GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, February 1, 2011

Ertinya Sebuah Persahabatan

     Hasrat untuk bertemu kawan2 lama di SMBK telah lama dipendamkan namun tidak mempunyai peluang almaklum masing2 punya banyak tanggungjawab kepada kerjaya dan keluarga .Pada usia kita kini kekayaan bukan lagi jadi keutamaan tapi apa yang kita cari ialah kebahgiaan.Kebahgiaan di dunia dan persiapan menuju ke alam lain yang semua kita pasti akan menghadapinya .Jangan salah faham harta perlu kita cari selagi kita masih memerlukan.Saya tidak akan sanggup melihat ada antara kawan2 kita yang hidup meminta2.Dalam melalui perjalanan dan liku2 hidup dan peluang melawat banyak negara orang atas tugas ,saya rasa insaf bahawa negara kita masih yang terbaik menjaga kebajikan rakyatnya.Kalau kita hidup di India ,Bosnia,lndonesia,Somalia n Thailand misalnya saya pasti ramai antara kita tak akan berjaya menjadi doktor,professor,researcher dll kalau kita bukan orang berada.Tiada siapa yang akan hulurkan bantuan n tidak juga kerajaan.Bersyukurlah kita ada penghidupan yang sederhana walaupun ada antara kita yang boleh dianggap kaya...
.
     Kenduri perkahwinan anak bujang Azimah Othman di Rinching tahun lalu telah merintis ke arah perancangan mengadakan reunion SMBK.Pada kenduri tersebut kita sempat bertemu beberapa orang kawan  lama antaranya Md Sah,Sarep n Rubiah .Saya difahamkam Alias n Ct Shara datang kemudian mungkin ada lagi kawan lain.Sempat kita berbincang dan Sareplah yang telah bagitu beria-ia mahu mengadakannya.Biasalah Sarep is always positive in his approach n kadang2 confident badak juga...Tapi apa pun beliaulah yang banyak menggerakkannya dan kemudian menubuhkan AJK.Saya yang minta dia menyediakan program dan sebagainya n dalam blog ini pun dia ado maklum yang sei mengarahkan dio.Sebenarnya  saya yakin dia punya kebolehan memimpin dan komitment yang tinggi..Dia bercito-cito nak jadi Yang Berhormat sejak dulu lagi...mari kita doakan agar kawan kita berjaya.Esok bolehlah share sikit2 .Sebenarnya tak boleh gitu,itulah punca pemimpin rasuah jatuh oleh kawan2 rapat.
.
       Sebenarnya saya masih lagi berhubung dengan ramai kawan sekelas dulu antaranya yang tak terputus dengan Sarep,Md Sah Nordin,Alias,Ct Shara,Ct Normah,Rubiah,Zamrus,Razali,Ct Hawa,Normah dan Zainab .Zamrus saya kerap juga main golf bersama n sekarang dah dapat kaki baru Dr.Murad n Roslan Ghani.Nanti .Kalau saya jemput joinlah sebab kalau saya main insyallah green fees free..Tuan Hj Zin masa saya borak itu hari kata beliau masih lagi aktif main golf bersama isteri.Kalau main seminggu 5 kali itu kira tersangatlah aktif tu..masih kuek masih sehat dan masih bersemangat Syabas cikgu... Razali Khamis ini kemana saya pergi senang jumpa.Jumpa di Sarawak,JB n Kelantan.Maklumlah dulu polis ado kek mano2 yo.Sekarang dah tukar kerja sebagai Head of Security Department dengan anak syarikat Petronas katanya..Wow pasti lebat tu..dah drive mercedes...Pada perjumpaan tu saya  rasanya tak pernah berjumpa beberapa orang sahaja sejak lepas sekolah antaranya Tahir,Badariah,Latifah ,Zailah n Hasidin.. Zamrus n Dr.Ahmad Zuhaidi sei bertemu di  Mina semasa menunaikan fardhu haji  pada tahun 2007.Saya sempat bercakap dengan Norizan Md Nor(Jemapoh) , Ab.Rahman Bador(Bayai) n Nordin (Tengkek) beberapa hari sebelum datang ke Ilham mengajak mereka join. Bagaimanapun mereka telah ada komitmen lain.Saya juga sempat carikan no Rubiah Ahmad  rakan duet Rashid katanya dah dapat bercakap melalui telefon.Saya jumpa Rubiah pd Hari Raya beberapa tahun lalu di Pelangai.Insyallah semuanya akan dapat bersama di perjumpaan kita akan datang.
.
        Lopeh Form six di TMS saya tak layak ke u ,nasib tak sama seperti Sarep n Allahyarham Rusminah yang terus ke UM.Saya sebenarnya demam panas yang teruk sebulan sebelum final exam HSC..Sei menangis sebab saya tak ingat satu apa pun sehingga nota yang saya sediakan sendiri seolah2 baru pertama  kali dibaca.Itulah dugaan wpun saya antara top  student masa trial.Saya maklumkan kepada arwah emak yang saya mungkin tidak berjaya..cuma katanya cubalah..sampai berjaya...Saya dapat juga masuk maktab MPIK dan  keluar mengajar di STJ Gentam pada tahun 1980.Saya mengajar Sejarah n PJ dengan gaji RM 405 sebulan...bayangkanlah..Masa tu pay slip kena ditandatangani di pejabat pengetua..rasa malu n sedih pun ada kerana kebanyakan gaji guru senior pada masa tu RM 2 - 3k..Di sekolah saya dilantik sebagai Sport Sec,Setiausaha Pertandingan Bola sepak n Hoki Daerah n yang lebih mencabar sebagai Setiausaha olahraga MSSNS semasa K.Pilah jadi tuan rumah.Semuanya saya ambil cabaran yang mendatang...Dalam diam  saya tanam cita untuk ke U gaji seciput mana mungkin nak tanggung anak orang..Lagipun rasa sangat tercabar kerana tanggungan kerja yang banyak rasa tak berbaloi.Masa jadi guru saya ada beberapa kali berhubung dengan Tn Hj Md Zin..Saya masuk UM tahun 1982 n keluar pd tahun 1985 mengajar sekejap di Sri Putri Kolam Air..kemudian dapat tawaran berkhidmat dengan MSN hingga sekarang.Isteri saya Hjh Yusmah dulu masa kawan2 dia tanya saya kerja sebagai apa di akan jawab 'abang jalil tukang lap poluh Misbun'.Kesian Sei tapi agak e itulah tanda sayang....fahamkan...

         Saya merasa sangat puas sebaik sahaja tamat Malam Gala SMBK tempoh hari walaupun berakhir hingga sampai 1.45 pagi.Selaku MC saya memberi  sanjungan kepada tetamu-tetamu kehormat di kalangan bekas guru-guru kita.Terima kasih cikgu kerana menerima undangan kami .Saya tabik kepada semua terutamanya bekas Pengetua dan Ustaz Jajuli yang menunggu sehingga majlis  berakhir..Saya sempat berbisik dengan Tn.Hj Md Zin kalau2 beliau nak balik awal tp biasalah semangatnya sentiasa membara tetap bersama sehingga ke akhir.Saya juga nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kawan2 yang dapat meluangkan masa dan n belanja untuk bersama kita di perjumpaan tempohari.Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas n job well done kepada semua Ahli Jawatankuasa terutamanya  Pengerusi Sarep n Pn Rosenani sekeluarga ,Timb.Pengerusi Tok Lembago,Setiausaha CT Shara  n anakanda Yusri ,Ismail Mat Isa,Dr.Rashidi,Rashid,Mariani,Ct Normah n Zainab ldris.Hiburan pada malam itu cukup baik diselenggarakan oleh sdr Rashid n Dr Rashidi..Anda berdua memang berbakat tak heranlah dah diturunkan kepada anak2.Syabas Shidi anak u menjadi ahli  Philharmonic Ochestra ,bukan senang untuk terpilih.
.
          Selaku MC malam tu saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata2 atau perlakuan saya yang kurang menyenangkan.Kalau sekiranya ada percayalah itu memang tidak disengajakan ,gurauan semata-mata untuk menghidupkan suasana .Pada ,malam tersebut banyak lagi aktiviti yang sudah saya aturkan tp masa tersangatlah suntuk kerana kita bermula agak lewat.Ramai kawan2 yang tak sempat untuk menyumbangkan lagu pilihan masing2.Setakat saya dengan Iskandar pasti sumbang habis semuo orang boleh ghobah kata Sarep.Saya berharap perjumpaan seumpama ini patut di teruskan pada masa akan datang.Saya percaya ramai kawan2 lain mempunyai pandangan yang sama..ha haa sei nampak ramai yang angkek tangan tu.Tak kiralah siapa yang akan jadi pengerusi,Timbalan,naib dan Setiausaha marilah kita sama-sama melaksanakannya.Bak kata pepatah yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul.Saya secara peribadi insyallah akan memberikan kerjasama setakat yang yang termampu nanti.Sekian coretan saya kali ini.
.
Hj.Ab.Jalil Hj.Abdullah

15 comments:

  1. Tn Hj. syukur alhamdulillah ado sahabat yg telah berjaya dlm hidup,sei sgt berbangga, bilo u kuar tv yo sei bagitau anak2 sei "tu kwn baik ayah tu" betapa bangga sei, anak2 sei pulak teruja "hebat kengkawan ayah, sei sambung " ado jadik doktor, ada yg dah ado phd, ada yg jadi pegawai bosa dan ado yg bisnes sendiri sgt berjaya, pendek kato kwn ayah somuo e berjayo...tapi semua ee tak sombong..bilo jumpa ayah mcm baru semalam kita diform 3.". kengkawan jadi modal motivasi sei pd anak..tqvm

    ReplyDelete
  2. Tuan Haji, apa yang saya rasa sangat seronok malam itu ialah you dapat 'create' suasana malam itu macam kita di sekolah dulu. Walaupun dah hampir 40 tahun, tapi you dapat wujudkan aura dan environment seolah-olah baru semalam kita berpisah. I rasa memang elok you kekal jadi MC. ....shidi...

    ReplyDelete
  3. Panjang coghito ea..soghonok ese baco. Nasib baik dio tak tulih maso Tok Lombago jadi Imam kek R&R tu. Ese macam kandar yo, bilo Jalil kuar TV keluarga ese dah kona..copek2 dio oghang kato "kawan ayah" banggo kito kandar.

    Bagi pihak Jalil ese jomput sapo2 yang lapang ke rumah kakaknya di Rembang Panas pada 13 Feb ni, nikah anak buah dio.

    Sosiapo yg bolun wish Hawa happy birthday, elok wish sobolun malam morangkak tibo.

    MSA

    ReplyDelete
  4. malam morangkak tibo (maso tuo2 ni)
    morangkak bilo malam tibo (maso mudo2 dulu)

    kikikik..

    ReplyDelete
  5. Kandar ooiii!!! mcm mano den tak golak bilo kau jadi imam.. tu deh bunyi eaa. oghang cakap yg boto..kau kenen yo ko situ..MSA

    ReplyDelete
  6. Kandar, tiko todayo merangkak ni, merangkaklah. Tak kirolah tibo malam ko atau malam tibo. Esok dah tuo tak todayo laiee nak lain lak golar ee...tokapa namo ee.

    ReplyDelete
  7. rep..stakat 20 biji (mulo deh dah) hehehe..

    ReplyDelete
  8. Tah iyo tah tidak tu.. kok duo biji kolapo sawit pun agak ea dah hongeh tak..? inikan pulak 20 biji sawit.. boghek tu kandar..MSA

    ReplyDelete
  9. Sarep n Kandar mmg u berduo suko bergurau serta melawak sebonor e itulah resepi untuk kelihatan sehat dan awet mudo.Sei duduk serumah dengan Kandar di no 13 Rumah murah Tukikir maso sekolah dulu.Itu pun tak sampai setahun.Dengan Sarep sei suko menunggu durian di Sg Jelutung.. ado satu hari lewat sampai sekolah lalu kono piat telingo...tak payah bagitau siapo yang buek..understood..Apo pun sei jemput rakan2 untuk datang ke kg Kuala Rembang Panas pada 13 Feb 2011 kerana perkahwinan anak buah saya.Masak style kg sei sodap..jemput datang kalau ada kelapangan...insyallah

    ReplyDelete
  10. Tkasih Jalil, klu ada kelapangan n tak berulang alik ke hosp sei akan cuba dtg....walauapa pun dlm pd keletihan sei ke hosp bilo blk baca blog ni rasa terhibur hati...tkasih pd semua....

    ReplyDelete
  11. jalil yg sy kenal sejak sek ren sampai sekarang masih jalil yg sama...tak berubah rupa, tingkah laku, budi bahasanya, cara bercakapnya dan tak sombong langsung.....begitu juga isterinya yg saya kenal masa sama2 mengajar d batu kikir dulu juga seorng yg lemah lembut dan cute.....subhanallah...maha Agong Allah mempertemukan mereka berdua....pasangan yg cukup ideal.......sy hanya mampu berdoa kpd Allah semoga semua rakan2 sy hidup bahagia d dunia dan akhirat....insyaAllah...
    Seperti kwn2 yg lain juga....kalau jalil ada masuk tv...maka saya lah org yg melompat dulu ke arah tv dan tunjukkan muka jalil kpd anak2 sy..."inilah kawan mak masa sek dulu"...bangga yg tak terkira.....
    Sy ucapkan terima kasih kpd jalil atas jemputan....mungkin sy tak dapat bersama dan sy wakilkanlah diri sy kpd kwn2 yg lain...ucapan selamat pengantin baru kpd anak buah jalil....semoga bahagia smpai ke anak cucu...
    you're my friend forever....salam...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih CT2.Kerana komen anda berdua.Sei Baco komen Normah berduo dgn Yusmah..dio tongah masak kek dapor sei panggil datang ke hall sambil belari nak tunjukkan komen 'cute'.Suko amek2 dio.Entahlah maso balik dari PD tempoh hari sei ado cakap dengan Yusmah bahawa pertemuan kali ini berlainan dengan majlis2 lain yang kita pernah hadiri.Wpun host berbelanja beratus ribu tp tak sama nilainya dgn yang satu ini.Sei raso macam satu pertemuan adik-beradik yang dah lamo tak berjumpo..itulah perasaan sei..Salam sei kek Abang Rahim masih handa main volleyball rupoe lopeh goram di PD.

    ReplyDelete
  13. A'kum, sy ni jonih,pomaleh ; maleh fikir, maleh mongarang, nak bukak fb n blog ni kono mcm2 step pun se maleh..jd all d good comments bout Jalil, sarep n Prof n Shara tu sy sotuju n feel d same about them, sosokali ado yo dtg rajin e..ado angin e, ni angin maleh tonghah mombadai ni..Teringin gak nak poi konduri Jalil tp sy ni jauh kat B.Pahat. Banjir plak kat sini tu. InsyaAllah kalau ado joki tu sampailah se, kalau tak..sy ucapkan " selamat pengantin baru ' kpd anak saudara Jalil, semoga bahagia hingga ke anak cucu.

    ReplyDelete
  14. Se pun samo cam Tipah jugo..dh brumor ni mmg tk suko macam2..yang suko e bosantai santai yo nk pikir2 tu dh kureng sikit..walau apa pun I nk ucapkan trima kasih pada Jalil kerana jemputan kemajlis perkahwinan anak sedaranya..se pun rasanya xdapat juga hadir kemajlis tu sebabnya ada lak kenduri orang dekat na dengan rumah, samo date. Orang duk kampong ni kalau kenduri kendara selalunya bergotong royong menyiapkan serba serbi utuk pengantin, kemah, masak memasak dsbnya. Tambahan pulak dokek rumah..orang pangakarlah katokan..Jadi se konolah join samo..pagi lagi dh poi tolong tolong apo yang patut..nyiang daging ko, racik bawang ko rameh nior ko...sampai lah tnghari langsung..baru balik..dh jadi orang kampong kono menyertai activity kampong..tk sok jadi koro sumbang lak..walau apa pun I nk ucapkan selamat pengantin baru pada ank sdaro Jalil tu smoga berpanjangan jodohnya Amin..
    Mengenai jalil tu mmg betul kata CT nomah tu..samo cantik samo padan..bak pinang dibolah duo..jalil tk banyak brubah..masih mudo belio..nampak matang..samolah ngan wife dio..Samoo juga dengan pengerusi kito..En Sharip tu...tk banyak brubah.., masih handsome.., macho, gagah n bergayo..(Pn rosenani jgn marah lak I puji husbad U..)Memang padan sangatlah dengan wifenya yang lemah lembut tu..Sharip lincah n kletah..bocakap yo, wifenya nampak diam skit..memang Allah menganugerahkan semua orang dengan pasangan yang cukup sempurna n sepadan, lenkap melenkapi antara satu sama lain..kalau suami banyak cakap istri pendiam, kalau istri suka masak pasti suaminya suka makan...kalau duo duonyo bayak cakap..mencerapeh yo ...haghu..rumahtaggo..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih Mariani n LAR.Saya sangat menghargai komen2 anda berdua.Ialah kita harap kita akan beroleh kesihatan yang baik supaya mudah melaksanakan kerja2 harian n beribadah.Sei raso e tak pernah berubah sejak dulu sampai sekarang sobab sei tak pandai nak berubah.Lagipun kalau berubah yang tak menguntungkan apa perlunya berubah.Cumo kek pejabat sei konolah control2 sikit sobab sei suko berghurau.Sebagai orang tuo kita cumo nak dihormati bukan ditakuti....Dengan kawan2 semuo e jadi baik Tok Lembago mahupun MSA.

    ReplyDelete