GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, March 14, 2011

SAUDARA SAYA

Mariani Duaji mungkin tak sedar yang saya ada hubungan kekeluargaan dengannya. Ayahnya Tok Komo dan emaknya berkait dengan atuk dan uwan saudara saya di Semeling. Tentu Mariani ingat dan tau tentang Atuk Muhamad Chichah dan uwan Ambam. Mak Teh Midah dan Acik Timah ialah mak saudara sepupu saya. Keluarga Rahman Rais dan Ramli Rais adalah keluarga yang cukup rapat dengan keluarga saya.  Begitu juga abang ipar Mariani iaitu abang Atan juga orang saya di Sungai Jelutong. Namun begitu saya dan Mariani tidak rapat masa sekolah. Satu lagi cerita yang nak saya kongsikan kedai Tok Komo menjadi port kami setiap malam Sabtu menonton cerita melayu. Apabila  cerita lawak P Ramlee mini ciniplek di sebelah kedai ayah Mariani akan pecah panggung. Itulah hiburan kami budak kampong pada zaman itu.

Latipah Rahman juga ada bau-bau bacang dengan saya. Saya panggil ayah Tipah "atuk' dan arwah emaknya "uwan". Ayah Latipah membuka kedai runcit dan kedai kopi di simpang Jelutong sejak sekian lama. Semasa bujang kecil saya sering lepak-lepak di kedai ayah Latipah. Bila dan bujang besar mak Latipah lebih mesra melayan saya. Setiap kali menunggu bas untuk ke Batu Kikir atau Kuala Pilah saya ambil kesempatan berbual mesra dengan mak Latipah. Emaknya selalu memuji Latipah dan kakaknya Zainun. Latipah juga tidak perasan yang keluarga saya sangat rapat dengan keluarga ayah saudaranya "atuk Bakar". Tentu Latipah tau Jala, Ujang Kori, Ustaz Razi (Ujang Lisut), Timah serta adik beradiknya. Seperti  Mariani saya juga tidak rapat dengan Latipah masa sekolah. Sudah perangai saya malu dengan kawan perempuan masa tu. Sampai sekarang pun saya begitu. Malu tapi peramah. Tentang Latipah saya kagum dia lebih cantik dan anggun sekarang dari zaman sekolah dulu. Katanya masa reunion dia banyak makan panadol.

Sarip memang sah waris saya. Sarip panggil mak saya "uwan". Bermakna Sarip tu pangkat anak saudara dengan saya. Di sebelah isterinya pula saya panggil mak mertua Sarip tu "uwan". Bermakna isteri Sarip termasuk Sarip sendiri ialah bapak saudara dan mak saudara saya. Jadi panggilan mana yang tepat? Mungkin kerana kekeliruan itu Sarip hanya memanggil saya abang saja. Walau se kampong hubungan saya dan Sarip biasa saja. Tak lah terlalu rapat. Masa sekolah dia dalam kumpulan elit manakala saya dalam kumpulan low profile.

Badariah Jamaludin juga saudara dan sekampong. Apa-apa majlis di rumah saya atau di rumahnya sudah pasti kedua-dua keluarga akan hadir. Saya sangat menghormati ayahnya. Raya puasa yang lalu saya sembahyang Jumaat di masjid kampong saya. Selesai sembahyang saya bersalam dengan ayah Badariah. Dia melihat saya dari atas sampai ke bawah. Saya tanya mengapa dan jawapannya rupa saya sekarang saling tak tumpah macam rupa arwah abah saya. Saya banyak kenangan indah bersama Badariah semasa sekolah. Hampir setiap hari saya dan dia akan balik satu bas dan turun di simpang Jelutong. Hanya saya dan dia... kerana itu setiap hari saya berpeluang berjalan berduaan dengannya. Suatu hari hujan dan Badariah menawarkan untuk berpayung bersama. Bila sampai di pintu pagar rumahnya Badariah menawarkan payungnya untuk saya gunakan. Saya cuba menolak tapi dia beriya-iya benar. Kerana keikhlasannya saya menerima pinjaman payungnya dan selamatlah buku saya dari kena hujan. Emak saya tau saya rapat dengan Badariah dalam bentuk itu dan bila dah kerja Badariah adalah satu dari tiga calon menantu yang mak saya short listedkan. Dua lagi ialah Khairiyah anak cikgu Jaafar dan Suri. Malangnya ketiga-tiga yang disenarai pendekkan itu tak menjadi. Mungkin nama-nama yang saya sebutkan itu tidak menyedari mereka telah menjadi calon pilihan emak saya.

ISMAIL@CHANG CAPIT

10 comments:

  1. Sdr Ismail@Chang Capit,

    Barulah sei tau bahawa rupa2nya kwn2sei tu calon2 emak u, tapi walau apa pun memang kono dah calun2 tu, tapi jodoh pertemuan ditangan tuhan.....apa2 pun u tetap bahagia bersama isteri tersayang. Shukur pada yg esa, semuga kekal abadi hendaknya.

    Semua nama kwn2 yg disebutkan ada kena mengena dan tali menali dgn u, adakah mereka ini mengetahuinya atau tidak, eloklah dibaca akan salasilahnya supaya lebih erat lagi perhubungannya.

    Esei rasa ramai juga yang tak tau pertalian sei ngan paksedaro ISHS (TL). Tunggulah paksedaro bersuaro pulak.

    Saya juga gagal dapatkan buku Tun Mahathir tu, semua kedai kata dah habis, apa2 pun saya tetap sabar menunggu untuk mendapatkannya, rasa memang tak sabar nak baca.

    SSAK

    ReplyDelete
  2. Bang Mail,
    Seronok membaca artikel di atas. Seronok sebab sahabat Abang masih bersama 'childhood' friends'. Kawan zaman kanak-kanak/remaja ini akan menjadi kawan sejati bila dewasa seperti sekarang apa lagi jika dikukuhkan lagi dengan hubungan persaudaraan. Saya kehilangan 'kawan dunia kanak-kanak/remaja' saya. Tamat persekolahan saya kembali ke kampung di Tanjong Ipoh maka hubungan dengan kawan-kawan di sekolah dan Juasseh terus terputus. Di kampung pula tiada kawan 'childhood' sebab dibesarkan di Batu Kikir dan Juasseh. Hingga sekarang, 'feeling of loneliness' masih terasa.Tak ada kawan sejati dari kecil. Walaupun ada kawan tapi tak sama nilainya dengan kawan-kawan zaman kanak-kanak. Bila baca artikel di atas, saya rasa seronoknya memiliki sahabat 'childhood' hingga sekarang.

    Namun, saya berasa sangat bersyukur apabila hari ini semua 'childhood friends' ini wujud semula dalam kehidupan saya. Ketika kita Tuhan menganugerahkan sahabat, ia adalah sahabat yang sangat berharga, tak kira sifat dan sikapnya, jangan hilangkannya sebab tidak akan ada penggantinya.

    ...shidi...

    ReplyDelete
  3. Duaji bukanlah nama panggilan kampong untuk ayah Mariani. Tok Komo gelaran yang datang kemudian. Nama kampongnya BUJAI. Sebelum pindah ke Keru atuk Bujai bukak kedai di sebelah masjid Jerejak. masa tu Mariani mungkin masih kecil lagi. Mungkin berumur 8-9 tahun.
    PENULIS. (ismail)

    ReplyDelete
  4. Mail ..timo kasih..kerana mensalasilahkan hubungan kekeluargaan antara kita..se tau yo ckit2..tp maleh nak noghangkan. Yang se tak tau bona kau nyaghih2 jadi suami sopupu se..he..he..n kau pulak been shortlisted by my mother to be her monantu...he..he..se pomongak yo tu. Mail plak tak tau yg se pantang jumpo ayah e..kami lekolah bobughak..yg syok e tu..arwah panggei se " Sipah..ha..ha..hilang T e..

    ReplyDelete
  5. Kengkawan..jgnlah maghah kek se sobab tak nulih artkel dlm blog ni..cumo komen artikel oghang yo, sobab sobona e..kan se da ckp se ni pomaleh..patutlah omak Mail tak masukkan se dlm list monantu e..ha..ha..tu lah Sarep ni ..dio aja tak abih..Minggu lopeh angin se ghajin ckit..se pun start lah monulih..dokek 1 jam se duduk dopan comp.ni..aryikel yg se tulih tu kiro2 dah 180 patah perkataan berkaitan my chilhood n schooldays..pas tu se turun ko dapur jap nak boghitau bibik nak masak lauk 4 that day..u all know..bilo se naik somulo tngok anak yg bongsu dah ada dopan comp.tu..se tanyo dio" mano poi yg mak tulih td" dio kato " tak tau"...se ghaso nak pitam..se monangih..se ompehkan mousse tu..jogheh amek se monulih dokek sojam..bukan mcm Mail..dio boleh tulih sambil lalu yo..se moghajuk sehari..sian anak se yg bongsu tu..tohegeh2 dio mujuk se saghi tu..Ni sumo salah Sarep ni..dio aja se tak abih..anak2 pun tak nak aja abih..nak tunggu ghajin se dtg balik..lambek ckit lah yo..lai pun tak do corito ponting do ..down memory lane yo.Sarep nnti aja se ..kalau tingga an sokojap..mcm mano nak safe..he..he..

    ReplyDelete
  6. Satu lg Mail..populak se tak kona Embong Kori tu...kan kodai simpang tu abah se kongsi ngan abah dio..ank arwah sopuluh..anak abah se lapan..bilo kitorang lapar..kami korumun kan kodai tu sampai tinggal dinding..Org tuo Ghoman tongango..org tuo Baka mengeleng2 kopalo e tengok kodai tingga dinding..bilo d konang2kan kosian sungguh abah se tu. Dlm pado tu lah kami mombosa..

    ReplyDelete
  7. Satu lai Mail..sorry yo..ingatan dtg botua2..tak sokali lalu..kau suko ko kek Sastrawan Mahaya Mohd Yassin tu..tu pulak 3 pupu se, uwan dio Wan Taghuk adik beradik soomak soayah ngan uwan se Wan Saelah..patut e se ni pandailah sastera ckit2 kan? tapi...tak ghoti langsung.

    ReplyDelete
  8. After reading a few new postings and comments in this blog I wonder whether you all my friends still have the desire to keep on reading 'A Doctor In The House' Tipah, let your hubby finish it...

    Very interesting sharing off this late/old memory of us. Many-many thanks to bang Mail in keeping his words, which I came across a few days before . He said he will be the new star of this blog. He will put more effort. Mariani should be very happy by now coz this blog was back as usual... meriah!!!!!!!!

    Tipah!!!!!!!! I did responded to your request immediately the moment I saw it on your fb messj...pity of you, but your writing should be saved automatically when you leave your computer silent for a few seccond..

    Pls!!... never,never, never give up (Donald Trumph).. do continue with your writing and we will be waiting..

    Hari ni baru line internet okay aaa..akibat Tsunami di JOPUN tu. huhuwaaaa!!! MSA

    ReplyDelete
  9. Aapasal I tk jumpo komen yang di atas tu haa, padahal I just made comments yesterday kt tempat lain ke..itu yang I tak paham, I tk jumpa komen yg ini..baru hari ni 18/3 I jumpa komen ini yang dh tulis sebelum komen I yesterday..ontahlah..
    Sdr..Ismail..I raso I kona omak you..tapi apasal I bukan salah sorang calun menantu dio..kih kih kih..kalau LAR kato dio maleh.., agak ee I ni plak sbb tk pandai masak kot..I masa remaja mmg jarang n xpandai masak..dh tuo tuo ni yo baru bingkeh (pinjam perkataan sarep)nk blajar masak...
    Sdr Ismail you tau semuo cerita tentang I, nama abah I..I duduk Jerjak..padahal masa tu I masih kecil..and I believe you pun masih kocik..u hanya dulu setahun dari we all kan.. hebat boto memory u sdr Ismail...mmmm malu se..mmg boto nama abah I dulu2 Bujai..tapi maso I kocik dulu bilo orang sebut namo tu I monangih, I traso macam oghang mengejek, namo abah I buruk..tapi itu dulu..skarang tk lagi..bilo konang2 sodih lak hati..terbayang2 wajah aruah abah I..
    Tak sangko yo dalam diam2 sdr Ismail ni mengkaji...

    ReplyDelete
  10. Mariani nak tau macam mana saya tau tentang cerita tu semua? Semasa saya darjah 4 oleh kerana kenakalan saya telah mendapat luka yang dalam di bawah dagu saya. Saya pulak takut kena jahit masa tu. oleh kerana itu saya hari-hari jalan kaki dengan mak saya dari rumah ke Padang Lebar untuk mencuci luka saya. Satu hari dalam perjalanan balik kerana kepanasan dan kehausan mak saya mengajak saya singgah di kedai emak mariani di Jerjak tu. Mak saya mintak air sejuk jer untuk melepaskan dahaga. Agaknya kesian melihat saya mak Mariani memberi saya sebotol "air lamnet" - air oren berkarbonat cap LONG CHAN untuk dikongsi bersama dengan mak saya. Semasa minum tu lah mak saya dan mak Mariani bercerita tentang hubungan keluarga kita. Kisah itu menjadi ingatan kepada saya sampai kini kerana itulah kali pertama saya minum air lamnet free.
    ISMAIL

    ReplyDelete