. Seronok dengar bang dah sihat. Harap terus bersua di halaman blog ini. Banyak lahi kenangan manis yang membahagiakan dapat kita kongsi bersama. Kebelakangan ni agak sibuk menulis paper untuk presentation. Ada masa nanti saya tambah kenangan lalu

    ReplyDelete
  3. Salam bang, bilo dah ado solero makan datanglah kono teh tarik dan goreng ayam kampung cocah sambal bolacan, mano tau boleh abih duo pinggan..pusing2 ko situ yo kato Tipah..huhuwaaa... nak yo donga cito kek Tanah Suci secara live ni..MSA

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali ke tnah air kepada sdr Ismail n isteri.. semoga semua ibadah yang dilakukan ditanah suci diterima Ilahi dan dilimpahi dengan nikmat bahagia dan kesihatan yang baik seterusnya. Macamana selama berada di sana..tentunya banyak pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan..saya pernah melakukan umrah pada 2002,ada beberapa kejadian yang menakjubkan terjadi..sesuatu yang tk tercapai oleh fikiran manusia..sesungguhnya kuasa Ilahi sangat hebat dan tk ternilai oleh manusia. Semoga kita semua sentiasa dibawah limpah kurniaNya.amin.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ismail,
    Alhamdulillah kerana saudara dan isteri selamat sampai ke tanah air dan semoga saudara berdua mendapat umrah yg mabrurah...insyaAllah..

    Saya baru saja ke sana bersama suami pada awal puasa tahun lepas melaksanakan ibadat umrah...terdapat juga kejadian2 yg menginsafkan kita tentang keAgongan Allah...sy memang cukup seronok kalau dapat mendengar cerita2 org yg baru balik dr mengerjakan haji atau umrah...banyak pengajaran yg kita dapat...

    Sama2 lah kita berdoa agar Allah menjadikan kita sebagai tetamunya d suatu hari nanti...insyaAllah..

    Allahhuakbar...aku merindui rumahmu..

    ReplyDelete