GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, February 4, 2011

KENANGAN LALU 2

SMBK, RASHID DAN MUZIK

Dr. Murad, pada Malam Gala yang lalu, mengembalikan ingatan saya kepada satu kenangan manis ketika bersekolah rendah di Batu Kikir. Dr. Murad ringkas bercerita bagaimana salah satu kenangan yang tidak dilupakannya ketika bersekolah rendah dahulu di mana sebelum sesi berakhir cikgu akan minta saya menyanyikan sebuah lagu. Terima kasih Doc atas kenangan itu.
Bakat muzik saya dikesan oleh Mr. Quah Ban Ong ketika saya belajar di Standard 5 SRJ(I) Batu Kikir. Mr. Quah meminati muzik dan mengajar kami muzik. Masih ingat lagi lagu ‘Red River Valley’ dan ‘Whispering Hope’, yang kami nyanyikan secara koir dalam kelas. Tahir, Firdaus, Murad, Zamrus, Zahar pun sepatutnya segar dengan ingatan ini.
Berkenaan saya yang kena menyanyi sebelum sesi berakhir itu ada cerita sebaliknya. Mr. Quah dan Mr. Soo telah memilih saya untuk pertandingan talentime yang  diadakan di dewan SMBK. Sebagai latihan, saya disuruhnya menyanyi dalam kelas agar tidak berlaku stage-fright ketika talentime itu nanti. Maka kenalah saya menyanyi hampir setiap hari untuk pertandingan itu. Itulah peristiwa yang menjadi kenangan Dr. Murad.
Pada hari pertandingan, saya menyanyi dengan live band. Saya masih ingat Mr. Quah bermain Lead Guitar, Mr. Soo bermain Ryhthm Guitar Allahyarham Cikgu Izhab Harun main Bass Guitar. Cuma pemain drumnya hilang dari ingatan. Turut bertanding ialah pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (Melayu) dan SMBK. Lagunya seingat saya ialah ‘She’s a Lady’ (Tom Jones). Saya tak menang tetapi lagu itu dari awal hingga akhir, berjalan lancar tanpa gangguan.
Semasa saya berada di Form 1 SMBK, sekolah menganjurkan talentime. Saya turut serta bersama Tahir, Siti Hawa dan lain-lain. Seingat saya, lagu yang saya bawa ialah ‘Delilah’ (Tom Jones) tapi menurut Tahir dan juga Sharif dalam perbualan baru-baru ini Ilham Resort, saya nyanyi lagu Hindustan (Saya pun dah confuse,  mungkin 2 occasion yang berbeza). Tahir dengan ‘Yellow River’nya. Saya menang, menurut Tahir, juri tak tahu apa yang saya cakap sebab lagu Hindustan. Saya masih ingat lagi hadiahnya, sekotak cat air (watercolor) kecil dengan sebatang berus.
Semasa saya berada di Form 4 (kena juga pakai ‘Form’ sebab masa tu glamour sikit) Rashid menjelma dalam hidup saya bila dia menyertai kelas Form 4 kami. Rashid tua hampir 2 tahun dari saya, ‘Remove’ dan ‘repeat’. Satu petang Rashid datang ke rumah saya (quarters Balai Penghulu di Juasseh) dan kali pertama dia memainkan gitarnya dengan lagu ‘Hanya Nyanyian’. Kagum saya…bunyi macam di Radio. Semenjak itu saya belajar bermain guitar dengan Rashid. Banyak yang Rashid ajar hingga saya mahir main ‘folk’ guitar. Saya bernasib baik kerana ada sebuah guitar kapok di rumah. Bukan kepunyaan saya. Guitar itu ialah hadiah kakak saya Cikgu Saedah (bekas gurubesar Sek. Keb. Pusat Juasseh) kepada abang saya (Datuk Izat, kini Ketua Pengarah RISDA) kerana berjaya cemerlang dalam HSC. Tapi saya lebih bernasib baik kerana adanya Rashid, guru muzik saya.
Kehadiran Arwah Cikgu Ali Yacob juga memberi kesan kepada saya dalam bidang muzik. Dia juga banyak mengajar saya tentang muzik dan bermain alat muzik (saya mempunyai banyak kenangan manis dengan Cik Gu Ali. Kisahnya akan, insyaallah, dipaparkan dalam siri Kenangan Lalu yang lain.). Keyakinan penuh saya bermain guitar ialah bila mengiringi Cikgu Jamilah/Jamaliah (tak sure) (masa tu belum kahwin dengan Allahyarham Cikgu Mokhtar) menyanyi semasa berkhemah di Jeram Tengkek. Apa sahaja lagu yang Cikgu Jamilah nak nyanyi, saya boleh memainkannya dan mengiringinya. Masa itu lagu Inggeris jadi favourite.’My world is Blue’, ‘500 miles’, ‘Unchained Melody’, ‘Country Roads’ dan banyak lagi. Kini lagu-lagu itu hanya mengimbau kenangan.
Bersama Rashid serta classmate Form 4, kami pernah mengadakan ‘Konsert’ di SMBK. Di bawah galakkan dan bimbingan tunjuk ajar Cikgu Md. Zain Rais, pernah kami menganjurkan sebuah konsert. Kebetulan ketika itu ada seorang guru sementara (namanya sudah hilang dari ingatan tapi dari Gedung Lalang, Seremban) membekalkan peralatan Band untuk konsert berkenaan. Konsert itu berjaya. Masih ingat lagi Cikgu Md Zain menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Saya dan Rashid menjadi akrab kerana muzik. Kami sering bertemu, kadang-kadang di rumah, adakalanya di persimpangan jalan, membawa sama guitar dan menyanyi bersama.
Menjelang pertemuan di Ilham yang lalu, Rashid bekunjung ke rumah dengan peralatan muzik dan karaokenya. Seronok mengimbau kisah silam. Kami nyanyikan semula lagu-lagu kenangan bersama ‘Don’t Forget to Remember’ (Bee Gees), ‘Hanya Nyanyian’, 1st of May, dan lagu-lagu awal dengan Broery. Siti Shara pun menumpang sekaki.
Muzik menjadi sebahagian hidup saya. Jika ada ketika itu kolej yang menawarkan kursus muzik, mungkin sudah lama saya berkecimpung dalam bidang muzik. Namun kerana hanya ada seni lukis di peringkat tertiary, maka itulah saja bidang seni yang dapat saya ikuti. Saya terlalu minat dengan seni.
Saya tidak dapat meninggalkan muzik. Anak ketiga saya, yang mengiringi saya dan Rashid menyanyi pada Malam Gala lalu, terlalu berbakat dengan muzik. Dia terpilih untuk bermain dengan Orkestra Symphony Remaja, Istana Budaya, Kuala Lumpur (saya terpaksa berulang ke KL setiap Sabtu untuk membolehkannya menyertai latihan konsert), menjadi Konsert Master untuk Orkestra JPNS dan juga salah seorang pemain strings untuk Orkestra KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). Sepatutnya beliau sudah menghadiri audition dengan Malayisan Youth Philharmonic Orkestra (PETRONAS), tetapi saya tak berani untuk commit. MPYO perlukan commitment yang tinggi.
Sehingga kini muzik mewarnai kehidupan keluarga kami dan segalanya bermula dengan Mr Quah Ban Ong (wherever you are) dan lagu ‘Hanya Nyanyian’ di Juasseh, way back 1973, dendangan Rashid bin Yahya. Terima kasih Rashid. Muzik, Rashid dan SMBK menjadi kenangan manis hingga hari ini.

6 comments:

  1. shidi,
    I masih ingat lagi talentime yg d adakan ketika kita berada d ting.1 atau 2...tak ingat....yg I ingat tahir nyanyi lagu yellow river, siti hawa nyanyi lagu close to you...kalau tak silap...I nyanyi lagu love me with all your heart...
    ckgu sementara yg u maksudkan itu mungkin kah ckgu rauf yg badan plum2 tu...dan berjambang...if i'm not mistaken...
    masa kelas kita buat konsert...I masuk boria dan nashid..sungguh indah memori ini....

    ReplyDelete
  2. Ese Mmg tabik kepada kawan2 yang versatile bukan sahaja bagus dalam akademik tetapi berbakat dalam seni.Maso tu sesiapa yang ada bakat seni memang popular .Sei masih ingat penyanyi2 kita Hawa,CT Normah, Zainab,Tahir, Rashid n u,.Shidi, u mmg bagus melukis sei masih ingat u akan lukis poster2 bagi film yang akan ditayangkan oleh Cinema Club...kalau gambar cowboy mesti tgh draw n nampak saloon. Mr.Ramunaidu mmg sayang bonar.Syukur u recognise ur talent early..Saya doakan u akan pergi lebih jauh dengan bakat yang ada....Ab.Jalil Abdullah(AJA)

    ReplyDelete
  3. Dulu ese minat boto nengok Datuk Izat main bola. Dio sbg left winger maso tu. Dio serba boleh. Di JPA kami sempat bersama, kemudian sekejap bersama di SUKNS. I left gov in the year 1990. MSA

    ReplyDelete
  4. Shdi...maso talentime tu, Seingat se Rubiah ado masuk..dia nyanyi lagu " when I say I needed u atau lagu " yesterday" n dio dapat tempat..tapi tak tau no. borapo.

    ReplyDelete
  5. Thank you, Normah, Jalil Sharif and LAR for the response and comment. Thanks for reviving all the beautiful memories. I akan edit artikel Kenangan Lalu ini dengan memasukkan kenangan you all bersama. Jalil, masih ingatkan? Stagecoach. The Gunfighter. kalau gambar koboi, mesti tengah nak 'draw'!!

    ReplyDelete
  6. Shidi.Esei takkan lupo segala kenangan maso kita besekolah dulu.Sei masih ingat setiap satu walaupun benda2 kocik tak taulah bagaimana tp itulah sebona e berlaku macam kamera fikiran sei.Kalaulah ttg mengingatkan pelajaran macam kamera kan bagus ye.Apa pun terimalah hakikatnya kan..Kalau keluar tengok cete cowboy jalan pun kombang macam cowboy....

    ReplyDelete