GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Sunday, February 20, 2011

KEMBALI KE SMBK 13 FEB 2011

Oleh Mohd Sharif Ahmad.


Salam kawan-kawan,


Lamo boto ese tak monulih dalam blog ni, lobih 14 aghi agak ea, sobab ea ese lobih ghoma membaco daghi monulih..maco sonang, nulih payah..maco tak yah pikir, nulih kono pikir banyak. Maco guno mato yo, sosokali yo guno tangan. Nulih kono banyak guno tangan dan mato juling mandang huruf yg kocik2 dalam komputer ni ko atas, ko bawah, kiri, kanan, nak tokan i totokan o, nak tokon m totokan n...ooo payah. Maco bulih sambil baghing, nulih tak dapek doh, kono duduk... maco tak banyak hisap rokok, nulih banyak boto nyodut.. Tapi lamo tak nulih kang kok blog ni basi plak aaa..jadi ese nulihlah..

Walaupun agak lama tidak menulis, namun seperti Cikgu Md Zain, saya membuka dan membaca blog SMBK ini setiap hari dan berkali-kali. Saya mengikuti setiap tulisan mahupun komen yang terdapat di dalamnya. Ada posting kawan-kawan yang saya komen, ada juga yang saya tidak mampu beri komen atas pelbagai sebab. Oleh itu jika tidak terdapat sebarang komen dari saya bukan bermakna saya tidak membacanya.

  Potang tadi lopeh kondughi kek Bangi Poie laie kono teh kek Res Enab...Dio tak ado..kono baya!!!!

Membuka, membaca, menyemak dan mengemaskinikan blog ini seolah-olah sudah menjadi tugas harian saya sejak kebelakangan ini. Tidak kira apa yang tercatat di sini dan oleh sesiapa sahaja, saya selalunya teruja dan ada rasa kepuasan dalam hati ini. Yang menyenangkan saya ialah tulisan dan catatan oleh kawan-kawan pastinya menghiburkan hati saya. Jika kita dapat ketawa setiap hari, walaupun untuk seketika, penyakit murung akan hilang dari diri kita. Jika kita dapat ketawa walaupun sesaat dan bersendirian denyutan jantung kita akan bertambah sihat…Ketawalah dan jangka hayat kita akan lebih panjang.

Minggu lepas saya dengan Shidi, Mail, Rashid dalam satu kenderaan telah ke rumah lama Jalil di Kg Kuala Rembang Panas. Dulu masa sekolah saya pernah berkunjung ke rumah beliau. Turut menyertai kami ialah Shara, Rubiah, Alias dan ketika kami hendak meninggalkan majlis muncul pula Nordin dengan isterinya.

Sebelum ke rumah Jalil kerana memenuhi jemputan beliau yang meraikan perkahwinan anak kakaknya, kami singgah di rumah besar Shidi di kaki Gunung Angsi Ulu Bendul. Kami ghairah melawat ke sekitar rumah besar itu. Ada kolam ikan di sebelah belakang dan Prof Shidi kini menternak ikan keli. Terdapat rumah kayu di hujung kolam yang tidak berdinding dan beratap. Terdapat juga sebuah rumah yang elok pembuatannya di belakang rumah shidi dengan dua bilik dan saya memberitahunya jika rumah itu disediakan dengan kelengkapan dan keperluan asas maka boleh dijadikan rumah sewa untuk program homestay.

Di hadapan rumah Shidi terdapat sebuah lagi rumah kayu lama yang ada atap tapi tidak ada dinding. Kami juga melawat bilik musik anak Shidi selain daripada 7 buah bilik lagi. Yang kami larang diri kami ialah melawat bilik tidur dia saja. Dengan kawasan yang luas iaitu 3 ekar kediaman Shidi dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan. Nyaman kawasan kediaman beliau juga amat sesuai untuk dijadikan tempat menyambut hari keluarga.

Keghairahan kami seterusnya di meja makan. Isteri beliau telah menyediakan sarapan yang enak. Bayngkan pagi-pagi lagi kami telah dihidangkan dengan bubur kacang, roti kebab dan kuah daging cincang, tetel kata orang Melaka. Mail takut makan kerana ingin mengosongkan perutnya supaya boleh makan banyak di rumah Jalil. Rashid sebat semacam dan nyaris terminum air yang digunakan untuk mencuci tangan. “kalau yopun lapa janganlah sampai air basuh tangan nak dibuat kuah” Kata saya mengusik Rashid dan satu rumah bergema dengan hilai tawa kami. Suasana riang ria, happy, santai sentiasa menemani pertemuan kami.
“Oooooo terima kasih kerana sudi datang…” Jalil menyambut kedatangan kami penuh riang. Dia kelihatan segak dengan pakaian Kebangsaan siap dengan sanpin dan sedondon dengan isterinya Pn Yusmah. Kedua-dua insan ini sebenarnya amat peramah dan mudah mesra melayan kawan-kawan. Kami di bawa ke meja khas dan tidak perlu beratur untuk mengambil makanan kecuali Rashid yang tidak sabar terus meluru ke arah makanan.

Selamat Pongantin Baru Dan Lamo. Klik Photo Jalil Tu Kalau Nak Tau Ke Mano Poie ea 

Jalil walaupun sibuk tetapi tetap meluangkan masa melayan kami. Terpancar keriangan di wajahnya atas kehadiran rakan-rakan. Mail kelihatan berselera sekali mengunyah makanan, begitu juga Shara, Rubiah dan suaminya. Ketika catatan ini dilakukan Mail dan isteri telah berada di Tanah Suci melakukan ibadah Umrah. Mari kita doakan semuga mereka selamat menunaikan Umrah dan selamat kembali.

Saya juga harus mencatatkan di sini atas permintaan rakan-rakan Rashid menyumbangkan dua buah lagu. Saya selamanya senang dengan nyanyian Rashid, suaranya merdu dan dia amat bersahaja. Antara lagu yang tidak boleh ditinggalkan ialah ‘Kenangan Ku’ khusus memenuhi permintaan saya.

Ketika Rashid menyanyi Nordin Baharuddin sampai dan dia sempat bertanya kepada saya apakah orang yang sedang menyanyi itu Rashid kawan sekolahnya. Saya mengiakan dan itulah pertemuan Nordin dengan Rashid setelah terpisah sejak 40 tahun lalu. Jejak kasih berlaku lagi…

Selalunya menghadiri mana-mana jemputan di kenduri kawin adalah sesingkat mungkin. Hal ini tidak berlaku jika kita di rumah rakan kita. Lebih satu jam kami berada di rumah Jalil bukan sahaja kerana seronok berbual tetapi juga kerana menemani Alias yang lewat tiba dengan isterinya. Saya lihat Alias amat berselera makan hingga 3 kali beliau menambah nasi sampai ditegur oleh isterinya. “Den tak boleh jumpo potai…”kata Alias meneruskan suapannya. “Sok gomok dan boponyakit..” Kato isterinya 

Seperti dirancang dari rumah Jalil kami beredar ke SMBK. Saya menaiki kereta Nordin. Sebaik memasuki pintu pagar sekolah, kami dapati sebuah dewan yang sangat besar. Dulu di situ ialah rumah guru dan tempat bermain bolatampar serta takraw. Perubahan dari segi jumlah dan bentuk bangunan amat ketara sekali. Keseluruhan padang tempat kita berhimpun, menyanyi, berlari, bersukan, berlepak 40 tahun dulu kini sudah dipenuhi oleh bangunan asrama, dewan makan dan bilik rihat.

Kami merayap ke semua sudut dan kami dapati padang sekolah telah berpindah ke bahagian belakang yang mana dulu ialah kebun getah. Di situ juga terdapat lagi bangunan tiga tingkat. Terdapat juga sebuah surau yang cantik. Jika kita masih ingat tempat kita bergambar untuk majalah gigih dahulu kini telah dijadikan tempat perhimpunan.

Bilik Pengetua telah berpindah ke tepi sekali berhampiran dengan kantin. Bangunan kantin telah diperbesarkan dan bercantum dengan bilik seni perusahaan dulu. Kolam kecil di hadapan pejabat sekolah telah diperbesarkan. Saya sempat bergambar di kedua-dua tempat kono lompang oleh Pongotuo dulu, tapi gambar tu golap bona, tak sosuai nak di lotakan kek sini.

Berhampiran pagar sekolah di jalan masuk yang bersempadan dengan balai polis tu telah dijadikan parking kereta guru-guru. Dulu kereta guru dua tiga buah yo..kini sudah berpuluh2 buah. “Itu dulu 40 tahun dulu cikgu pakai moto..” kato Iyeh bila saya kagum dengan jumlah kereta guru-guru di SMBK. Ia tak ia jugak, Negara kita telah maju, kemampuan rakyat telah meningkat..kereta bukan lagi barang mewah, tetapi barang keperluan..

Yang mungkin tidak berubah pada penglihatan saya dan rakan-rakan ialah papan kenyataan yang terletak di tengah-tengah bangunan di bawah bilik guru tersebut. Masih yang itu, cerminya pula telah banyak yang pecah dan kelihatan sedikit usang. Menganjur di tepi pagar sebelah jalan raya menuju ke Pdg Lebar di sebelah kantin jika tidak silap saya ialah bangunan asrama puteri. Menyelusuri kawasan yang luas tersebut membuatkan saya dan Mail termengah-mengah, mencungap, somput sikit, tambahan cuaca agak panas. Warna bangunan pula sudah berubah dan kelihatan ceria dengan warna coklat dan kuning.

Tanpa kehadiran Alias mungkin juga kami menghadapi sedikit masalah dengan pengawal keselamatan yang terkejar-kejar dan asyik mengekori kami. Sejak saya meninggalkan SMBK pada tahun 1974 rasanya hari Ahad minggu lepaslah kali pertama saya menjejakan kaki di situ. Bunyinya pelik, tapi itulah kenyataannya kerana sepanjang bersekolah di Kuala Pilah tidak ada lagi keperluan untuk saya ke sana.

Di sebelah pejabat Pengetua saya sedikit termenung, teringatkan sesuatu, kerana atas ihsan Cikgu Md Zain ketika itu membenarkan seluruh sekolah menuntun perlawanan tinju antara Mohammad Ali dengan Jeo Frazier pada tahun 1973, di situ menerusi siaran langsung…

Sebelum saya berhenti menulis, saya teringatkan sesuatu tentang Rubiah Ahmad iaitu cara dia menggambarkan rakan kita Ismail Md Isa. Setelah 40 tahun gambaran dia tentang Mail topat!!!!!!!!!!

 Di La Rizz 20/2/11 Bersama CEO ABN

Dalam perjalanan pulang, Mail sempat menceritakan bagaimana orang kampung Tapak mengepung beliau dan Rashid kononnya nak kena 'tangkap basah' di rumah Halimah Ujang. Apo kojo poie ghumah oghang maso abah ea tak ado..Kaklong ingat ko kisah tu?kih..kih..kih.

Jumpa lagi..      
   

36 comments:

  1. Tak tahulah macam mana nak cakap. Mungkin inilah perasaan orang dah berumur macam kito ni. Memang satu perasaan, sayu, terharu, syahdu, kenangan manis sentiasa bermain di hati bila berhadapan dengan kengkawan lamo. Apo laiee bilo poii tompek kita ponah bomain, bertanding, bergurau, berjuang dan bertolongan. Setiap kali besamo kengkawan raso macam lopeh perasaan rindu. Pertemuan di Rumah Jalil kemudian ke SMBK, lopeh tu jumpo kek rumah Salim, beraso macam berado dalam ruangan mimpi yang indah. Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi mengisi kerinduan ini...shidi.

    ReplyDelete
  2. Perasaan ini sukar dijelaskan proff cuma yang ese perasan sojak reunion tempoh aghi, kito tidak lagi cubo mongelak bilo ado poluang untuk bosamo dgn kengkawan classmate kito dulu. Bilo dah bosamo pulak kito tak ado heboh2 nak copek bopisah..you perasan tak tu? Makno ea kito soleso antagho satu samo lain..Polik jugak kito mampu untuk bergurau senda tanpa rasa kekok wp dah tak bosuo muko bopuluh tahun. Tengoklah apo yg Ruby tulih pasal mariani tu..macam dio ponah kona mariani kan..MSA

    ReplyDelete
  3. Memang songajo se nak minum air basuh tangan tu Pak Sodaro se kato kita bulih jadi garang tibo2. Masa kami 4orang kerumah Jalil Sarip tukar tompek duduk dari belakang kedepan rampeh tompek mae.Dia kato den nak nengok topat2 orang totontu topi jalan sobab lamo tak ghobah. Sepanjang jalan dari Sban ke rumah Jalil kami tak boghonti togolak.Memang ada kelainan jalinan persahabatan selepas reunion.Betul kato Sarip kalau tak botogahan tak solosai.Solopeh kono teh tarik depan smbk kami balik koSban.Sambil tu kami berbincang untuk majlis di rumah Salim Sharif pulak .Tunggu......MRBY

    ReplyDelete
  4. Sapo yang pangge namo se gan tipah tuuu..tak sobut namo pun..kau ko ruby..se agak2 iyo ruby, sian amek an kek kau ruby, slalu tingga kek blakang..esok esok ee kojar dogheh, jangan bia oghang lopeh dulu awak tingga, kuih kan oghang dopan, tolak kobolakang bia kito dapek potong dio..kih kih kih..merapu lak an ni..kau oghang kolumpo ruby tulah xbanyak tau tontang crito oghang totua.., kau tau pizza hut, mc donald, merry brown yo..mas cotek, tongkat ali tak tau kan..? ha donga akhak nak crito ha..
    Mas cotek tu sjenis herba yang bilo diminum air ee bulih pocah lomak, buang kolestrol, awet mudo..sehat bodan..kih kih kih..nak tau lai bleh tanyo TL..dio pun tau yo..

    ReplyDelete
  5. Mariani.. memang an tadi tu.cotek tu kau blaja kek Mano?jalil kato ado perkagho yng x yah blaja? Kau tahu sendighi yo ko?.Tq. Nanti apo2 an tanyo kau yo?.dah lah. Itu yo an nak tau. Bye bye,Rabu sampai Ahad an x do kek blog, ok everyone? Tata.anyonghigeseyo..Askm..
    Bee

    ReplyDelete
  6. Ruby, Minum mas cotek ni baik-baik sikit. Kalau silap-silap minum nanti kuek mencotek de...eh..

    ReplyDelete
  7. bee. kalau jantan kuek mencatuk.(bolon abih ckp g)

    ReplyDelete
  8. Solain khasiat bodan, awet mudo akibat minum mas cotek ni..ado plak khasiat laian aaa...khasiat poket..yg tu kakcik bolun coghito laie tu...Apopun kosian kek tahir, bini ea mogok tak mau ghobuihan mas cotek dio..buek sondighi lah bang dan minum sondighi, jgn bagi bini..MSA

    ReplyDelete
  9. As salam kwn2..
    ese hari tu boli 5 kotak mas cotek maso poe umah mariani.....ese dah mulo minum dah.....ese masih ado d KL lg ni...jumaat mlm baghu nak balik AS....suspen jugak nak balik ni, takut abang tak kona.....reunion skali lg ni, ghamailah kwn2 tak kona ese ni.....don't worry, I'll introduse myself...hehe

    ReplyDelete
  10. Molampau boto ct nomah ni, aghi tu dio minum tah boghapo cawan eh, boli pulak 5 kotak bawak balik dan yg paling molampau dio ningga an bang rahim lamo boto lobih sominggu..kesian bang rahim, nak makan apo tu..? tu lah nasib oghang lolaki kandar, bilo dah jadi atuk, solalu kono tingga an, alasan uwan ea nak nengok cucu aaa. Kompem bang rahim tak kona balik sok ingat ea anak daro ea yo..kih..kih..Ko jgn tokojut ct sampai2 kek ghumah sok tengok ado aghang tongah main koja-kojaan koliling mejo..bang rahim ngan.?????? huuwaaaa!!!!! MSA

    ReplyDelete
  11. La hai, normah pun tau cotek,patut lawa yo..Tapi Rashid kato an ni leh menyopit cam kotam, monyongek mcm bee..Setakat mencatuk (mcm ayam) baik tak payah.An lom ondak ambik cotek do.Iskandar lom habit cakap lai. Copek lah cakap. An dah nak toghobang sok pagi aa.. Mano lah tau kok an jumpo COTEK..!!!!hai,poning kepalo..but am so happy. I love all of you, the feeling I've never had before. Anyongigeseyo..Askm.
    Bee

    ReplyDelete
  12. Sebona eh sharip, ese dah nak balik dah hari isnin mlm tu....bilo ese talipon nak boghitau, dio plak boghi green light...sughuh main2 lae dongan cucu...apo lae, ese kato ok lah....hai maklumlah baghu dapek cucu potamo....pasal makan tu, tak jadi masalah kek AS tu....nek moyang banyak kodai makan....kalau ese dok beduo pun, dio tak bagi ese masak....dah lamo dah masak, takyah lah masak, kito poe makan yo, kate dio...sonang boto ese molo abang ese tu....alhamdulillah....nanti bilo ese balik, kalau botolah dio tongah main koja-kojaan koliling mejo,apo lae, ese join jo lah....lagi ramai kan lagi meriah....nak takut apo ese dah pass main koja-kojaan tu...aha..jgn lupo, kan ese ni dah minum mas cotek...hehe

    ReplyDelete
  13. bee.daghi dulu tak ubah2, asik nak copek yo. tak soba langsung. nanti bee balik sok an abihkan ckp an tu.nak toghobang ko mano plak.

    ct normah, kalau bokoja kliling mejo takpo, cukup napeh tu.. tapi kok bokoja kliling tmn saga..kono tambah supplementary vitamin. sei pun nak ko jitra sok, IAB Utara.

    ReplyDelete
  14. Please continue with your cote cote. When I come back from(secret), I need solid explanations..Nak bokomeh ni.....! Am leaving on a jetplane..Anyoonngg..!
    Bee

    ReplyDelete
  15. Bee (dh tuka namo..jadi shortcut)an goma boto mco comment kau, banyak prkataan baghu kau bawak...an..lopeh tu laa hai..kih kih kih, kelakarlah kau ni ghupo ee..kau nak poi mano.. baghu yo dapek bobughak ngan kau dh nak toghobang lak ha..ayolah..tadi kau cakap gengkideska..? kau nak poi jopun ko.. la hai nak borahsio lak.. ha kok dek kau lah bee..apo kau nk tau tntang mas cotek.. kau tanyolah kek an biar an jawap, kalau tanyo kek sarep ko kek ISHS ko, kan leh cayo bona budak2 tu doh..kang d kelentong ee kau kang. Dah lah bee, kau balik sok an cito..MD

    ReplyDelete
  16. Salam.Ese selalu tersonyum sorang2 bilo baco posting dan komen kawan2.Ramai yang aktif n gilo2 kadang2 terpikir dio oghang ni overdose dek mas cotek atau tongkat ali ko.Posan ese kalau lum patut bertungkek janganlah pakai kesian kek akak tu.Sarep n Kandar tu entah2 bebeladi robus tongkat ali yang dio simpan sapo tau kan..MD kalau tak boleh poi poco2 haa bolehlah cari LAR dio ado penawar tp kono tanyo cik abang dulu esok kok kono koplen pulak..Mano poi Tahir n Azimah takkan samo dengan Rubi dulu buto komputer.Sorry Bee ...dio tak ado ni dah tobang kot..silap2 merajuk tu..Mano poi Tipah Jamal,Rahman Bador,Norizan Md Nor..Ct Normah dah sampai AS ko..semalam ese di sanun mulo nak call tup2 tengok gambar di rumah Salim..sah2lah tah balik lai langsung tak call..lain kali ese ke sanun se contact yo..kesian abang rahim tak dapek main kojar2..copek balik yo..Razali Khamis pun sonyap.Banyak kojo suruhlah orang bawah buek bos kan kojo e mengarah jo kan..LAR berapo banyak keuntungan mas cotek dah dapek yo.Ese nak tanyo kalau ese ambik mas cotek apo jadi e..ado ko ese kono pakai skirt lopeh tu..tolong jawab ckit..

    ReplyDelete
  17. Komen di ateh ese yang tulih AJA

    ReplyDelete
  18. Laa makin melobeh de budak2 ni. Sapo Plak yng xdo namo tu.malu ko?kau ko mariani? Nanti kuek mencotek tu apo pulakkkkk!!! Ayolahaiiii..kang an bawak ipad ni poi samo kang aa. Boghek baik lah kau!! Aiguuuu. An nak poi ko negagho Chino ni. Nabi mohd sughuh..nanti an balik kau aja lah yo? Uhu uhu uhu...
    Bee

    ReplyDelete
  19. Mariani ngam boto dgn Bee .Bee tu kwn baik an kek Tu Kikir.Sobab e samo2 kaki melalak.An pun lamo tak jumpo dia.Walau pun MD tak ponah jumpa Bee an tenguk sorasi botul.Bee dan MD pandai berkawan.An rasa syukur dgn suasana mesra ni.An minta maaf tak dpt poi umah Mariani ari tu silap dongar arahan.Tak po ada peluang kito joint lai.Rashid(MRBY)

    ReplyDelete
  20. Rashid...an goma boto nonga kau ngan ISHS cakap an an tu...apolak kau salah donga arahan lak...an pun confuse ari tu mulo2 an ajak sarep, kogheh 2 dio tk ondak poi..dio kato bayak tompek dio nk poi..tk dapek nk poi umah an doh..oghang lain pun bayak urusan..memang dh confirm tk nk poi mah an...sarep pun dh ajak hubby an poi tukikir pokono teh tarik dopan dewan..sbb tu an tk bokuek nk ngajak kau...conpem kau tk nak poi sbb sarep dh tk nak poi..lopeh tu tibo2 yo jadi nk datang mah an...laki an tak tau..dio pun pueh nanti an dlm keto nk poi tukikir...nasib baik an tipon dio ajak balik...tapi sarep ado call kau ajak datang umah an kan..kau dah balik ko maso tu..tk polah shid esok esok bilo ado maso datanglah..bawak family kau skali..tapi call an dulu..kok an tk do rumah lak..Ruby tu gilo2 skit..an goma oghang cam tu buleh buek kito togolak..kito umo cam ni eloklah selalu togolak..bia tak tuo..walaupun dh tuo..kih kih kih..(an ni dh toikut2 golak sarep)kalau serious yo..dogheh tuo ee. kek ghumah tk do bondo nk digolakkan..blog nilah yang buek an togolak slalu..kan kate sarep bilo kito sonyum ko togolak ko muscle muko kito exercise, cell negative mati, cell positive kluar..otak kito refresh..bodan pun sehat..wajah ceria ..awet mudo gitu...cewah...meleghet lak an ni..dh lah shid..kang moluat lak oghang maco ee..MD

    ReplyDelete
  21. Kito ni jangan kojo nak mencotek yo! Saman dah bayar lum? Sok kono black list susah. Ese pg. tadi poii JPJ konon ee nak bayar. Kete JPJ ese ado saman polis yo, 2 saman. Ese poii ke balai polis nak nengok saman. Kek polis ado 12 saman somuo saman RM300. Keto anak-anak dengan keto bini, sumuo ee ateh namo ese..jadi ese yang kono saman. Mano nak cari 3600. Tapi kete polis ada discount 50% sebolun 28 Feb. So...kengkawan, pegi semak. Tapi bilo baco comment kek blog ni, hilang ghaso marah. Goli hati. Dek gomar mencotek ni pun satu hal. Mencotek ni apo makno ee... se pun tak tau...Kalau tau gomar yo mencotek gee..eh?

    ReplyDelete
  22. Lupa nak tulih namo....comment ateh tu oleh ...shidi

    ReplyDelete
  23. Bilo ese tengok gurauan MD dengan Bee, ese pun polik. Macam mana begitu mesra wal hal tak mengenali satu dengan lain. Hebat!! Syukur Tuhan menganugerahkan insan-insan seperti ini dalam kehidupan saya. SMBK....( I lost my words...sorry)

    ReplyDelete
  24. Lupo yo lek... comment di atas by ....shidi...

    ReplyDelete
  25. Dek tolupo nak nulih namo ni pun goli ati se...agak ea botolah kito ni dah sonjo..sobab tu bilo ghairah sikit yo..lupo, terujo sikit kito lupo.. Shidi lupo, Ruby lupo, Jalil lupo..esepun kadang2 lupo!!!!!!!!!!!!!!!. Shidi apo banyak bona saman you..paghah tu prof..MSA

    ReplyDelete
  26. Sarep.: Ese ingat pun bukan kopi yo ado O,lesen pun ado O kau tau tak...Itulah anak bongsu tongah tunggu SPM belajar memandu ese suruh ikut kato cikgu...kalau tak dapek itu yang banyak ambik jalan mudah..jangan buek pasal...bahayo bang itu tak kiro berapo bayar saman lai..sorilah mintak laluan..

    ReplyDelete
  27. Prof. kau macam tetau yo apo tejadi kek se..hari Jumaat minggu lopeh se poi tukikir sonsorang, nak boli barang..bilo nak balik se nampak 2,3 keto polis masuk k Pdg Lebar..polis ni nk cari budak dadah kot..kato ati se..se pun relax yo balik, sampai kek kubo Bkt Porah (ateh Bt Kikir arah k Pdg Leba) ado satu keto seliseh bukak flash light kek se..I thought drebar tu kona se..or ada polis road block dopan...haa iyo kot..tadi nampak polis masuk...I felt relax..apo nak takut..road tax ado, insurance ado, driving license ado..Sampai 1st road block I slow down, ready to stop ..jalan..jalan kete polis...se pun jalanlah..I saw 2,3 cars by the roadside dh kono tahan..se jalan lai, jumpo lak 2nd road block..se slow lai nk bghontilah konon..tapi polis suruh jalan lai...apo tak tahan den..tahanlah..den sumo ado..kau tahan oghang yg tk do lesen buek apo polis..dalam ati se..se nampak banyak moto boronti...jalan lai..sampai 3rd road block lak..wooi ghamai sungguh keto kono tahan..sumo keto yang lalu arah Pdg Lebar, Bt Kikir somo kono tahan..disuruh ee kotopi, boghonti topi jalan..se pun samo..bagi lesen kete polis 'ok tuk' kato se...se pun dengan sonang ati bukak purse kluarkan driving lesen bagi kek polis tu..confident boto se sbb seingat se lesen se ambil bolom sampai 2thn..se ambik road tax dulu 3bulan dari drv. lesen..road tax pun abih bulan 3..tontu drv lesen bulan abih bulan 5 or 6..lesen se dibawak polis kobolakang..jumpo polis wanita yang duduk monulih..pueh se nunggu de boghi balik lesen..po plak gaeh..lambek bona dibohghi ee..apo salah ee gaeh..oleh krana lamo bona menunggu dlm keto se pun turun poi kek polis tu tanyo..'Apo salahee', tanyo se...lesen cik dh expired kate polis tu...tokojut se..apolak...cubo tengok toboto, se ambik 2thn lesen..baru lai raso ee..road tax pun bolom expired lai..se renew drv. license solopeh ambik road tax..jwab se..cubo tegok ni kete polis sambil mnunjukan expired date lesen se..Astaghirullah..camno bulih jadi camni..careless boto den ni..tk tengok lesen..se ingat bolom expired..osah se tk tau..yang se tau memang bolom expired..ayobotolah..camno ni ..apo nk den buek ni..kato ati se..'cik, saya kena bagi cik saman ni..sambil mmbori surat saman kek se..cik kono poi mahkamah majistret untuk bicara kate polis..se masih yo topingo2 antaro pcayo ngan tidak ..camno xcayo..dh tulis toghang2 expired ujung bula satu ari tu..bghapo kono saman...se bayar kek sini yolah tk yah poi Pilah bicagho doh..se ngaku salah yo..kato se..'ee tk bulih doh kono poi yo ngaku salah ke sanun nnti...bayar kek sanun' kete polis tu..
    Ayo..buek kojo botolah...esok Kamis se tpaksolah poi pilah bicagho..tak ponah dlm hidup se bicagho2 ni doh..soba yolah...
    so kengkawan morale of the story..careless, tk prihatin buat kita susah n rugi.. fikir fikirkanlah..MD

    ReplyDelete
  28. Panjang pulak coghito Managing Director(MD) kali ni. Susah se nak pocayo sampai tigo road block dibuek ea dek polis..Tapi takpo, kito amik moral cito ea tu..lupo, amik mudah, lalai dan tak prihatin. Ese ponah kono kek simpang Bukit Golugur tu, kiro2 15 tahun dulu..samo boto kisah ea ngan cito MD ni..koyok yo se moghian lesen se kek polis tu sambil bokato "ado lesen se ni, lun mati laie doh, ese amik limo tahun sokali.." tak lamo tu polis tu dtg soghahkan lesen se balik.."Nah, aghi Isnin sok poie amik lesen baghu" kato polis tu. "aposal plak?" se tanyo balik "Esok mati, nasib baik saya tengok" Kato Polis tu banggo..Ese togamam, se tengok tarikh ea iyo..aghi Ahad abih ea, tokodu ese skojap "ado saghi laie.." jawab se masih koyok dan berlalu..dalam ati se amat botoghimo kasih kek polis tu, klu tidak dio tengok kompem se tak perasan tarikh tamat tu doh. Kengkawan!!! abih baco komen ni silo tengok lesen masing2 yo..MSA

    ReplyDelete
  29. Hari ni MD call saya katanya dia baru selesai bayar saman kek mahkamah.."kau tak cayo ko cito se tu..? mm boto ado tigo roadblock minggu lopeh.."kato ea..ok se pocayo dah..MSA

    ReplyDelete
  30. I rasa bukan se sorang saja yang kena saman ari tu..ada ramai lagi..Tghari Jumaat tu ramai polis escort YD Besar N.Sembilan sembahyag jumaat kat masjid Tengkek..tk tau apo silap..potang tu polis buat operasi besar2an lak nak cari kesalahan orang kampong yang tak patuh pd undang2 jalanraya tmasuklah se yang over confident dan 'koyok'(tk tau makna tanyo sarep)memang ada 3roadblock potang tu., ramai yang tertangkap...kampong ni memang jarang ada roadblock, selama se pindah ke kampong inilah baru pertama kali saya mengalaminya di sini..maklum orang kampong ramai yag dh veteren.. yang mudo poi KL mencari rezki..Orang totuo selalu tk suko buat salah slalu beringat..xmacam se ni ha..saya ulangi..overconfident tk tontu arah, ingat somo complete, somo perfect..tapi lesen pun kong..lainkali jagan jadi macam se..ingat tu kengkawan.. be alert.., check lesen, road tax, insurance..jangan ditahan dek polis, JPJ or apo2lah..MD

    ReplyDelete
  31. hayo ,.MD baya yolah, duit mas cotek banyak tu.

    ReplyDelete
  32. Tah ea.. bolon abih laie tu doh..Ct Boli 5 kotak, Tahir 8 kotak..ooomang.. sotongah ghibu tu..saman baghu RM150...Tapi dah bayakan..lain kali jgn koyok kakcik..cubo buek sonyum mcm zainun aghi tu..lalu ghobah polis tu..tak kono saman doh..MSA

    ReplyDelete
  33. kih kih kih..ado ado yo kau ni rep..bukan se xnak sonyum cam zenun tu doh...tapi se takut polis tu ghobah bilo nampak se sonyum nanti...kang tak pasal pasal se kono angkek polis tu...saman kono baya yo...MD

    ReplyDelete
  34. Apo yang Rubiah Ahmad bayangkan tontang abang yang topat tu Rip?

    Ismail@Chang Capit

    ReplyDelete
  35. Kalaulah jadi kono tangkap basah malam tu sapo pilihan Halimah agak ea? Ese ko Rashid? Jawab Limah..... jangan tak jawab..... kahhhhhh

    Ismail

    ReplyDelete
  36. Sampai aghi ni 20 Mei, Kaklong masih tak jawab soalan MCC kek ateh tu. Tongah mikiran tu. Bia ese tolong jawabkan. Antara "Ese ko Rashid" kaklong pilih "ko" hahahaha..

    Jokiden

    ReplyDelete