GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, March 10, 2011

SMBK : DOWN MEMORY LANE

Dikalangan kawan-kawan saya adalah yang terawal memasuki SMBK.  Saya, Rashid, Ali  (Ali Grebel – abang Sarip)  dan Halim Gumpal mamasuki SMBK melalui kelas peralihan (Remove Class) Batu Kikir English Secondary School ( SK Batu Kikir sekarang).  Batu Kikir English School  terdiri dari murid Standard One hingga ke Form Three.  Guru Besar (Pengetua) masa itu ialah Encik S Thiru Ghanam. Guru-guru yang masih saya ingat ialah : Cikgu Zulkafli Tahkim (Bobok) , Mr Rajoo, Mr Veloo, Mr Gurcharan Singh (mendiang), Mr Ajmeer Singh. Lain-lain saya dah tak berapa ingat.
.
Sekolah asal saya  SK Sungai Jelutong  (SKSJ) – sekolah kecil yang jauh di pendalaman pada masa itu ( sekarang dah jauh berubah). Masa di darjah enam di SKSJ saya memilih untuk ke tingkatan satu aliran melayu di SMBK. Apabila abah saya meminta saya ke aliran inggeris saya menurut sahaja. Lama kemudian baru saya tau cerita sebenar mengapa saya ke aliran inggeris dan tidak ke aliran melayu. Cikgu saya masa di SKSJ (Cikgu Kamarul Ariffin bin Hashim) telah menemui abah saya secara peribadi dan mahu serta mencadangkan saya ke aliran inggeris kerana pencapaian saya yang baik dan konsistan semasa di SKSJ.
.
Sampai sekarang cikgu Kamarul merupakan cikgu terbaik saya semasa di sekolah rendah. Saya mempunyai hubungan yang istimewa dengan beliau. Sehingga ke akhir hayat beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir dia sempat menanyakan saya kepada isteri saya yang semasa itu merawatnya di hospital Kuala Pilah. Saya terkilan kerana tidak dapat menziarahi beliau di saat terakhir. Semasa pengkebumiannya pun saya tidak ada di Kuala Pilah kerana sedang mengikuti kursus. Beliau meninggal kerana penyakit diabetis – penyakit yang sama yang saya hidapi sekarang.
.
Hanya empat orang dari SKSJ yang ke aliran inggeris di tahun itu iaitu : saya, Ali, Ramlah Ibrahim dan Fakarudin Jaafar. Ramlah dan Fakarudin tidak ada masalah. Fakarudin ayahnya Cikgu Jaafar  (aruah) – bekas Senator dan Tokoh Guru NS tahun 90han)  Ramlah pula dari keluarga yang agak ok. Maka saya dan Ali dijuih bibir juga oleh orang kampong. Abah saya buruh kerajaan yang hanya cukup makan dan Ali pula tanpa ayah disarai oleh bapa saudara.
.
Ali mendapat biasiswa ke awal remove class. Dia bebas dari membayar yuran ( school fees) sebanyak RM 7.50 sen sebulan. Maka tinggallah saya terkontang kanting. Nak menjelaskan yuran sebanyak RM7.50 sen sebulan itu amatlah azabnya. Saya merasakan kepayahan yang amat sangat dan merasa menyesal ke aliran inggeris. Saya sedar tentang kesusahan dan tidak cukup wang abah saya untuk menjelaskan school fees yang hanya sebanyak RM7.50 sen sebulan  itu. Nilai sebanyak itu hanya boleh didapati dengan menjual 2 ekor ayam jantan baru nak tumbuh taji.
.
Apabila tidak dapat menjelaskan yuran dan tertunggak beberapa bulan sudah semestinya saya menerima hukuman. Hukuman masa itu sungguh mudah tetapi sudah tidak dipraktikan lagi pada hari ini.  Rakan lain yang selalu menerima denda yang sama ialah Mohamad Ibrahim bin Yaakob – budak Bukit Kerdas dan sekarang GPK di SK Serting Hilir Kompleks dn Marzuki bin Pilus – budak Majau yang saya tak tahu di mana dia sekarang.  Hukuman yang saya sebutkan tadi ialah :  Pertama dijemur di tengah panas di “court” antara dua blok bilik darjah ( tempat tersebut masih ujud hingga kini). Bahang panas  matahari seolah tidak saya rasakan dibenam oleh rasa malu dengan denda tersebut. Apalagi dalam usia kanak-kanak banyak juga kawan-kawan yang tidak bersimpati. Kawan saya si Ibrahim selalu memberi peransang kepada saya semasa saya menunjukan muka sedih dalam bahasa kanak-kanak: “sabarlah…… sudah nasib kita… insyaallah kita akan berjaya satu masa nanti” . Ternyata kata-kata Ibrahim itu benar kerana kami sama-sama jadi cikgu akhirnya. Saya harap Cikgu  Ibrahim menjadi guru yang baik hingga kini.
.
Hukuman yang kedua ialah disuruh pulang ke rumah dan jangan datang ke sekolah sehingga yuran dijelaskan. Saya sering menangis di depan emak saya tentang hukuman yang saya terima. Emak saya diam saja tanpa berkata apa-apa. Esok atau lusanya emak akan memberi duit untuk membayar yuran yang saya tak tahu  dari  mana dia dapat.
.
Atas faktor kewangan emak saya telah membuat keputusan paling drastik. Adik perempuan saya diberhentikan sekolah untuk menoreh dan apabila ada peluang untuk bekerja sebagai kuli kong di Felda Pasoh beliau memerah keringat untuk mencari  beberapa ringgit sehari. (Masa itu Felda Gugusan Pasoh baru dibuka). Sehingga kini adik perempuan saya yang dulu dengan  rela hati mengorbankan masa depannya demi masa depan saya dan adik beradik yang lain masih tinggal di kampong menjaga emak saya dan beberapa orang anak saudara. Apabila sesekali balik kampong bagai akan mengalir air mata saya oleh keinsafan  tentang pengorbanan orang yang terdekat dengan saya.  Pada emak saya berhajat sekali untuk meletakkan dia di bahu saya dan mendukungnya mengelilingi Kaabah. Pada adik perempuan saya : saya akan tetap membelanya apabila emak saya telah tiada. Saya tidak pernah menjentik dan memarahinya walaupun ada masanya dia melukakan hati saya dengan kata-katanya.
. 
Di awal tahun juga cukup memberi masalah pada saya. Buku teks kena beli. (Masa tu tak ada skim pinjaman buku teks seperti sekarang). Mujur juga Kak NorHasnah Hasan bermurah hati meminjamkan buku lamanya untuk saya gunakan. Kak Nor Hasnah setahun lebih tua dari saya. Dia juga jadi cikgu. Jawatan terakhirnya GPK di SK Juasseh Pusat. Terima kasih Kak Hasnah atas budi baik itu.
.
Atas faktor yang saya ceritakan tadi saya tidak menjadi star semasa di SMBK.  Pelajaran saya agak merosot. Semasa form two aliran inggeris dan melayu digabungkan dan kami semua berpindah ke bangunan SMBK sekarang.  Masalah masih saya bawa walaupun telah berpindah ke premis baru. Hasilnya saya gagal LCE pertama. Begitu juga Rashid. Tahun itu juga berlaku kejutan. Star di SMBK –Juriah Kasim (kakak Tahir) juga gagal LCE. Saya mengulang semula di SMBK, Rashid mengulang di Methodist Seremban dan Juriah di SM Datuk Mansur, Bahau.
.
Itulah sebabnya mengapa ramai kawan-kawan di Form 3A yang selepas LCE berpindah ke TMS tidak berapa  perasankan saya. Selepas second try saya mendapat keputusan yang  agak baik dan boleh memasuki aliran sains di TMS.  SMBK nak tubuhkan form four pertama . Maka kami tidak diminta untuk berpindah ke TMS. Apalagi kata-kata – GPK masa tu (Cikgu Yunus) yang menakut-nakutkan kami untuk ke aliran sains. Saya telah menetapkan tekad untuk terus berada di SMBK. Pertama jika berpindah ke TMS tentu kos belanja sekolah saya meningkat sama ada bayaran makan asrama (jika duduk di asrama) atau tambang bas (jika berulang). Adik saya _Fadzil_ masa itu dapat tempat di KGV – Rancangan Khas. Tentu belanja untuk dia lebih tinggi. Jadi saya berkorban untuk adik saya.
.
Apabila berada di Form Four saya mendapat keyakinan diri semula.  Walau begitu saya masih lagi low profile. Juga saya berkawan dengan member-member yang low profile. Rashid balik semula ke SMBK, dan beliau menjadi kawan saya paling rapat. Selain itu saya juga rapat dengan Hamid Bawal. Iskandar pula kawan saya yang tidak pernah hilang dari zaman sekolah, zaman kerja dan zaman tua kerana di takdirkan tuhan kami bekerja dalam satu organisasi.
.
Semasa di form four saya  mendapat hadiah biasiswa persekutuan sebanyak RM25.00 sebulan. Bermakna saya bebas dari membayar school fees. Ini sangat melegakan saya. Dengan biasiswa yang diberikan itu juga saya dapat bergaya dengan seluar panjang putih dan berkasut tapak hijau (badminton master)
.
Minat saya pada sastera dan kebudayaan tumbuh masa di form V. Itu atas dorongan cikgu Ramlah dan Cikgu Sulaiman. Saya kurang ingat bagaimana ia bermula. Seingat saya Cikgu  A Rahim , cikgu saya semasa di SKSJ menghubungi saya untuk menyertai satu kursus penulisan anjuran PENS (Persatuan Penulis Negeri Sembilan) di Seremban. Di situ saya mengenali penulis-penulis yang sudah ternama seperti Ustz Ayub Yassin, Dharmala NS, Dharmawijaya, Mahaya Yassin, Norman HD  dan lain-lain. Pembimbing kursus tersebut antaranya Abdullah Hussain (penulis novel Interlok yang dipertikaikan sekarang) , Dr Anwar Ridhwan, Subky Latif. Yang lain-lain saya dah lupa.  Menariknya saya adalah peserta tunggal yang masih bersekolah.
.
Minat tersebut saya bawa sehingga meninggalkan alam persekolahan. Setiap tahun saya dan kawan-kawan sekampong (termasuk  Sarip) membuat pemetasan di kampong atas nama persatuan belia. Semasa saya di Kolej Perguruan juga saya saya memasuki pertandingan drama antara maktab-maktab perguruan dan memenangi tempat pertama dan pengarah terbaik. Pensyarah drama saya masa itu ialah Dr Noordin Hassan – salah seorang Sasterawan Negara.
.
Pandangan Prof Rashidi tentang saya tepat sekali. Beliau adalah kawan, adik, penganalisis dan penulis autobiografi saya yang baik.  Sesekali apabila di usia emas menimbau nostalgia lama seperti mendengar lagu di Klasik Nasional. Menghibur dan mengasyikan.
.
Sekian untuk posting kali ini. Di posting akan datang saya akan cuba menghayati down memory lane bersama rakan-rakan semasa di SMBK.  Memang benar kita selamanya bersama……..
.
ISMAIL  @ CHANG CAPIT.
.

11 comments:

  1. ermmm bnyk dugaan abang untuk berjaya......

    ReplyDelete
  2. As Salam Sdr Cang Capit,

    Nukilan u membuatkan saya terharu, saya tau bahawa itu cerita benar dr u, tapi u proved to be someone, someone is great bro...

    Saya dibesarkan dimerata tempat,kerana mengikut ibubapa saya yg bertugas sebagai guru,tetapi saya duduk dikg bersama2 abg yg cacat...ibu bapa hanya balik kg seminggu sekali.Dlm masa yg sama saya pegi meneruskan persekolahan sehingga ke Form 3 di SMBK.

    Di sepanjang persekolahn Form 1 hingga Form 3 saya amat sukar utk mengikuti pelajaran kerana disamping belajar saya menjaga ibu yg sakit keluar masuk hospital adanya dan saya disamping belajar kena menguruskan hal keluarga, masa terhad utk perkara2 lain, semasa di Form 3 sebelum peperiksaan LCE saya amat tertekan kerana dimasa itu ibu saya menghembuskan nafas yg terakhir setelah sekian lama sakit. Di saat itulah saya rasa pitam memikirkan masa depan dan keluarga yg ada. Kira2 sudah hilang pedoman rasa tak mahu lg bersekolah kerana memikirkan bapa,abg dan adik yg masih kecil, terutama bab makan minum dan pakai. Tapi oleh kerana nasihat bapa sendiri supaya meneruskan pelajaran saya menggagahi menduduki peperiksaan LCE sehingga berjaya, bila dpt keputusan saya nekad utk tidak meneruskan tapi bapa sekali lg memberi peransang, saya ikutkan juga demi masa depan, saya tinggalkan bapa, adik dan abg dengan bantuan jiran.

    Saya meneruskan pelajaran ke Form 5...disaat inilah saya mula menghadapi tekanan demi tekanan oleh beberapa perubahan yg terjadi dlm keluarga saya. Saya tetap meneruskan pelajaran saya sehingga selepas Form 5 dgn jayanya. Hidup saya amat terasa sempit dlm semua segi maklumlah ibu utk meluahkan rasa sudah tiada...saya tidak meneruskan belajar tetapi memilih utk bekerja dahulu utk menyara diri...Semasa inilah meneruskan pembelajaran saya hingga ke peringkat Universiti dgn pembelanjaan sendiri melalui duit gaji bulanan yg diterima.. Ia saya berjaya, apa yg saya cita2kan didepan mata....sokongan suami juga memain sebahagian peranan, kisah2 lampau keperitan hidup menjadikn azam yg tak terhingga.
    Titik2 perjalanan kehidupan saya ini menjadi pedoman dan pengajaran kpd anak2, semuga anak2 dpt menghargainya.

    Memang saya merantau dan berkhidmat dimerata tempat,tetapi semuanya itu adalah pengalaman yg tak terhingga. Bertemu dgn kebanyakkan org, membuatkan saya banyak berfikir utk dijadikan tauladan. Oleh itu saya berpegang kpd bidalan ini "Jauh berjalan banyak pengalaman" dan "Tuntutlah ilmu sampai kenegeri China". Maka itu saya memang tak berhenti2 mencari ilmu terutama sesudah usia dah mencecah (5 series) ini saya bnyk menuju kearah ibadah agama utk bekalan diakhir hayat nanti.

    Coretan ini mungkin lain dr yg lain, saya jarang mendengar radio dan menonton TV, kerana ahli keluarga saya suka tengok siri contohnya siri TV CSI-- yg mana saya memang kurang minat (saya selalu komen siri itu pengarah dan pembuat scripnya lebih dr tuhan...hahaha) Saya pernah tengok pembikinan filem dan drama, semuanya saya dapati pembohongan, setelah saya fikir2kan saya tertipu, saya fikir malas nak tengok, hanya ancangan realiti saja yg saya tonton. Saya lebih suka membaca....saya rasa puas klu dlm alam membaca..dan masa saya yg terluang saya bnyk habiskan di internet, utk pengetahuan saya.

    Buku Sdr Shidi dah pun saya baca...excellent
    TQ3 shidi, bangga ada kwn yg boleh buat buku dan saya boleh baca. Selalu baca buku org lain je...
    Saya baru je nak pegi kekedai MPH utk dptkan buku kisah DR Mahathir yang dlancarkan baru2 ni...(A Doctor in the house:The memories of Tun Dr Mahathir)masih tak ada masa nak kedai buku lg.... khabarnya dah kehabisan stok, kena tunggu utk cetakan yg lain.

    Setakat ini dulu, tulis jgn tak tulis.....jumpa lagi....

    ReplyDelete
  3. mang boto ckp maei tu. sei ngan dio tak putuih2 hubungan doh. mano sei poie dio ado, mano dio poie sei tak ado hehe. bnyk rahsio dio sei tau & byk rahsio sei dio tak tau...dio lah org yg paling sei pocayo...tapi seilah org yg dio paling tak pocayo hehe...diolah org yg payah nak togolak kuek2. habih2 kang dio golak heheheh joh. sentimental golek e tu.Bezo ngan sei..sei kalau golak kalau blom golek blom sahlah lawak ee tu. dio klu dah golak sikit mmg lawak boto2 lah tu.

    ReplyDelete
  4. Tu lawak kau paling klasik tu kanda. Rahsio totap rahsio sampai bilo.
    ISMAIL

    ReplyDelete
  5. Ese ingatlah, sotiap kali bilo kito abih baco coghito kengkawan di blog ni ado duo kemungkingan bolaku. Potamo ea kito terus dapek idea nak komen. Nak baleh.Nak Ulas. Koduo ea abih baco, kito pikir, kito monung, kito tomanggu-manggu, kito pilu, kito sayu, kito tak kotawan raso, tak keruan... lalu kito lupo sogalo-galo ea..Tk MD kerana telah melahirkan apo yang ese nak lahirkan tapi tak tolahirkan..MSA

    ReplyDelete
  6. Bang Mail, Terima kasih atas segala kenangan di atas. Segala duka dulu kini sudah menjadi kenangan indah. Misteri anugerah Allah. Terus menulis. Seronok dengan kenangan-kenangan lalu. ..shidi.

    ReplyDelete
  7. Siti Sara (SSAK) , terima kasih banyak kerana komen panjang lebar tentang saya. Itulah gelorasa dan keluh kesah saya semasa belajar. masing-masing kita ada pengelaman tersendiri.
    Saya juga teringat masa SSAK kehilangan ibu. Kawan-kawan dan guru-guru membuat pungutan derma kilat. Saya juga turut menyumbang. Siti mungkin nak tau jumlah yang saya masukkan dalam kotak derma tu? 20 sen jer... kerana itulah saja duit yang ada dalam poket seluar saya masa tu.
    ISMAIL

    ReplyDelete
  8. Terima kasih pada semua guru-guru dan kawan2, saya tak teringat apa2 ketika itu ibu saya sudah pergi buat selama2nya, sehingga kehari ini saya masih merasainya dan rupa2nya masih ramai jugak kwn2 yg tau ketika saya kehilangan ibu semasa itu, saya ingatkan tidak ada siapa yg tau dan ambil peduli apa yg berlaku pd saya. Pada masa itu saya rasa dunia ini telah gelap segelapnya.

    Sdr memang dermawan bukan jumlah yg dititik beratkan tapi keikhlasan sdr saya sanjung tinggi, TERIMA KASIH BANG Mael,20 sen tu besar maknanya.

    Tkasih3

    SSAK

    ReplyDelete
  9. Salam Shara..hibanya saya membaca pengalaman sedih you masa skolah..diusia yang masih mentah u sudah kebilangan orang yang paling u perlukan masa itu, remaja lain lena dibelai manja ibu bapa sedangkan u sudah kehilagan salah seorang daripadanya, terpaksa pulak memikul tanggungjawab yang besar..Banyak duri dan onak terpaksa u lalui..Saya kagum dengan sifat u yang tabah pandai membawa diri, sabar berusaha sehigga u berjaya sampai kehari ini..syabas shara..Allah tidak menghampakan orang yang sabar menjalani dugaanNya..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kwn2....

    MD - jgnlah u hibo lak dgr cite saya ni, itu adalah sebahagian dr perjalanan hidup saya. Bak kata Bang Mael tiap 2 org ado pengalaman dan dugaan masing hanya berlainan caranya saja.

    Apa yg mengingatkan saya ketika dulu saya masih ada sepupu dan saudara mara yg mengembirakan saya dan adik beradik, spt sepupu saya sdr Nordin Baharudin, adiknya Normah Baharudin, Rokiah Hj Siraj, dan juga sepupu yg satu lg sdr Helimah Ujang.Kdg2 jumpa mereka saya terhibur juga seolah2 saya tak tinggal sorang je dlm dunia ni.

    Apa2 pun saya gembira dihari ini....dan bukan utk disimpati, tapi hanyalah satu cerita sbb tak ado cerita lain daaa....dan utk sambut coretan Bang Mael kito..utk menghebohkan blog ini supaya tak padammmm.

    Saya jugak tau tu sdr MSA kito tu hibo bilo baca coretan2 kito ni, dio bilo lak nak menulih lae, saya rasa ghamai yg menunggu ni, asyik baco umpok org yo...tulih lah sei nak yo tau apo yang kombang atau tak kombang... (esei tau dio bnyk idea tu) jgn simpan.....sbb bilo jumpo die bukan main bnyk laie cerita dio...tak abih2 beborak....hehehe

    ReplyDelete
  11. Sikit aghi laie lah cito sambal ghesek, pucuk ubi..kih..kih..kih.. kalau banyak bona makan ghobus pucuk ubi ni boleh ghobah MD oii!!!!!!!MSA

    ReplyDelete