GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, February 5, 2011

HATI-HATI MELAYARI FACEBOOK

Oleh Mohd Sharif Ahmad

Bertemu semula rakan-rakan.

Abdul Qawiyy Di Kuala Sg Baru


Bang Ngah Di Jeti Kuala Sg Baru

Hari ini genap 7 hari saya tidak menghantar posting ke blog ini. Saya gembira kerana telah ramai yang sudah mula menulis di sini. Terima kasih Shidi, Kandar, Jalil dan Siti Shara kerana membantu saya menjaga blog ini dan atas semua coretan kalian yang amat bermakna tersebut. 

Saya percaya kepada bakat yang ada dalam diri setiap kita. Selepas ini kita tunggu cerita menarik dan posting dari Halimah, Mariani, Latifah, Mail, Rashid dan lain-lain lagi.

Saya tau Mariani dan Latifah berbakat menulis sebab saya baca dalam komen-komen mereka di blog kita ini. Contohnya yang terkini cukup panjang Mariani tulis mengenai coretan Jalil itu.

Tajuk posting saya kali ini "Hati-hati Melayari Facebook" sebenarnya saya ambil dari Utusan Malaysia hari ini 5 Feb 2011, muka surat 10, ditulis oleh Ismail Hashim.

Tajuk posting dan artikel ini seolah-olah untuk menakutkan kita tentang kemudaratan yang boleh dibawa oleh laman sosial ini. Bukanlah tidak berasas kenyataan tersebut kerana telah berlaku beberapa perkara negatif disebabkan oleh kegilaan melayari fb ini. Banyak rumah tangga yang porak peranda disebabkan oleh suami yang asyik melayari fb atau sebaliknya isteri lupa menghidangkan makanan kegemaran suami kerana asyik melayari laman sosial ini.

Kebaikan yang terserlah sekurang-kurangnya kepada kita ialah FB berjaya mencantumkan kita yang telah terpisah sekian lama 10 tahun, 15 tahun, 20, 30 atau 40 tahun. Kita warga SMBK 1969-1974 bukanlah tidak berusaha sebelum ini untuk bertemu dan bersua, namun segalanya menjadi mungkin sejak kita menggunakan saluran FB ini. Segalanya menjadi mudah kerana kita memfokuskan kepada topik yang sama dalam setiap perhubungan kita.

Untuk itu kita seharusnya berterima kasih kepada kewujudan FB ini yang bukan sahaja memberi manafaat kepada kita warga SMBK, malah kepada seluruh insan di alam maya ini.

Saya teringat kepada satu ungkapan oleh Negarawan Tanah Air  suatu ketika dahulu iaitu "Benda yang baik jika disalahgunakan ia pasti boleh membawa bencana" Ketika itu beliau memberi contoh sebilah pisau yang tajam sekiranya digunakan untuk tujuan pembedahan, mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Pada masa yang sama, pisau yang tajam boleh juga digunakan untuk tujuan membunuh seseorang.

Terpulang kepada kita untuk tujuan apa sebenarnya kita menggunakan kemudahan FB ini. Untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya. Dalam artikel di Utusan Malaysia itu juga disebutkan bagaimana seorang perempuan yang bijak yang merupakan seorang Pensyarah akhirnya dapat ditipu oleh rakan FB dia. Dia kehilangan RM30,000.00 hanya kerana ghairah mempercayai kata-kata manis, ayat-ayat cinta yang diterimanya dalam FB.

Agaknya itulah sedikit nasihat diberikan oleh penulis berkenaan agar kita seharusnya berhati-hati dalam melayari FB ini. Usah terlalu ghairah, usah mudah percaya, jangan mudah digoda dan jangan mudah diperdaya.

Saya tidak berniat untuk menasihati rakan-rakan, lebih-lebih lagi Tok Lombago yang pastinya ada jawapan kepada setiap persoalan. Namun saya percaya kepada kematangan kita semua dalam usia yang sudah cukup dewasa ini. Seandainya kita terjebak juga, anggaplah itu sudah suratan takdir kita. Untuk memujuk hati silalah membaca buku Shidi "Jejak Kesejahteraan" 

Namun daripada pemerhatian saya sejak berhubung dengan rakan-rakan melalui fb ini, semuanya berjalan lancar. Setiap orang berjaya mengawal diri sesopan mungkin. Gurau senda rakan-rakan cukup bersahaja dan apabila kita bertemu di PNB ILHAM tempoh hari semuanya berjalan dengan lancar dan kaum keluarga juga merasa puas hati. Suasana di Ilham pastinya memudahkan kita untuk merancang program yang lain pula nanti.

Hari ini saya sempat menghadiri kenduri kahwin anak rakan di Seremban. Kembali ke rumah anak-anak saya sudah bersedia untuk menyambut dan meraikan hari jadi isteri saya. Dalam keluarga kami sambutan hari jadi sejak dulu, tidaklah grand, sekadar melahirkan rasa kasih sayang dan menunjukan perhatian kepada orang tersayang sahaja.

Sebenarnya tarikh sambutan hari jadi untuk isteri saya lambat lagi iaitu pada hari Sabtu 19 Feb, bertepatan dengan tarikh kenduri di rumah Hj Salim. Namun oleh kerana pada tarikh tersebut anak-anak pastinya tidak akan dapat berkumpul serentak, maka mereka memutuskan untuk meraikannya hari ini. Anak-anak sudah besar, lalu saya dan isteri mengikut sahaja saranan mereka. Tidak ada isupun.

Happy Birthday Mama
                                                   
Saya selalu menyarankan kepada sesiapa sahaja, berilah keutamaan kepada keluarga kita. Jika kita dimasukan ke hospital, kawan baik, saudara mara, sahabat handai hanya datang sekali sahaja mengziarahi kita. Lebih-lebihpun dua kali, namun keluarga terdekatlah yang akan mengunjungi kita saban hari hingga kita keluar dari hospital.

Yang berkongsi segala kepayahan, kesakitan dan kepedihan ialah keluarga kita, dari itu sekali lagi jagalah dan sayangilah keluarga anda. Kepada isteri saya Happy Birthday in advance. Muga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan tercapai segala impian.

Semalam kami sempat ke Kuala Sungai Baru dan Pengkalan Balak, makan ikan bakar. Punyalah jauhnya nak makan ikan bakar, selesai makan, balik dan sampai rumah dah lapar semula, namun demi keluarga, sekali sekala, kami dayakan juga. 

Mohon maaf sekiranya posting kali ini terkeluar dari tajuk, namun saya yakin semakin lama kita akhirnya akan membicarakan perkara lain pula. Sekali lagi hati-hati ketika melayari facebook.


1 comment:

  1. Terima kasih Sarep kerana mengingatkan kawan2 melalui penulisan u.Saya dapati ada 2 perkara utama. Pertamanya jangan terlalu mempercayai orang yang kita baru dikenali dengan membabi buta.Sei kadang2 marah,sakit hati kerana orang ditipu dengan bagitu mudah.Yang kena tipu pun bukan calang2 orang tp asasnya ialah tamak.
    Keduanya sayangilah saudara mara serta orang yang hampir dengan kita sebagaimana sepatutnya. Ia termasuklah emak ayah suami, isteri, anak2 dan saudara mara .Jangan menyesal apabila kita terlewat menyedarinya.Ada orang tidak peduli masa ibu bapak masih hidup tetapi apabila telah tiada barulah menyesal.Saya mengucapkan tahniah kpd CT Shara kerana perihatin terhadap musibah yang menimpa abng longnya.Insyaallah Allah akan membalasnya..

    ReplyDelete